Tema 2 Sejarah Dunia Nota

Unduh sebagai pdf atau txt
Unduh sebagai pdf atau txt
Anda di halaman 1dari 55

PERKASA STPM940/1

TEMA 2 : PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN

Unit 2.1 : Institusi Pemerintahan


Unit 2.1.1 : Raja / Maharaja
Hasil Pembelajaran : Menjelaskan kedudukan dan peranan raja / maharaja dalam
pemerintahan
Masa / Kawasan Kajian : China abad ke-16-20 (1500 ± 1999 Masihi)
Waktu pengajaran : 2 waktu
Bil Kandungan Keterangan

Konsep Raja / Maharaja Sistem maharaja China menduduki hierarki teratas dalam struktur
sosial
Maharaja mempunyai kuasa yang cukup besar
Konsep beraja menjadi penentu kepada maharaja dalam
mempertahankan pemerintahannya

Kedudukan Raja / Kedudukan Maharaja China


Maharaja Konsep mandate of heaven atau mandat dari syurga
Maharaja menduduki hierarki teratas dan paling berkuasa dalam
kerajaan
Mendapat penghormatan tertinggi

Peranan Raja / Peranan Maharaja China :


Maharaja Politik
Ketua pemerintah - berkuasa mutlak, berperanan penting dalam
urusan dasar luar negara, ketua perundangan, eksekutif dan
kehakiman dan dibantu oleh Jabatan Setiausaha Tinggi dan
Majlis Tertinggi
Jabatan Penapis (pasukan perisikan raja)memutuskan dasar
kerajaan
Melantik pembesar - melantik dan melucutkan jawatan pegawai-
pegawai kerajaan dan melantik pembesar di peringkat pusat dan
wilayah
Ketua tentera - bertanggungjawab memastikan keamanan negara,
mengetuai angkatan tentera dalam medan peperangan meluaskan
empayar (awal Dinasti Ming)
Ketua hakim/perundangan- setiap arahan maharaja menjadi undang-
undang.
Ekonomi- memajukan ekonomi dengan mengamalkan dasar tutup
pintu serta menguasai semua sumber ekonomi negara seperti
pungutan cukai / ufti dan menentukan sistem sukatan dan
timbangan. Berkuasa ke atas tanah (tanah hak raja).
Sosial - ketua adat istiadat, adat Kow-tow, dan memastikan alat-alat
kebesaran diraja sentiasa dijaga ( lambang naga). Pemimpin
intelektual istana sebagai pusat perkembangan ilmu dan istana
sebagai pusat peperiksaan awam kerajaan
Agama- ketua agama Buddha, Taoisme dan Confucius dan
memastikan rakyat patuh ajaran agama serta memastikan agama
tidak dicemari dengan pengaruh agama luar seperti agama Kristian

Cadangan latihan x Contoh soalan esei :


pengukuhan/pengayaan a. Bincangkan institusi pemerintahan beraja di China pada
abad ke-19.
b. Jelaskan peranan maharaja dalam sistem pemerintahan
di China pada abad ke-17 hingga abad ke-19.

50
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1

CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN YANG BERKAITAN

SOALAN 1: BINCANGKAN PERANAN MAHARAJA DALAM SISTEM PEMERINTAAHN BERAJA


DI NEGARA CHINA ABAD 16-20M

PENDAHULUAN

Negara China mengamalkan sistem pemerintahan beraja bercorak dinasti dari tahun 2205 SM hingga
1911 M. Dinasti pertama ialah Dinasti Hsia manakala yang terakhir ialah Dinasti Manchu. Antara
dinasti yang terkenal ialah DInasti Chin, Dinasti Ming dan Dinasti Ching. Gelaran "maharaja" mula
digunakan oleh Shih Huang Ti yang merupakan pengasas empayar di negara China. Dinasti Ching
bermula sebagai Dinasti Chin pada tahun 1616 M dan Nurhaci sebagai Maharaja. Dinasti Ching juga
berasal dari Manchuria juga dikenali sebagai Dinasti Manchu. Pada tahun 1618 M, anak Nurhaci,
Abahai menyerang korea dan menamakan semula dinastinya kepada Ching. Dinasti Ching berakhir
pada tahun 1912M.

ISI 1: BIDANG EKSEKUTIF

Dalam bidang eksekutif semasa era Dinasti Ching, maharaja mempunyai kuasa untuk memutuskan
dasar kerajaan. Dasar-dasar seperti dasar keterbukaan dan dasar tutup pintu ditentukan oleh
maharaja. Maharaja juga berkuasa melantik dan melucutkan jawatan pegawai-pegawai kerajaan.
Maharaja Dinasti Ching telah menghapuskan jawatan Perdana Menteri dan badan canselori pusat
atau Chung-shu-sheng. Maharaja mendapatkan nasihat daripada Sekretariat Agung yang bertugas
menerima memorial setiap hari dan mendrafkan dikri-dikri diraja. Dalam memastikan pembesar
menjalankan arahan sepenuhnya, maharaja menubuhkan Lembaga Penapis atau Censorate untuk
menjadi mata dan telinga maharaja.

ISI 2: BIDANG KETENTERAAN

Maharaja Dinasti Ching juga berperanan sebagai ketua tentera. Pada peringkat awal pemerintahan
Dinasti Ching, tugas maharaja dalam bidang ketenteraan terbukti apabila menghadapi penentangan
terhadap bekas keluarga Dinasti Ming di Nanking dan penentangan Wu San-kuei pada tahun 1681.
Maharaja Chien-lung (1736-1795M) terkenal sebagai maharaja ketenteraan semasa era Dinasti
Ching. Baginda menjalankan kempen ketenteraan bagi meluaskan empayar Ching hingga melintasi
kawasan China sebenar. Kawasan seperti Annam, Turkestan dan Burma menjadi negara naungan
China.

ISI 3: BIDANG KEHAKIMAN DAN PERUNDANGAN

Dalam bidang kehakiman dan perundangan, Maharaja Dinasti Ching merupakan sumber undang-
undang negara. Pada tahun 1729, Maharaja Yung Cheng menubuhkan Majlis Agung yang
mengambil peranan Sekretariat Agung. Maharaja mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan undang-
undang yang disediakan oleh Majlis Agung. Dalam sistem kehakiman dan perundangan China,
hukuman adalah secara kolektif dan sesorang itu akan dianggap bersalah sehingga dia berjaya
membuktikan dia tidak bersalah. Maharaja Chien Lung mengendalikan kes-kes rayuan dan juga
memberikan pengampunan kepada sesorang yang didapati melakukan kesalahan

ISI 4: BIDANG EKONOMI

Maharaja Dinasti Ching juga memainkan peranan penting dalam bidang ekonomi. Pada era Dinasti
Ching, China mengalami Revolusi Pertanian Komersial yang membawa kemakmuran dalam ekonomi.
Aktiviti ekonomi semakin rancak kesan penggunaan mata wang perak terutamanya pada era
pemerintahan Maharaja Kangsi. Baginda mewajibkan penggunaan mata wang perak dalam
pembayaran cukai. Peningkatan ekonomi telah menggalakkan rasuah di kalangan pegawai pemungut
cukai. Bagi mengelakkan pegawai kerajaan mengamalkan rasuah, Maharaja Yung Cheng telah
51
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1

menaikkan gaji mereka. Maharaja Kangsi turut menjalankan aktiviti perdagangan dengan pedagang
Barat dan membuka beberapa stesen cukai terutamanya di Canton pada tahun 1685M. Pada tahun
1725M semasa era pemerintahan Maharaja Yung Cheng, sistem Cohong diperkenalkan sebagai
orang tengah dengan pedagang Barat.

ISI 5: BIDANG INTELEKTUAL DAN KEAGAMAAN

Maharaja Dinasti Ching memastikan bidang pendidikan berkembang pesat dengan menjadi penaung
dalam bidang pembelajaran, memberi bantuan kewangan bagi menyelenggarakan dan menerbitkan
kitab-kitab serta ensiklopedia. Selain itu, Maharaja Dinasti Ching mengendalikan peperiksaan awam
di peringkat daerah dan bandar serta terlibat secara langsung dalam pengendalian peperiksaan
awam di istana maharaja. Dalam bidang keagamaan pula, Maharaja Dinasti Ching menjadi ketua
agama dan mengetuai upacara pemujaan,.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, pemerintahan beraja di China berakhir dengan tamatnya pemerintahan Dinasti Ching
pada tahun 1912M. Kematian Maharaja Kuang-Hse diikuti oleh Maharani Dowager pada tahun 1908
membawa kesan ke atas masyarakat China. Ini mencetuskan idea pemodenan yang membawa
kepada Revolusi China pada tahun 1911M. Revolusi ini telah menamatkan pemerintahan beraja
Dinasti Ching juga menghapuskan sistem pemerintahan beraja di China.

