SURAT Terkini

Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 4

Tuan Khairul Azman Bin Tuan Abdullah, SK Kampung Baru, Km 5 Jalan Sultan Iskandar, 97000 Bintulu, Sarawak

Pengarah, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 3 & 4, Blok E2, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Wilayah Persekutuan, Putrajaya. 24 MEI 2012

Tuan,

RAYUAN PERMOHONAN PERTUKARAN ANTARA NEGERI SESI JUN 2012

Saya seperti nama dan alamat di atas ingin memohon rayuan untuk Permohonan Pertukaran Antara Negeri bagi saya dan isteri pada sesi Jun 2012 ini. Nombor permohonan saya ialah Y20120310 dan nombor permohonan isteri saya ialah Y20120279.

2. Saya adalah merupakan antara seorang anak yang bertanggungjawab terhadap dua orang tua saya yang sangat uzur dan bergantung kepada bantuan dan pertolongan saya untuk bergerak dan berulang-alik ke hospital serta klinik untuk mendapatkan rawatan.

3. Untuk pengetahuan pihak tuan, pada tahun-tahun awal saya bertugas di Malaysia Timur, abang tiri saya di Kuala Lumpur masih dapat menguruskan segala perbelanjaan dan penghantaran ulang-alik mereka ke hospital namun adalah tidak adil sebagai warga pendidik yang bertanggungjawab dan berhemah tinggi jika saya hanya

membiarkan abang saya sahaja menguruskannya. Oleh itu saya sering berulang-alik dari Bintulu ke Kota Bharu semenjak dari tahun 2008 sehinggalah sekarang untuk menguruskan perihal orang tua saya dari segi penjagaan dan rawatan ke hospital.

4. Isteri saya turut terkesan dengan keadaan ini kerana saya sering meninggalkan isteri dan anak-anak apabila pulang ke kampung untuk menyelesaikan perihal rawatan orang tua saya.

5. Untuk pengetahuan pihak tuan, telah banyak kali kami suami isteri mengisi borang pertukaran ini setiap tahun untuk balik ke Kelantan, tetapi masih gagal. Bahkan jika ada mana-mana individu yang diberitakan dapat membantu kami membuat pertukaran, kami akan segera bertemu individu tersebut dan memohon pertolongan. Namun sehingga sekarang jawapan pertukaran tetap negatif.

6. Semasa mengisi borang penempatan dahulu, Pegawai Penempatan telah memberi jaminan lisan bahawa penempatan ke Sabah dan Sarawak hanya untuk jangka masa 4 tahun sahaja. Oleh itu saya dengan hati yang terbuka menyahut seruan kerajaan untuk berbakti di mana sahaja demi negara. Namun kini saya telah berasa berlaku layanan tidak adil kepada saya kerana sehingga kini saya masih bertugas di sini, sedangkan semua rakan seangkatan saya sudah pulang ke Semenanjung. Ramai guru baru yang bertugas selama setahun dua sahaja sudah dapat pertukaran ke kampung halaman hatta dalam pengetahuan saya, ada guru baru hanya berada di Bintulu ini selama enam bulan sahaja sudah dapat penempatan semula ke Semenanjung.

7. Saya juga telah membina rumah sendiri di kampung saya dengan pinjaman kakitangan kerajaan. Saya merancang perkara ini atas dorongan janji lisan Pegawai Penempatan tersebut. Ini menyebabkan beban pembelanjaan saya juga meningkat kerana terpaksa membayar pinjaman perumahan di Semenanjung dan membayar sewa rumah di Bintulu.

8. Untuk pengetahuan pihak tuan juga, keadaan ini sebenarnya memberikan tekanan yang sangat hebat kepada diri saya. Persoalan mengapa saya masih di sini, risaukan keadaan pengurusan orang tua saya, mengapa rakan saya semua dapat pulang ke Semenanjung, mengapa saya mempercayai janji lisan itu sentiasa berlegar di fikiran saya. Bahkan isteri saya menyatakan kadang-kadang saya bercakap seorang diri. Pernah saya menyatakan ingin mendapat rawatan di hospital bagi membantu saya menghadapi tekanan yang hebat ini. Namun bila memikirkan jika pihak-pihak tertentu mengetahui saya mendapat rawatan hospital, saya bimbang pula pandangan serong

kebanyakan pihak yang mungkin menganggap saya kurang siuman pula. Ini sudah tentu menjejaskan karier, pandangan pentadbir sekolah, ibubapa murid dan masyarakat sekeling terhadap diri saya. Keadaan ini sudah tentu bertambah rumit. Oleh itu saya memperbanyakkan amal ibadah saya bagi memperkuatkan minda dan emosi saya.

9. Selama sembilan tahun saya berkhidmat di Bintulu dengan cemerlang bersama markah LNPT 90% hingga 93% setiap tahun, dapatlah saya simpulkan saya masih dapat mengawal emosi dan perasaan. Saya masih dapat membezakan yang hak dan yang benar dan apakah tanggungjawab saya. Masih lagi dapat membacakan ayat-ayat Al-Quran bagi menenangkan diri saya. Namun sampai bilakah saya dapat bertahan dalam keadaan ini. Jauh di sudut saya dapat saya simpulkan saya sudah tidak dapat hidup di sini lagi. Justeru itu, saya memohon rayuan kami pada kali ini kepada pihak tuan untuk mendapatkan perhatian dan pertimbang yang sewajarnya. Mencegah dari menjadi perkara yang tidak baik kepada diri saya adalah lebih baik dari mengubati. Harap pihak tuan dapat memahami keadaan saya ini. Bersama surat ini disertakan borang permohonan kami suami isteri bersama.

10. Besarlah harapan saya agar permohonan saya ini mendapat pertimbangan yang sewajarnya sehingga diluluskan oleh pihak tuan dengan jayanya dan saya bersyukur kepada Allah s.w.t dengan setinggi-tinggi kesyukuran dengan limpah kurnia dan nikmatNya selama ini.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

________________________________________ (TUAN KHAIRUL AZMAN BIN TUAN ABDULLAH) 771109036169.

Anda mungkin juga menyukai