Contoh Jawapan Soalan Ringkasan 1

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 1

Contoh Jawapan Soalan Ringkasan

Baca petikan di bawah dengan teliti dan tulis sebuah ringkasan tentang kebaikan
belajar secaraberkumpulan. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah
perkataan. Anda digalakkanmenggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud
asal petikan.Kita sering mendengar beberapa istilah seperti kumpulan perbincangan, study group,
study circle,halaqah ataupun usrah. Pada umumnya, kumpulan perbincangan ini
merupakan suatu kumpulan kecilindividu yang ditubuhkan untuk membincangkan
dan bertukar-tukar pendapat tentang perkara-perkaratertentu bagi kepentingan anggota
kumpulan tersebut. Aktiviti ini dianggap suatu tradisi meningkatkanilmu jika perbincangan
itu dijalankan secara berkekalan.Dalam proses memahami bahan-bahan yang kita
peroleh daripada buku atau kuliah untuk disusundalam bentuk lebih kemas, kita
memerlukan perbincangan. Kerap kali kita mempunyai pecahan-pecahanilmu yang
terasing atau bahan yang berselerak dan kita tidak dapat mengaitkannya dengan
konteks yangsebenarnya. Mungkin pecahan-pecahan yang kita miliki tidak cukup untuk
kita kaitkan dan sambungkansebagai satu kesatuan yang jitu.Kita memerlukan orang
lain untuk memberikan pecahan-pecahan yang tidak kita miliki itu danmenyusunnya
sebagaimana isi kandungan itu seharusnya disusun. Tugas itu memerlukan
perkongsianpendapat dengan rakan-rakan atau orang yang sama-sama mahu
mendapatkan pengetahuan tersebut.Jikalau perbincangan itu disertai oleh orang yang
lebih mahir dan pakar, kesan perbincangan itu lebihbermakna.Apabila kita bekerja
dengan orang lain, kadar kepantasan kita akan meningkat. Hal ini demikian
keranaadanya unsur-unsur persaingan dan tentulah kita mahu mengemukakan
pendapat yang terbaik dansumbangan yang bermanfaat kepada kumpulan. Dengan
demkian kita akan membuat persediaan awalyang bersungguh-sungguh untuk
menyayakan perbincangan itu.Namun begitu, kumpulan perbincangan itu ada juga
keburukannya. Bagi sesuatu perkara yang rumit danmemerlukan kebolehan intelektual,
perbincangan lebih banyak memberikan gangguan dan akhirnyaobjektif pembelajaran
tidak tercapai.

Kumpulan perbincangan diadakan bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat tentang


sesuatu perkaradalam kalangan ahli. Melalui aktiviti ini, pemahaman tentang
sesuatu perkara dapat dipertingkatkan.Nota hasil pembelajaran dapat disusun dengan
rapi. Ada rakan-rakan yang dapat menjelaskan sesuatuperkara yang sukar difahami
dengan terperinci. Selain itu, nota pelajaran juga dapat disusun mengikuturutan yang
tepat. Semua ahli kumpulan mendapat faedah hasil daripada perbincangan yang
dilakukan.Akhir sekali kumpulan perbincangan dapat meningkatkan kecekapan bekerja
setiap ahli kumpulan.

Anda mungkin juga menyukai