52
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1

TEMA 2 : PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN

Unit 2.1 : Institusi Pemerintahan


Unit 2.1.2 : Pembesar
Hasil Pembelajaran : Membandingkan peranan pembesar dalam pemerintahan
Masa / Kawasan Kajian : China abad ke-16-20 (1500 ± 1999 Masihi)
Waktu pengajaran : 2 waktu
Bil Kandungan Keterangan

konsep Pembesar x Berperanan penting dalam sistem pentadbiran monarki


x Merupakan tulang belakang kepada maharaja
x Membantu maharaja dalam pemerintahan dan pentadbiran
x Dilantik secara rasmi oleh maharaja

Kedudukan Pembesar x Pembesar di China


- kedudukan selepas golongan raja
- terdiri daripada golongan bangsawan dan sarjana
- golongan bangsawan memiliki wilayah sendiri
- lulus dalam peperiksaan awam (4 tahap)

Peranan Pembesar x Pembesar di China


i. Peringkat Pusat
- Tiga fasa pentadbiran, iaitu pentadbiran awam,
tentera dan tempatan
- Memegang jawatan penting
- Berkhidmat dalam jabatan kerajaan
- Menganggotai Sekretariat Agung, Majlis Tertinggi (
Enam Badan Menteri) dan Lembaga Penapis
- Mengukuhkan kedudukan maharaja

ii. Peringkat Wilayah


- Gabenor dilantik untuk mentadbir wilayah
- Diberi kuasa autonomi dalam pentadbiran wilayah
- Berperanan memelihara keamanan dan mengutip
cukai daripada penduduk
Berhubung secara langsung dengan
pemerintahan pusat

iii. Ketua Tentera


- bertanggungjawab memastikan keamanan wilayah
- mendapat tempat istimewa dalam kerajaan

iv. Golongan Intelektual (gentry)


- mendapat pendidikan Confucius
- lulus dalam peperiksaan awam
- keutamaan dalam menjawat jawatan kerajaan dan
di istana

Cadangan latihan x Contoh soalan esei :


pengukuhan/pengayaan x Bincangkan institusi pembesar di China pada abad ke-19.
x Bandingkan peranan pembesar di China dan Rusia pada
abad ke-16 hingga ke-20.

53
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1

CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN YANG BERKAITAN

SOALAN 1: BINCANGKAN SISTEM PEMBESAR DI CHINA

PENDAHULUAN

Sistem pembesar di negara-negara Asia Timur termasuk China masih mengamalkan sistem
feudal. Berdasarkan sistem ini pembesar mempunyai kuasa yang terhad dan bergantung kepada
sokongan raja atau maharaja. Dalam masa yang sama pembesar mempunyai tanggungjawab
terhadap pengikutnya dan ini penting bagi melaksanakan tugasnya terhadap raja. Di China,
pembesarnya terdiri daripada pembesar peringkat pusat dan pembesar peringkat wilayah.
Kebanyakan golongan pembesar ini merupakan mereka yang lulus Peperiksaan Perkhidmatan Awam
dalam kurikulum Confucius yang merupakan falsafah moral bagi masyarakat China klasik. Terdapat
juga pembesar daripada kalangan golongan bangsawan atau tentera yang dilantik oleh maharaja.

Kedudukan

Maharaja menduduki lapisan teratas diikuti golongan bangsawan, golongan


terpelajar/sarjana, golongan petani, golongan pertukangan, saudagar/peniaga dan golongan askar.
Golongan bangsawan memiliki wilayahnya tersendiri yang ditauliahkan oleh maharaja. Mereka ini
berkuasa mentadbir wilayah masing-masing. Golongan bangsawan di China adalah mereka yang
lulus dalam Peperiksaan Awam. Peperiksaan awam ini mempunyai empat tahap iaitu peperiksaan
bandar, peperiksaan jajahan, peperiksaan wilayah dan peperiksaan istana yang dijalankan di
hadapan maharaja sendiri. Mereka yang lulus dalam peperiksaan awam akan ditempatkan di
kementerian-kementerian yang penting yang bertanggungjawab menggubal dasar kerajaan.

Golongan ini jugalah yang menganggotai Imperial Secretariat dan Imperial Cancelory.
Kesemua dasar yang digubal diperingkat pusat akan dilaksanakan diperingkat wilayah.
Pelaksanaanya akan dipertanggungjawabkan kepada pembesar bawahan di Jabatan Hal Ehwal
Negara. Terdapat pelbagai jenis jabatan yang dibentuk seperti Jabatan Awam, Jabatan Hukuman,
Jabatan Perkhidmatan, Jabatan Hasil dan Cukai, Jabatan Upacara serta Adat Istiadat dan Jabatan
Penapis.

Golongan sarjana atau gentri merupakan pembesar tempatan yang membantu pembesar-
pembesar peringkat wilayah. Mereka ini sebenarnya golongan terpelajar tetapi berkhidmat secara
sukarela kepada pembesar wilayah yang dilantik oleh maharaja. Golongan Gentri ini bertindak
sebagai orang tengah antara pembesar kerajaan dengan rakyat jelata di kawasan mereka sendiri.
Terdapat juga pembesar yang bukan golongan bangsawan. Mereka ini berpengaruh diperingkat
wilayah kerana memiliki angkatan tentera mereka sendiri. Golongan ini bertanggungjawab ke atas
wilayah mereka sendiri dan bersedia membantu dari segi ketenteraan kepada kerajaan pusat pada
bila-bila masa.

Peranan Pembesar di Peringkat Pusat

1. Raja atau maharaja China membahagikan tiga fasa pentadbiran, iaitu pentadbiran
awam, pentadbiran ketenteraan dan pentadbiran tempatan di bawah badan pengawas bagi
melancarkan pemerintahannya dalam memastikan keamanan dan ketenteraman negara.

2. Dalam pemerintahan dan pentadbiran pusat, maharaja China memecahkan pentadbiran


kepada beberapa unit atau institusi, iaitu Sekretariat Agung, Majlis Tertinggi (Enam Badan Menteri),
dan Censorate (Lembaga Penapis).

3. Institusi Sekretariat Agung terdiri daripada 3 hingga 6 orang setiausaha agung yang
dipilih oleh maharaja China. Peranan Sekretariat Agung:

54
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1

a) Membantu maharaja dalam menyelia dan menyelaras 6 badan kementerian dalam


pentadbiran pusat.

b) Memaklumkan kepada maharaja segala perjalanan dalam 6 badan kementerian.

4. Maharaja dibantu oleh Majlis Tertinggi. Majlis ini menjadi badan penasihat yang penting
kepada raja atau maharaja. Ciri-ciri Majlis Tertinggi ialah :

a. Dibahagikan kepada enam kementerian.

b. Setiap kementerian akan dikawal oleh seorang pegawai kanan atau Shangschu.
Sangschu akan dibantu oleh beberapa pegawai rendah dalam setiap urusan berdasarkan
kementeriannya.

