Contoh Ulasan Buku Ilmiah 2

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 5

PENULISAN ILMIAH

The National University of Malaysia

Jurnal Hadhari 3 (1) (2011) 93-99


www.ukm.my/jhadhari

PENULISAN ILMIAH

(KOMPENTENSI GURU DAN PENERIMAAN MASYARAKAT TERHADAP


PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) DI MALAYSIA.

Diulas oleh MOHD AFNAN*

PENGENALAN

Guru merupakan teras kepada sistem pendidikan di negara ini.


Guru bagaikan elemen penting di dalam menggerakkan sisitem
pendidikan di negara ini untuk bergerak mengikut perederan masa.
Namun guru perlu mempunyai kesediaan yang tinggi bagi
memastikan input-input pendidikan dan pengajaran dapat tercapai
mengikut arus masa kini. Kompetensi guru adalah pengetahuan,
keterampilan dan kemampuan yang sebaiknya dapat dilakukan
seorang guru dalam melaksakan pekerjaannya. Guru profesional
di dalam pengajaran bagi mendidik murid mestilah mempunyai
sifat dengan menguasai bahan dengan betul, memgelola kelas
atau bilik darjah dengan baik dan dapat menilai prestasi murid
dengan betul. Majid (2005), menjelaskan kompentensi yang
dimiliki oleh setiap guru akan menunujukkan kualiti guru dalam
mengajar . Kompetensi tersebut akan wujud dalam bentuk
penguasaan pengetahuan dan profesional dalam menjalankan
serta melaksanakan tugas sebagai guru.

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu


bentuk pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek
kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor
(jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). PBS
mentaksir bidang akademik dan bukan akademik (Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM), 2011). PBS dikendalikan di
sekolah secara terancang dan guru-guru adalah sebagai
pelaksana mengikut mata pelajaran masing-masing secara
1
Jurnal Hadhari 3 (1) (2011) 93-99

berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Konsep


PBS bukanlah sesuatu yang baru kerana ianya telah dilaksanakan
oleh guru melalui kuiz, kerja rumah, projek, soal jawab dan
lain-lain. PBS yang dicadangkan ini merupakan
penambahbaikan kepada PBS yang telah sedia dilaksana
dengan memperkenalkan pentaksiran merujuk standard dan
aplikasi Sistem Pengurusan PBS (SPPBS) untuk membantu
guru merekod pencapaian murid secara berterusan (KPM, 2011).
PBS yang dilaksanakan ini adalah bersifat alternatif dan autentik.
Pentaksiran alternatif bermaksud penilaianyang dilakukan bukan
dalam bentuk peperiksaan atau ujian bertulis. Murid akan
dinilai berasaskan penglibatan mereka yang aktif dalam
menggunakan pengetahuan untuk menyelesaikan sesuatu
masalah. Pentaksiran autentik pula merujuk kepada
pentaksiran yang dijalankan dalam pelbagai bentuk seperti
kerja kursus, membuat projek, melakukan persembahan, aktiviti
jasmani, aktiviti kokurikulum, di samping membentuk sahsiah,
budi pekerti dan pembinaan jati diri murid sebenar (Salmiah, 2012).
Pentaksiran yang dijalankan pada hari ini iaitu PBS bertujuan
untuk mengesan dan memantau perkembangan serta
pencapaian murid dalam pembelajaran menerusi Modul Perekodan
Perkembangan Pembelajaran Murid. Melalui sistem PBS ini
diharapkan dapat mencungkil potensi dan bakat murid dalam
pelbagai bidang selain akademik. PBS bagi mata pelajaran Reka
Bentuk dan Teknologi wajib dilaksanakan oleh murid Tahap 2 iaitu
Tahun 4, 5 dan 6 berpandukan kepada Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) yang telah disediakan yang
mengandungi kriteria pencapaian yang berasaskan setiap
kelompok standard kandungan dan standard pembelajaran yang
ditetapkan. Mata pelajaran ini memberikan tumpuan untuk
menyediakan murid dengan pengetahuan dan kemahiran asas
yang membolehkan mereka menyambung pelajaran dalam bidang
teknikal dan vokasional di peringkat menengah.

KESEDIAAN GURU DALAM MELAKSANAKAN PENTAKSIRAN


BERASASKAN SEKOLAH

Jadi di dalam penulisan ini akan menyatakan serba sedikit


mengenai penerimaan masyarakat terhadap penerimaan sistem
pentaksiran berasaskan sekolah (PBS). Penulis telah
membahagikan penerimaan Masyarakat kepada 3 tema iaitu dari
segi penerimaan murid terhadap PBS. Seterusnya, penerimaan

2
PENULISAN ILMIAH

ibu bapa terhadap sistem PBS dan penerimaan guru terhadap


sisitem PBS ini.

