Surat Rayuan Pertukaran Antara Daerah

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 3

Nama

Alamat
__________________________________________________________________

Tuan Haji Raisin Bin Saidin


Pengarah Pendidikan Negeri Sabah,
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah,
Wisma Jabatan Pendidikan,
Jalan Punai Tanah, Likas,
88450 Kota Kinabalu,
Sabah. 6 Oktober 2023

Tuan,

PERMOHONAN SEMAKAN SEMULA PERTUKARAN GURU ANTARA DAERAH


DARI PPD PENSIANGAN KE PPD KENINGAU SESI SEPTEMBER 2023

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Saya, nama (no.ic) ingin membuat permohonan semakan semula


pertukaran guru antara daerah dari Pensiangan ke Keningau sesi
September 2023 agar diberi tindakan dan pertimbangan yang sewajarnya
oleh pihak tuan. Berikut adalah maklumat permohonan saya:

No. Permohonan E-Gtukar :

No. Fail JPN :

PPD Semasa :

Sekolah Semasa :

PPD Dipohon :

Opsyen :

3. Untuk makluman, saya memohon pertukaran guru tersebut di atas sebab-


sebab berikut :

i. Gangguan emosi dan kurang fokus dalam menjalankan tugas


kerana fizikal terlalu penat akibat memandu berulang-alik sejauh
lebih kurang 140km setiap hari dari rumah ke sekolah. Hari saya
bermula seawal jam 4 pagi kerana perlu menghantar anak ke taska
sebelum bergerak ke sekolah. Usai waktu persekolahan saya perlu
bergegas dari Nabawan ke Keningau untuk mengambil anak di
taska.
ii. Dukalara dengan suami yang pada ketika ini bertugas di negeri
Perak. Saya agak terkilan kerana dari awal mengandung anak
pertama kami, saya membuat pemeriksaan kesihatan ibu dan bayi
dalam kandungan seorang diri, saya juga mengalami risiko ketika
hamil pada waktu itu. Sehingga anak lahir dan kini berusia 3 tahun,
saya masih lagi mengurus anak seorang diri.

iii. Faktor kesihatan, saya menghidap penyakit asma. Selain itu, sejak
tahun 2020 saya juga disahkan mempunyai fibroid dalam rahim dan
masih lagi menjalani rawatan di sebuah hospital di Kota Kinabalu.

iv. Faktor kesihatan ayah saya, ayah saya merupakan seorang pesakit
jantung. Sebagai anak sulung, saya bertanggungjawab untuk
memikul tugas menjaga kedua ibubapa saya. Turut saya tekankan
bahawa saya perlu menghantar beliau untuk mendapatkan rawatan
dan menghadiri temu janji rawatan pada setiap bulan/minggu.

v. Bimbang keselamatan anak yang berada di taska dan jauh dari


lokasi saya bertugas. Saya amat risau jika ada apa-apa perkara
buruk atau kecemasan yang berlaku dan saya tidak dapat datang
dengan cepat.

vi. Menambah baik serta mengurangkan peningkatan kos sara hidup


daripada menanggung perbelanjaan/kos harian.Harga minyak
setiap hari untuk pergi dan balik memakan ratusan ringgit setiap
bulan. Ditambah lagi perbelanjaan tiket penerbangan untuk saya
dan anak melawat suami juga memakan ribuan ringgit. Dengan
keadaan anak yang semakin membesar, keperluan harian juga
semakin meningkat. Banyak kos yang dapat dikurangkan sekiranya
rayuan ini diluluskan.

vii. Permohonan perpindahan saya yang sering gagal, ini membuatkan


saya semakin tidak bermotivasi untuk ke sekolah walhal saya
seorang yang sangat berdedikasi di dalam tugas saya. Hal ini dapat
dibuktikan dengan pencapaian anak murid saya. Sebagai seorang
guru kebudayaan, saya dan rakan guru lain berjaya membimbing
anak murd sehingga dapat memenangi beberapa pertandingan
sehingga ke peringkat negeri, kebangsaan serta antarabangsa.
Kesihatan mental saya semakin merosot dapat dibuktikan dengan
keputusan ujian dass yang telah saya ambil baru-baru ini yang
menunjukkan skor kemurungan sebanyak 10 iaitu sederhana, skor
kebimbangan dan stress sebanyak 12 iaitu teruk. Namun demikian,
saya masih mengharapkan masa depan yang cerah dan kesihatan
mental dan fizikal yang sihat untuk orang-orang yang saya sayangi.

4. Saya juga dimaklumkan bahawa ramai guru di daerah Keningau yang telah
diluluskan permohonan mereka bagi sesi September 2023 untuk bertukar ke
PPD lain. Oleh itu, saya amat berharap agar kekosongan guru di sekolah-
sekolah tersebut dapat diisi oleh saya. Saya tidak kisah untuk mengajar
mana-mana subjek selain opsyen saya kerana tahun ini sendiri adalah
tahun ke-9 saya mengajar subjek Bahasa Ingerris yang bukan subjek
opsyen saya,.

5. Saya amat berharap agar rayuan permohonan pertukaran saya ini


mendapat pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak tuan. Tiada apa
yang lebih membimbangkan saya melainkan keadaan kesihatan dan
keselamatan anak saya. Selain itu, saya amat merayu agar pihak tuan dapat
memberi sedikit belas dan ihsan memandangkan saya terpaksa berulang
alik setiap hari dari Nabawan ke Keningau dan Keningau ke Perak setiap
bulan. Hal ini melibatkan kos perbelanjaan yang agak tinggi.

6. Bersama-sama surat ini, dilampirkan dokumen sokongan yang berkaitan


untuk rujukan dan tindakan pihak tuan selanjutnya. Segala kerjasama dan
keprihatinan yang diberikan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih,

Disediakan oleh,

NAMA
GURU AKADEMIK
NAMA SEKOLAH

Anda mungkin juga menyukai