5. Enam kementerian tersebut ialah Kementerian Personal atau Ministry of Personal terdiri
daripada Lembaga Personal, Lembaga Kewangan, Lembaga Adat, Lembaga Perang, Lembaga
Hukuman, dan Lembaga Kerja-kerja Awam. Terdapat 4 jabatan utama yang bertanggungjawab
terhadap pelantikan, penganugerahan, rekod perkhidmatan dan penilaian prestasi.

a. Kementerian Kewangan terdiri daripada 13 orang pegawai dan setiap orang


dipertanggungjawabkan untuk mengawal salah satu daripada 13 provinsi dan mewakili 4 bahagian
yang khusus, iaitu penduduk, akaun awam, akaun khusus, dan akaun pertanian atau tanaman.
Kementerian ini menyimpan kewangan negara, memastikan kekayaan maharaja, serta menguruskan
perbelanjaan negara dengan baik.

b. Kementerian Adat dibahagikan kepada 4 jabatan yang bertanggungjawab kepada adat


istiadat, pengorbanan, penerimaan tetamu, dan barangan. Kementerian ini juga menguruskan hal
ehwal agama Buddha dan Taoisme. Anggotanya terdiri daripada golongan cendekiawan.
Kementerian ini turut mengendalikan Sistem Peperiksaan Kerajaan dan melaporkan kepada
maharaja sama ada pelajar tersebut layak memegang jawatan atau tidak.

c. Kementerian Perang mempunyai 4 jabatan yang bertanggungjawab terhadap pelantikan


pegawai, pengawasan operasi, peralatan, dan pembekalan kelengkapan tentera. Oleh yang
demikian, kalangan ketua-ketua tentera sering mendapat tempat istimewa dalam kerajaan.

d. Kementerian Keadilan terbahagi kepada 13 jabatan berasaskan prinsip setiap satu di


setiap provinsi.

e. Kementerian Kerja Raya dibahagikan kepada 4 jabatan dan berfungsi mengawal


beberapa gudang dan kilang. Kementerian ini bertanggungjawab dalam kerja pembinaan,
mendapatkan guna tenaga untuk perkhidmatan awam, pembuatan barang untuk kerajaan,
komunikasi laut dan darat, penyelarasan timbangan, dan mengawal pengeluaran barangan tertentu
dari kawasan pergunungan dan tasik di China.

6. Maharaja China menubuhkan Lembaga Penapis atau Censorate untuk memastikan


pembesarnya menjalankan arahan serta menjadi mata dan telinga maharaja. Ciri-ciri Lembaga
Penapis :

(a) Terdiri daripada 2 orang Censor, beberapa timbalan, dan 4 pegawai rendah yang
bertanggungjawab dalam menguruskan surat-menyurat Censorate dan urusan pentadbiran.

(b) Kuasa utama Censorate terletak pada 110 pegawai penyiasat yang ditugaskan untuk
membendung amalan korupsi, penyalahgunaan kuasa, dan ketidakcekapan.

55
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1

(c) Pada zaman Dinasti Ching, maharaja menempatkan 24 orang Censorate di Peking atau
ibu kota dan lebih 56 orang Censorate di wilayah.

Jabatan ini berhubung terus dengan maharaja sekiranya terdapat pembesar wilayah yang
µFXUDQJ¶ WHUKDGDS PDKDUDMD Secara langsung ini merupakan satu langkah maharaja untuk
mengekalkan kawalannya ke atas pembesar wilayah tersebut dan memudahkan maharaja untuk
mengambil tindakan sekiranya kedudukannya terancam atas perlakuan pembesar berkenaan.

Justeru jelas menunjukkan bahawa pembesar pusat amat berperanan untuk mengukuhkan
kedudukan maharaja.

Peranan Pembesar di Peringkat Wilayah

1. Dalam pentadbiran pembesar di peringkat wilayah, sering kali kalangan tentera dilantik
sebagai pembesar wilayah dalam usaha memastikan wilayah tersebut berada dalam keadaan aman
dan tenteram serta mematuhi segala arahan daripada kerajaan pusat. Selain golongan tentera,
terdapat juga golongan sarjana atau official gentri/ Shan-shin diberikan peranan untuk mengetuai
pentadbiran di wilayah. Secara umumnya jawatan pembesar wilayah di China dikenali dengan nama
Gabenor.

2. Dalam pentadbiran semasa Dinasti Ching (Manchu) Gabenor dibantu oleh pegawai-
pegawai daerah yang dilantik oleh maharaja seperti Bendahari dan Hakim. Bendahari bertugas
sebagai bendahari amal di wilayahnya. Hakim bertugas mengawal undang-undang jenayah dan
bidang kuasa rayuan dalam perkara-perkara jenayah, serta menjadi Pengawal Garam dan Pegawai
Bijirin. Manakala, Tao-tai ialah seorang pegawai yang bertugas dalam pentadbiran khas dalam
lingkungan dan jajahan pula dikawal oleh ketua jajahan.

'DODPPHODNVDQDNDQWXJDVQ\DPHPHJDQJDPDQDK³PDQGDWGDULV\XUJD´PDKDUDMDDPDW
bergantung kepada kekuatan angkatan tentera. Oleh itu jawatan ketua-ketua tentera sering mendapat
tempat istimewa dalam kerajaan.

4. Justeru pembesar wilayah juga dilantik dalam kalangan bijak pandai (gentry) yang telah
lulus pendidikan Confucius. Keistimewaan pembesar wilayah:

a) Dibenarkan mengubah dasar yang dibentuk oleh pemerintah pusat dengan kebenaran
adat istiadat dan keadaan setempat.

b) Diberi kebebasan bertindak dalam hal-hal yang berkaitan dengan adat istiadat tempatan
dan menjalankan perintah mahajara.

c) Dianggap sebagai pemerintah separuh merdeka.

d) Bebas ditukarkan dari satu tempat ke satu tempat yang lain di seluruh empayar atas
arahan maharaja.

e) Menjaga keamanan dan ketenteraman di wilayah-wilayah masing-masing.

f) Menghantar hasil, cukai atau wang kepada kerajaan pusat.

KESIMPULAN

Keseimbangan antara kalangan tentera yang menjadi tulang belakang dalam pertahanan
negara serta kehadiran kalangan sarjana dalam sistem pembesar di negara China telah menjadikan
pemerintahan China mampu bertahan daripada sebarang ancaman luar sehingga abad ke-19.

56
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1

SOALAN 2: BINCANGKAN KEDUDUKAN DAN PERANAN PEMBESAR DI CHINA DAN RUSIA


PADA ABAD KE-16 HINGGA ABAD KE-20.

PENDAHULUAN

Golongan pembesar juga dikenali sebagai golongan pentadbir yang berperanan dalam melaksanakan
pemerintahan dan pentadbiran yang diarahkan oleh maharaja atau raja. Secara amnya , pembesar
dapat dibahagikan kepada kepada tiga kategori bergantung kepada liokasi dan kepentingannya
,peringkat pusat ,peringkat wilayah dan peringkat daerah. Kebiasaanya individu yang dilantik sebagai
pembesar merupakan individu yang mendapat kepercayaan pemerintah dan sentiasa memberi
kesetiaan yang tidak berbelah bagi.

ISI-ISI PENTING

CHINA RUSIA
Pembesar China Pembesar Rusia
Raja atau maharaja membahagikan tiga fasa Golongan Boyar
pentadbiran iaitu pentadbiran awam, pentadbiran x Golongan bangsawan yang menjadi
ketenteraan dan pentadbiran tempatan di bawah tuan-tuan tanah
badan pengawas bagi memastikan keamanan dan x Berperanan seperti raja-raja kecil yang
ketenteraman negara. memerintah di kawasan tanah
kepunyaan mereka.
x Undang-undang tahun 1649, golongan
1.Pentadbiran Pusat terbahagi kepada beberapa Boyar berkuasa ke atas golongan
unit atau institusi iaitu : petani. Petani-petani dianggap sebagai
Sekretariat Agung ³DEGL´NHSDGD %R\DU EXDW VHODPD-
membantu Maharaja dalam menyelia dan lamanya. Mereka juga menjadikan
menyelaras enam badan kementerian dalam tanah-tanah feudal sebagai tanah
pentadbiran pusat kepunyaan peribadi mereka.
Majlis Tertinggi dan Censorate atau Lembaga x Tsar Peter 1 telah mengurangkan
Penapis kuasa golongan Boyar.
menjadi badan penasihat terpenting kepada
maharaja . 2. Membantu raja dalam bidang
Majlis ini dibahagikan kepada enam kementerian . pentadbiran di peringkat pusat
Setiap kementerian dikawal oleh seorang pegawai Era kekuasaan Moscow dan Dinasti
kanan yang dikenali Shangschu. Shangschu akan Romanov ,pembesar menganggotai tiga
dibantu oleh beberapa pegawai rendah dalam institusi utama iaitu Duma, Zemskii
setiap urusan berdasarkan kementeriannya. Enam Sabor dan Prikazi.
kementerian tersebut ialah Kementerian Personal, x Duma ± golongan bangsawan paling
Kementerian Kewangan, Kementerian Adat , kanan yang bertanggungjawab dalam
Kementerian Perang , Kementerian Keadilan dan hal ehwal pentadbiran khususnya
Kementerian Kerja Raya. membuat dan meluluskan sesuatu
Terdapat Lembaga Penapis atau Censorate yang termasuk dalam bidang kehakiman
menjadi mata dan telinga maharaja. Fungsi x Zemskii Sabor- badan penasihat tetapi
Censorate adalah memaklumkan segala aktiviti kuasanya lebih rendah daripada Duma
pembesar-pembesar China kepada maharaja dan dianggotai oleh 40 hingga 50
supaya maharaja dapat mengambil tindakan yang golongan bangsawan
sewajarnya. x Prikazi- golongan bangsawan dalam
jabatan-jabatan tertentu yang
2. Pentadbiran Wilayah melaksanakan dasar yang diluluskan
x Pembesar wilayah dibantu oleh oleh Duma.
pembesar tempatan yang dikenali x Walaupun Duma dan Zemskii Sabor