PERSERSI DARI SEGI MURID

Pertama dari segi murid, antara kebaikan sistem PBS ialah


Menurut kajian daripada Azlin Norhaini Mansor et al. (2013)
terdapat empat kebaikan utama pada aplikasi PBS ini terhadap
murid. Antaranya, ia menggalakkan kemajuan kendiri, membentuk
tingkah laku yang positif, meningkatkan kemahiran berkumpulan,
dan mempromosikan aktiviti pengajaran yang kreatif. PBS juga
diyakini dapat menggalakkan kemajuan kendiri murid (Azlin
Norhaini Mansor et al., 2013).

Kemajuan kendiri dapat digalakkan dengan adanya keseimbangan


antara pelajaran akademik dan bukan akademik. Kebiasaannya,
untuk mendapatkan tahap penguasaan yang tinggi seperti Band 5
atau Band 6, murid diminta untuk mereka cipta suatu benda. Di
sinilah kemajuan kendiri dapat digalakkan kerana murid bebas
untuk berekspresimen dan menunjukkan kebolehannya sama ada
dalam bentuk try and error, kreativiti, pembentangan, dan role
playing. Di samping itu, tidak akan ada jawapan yang benar dan
salah selagi alasan yang diberikan adalah logik.

Melalui kajian lain, (Noraini Bidin, Zamri Mahamod) (2016) di


bawah dapatan kajian ‘Guru menunjuk ajar secara aktif dan
berwibawa terhadap aktiviti PBS yang akan dilakukan’. Min bagi
item ini = 3.87 dan seramai 162 responden (51.4%) bersetuju ,
sangat bersetuju seramai 68 responden (21.6%) dan tidak setuju
seramai 16 responden (5.1%). Hal ini bermakna persepsi murid
terhadap guru yang mengajar menggunakan pendekatan PBS
adalah tinggi. Ini menunjukkan bahawa pelajar suka jika guru
Bahasa Melayu mereka mengajar menggunakan kaedah ini. Selain
itu didapati bahawa pembelajaran secara perbincangan kumpulan
melibatkan pelajar memproses informasi dan idea secara interaktif,
maka ia melengkapi pendekatan pengajaran yang direka bentuk
untuk mengembangkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.

Selain itu, sikap penerimaan murid terhadap PBS di mana murid


jelas mendapat kefahaman yang baik hasil daripada membuat
PBS. Kekuatan yang ada pada PBS dapat dilihat ialah pertamanya
terletak kepada murid itu sendiri di mana sebahagian besar murid
3
Jurnal Hadhari 3 (1) (2011) 93-99

mempunyai minat yang tinggi terhadap PBS. Hal ini terbukti melalui
peratusan kehadiran ke kelas PBS BM mengikut jadual adalah
begitu tinggi iaitu min = 3.89, sisihan piawai =0.91 Mereka juga
bertanya guru apabila tidak faham akan tajuk-tajuk yang dipelajari
kerana bantuan guru terhadap murid menguasai subjek BM dan
mendapat band terbaik sangat diperlukan.

PENERIMAAN PBS DARI SEGI IBU BAPA

Untuk mencapai hasrat dan aspirasi pendidikan di Malaysia


dengan sistem pendidikan masa kini, bukan sahaja masyarakat,
murid dan guru sahaja yang harus memainkan peranan penting,
malah ibu bapa yang merupakan orang yang terdekat dengan
anak-anak ataupun murid juga dapat membantu agar
pelaksanaan PBS ini dapat berjalan dengan lancar. Bagi ibu
bapa yang prihatin, mereka akan sentiasa mengambil berat
tentang pendidikan anak-anak mereka. Bagi ibu bapa yang
berada di luar bandar pula mungkin mereka kurang didedahkan
tentang PBS. Sudah menjadi tanggungjawab pihak sekolah untuk
menjelaskan kepada ibu bapa tentang transformasi pendidikan
yang sedang berlaku di negara ini.

Berikut merupakan beberapa pendapat mengenai kebaikan PBS


daripada perspektif ibu bapa. Pertama, penglibatan ibu bapa
dalam proses pengajaran dan pembelajaran anak-anak di rumah
dapat dipertingkatkan. Seperti yang kita sedia maklum,
pelaksanaan PBS merupakan latihan atau aktiviti rutin yang
dilakukan di sekolah. Terdapat juga tugasan atau latihan yang
diberikan oleh guru kepada murid sebagai ulangkaji tambahan
atau projek-projek tertentu yang perlu dilaksanakan.
Sehubungan dengan itu, ibu bapa dapat memantau aktiviti anak-
anak mereka di rumah (Cheng et al., 2011). Antara aktiviti yang
dapat melibatkan ibu bapa dengan anak-anak adalah membantu
anak-anak dalam pembelajaran, menyediakan buku latihan dan
evidens dan sebagainya.

PENERIMAAN PBS DARI PERSPEKTIF GURU

KESIMPULAN

4
PENULISAN ILMIAH

Prof. Dr. Jawiah Dakir*


Timbalan Pengarah
Institut Islam Hadhari,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 Bangi,
Selangor, MALAYSIA
Mel-e: [email protected]

Anda mungkin juga menyukai