TEKS UCAPAN MAJLIS KHATAM Pengetua 2024

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 4

TEKS UCAPAN

YANG BERUSAHA
Encik Othman bin Ibrahim
PENGETUA
SM SAINS KUCHING

Sempena
MAJLIS KHATAM AL-QURAN
SEKOLAH MENENGAH SAINS KUCHING 2024
“Ramadan Menyemai Karamah Insaniah”

Tarikh
3 APRIL 2024
24 RAMADAN 1445H

Tempat
DEWAN SRI GEMILANG, SM SAINS KUCHING
SALUTASI

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Yang Berusaha,
Dr. Abang Adam bin Abang Deli
Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Padawan

Penolong-penolong Kanan,
Guru Kanan Matapelajaran,
Guru-guru Cemerlang, para guru,
anggota kumpulan pelaksana
serta anak-anak yang dikasihi sekalian.

UCAPAN

Assalammualaikum, salam sejahtera dan Salam Malaysia MADANI.

Terlebih dahulu, marilah kita bersama-sama mamanjatkan


kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpahan rahmat
dan kasih sayangNya kita dapat bersama-sama berkumpul dalam
majlis yang penuh berkat ini iaitu majlis Khatam Al-Quran Peringkat
Sekolah Menengah Sains Kuching bagi tahun 2024 bersamaan
1445H.

Hadirin yang dihormati,

Sekalung penghargaan saya ucapkan kepada seluruh warga


Sekolah Menengah Sains Kuching terutamanya Panitia Pendidikan
Agama Islam dan Bidang Kemanusiaan atas penganjuran majlis yang
barakah ini. Syabas dan tahniah juga saya ucapkan atas segala daya
usaha dan komitmen tinggi yang diberikan oleh semua ahli
jawatankuasa program ini bagi memastikan majlis pada hari ini dapat
direalisasikan dengan lancar dan jayanya.
Hadirin sekalian,

Alhamdulillah, majlis Khatam Al-Quran ini merupakan pencapaian


yang membanggakan kerana Khatam al-Quran bukan sekadar
menamatkan bacaan, tetapi juga merupakan satu tanda kecintaan
dan kesungguhan dalam menghayati kalam Allah swt di samping
membuktikan keazaman dan sikap istiqamah dalam menuntut ilmu
agama. Tahniah diucapkan kepada 24 orang peserta khatam pada
tahun ini. Salam penghargaan juga diucapkan kepada 10 orang imam
dan 10 orang bilal yang terdiri daripada murid tingkatan 2 hingga
tingkatan 5 di sepanjang bulan Ramadan ini.

Sesungguhnya, dalam bulan yang mulia ini kita juga disarankan untuk
memperdalam pemahaman kita tentang nilai-nilai kemanusiaan
kerana Ramadan mendidik kita untuk menyemai “karamah insaniah”
dengan meningkatkan nilai-nilai seperti kesabaran, empati sesama
manusia, kejujuran dan nilai-nilai yang berkait dengan adab, akhlak
dan integriti. Di samping itu, Al-Quran menjadi panduan utama
dalam kehidupan kita sebagai umat Islam. Kita sewajarnya terus
menghayati makna yang terkandung dalam al-quran serta berusaha
untuk mengamalkan nilai-nilai yang terkandung di dalamnya agar
dapat menjadi insan yang bertaqwa dan berguna kepada agama,
bangsa dan negara.

Saya yakin bahawa penganjuran majlis ini bukan hanya untuk


meraikan anak-anak yang berjaya menamatkan pembacaan al-
Quran, namun perkara yang paling penting ialah mesej yang hendak
disampaikan dan pengertiannya kepada kita. Penghayatan kepada isi
kandungan ayat-ayat al-Quran juga pasti dapat menggalakkan kita
untuk meningkatkan usaha bagi mendekatkan diri kepada yang Maha
Pencipta .

Anak-anak yang saya kasihi sekalian,


Besar harapan saya agar sekolah kita dapat melahirkan generasi yang
bukan sahaja berjaya dalam akademik malahan juga mampu
melahirkan generasi yang pintar dan celik al-Quran. Hal ini juga selari
dengan hasrat KPM ke arah pembentukan karakter yang baik dalam
menyemai nilai Anak Baik lagi Cerdik (ABC) dalam diri setiap anak-
anak.

Ingatlah bahawa,dalam setiap ayat dan surah-surah yang ada di


dalam al-Quran, terkandung hikmah, ilmu dan pedoman hidup yang
sangat lengkap merangkumi sains dan seluruh kehidupan. Al-Quran
juga mengajar kita supaya memperkukuh nilai keihlasan dan
intergriti dalam setiap tindakan kita. Oleh itu, marilah kita semua
mengambil

iktibar dan pengajaran dari kandungan al-Quran. Jadikan al-Quran


sebagai panduan utama dalam setiap langkah dan tindakan kita.
Sisipkan nilai-nilai yang terkandung dalam al-Quran dalam setiap
pembelajaran dan aktiviti seharian agar generasi muda yang berilmu,
berakhlak mulia dan bertaqwa kepada Allah swt dapat dilahirkan.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan


jutaan terima kasih kepada guru-guru yang telah memberi tunjuk
ajar dan sokongan kepada murid-murid sepanjang proses
pembelajaran al-Quran ini berlangsung sehingga mereka berjaya
menamatkan bacaan al-Quran ini dengan cemerlang.

Semoga usaha kita semua diberkati oleh Allah swt dan seterusnya
memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negara. Sekian sahaja
daripada saya.

‫َو ِباِهلل الَّتْو ِفْيُق والِهَداَيُة َو الَّس َالُم َع َلْيُك ْم َو َر ْح َم ُة ِهللا َو َبَر َك اُتُه‬

Anda mungkin juga menyukai