57
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1

sebagai Gentry yang menjaga merupakan institusi penting dalam


wilayahnya. pentadbira, namun kuasa sebenar
x Mereka membantu secara sukarela terletak di tangan raja.
sebagai orang perantaraan antara
pembesar dengan rakyat jelata di
kawasan mereka. Zaman Peter The Great
x Memiliki tentera sendiri dan x Majlis Senat telah menggantikan
bertanggungjawab menyediakan peranan Duma dan Zemskii Sabor .
bantuan ketenteraan kepada x Mengenepikan peranan institusi dan
pemerintah pusat . ahli gereja dalam pemerintahan . Holy
x Pentadbiran wilayah juga diuruskan Synod telah mengambil alih peranan
oleh pegawai-pegawai pengawas Patriach (Ketua Gereja)
kerajaan.
x Tugas utama ialah mengawasi aktiviti Zaman Tsar Alexander II
semua peringkat pentadbiran dan x Zemstvo iaitu Majlis Perundangan
mendakwa pegawai-pegawai yang Tempatan .ditubuhkan pada tahun 1864
menyeleweng serta mencadangkan yang dianggotai oleh golongan
perubahan dalam operasi kerajaan. bangsawan (tuan tanah)
x Zaman Dinasti Ching , Gabenor x Zemstvo berperanan sebagai pemungut
dilantik sebagai pentadbir wilayah. cukai di kawasan masing-masing
x ·Gabenor berfungsi untuk menjaga ,melaksanakan kuasa tempatan spt
urusan pentadbiran wilayah , menjaga menyediakan kemudahan asas ,
keamanan dan ketenteraan serta memberi bantuan kepada golongan
mengutip cukai untuk dihantar kepada miskin dan menjaga kesihatan awam
menerintahan pusat. x Zaman Tsar Alexander 1 ±
x Namun kuasa Gabenor tertakluk Jawatankuasa Tidak Rasmi dibentuk
kepada adat istiadat dan tradisi sebagai penasihat Raja dalam hal
wilayah yang telah ditetapkan dalam ehwal dasar negara.
dikri diraja. x Zaman Tzar Nicholas II ± Duma
x Pegawai-pegawai daerah yang dilantik dikembalikan dan berfungsi sebagai
oleh maharaja ialah Bendahari dan Parlimen Rendah dan pemilihan
Hakim akan membantu Gabenor keahliannya berdasarkan suara undian
dalam menjalankan tugasnya terbanyak dan bukan dilantik oleh Tsar.
.
3. Ketua pasukan tentera 3. Pentadbiran peringkat wilayah
x Maharaja bergantung kepada ketua x Gabenor atau naib gabenor yang
angkatan tentera untuk memulihkan dilantik oleh kerajaan pusat
kemanan dan kestabilan politik. bertanggungjawab dalam hal ehwal
x Ketua tentera mendapat kedudukan pentadbiran daerah masing-masing.
istimewa dalam sistem pentadbiran di
China.
x Sebagai buktinya, maharaja mewujudkan 4. Pentadbiran kampung
Jabatan Perang. x Komun atau mir atu Majlis Kampung
dipertanggungjawabkan menguruskan
4. Pembesar wilayah juga dilantik dalam soal pentadbiran termasuk
kalangan bijak pandai (gentry) yang telah x memungut cukai dan menentukan jenis
lulus pendidikan Confucius. Keistimewaan tanaman yang diusahakan oleh petani,
pembesar wilayah: x mengagihkan tanah pertaniah ,melatih
x Dibenarkan mengubah dasar yang generasi muda dalam kalangan petani
dibentuk oleh pemerintah pusat dengan sebagai tentera kerahan,
kebenaran adat istiadat dan keadaan x mengelak pengaruh negatif dalam
setempat. kalangan penduduk luar bandar dan
58
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1

x Diberi kebebasan bertindak dalam hal-hal menjadi mata dan telinga kerajaan
yang berkaitan dengan adat istiadat pusat.
tempatan dan menjalankan perintah 5. Tsar membentuk polis Rahsia bagi
mahajara. mengawal sebarang penyebaran propaganda
x Dianggap sebagai pemerintah separuh yang
merdeka. negatif dan mengawal jalan keluar
x Bebas ditukarkan dari satu tempat ke satu masuk empayar Rusia.
tempat yang lain di seluruh empayar atas 6. Menjelang abad ke 20, berlaku
arahan maharaja. perubahan dari segi perlantikan pembesar.
x Menjaga keamanan dan ketenteraman di
wilayah-wilayah masing-masing. x Individu yang dilantik kini
x Menghantar hasil, cukai atau wang kepada mempunyai latar belakang
kerajaan pusat. pendidikan yang tinggi.
x Secara tidak langsung akan
meningkatkan kredibiliti
pemerintahan Tsar.
Cth. Sergie Witte yang
merupakan graduan dalam
bidang matematik dilantik
sebagai menteri kewangan
bertanggungjawab memajukan
sektor perindustrian Rusia

KESIMPULAN

Kesimpulannya, kewujudan birokrasi dalam pentadbiran kerajaan monarki Rusia ini menggambarkan
hasrat Tsar atau Tsarina untuk mewujudkan pentadbiran yang cekap dan sistematik sekaligus dapat
mengukuhkan kekuasaannya. Namun begitu, akibat perubahan senario politik, golongan ini
menerima kesan daripada Revolusi Bolshevik yang membawa kejatuhan kerajaan monarki Rusia. Di
China , Revolusi 1911 telah menamatkan pemerintahan Dinasti Ching dan menamatkan kuasa
maharaja serta seterusnya kerajaan feudal . Penamatan pemerintahan beraja juga menghapuskan
sistem pembesar di China dan digantikan dengan Republik.

59
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1

TEMA 2 : PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN

Unit 2.1 : Institusi Pemerintahan


Unit 2.1.1 : Raja / Maharaja

Hasil Pembelajaran : Menjelaskan kedudukan dan peranan raja / maharaja dalam


Pemerintahan.

Masa / Kawasan Kajian : Rusia abad ke-16-20 (1500 ± 1999 Masihi)

Waktu pengajaran : 2 waktu

Bil Kandungan Keterangan

a. Konsep Raja / x Sistem maharaja Rusia menduduki hierarki teratas dalam


Maharaja struktur sosial
x Maharaja mempunyai kuasa yang cukup besar
Konsep beraja menjadi penentu kepada maharaja dalam
mempertahankan pemerintahannya

a. Kedudukan x Kedudukan Maharaja Rusia


Raja / Maharaja - Latar belakang pemerintahan di Rusia
i) Kemerosotan kerajaan Golden Horde
ii) Kejayaan Ivan III mendapatkan kota Rusia
Dinasti Ramanov
Peranan Raja / x Peranan Maharaja Rusia:
Maharaja i) Politik
ii) Ekonomi
iii) Sosial
iv) Agama

-
Cadangan latihan x Contoh soalan esei :
pengukuhan/pengayaan a. Bincangkan institusi pemerintahan beraja di Rusia pada
abad ke-17-18.
b. Pemerintahan Tsar Peter Agung (1689-1725) di Rusia
telah melakukan pembaharuan dalam bidang politik,
ekonomi, dan sosial. Bincangkan

60
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1

CONTOH SOLAN DAN JAWAPAN YANG BERKAITAN

SOALAN 1: BINCANGKAN PERANAN MAHARAJA DI RUSIA PADA ABAD KE-16 HINGGA 20M

PENGENALAN

Abad 16- 20 M sistem pemerintahan monarki mutlak kukuh d Rusia.


Maharaja dikenali sebagai Tsar bermaksud ketua kerajaan
Tsar berperanan dalam pemerintahan, perundangan, pertahanan, ekonomi dan agama
Pemerintah berkuasa mutlak -dibantu oleh pembesar
Berperanan mengukuhkan kedudukannya sebagai pemerintah berkuasa mutlak

Peranan Maharaja Tsar


a) Bidang pemerintahan
Monarki mutlak
Ketua negara yang mempunyai kuasa mutlak
Lantik pembesar menjalankan pentadbiran peringkat pusat dan wilayah
Cth Tar Peter Agung -lantik pembesar-pembesar abgi setiap institusi pentadbiran seperti Duma,
Zemskii Sabor dan Prikazi
Zaman Tsar Catherine melantik gabenor dan naib gabenor menguruskan pentadbiran peringkat
provinsi
Tsar berkuasa menandatangani perjanjian dengan negara-negara lain
Jelas menunjukkan Tsar berperanan mengukuhkan kedudukan dan kuasanya menerusi sistem
pemerintahan yang kukuh.

b) Bidang Perundangan
Tsar berperanan sebagai ketua bidang perundangan di Rusai
Tsar berperanan sebagai ketua hakim negara dan melantik hakim-hakim untuk mengendalikan
kes.
Zaman Tsar Catherine Agung , suruhanjaya Perundangan ditubuhkan untuk menggubal kod
undang-undang negara
Zaman tsar Alexander eprkenalakn prinsip perundangan barat seperti perbicaraan secra terbuka
dan sistem juri
Baginda juga memperkenalkan sistem perundanagn yang menjamin hak semua lapisan
masyarakat
Justeru peranan raja sebagai ketua perundangan dapat mengukuhkan kedudukan sebagai
pemerintah berkuasa mutlak.

c) Bidang ketenteraan
Tsar mengetuai pasukan tentera dalam medan peperangan.
Tsar bertanggungjawab menjaga keamanan dan keselamaatn negara daripada ancaman musuh.
Tsar melantik panglima-panglima tentera untuk merancang ekpedisi ketenteraan
Tsar menjalankan perluasan kuasa untuk mengukuhakan kedudukan negara
Tsar melancarkan peperangan bagi menghadapi pemberontakan yang tercetus di wilayah.
Contoh Tsar Peter agung melancarkan dasar peluasan kuasa terhadap Turki dan Sweden
Jelasnya peranan Tsar dalam ketenetraan berjaya melahirkan kestabilan politik dan
mengukuhkan kedaulatan negara.

d) Bidang ekonomi
Tsar bertanggungjawab membangunkan ekonomi negara dan meningkatkan sumber pendapaatn
negara.
Zaman Tsar Peter agung penekanan diberikan kepada pembangunan industry berat dan
pembuatan.
Tsar Alexander II menggalakkan pertumbuhan kilang-kilang di abndar-bandar besar.
Zaman Tsar Nicholas II sector perindustrian mengalami perkembangan pesat
Baginda menggalakkan pelabur-pelabur dari Perancis, England dan Jermanuntuk melabur dalam
sector perindustrian
Jelasnya peranan Tsar dalam pembangunan ekonomi menjadiakn Rusai sebuah negara yang
kuat di Eropah.

61
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1

e) Bidang Agama
Berperanan sebagai penaung agama Kristian Orthodoks.
Bertanggungjawab memperkukuh dan menyebarkan ajaran agama Kristian Orthodoks.
Tsar Peter Agung meletakkan pentadbiran gereja dibawah bidang kuasanya.
Turut memperkenalkan badan agama yang dikenali sebaagi Holy Synod bagi menggantikan
gereja Kristian Orthodoks
Sebagai pengerusi Holy Synod mengukuhkan kedudukannya dalam bidang keagamaan.
Tsarina Catherine Agung turut mengambil alngkah-langkah bagi mengawal institusi gereja.
Beliau memiliknegarakan harta dan kekayaan gereja
Justeru peranan Tsar dalam bidang agama menyebabkan penagruh gereja dapat dikawal dan
kedudukan raja menjadi kukuh.

KESIMPULAN
Tsar merupakan pemerintah berkuasa mutlak di Rusia. Namun demikian kuasa Tsar tercabar
ekoran kemunculan golongan liberal yang menuntut pembaharuan dalam politik dan
pemerintahan. Desakan dan tuntutan golongan liberal mencapai kemuncak apabila tercetus
Revolusi Rusai yang menamatkan pemerintahan monarki di rusia.

SOALAN 2: BINCANGKAN LANGKAH-LANGKAH YANG DIAMBIL OLEH TSAR PETER AGUNG


UNTUK MENGUKUHKAN PEMERINTAHAN MONARKI DI RUSIA .

PENDAHULUAN

Tsar Peter Agung merupakan pemerintah Rusia antara tahun 1689 hingga 1725 iaitu selama 36
tahun .Beliau telah melakukan pelbagai pembaharuan dalam bidang politik , sosial , ekonomi dan
keagamaan .Sebelum menaiki takhta , beliau mengembara ke negara-negara Eropah Barat seperti
Jerman , Belanda , Australia , Britain dan Perancis .Kemajuan yang dicapai oleh negara-negara
Eropah Barat mendorong Tsar Peter Agung untuk melakukan pembaharuan bagi memajukan
Rusia .Terdapat pelbagai langkah yang diambil oleh Tsar Peter Agung bagi mengukuhkan
pemerintahan monarki mutlak di Rusia .

(a) Pemerintahan

Langkah pertama yang diambil oleh Tsar Peter Agung dalam mengukuhkan kedudukannya adalah
melalui pembaharuan dalam pemerintahan .Semasa pemerintahan Tsar Peter Agung , sistem
pentadbiran Rusia telah disusun semula .Beliau mewujudkan sistem pentadbiran pusat yang cekap
dan teratur .Selain itu , beliau telah melakukan rombakan dalam institusi pentadbiran seperti Duma ,
Zemskii Sobor dan Prikazi .Pada tahun1711 , Duma dan Zemskii Sobor digantikan dengan Majlis
Senat .Beliau menubuhkan badan perundangan yang dikenali sebagai Colleges untuk mengurangkan
beban tugas anggota senat .Jelas ternyata , pembaharuan yang dilakukan oleh Tsar Peter Agung
mengukuhkan kedudukannya sebagai pemerintah kuasa mutlak di Rusia .

(b) Ekonomi

Langkah kedua yang diambil oleh Tsar Peter Agung dalam mengukuhkan pemerintahan monarki
adalah melakukan pembaharuan dalam bidang ekonomi.Tsar Peter Agung mengambil langkah-
langkah bagi membangunkan sektor perindustrian .Semasa pemerintahannya, penekanan diberikan
kepada pembangunan industri berat dan industri pembuatan.Selain itu, kerajaan pusat memberi
pelbagai insentif dan subsidi untuk membangunkan sektor perindustrian.Tsar Peter Agung turut
menggalakkan pemodal-pemodal asing mendirikan kilang di Rusia.Di samping industri berat seperti
industri besi dan keluli, industri tekstil, kaca dan barangan kulit dimajukan.Di samping itu, Tsar Peter
Agung turut memperkenalkan pelbagai jenis cukai untuk menambahkan perbendaharaan
negara.Contohnya, beliau memperkenalkan cukai kepala yang dibayar dalam bentuk tunai pada
tahun 1718 dan cukai tidak langsung. Kesan daripada pengenalan sistem cukai ini, maka
perbendaharaan negara turut meningkat .Tuntasnya , perubahan yang dilakukan oleh Tsar Peter
Agung dalam ekonomi meningkatkan pendapatan negara dan mengukuhkan kedudukan beliau .

62
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1

(c) Pendidikan

Langkah ketiga yang diambil oleh Tsar Peter Agung adalah melakukan pembaharuan dalam bidang
pendidikan. Dalam konteks ini, Tsar Peter Agung memberi penekanan kepada kemajuan dalam
bidang pendidikan .Beliau menghantar pelajar-pelajar ke barat bagi menuntut ilmu dan mempelajari
kepakaran dalam bidang tertentu.Semasa pemerintahan Tsar Peter Agung, sekolah-sekolah didirikan
di seluruh Rusia.Antara sekolah yang ditubuhkan di Rusia ialah The Navigator School dan Naval
Academy.Sekolah-sekolah ini memberi penekanan dalam bidang aritmetik , geometri ,geografi dan
pelayaran .Beliau merancang pembinaan sebuah universiti yang dikenali sebagai The Imperial
Academy of Science. Justeru, pembaharuan yang dilakukan dalam pendidikan menyaksikan
pembangunan Rusia yang mengukuhkan kedudukan monarki di Rusia .

(d) Keagamaan

Langkah terakhir yang diambil oleh Tsar Peter Agung adalah melakukan pembaharuan dalam bidang
keagamaan .Tsar Peter Agung telah mengambil langkah untuk menyusun semula pentadbiran
gereja .Tujuannya adalah untuk mengurangkan kuasa dan keistimewaan yang dimiliki oleh gereja .
Beliau bertindak meletakkan pentadbiran gereja di bawah bidang kuasanya .Beliau memperkenalkan
badan yang dikenali sebagai Holy Synod untuk mengambilalih peranan ketua gereja Kristian
Orthodoks .Beliau melantik dirinya sebagai pengerusi Holy Synod untuk mengukuhkan kedudukannya
dalam badan tersebut .Tuntasnya , pembaharuan dalam bidang agama mengukuhkan kedudukan
Tsar daripada penguasaan institusi gereja .

(e) Ketenteraan

Langkah terakhir yang diambil oleh Rusia dalan mengukuhkan kedudukan monarki adalah melalui
pembaharuan dalalm bidang ketenteraan . Tsar Peter Agung mengambil langkah-langkah untuk
membina pasukan tentera yang kuat . Matlamat utama beliau ialah menangkis serangan musuh ,
mematahkan pemberontakan dalam negeri dan meluaskan jajahan takluk . Pada tahun 1695 , Tsar
Peter Agung melancarkan serangan untuk menguasai kubu tartar di Azov . Tsar Peter Agung berjaya
menewaskan tentera Sweden dalam pertempuran di Poltova . Baginda berjaya menguasai Livonia ,
Estonia , Ingria dan Karelia daripada Sweden melalui Perjanjian Nystadt . Tuntasnya , kejayaan Tsar
Peter Agung menyebabkan Rusia muncul sebagai sebuah empayar yang kuat di Eropah pada abad
ke-18 .

KESIMPULAN
Tsar Peter Agung telah mengambil langkah proaktif dalam pelbagai bidang termasuk politik ,
ekonomi , agama dan sosial . Pembaharuan yang dilakukan oleh Tsar Peter Agung mengukuhkan
kedudukan beliau sebagai pemerintah mutlak di Rusia . Pemerintahan Tsar Peter Agung merupakan
zaman keagungan dalam pemerintahan monarki di Rusia .Beliau meletakkan asas yang kukuh bagi
Rusia mencapai kemajuan pada abad-abad seterusnya

63
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1

TEMA 2 : PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN

Unit 2.1 : Institusi Pemerintahan


Unit 2.1.2 : Pembesar
Hasil Pembelajaran : Membandingkan peranan pembesar dalam pemerintahan
Masa / Kawasan Kajian : Rusia abad ke-16-20 (1500 ± 1999 Masihi)
Waktu pengajaran : 2 waktu
Bil Kandungan Keterangan

konsep Pembesar x Berperanan penting dalam sistem pentadbiran monarki


x Merupakan tulang belakang kepada maharaja
x Membantu maharaja dalam pemerintahan dan pentadbiran
x Dilantik secara rasmi oleh maharaja
Kedudukan Pembesar Pembesar di Rusia
Kedudukan tertinggi selepas tzar
dianggap sebagai tulang belakang / tiang kerajaan
mobiliti sosial berlaku secara lantikan
Peranan Pembesar Pembesar di Rusia
Peringkat Pusat

membantu pentadbiran raja dalam Majlis Tertinggi ( Duma, Zemskii


Sabor, Prikazi)
Peter mewujudkan Majlis Senate menggantikan Duma dan Zemskii
Sabor
memberi perkhidmatan ketenteraan
menganggotai institusi gereja Kristian Ortodoks untuk kawal kuasa
gereja
Menganggotai Jawatankuasa Tidak Rasmi untuk menasihati raja
dalam hal ehwal dasar negara
golongan bangsawan menjadi ahli Dewan Perhimpunan Wilayah
membantu Tzar dalam urusan pentadbiran
Polis Rahsia Khas (Okhrana) untuk kawal penyebaran propaganda
yang boleh gugat pemerintah

Peringkat Daerah
Diketuai oleh gabenor atau naib gabenor
Majlis Daerah (Zemstvo) berperanan jaga infrastruktur dan
pendidikan

Peringkat Kampung (Komun / Mir)


Bertanggungjawab memungut cukai untuk kerajaan pusat

Cadangan latihan x Contoh soalan esei :


pengukuhan/pengayaan a. Bincangkan institusi pembesar di Rusia pada abad ke-
19.
b. Nilaikan peranan pembesar di Rusia pada abad ke-16
hingga ke-20.

64
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1

CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN YANG BERKAITAN

SOALAN 1: BINCANGKAN PERANAN PEMBESAR DALAM SISTEM PEMERINTAHAN BERAJA


YANG DIAMALKAN DI RUSIA DARI ABAD KE-16 HINGGA 20 MASIHI.

PENDAHULUAN

Semasa pemerintahan monarki , raja dibantu oleh golongan pembesar yang dikenali sebagai
boyar.Golongan pembesar terdiri daripada golongan aristokrat yang memberikan taat setia kepada
raja yang memerintah.Pembesar merupakan tulang belakang kepada Tsar mengukuhkan kedudukan
dan pengaruh dalam sistem pemerintahan monarki di Rusia.Raja memberi kuasa kepada golongan
ini untuk mentadbir kawasan tertentu dan mempunyai pengikut yang ramai.Peranan golongan
pembesar di Rusia jelas ketara dalam bidang politik , ekonomi , ketenteraan dan keagamaan.

a. Pemerintahan
Peranan utama pembesar dalam pemerintahan monarki di Rusia dapat dikesan dalam aspek
pemerintahan.Semasa pemerintahan Romanov, pembesar membantu Tsar menjalankan pentadbiran
di peringkat pusat dan wilayah.Mereka dilantik sebagai anggota dewan perundangan seperti Duma,
Zemskii Sobor dan Prizaki.Tugas pembesar adalah memberi nasihat kepada Tsar, menyelaraskan
hal ehwal pentadbiran , menggubal serta melulusakan dasar negara.Pembesar-pembesar dilantik
sebagai gabenor atau naib gabenor untuk menguruskan pentadbiran di peringkat daerah.Tuntasnya
pembesar membantu Tsar dalam memastikan sistem pentadbiran berjalan dengan lancar.

b. Kehakiman
Peranan kedua pembesar di Rusia adalah dalam bidang kehakiman.Pembesar-pembesar membantu
Tsar dalam mengendalikan hal ehwal kehakiman negara.Semasa pemerintahan Peter Agung, Duma
mempunyai kuasa membicarakan kes-kes.Semasa pemerintahan Tsar Alexander II, sistem
mahkamah diwujudkan.Tsar melantik hakim, majistret dan juri daripada golongan pembesar untuk
mengendalikan kes-kes.Kes-kes dibicarakan secara terbuka dan sistem juri diperkenalkan.Justeru ,
pembesar memberikan sumbangan dalam kehakiman bagi melahirkan keadaan aman dalam negara.

c. Ketenteraan
Peranan pembesar yang ketiga adalah dalam bidang ketenteraan.Semasa pemerintahan Peter
Agung, pembesar-pembesar berkhidmat dengan cemerlang dalam bidang ketenteraan.Pembesar-
pembesar membantu Tsar sebagai perancang strategi dan menjadi panglima perang. Dengan
bantuan pembesar , Peter Agung mengukuhkan kekuatan pasukan tentera Rusia.Tsar Peter The
Great melancarkan dasar peluasan kuasa dan menguasai wilayah Azov , Livonia , Estonia , Ingria
dan Kerelia.Jelas ternyata , pembesar turut memainkan peranan dalam mengukuhkan sistem
pertahanan serta kedaulatan negera.

d. Ekonomi
Peranan pembesar seterusnya adalah dalam bidang ekonomi. Pemmbesar-pembesar merupakan
tuan-tuan tanah yang berperanan dalam perkembangan ekonomi. Mereka memiliki tanah pertanian
yang luas diusahakan oleh golongan petani dan hamba. Pembesar-pembesar berperanan mengutip
cukai daripada penduduk dan menyerahkan sebahagian daripada cukai kepada Tsar. Tsar melantik
Komun atau Mir untuk mengutip cukai dan menetapkan jenis tanaman yang diusahakan oleh petani.
Justeru , pembesar terlibat secara langsung dalam menguruskan ekonomi serta pembangunan
ekonomi negara.

e. Keagamaan
Peranan pembesar yang terakhir adalah dalam bidang keagamaan.Mereka memimpin dan
menguasai institusi gereja Kristian Orthodoks.Sebelum zaman Peter Agung, institusi gereja
berpengaruh dalam bidang keagamaan , ekonomi dan politik. Namun demikian, Peter Agung
meletakkan gereja Kristian di bawah penguasaannya. Tuntasnya dengan bantuan pembesar Tsar
dapat menguasai institusi gereja dan mengukuhkan kedudukannya di Rusia.

65
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1

KESIMPULAN
Pembesar memainkan peranan dalam sistem pemerintahan monarki yang diamalkan di Rusia.
Mereka membantu Tsar dalam pemerintahan , kehakiman , ketenteraan , ekonomi dan keagamaan.
Dengan bantuan pembesar , Tsar dapat mengukuhkan kedudukan dan kekuasaan sebagai
pemerintahan monarki

SOALAN 2: BINCANGKAN PERANAN PEMBESAR DALAM SISTEM PEMERINTAHAN BERAJA


YANG DIAMALKAN DI RUSIA DARI ABAD KE-16 HINGGA 20 MASIHI.

PENDAHULUAN

¾ Semasa pemerintahan monarki , raja dibantu oleh golongan pembesar yang dikenali sebagai
boyar.
¾ Golongan pembesar terdiri daripada golongan aristokrat yang memberikan taat setia kepada
raja yang memerintah.
¾ Pembesar merupakan tulang belakang kepada Tsar mengukuhkan kedudukan dan pengaruh
dalam sistem pemerintahan monarki di Rusia.
¾ Raja memberi kuasa kepada golongan ini untuk mentadbir kawasan tertentu dan mempunyai
pengikut yang ramai.
¾ peranan golongan pembesar di Rusia jelas ketara dalam bidang politik , ekonomi ,
ketenteraan dan keagamaan.

Isi-isi penting

Pemerintahan
¾ Peranan utama pembesar dalam pemerintahan monarki di Rusia dapat dikesan dalam aspek
pemerintahan.
¾ Semasa pemerintahan Romanov, pembesar membantu Tsar menjalankan pentadbiran di
peringkat pusat dan wilayah.
¾ Mereka dilantik sebagai anggota dewan perundangan seperti Duma, Zemskii Sobor dan
Prizaki.
¾ Tugas pembesar adalah memberi nasihat kepada Tsar, menyelaraskan hal ehwal
pentadbiran , menggubal serta melulusakan dasar negara.
¾ Pembesar-pembesar dilantik sebagai gabenor atau naib gabenor untuk menguruskan
pentadbiran di peringkat daerah.
¾ Tuntasnya pembesar membantu Tsar dalam memastikan sistem pentadbiran berjalan dengan
lancar.

Kehakiman
¾ Peranan kedua pembesar di Rusia adalah dalam bidang kehakiman.
¾ Pembesar-pembesar membantu Tsar dalam mengendalikan hal ehwal kehakiman negara.
¾ Semasa pemerintahan Peter Agung, Duma mempunyai kuasa membicarakan kes-kes.
¾ Semasa pemerintahan Tsar Alexander II, sistem mahkamah diwujudkan.
¾ Tsar melantik hakim, majistret dan juri daripada golongan pembesar untuk mengendalikan
kes-kes.
¾ Kes-kes dibicarakan secara terbuka dan sistem juri diperkenalkan.
¾ Justeru , pembesar memberikan sumbangan dalam kehakiman bagi melahirkan keadaan
aman dalam negara.

Ketenteraan
¾ Peranan pembesar yang ketiga adalah dalam bidang ketenteraan.
¾ Semasa pemerintahan Peter Agung, pembesar-pembesar berkhidmat dengan cemerlang
dalam bidang ketenteraan.
¾ Pembesar-pembesar membantu Tsar sebagai perancang strategi dan menjadi panglima
perang.
¾ Dengan bantuan pembesar , Peter Agung mengukuhkan kekuatan pasukan tentera Rusia.

66
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1

¾ Tsar Peter The Great melancarkan dasar peluasan kuasa dan menguasai wilayah Azov ,
Livonia , Estonia , Ingria dan Kerelia.
¾ Jelas ternyata , pembesar turut memainkan peranan dalam mengukuhkan sistem pertahanan
serta kedaulatan negera.

Ekonomi
¾ Peranan pembesar seterusnya adalah dalam bidang ekonomi.
¾ Pemmbesar-pembesar merupakan tuan-tuan tanah yang berperanan dalam perkembangan
ekonomi.
¾ Mereka memiliki tanah pertanian yang luas diusahakan oleh golongan petani dan hamba.
¾ Pembesar-pembesar berperanan mengutip cukai daripada penduduk dan menyerahkan
sebahagian daripada cukai kepada Tsar.
¾ Tsar melantik Komun atau Mir untuk mengutip cukai dan menetapkan jenis tanaman yang
diusahakan oleh petani.
¾ Justeru , pembesar terlibat secara langsung dalam menguruskan ekonomi serta
pembangunan ekonomi negara.

Keagamaan
¾ Peranan pembesar yang terakhir adalah dalam bidang keagamaan.
¾ Mereka memimpin dan menguasai institusi gereja Kristian Orthodoks.
¾ Sebelum zaman Peter Agung, institusi gereja berpengaruh dalam bidang keagamaan ,
ekonomi dan politik.
¾ Namun demikian, Peter Agung meletakkan gereja Kristian di bawah penguasaannya.
¾ Tuntasnya dengan bantuan pembesar Tsar dapat menguasai institusi gereja dan
mengukuhkan kedudukannya di Rusia.

KESIMPULAN
¾ Pembesar memainkan peranan dalam sistem pemerintahan monarki yang diamalkan di
Rusia.
¾ Mereka membantu Tsar dalam pemerintahan , kehakiman , ketenteraan , ekonomi dan
keagamaan.
¾ Dengan bantuan pembesar , Tsar dapat mengukuhkan kedudukan dan kekuasaan sebagai
pemerintahan monarki mutlak

67
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1

TEMA 2 : PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN

Unit 2.2 : Negara Bangsa


Unit 2.2.1 : Raja Mutlak dan Raja Berpelembagaan
Hasil Pembelajaran : Membandingkan sistem pemerintahan raja mutlak dengan raja
berperlembagaan
Masa / Kawasan Kajian : England abad ke-16-18 (1500 ± 1799 Masihi)
Waktu pengajaran : 2 waktu
Bil Kandungan Keterangan

Konsep Raja Mutlak Raja Mutlak


dan Raja Bermaksud cara pemerintahan raja tidak dikawal oleh parlimen.
Berpelembagaan Melalui sistem ini, kehendak pemerintah ialah undang-undang.
England berada dalam pemerintahan sistem beraja mutlak sejak
abad ke-15 lagi. Sistem beraja mutlak diasaskan oleh Raja Henry VII
pada tahun 1485 dan pemerintahan ini terus diamalkan sehingga
tahun 1603.
Pemerintahan sistem beraja mutlak terus diamalkan oleh Dinasti
Stuart dari tahun 1603 sehinggalah berlakunya Revolusi Cemerlang
di England.
Raja Berperlembagaan
Sistem kerajaan di mana raja menjalankan pemerintahan mengikut
perlembagaan dan undang-undang yang ditetapkan atau piagam
politik.
Misalnya, di England, kuasa raja terbatas dengan Magna Carta.
England menuju pemerintahan raja berpelembagaan setelah
Revolusi Cemerlang pada tahun 1688.
Pemerintahan Raja Raja Mutlak England
Mutlak dengan Raja Dinasti Tudor
Berpelembaan Diasaskan oleh Raja Henry VII Berakhir pada tahun 1603 semasa
pemerintahan Ratu Elizabeth
Raja berkuasa penuh menggubal dan melaksanakan dasar
Kedudukan raja mengatasi undang-undang
Diterima oleh rakyat untuk manamatkan huru-hara
Membentuk kerajaan yang stabil dan mendapat sokongan rakyat
Pemerintahan berdasarkan Magna Carta (Piagam yang digubal
untuk mengawal kuasa raja)
Tidak mementingkan prinsip kesucian raja
Raja-raja Tudor bekerjasama dan mengawal 2 buah parlimen
England (House of Lords dan House of Common)
Berjaya menangani tentangan golongan puritan (penganut
Protestan) terhadap golongan Anglican.

Dinasti Stuart (1603-1702)


Raja James I
Berpegang kuat kepada doktrin kuasa suci raja
Dasar memihak kepada mazhab Katolik.
Mengahwinkan puteranya dengan puteri Perancis bermazhab Katolik
Membubarkan parlimen pada tahun 1611

Raja Charles I
Tidak menyukai golongan puritan
Membelakangi parlimen dalam kutipan cukai
Menahan 9 orang ahli parlimen yang menentang baginda
Membubarkan parlimen dan memerintah secara mutlak selama 11
tahun
Mengenakan pelbagai jenis cukai
Memulihkan amalan Roman Katolik
Menyebabkan kebangkitan golongan puritan
68
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1

Tahun 1639 tubuhkan semula parlimen


Gagal dapat kerjasama ahli parlimen dan bubarkan semula parlimen
Berjaya dikalahkan oleh tentera gereja pimpinan Oliver Cromwell.
Dihukum bunuh

Raja Berpelembagaan England


Raja Charles II (1660-1685)
- Memansuhkan pemerintahan Komanwel dan meluluskan undang-
undang mengikis fahaman Puritan dari England.
- Meluluskan undang-undang Habeas Corpus Act pada tahun
1679.
Mensyaratkan seseorang yang ditangkap mesti dibawa ke muka
pengadilan dan diberi sebab
i. mengapa dipenjarakan.
ii. Menyekat kuasa raja memenjarakan tahanan politik dengan
sesuka hati bagi jangka masa yang panjang tanpa
mendakwa si pesalah.
- Wujud perkembangan politik kepartian
- Wujud 2 parti (Whig dan Torries) yang dikuasai golongan
aristokrat, gentry dan bourjuis.

Mary II dan William of Oranges


- Mary II dan William of Orange menjadi Raja England -selepas
berlakunya Revolusi Cemerlang
- Revolusi Cemerlang membawa pengisytiharan beberapa undang-
undang oleh parlimen:
a) Pengisytiharan hak:
- Parlimen mesti mengadakan persidangan daripada masa ke
semasa
- Parlimen sebagai institusi yang mewakili rakyat
- parlimen mempunyai keutuhan dalam soal legislatif dan
eksekutif
- Rakyat mempunyai hak menghadapkan raja ke muka
pengadilan
- Raja England mesti dari mazhab Protestan
b) Toleration of Act 1699 (Undang-undang Toleransi)
- Beri kebebasan beragama bagi penganut Kristian Protestan
- Bill of Right pada 1699 kemukakan bidang kuasa raja
i. raja diiktiraf sebagai ketua negara
ii. raja tiada lagi kuasa autokratik
iii. raja tidak boleh memansuhkan undang-undang yang
diluluskan parlimen
iv. raja tidak boleh campur tangan dalam urusan mahkamah
-
Cadangan latihan x Contoh soalan esei :
pengukuhan/pengayaan b. Bincangkan sistem beraja mutlak yang diamalkan di
England.
c. Analisiskan reaksi rakyat di England terhadap sistem
beraja pada abad ke-18.

69
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1

CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN YANG BERKAITAN

SOALAN 1; HURAIKAN LANGKAH-LANGKAH YANG DIAMBIL OLEH RAJA-RAJA DARI


DINASTI TUDOR UNTUK MENGUKUHKAN PEMERINTAHAN MONARKI MUTLAK DI ENGLAND.

PENDAHULUAN

Menjelang pemerintahan Dinasti Tudor, sistem pemerintahan monarki mutlak diamalkan di England.
Dinasti Tudor diasaskan oleh Raja Henry VII yang memerintah England dari tahun 1485 hingga 1603.
Sistem pemerintahan monarki mutlak menjadi pilihan rakyat England selepas tamat Perang Bunga
Ros.
Sepanjang pemerintahan Dinasti Tudor, berlaku peristiwa yang mengancam kedudukan mutlak raja.
Antaranya adalah pergeseran antara anggota Dewan Bangsawan dan Dewan Rakyat di Parlimen
serta ancaman daripada golongan Puritan.
Namun demikian, raja-raja Dinasti Tudor menggunakan kebijaksanaan untuk mempertahankan
pemerintahan monarki mutlak di England.

Isi-isi penting

(a) Pemerintahan berasaskan Magna Carta


‡ /DQJNDK SHUWDPD \DQJ GLDPELO ROHK raja-raja Dinasti Tudor adalah menjalankan pemerintahan
berasaskan Magma Carta.
‡ 5DMD-raja dinasti Tudor berpegang kepada prinsip yang terkandung dalam Magna Carta dalam
menjalankan pemerintahan.
‡ 0DJQD &DUWD PHUXSDNDQ SLDJDP SROLWLN \DQJ GLSHUNHQDONDQ Vejak zaman pertengahan bagi
membataskan kuasa raja.
‡ %HUSDQGXNDQ NHSDGD 0DJQD &DUWD UDMD-raja Dinasti Tudor menggunakan budi bicara dan tolak
ansur dalam menangani masalah yang timbul.
‡ -HODV WHUQ\DWD SHPHULQWDKDQ EHUODQGDVNDQ VHPDQJDW 0DJQD &DUWD WHOah menyebabkan sistem
pemerintahan monarki mutlak dapat dipertahankan.

(b) Kejayaan mengawal parlimen


‡ /DQJNDK VHWHUXVQ\D \DQJ GLDPELO ROHK UDMD-raja Dinasti Tudor adalah menggunakan pendekatan
yang bijak bagi mengawal parlimen.
‡ 6HPDVD SHPHULQWDKDQ 'inasti Tudor, timbul pergeseran antara anggota parlimen England yang
terdiri daripada Dewan Bangsawan dan Dewan Rakyat.
‡ 'HZDQ %DQJVDZDQ GLDQJJRWDL ROHK JRORQJDQ WXDQ WDQDK \DQJ ND\D ELVKRS GDQ DQJJRWD NHUDEDW
diraja.
‡'HZDQLQLPHPSXQ\DLSHQJDUXKGDOam politik kerana menerima sokongan daripada raja.
‡0DODKDQJJRWDGHZDQLQLPHPSXQ\DLKXEXQJDQ\DQJUDSDWGHQJDQUDMD-raja dinasti Tudor.
‡'DODPSDGDLWX'HZDQ5DN\DWGLDQJJRWDLROHKRUDQJNHEDQ\DNDQ\DQJWHUGLULGDULSDGDSDKODZDQ
orang kaya dan peguam.
‡3DGDDEDGNH-17, golongan tuan tanah dan golongan bourjois mula mendominasi Dewan Rakyat.
‡ *RORQJDQ LQL PXOD PHPSHUWLNDLNDQ NHGXGXNDQ GDQ SHQJDUXK JRORQJDQ EDQJVDZDQ GDODP 'HZDQ
Bangsawan.
‡ 1DPXQ GHPLNLDQ UDMD-raja daripada Dinasti Tudor menggunakan kebijaksanaan bagi meredakan
pergeseran antara anggota parlimen.

(c) Meredakan penentangan golongan puritan


‡/DQJNDKWHUDNKLU\DQJGLDPELOROHKUDMD-raja Dinasti Tudor adalah berjaya menangani penentangan
daripada golongan puritan
‡*RORQJDQSXULWan merujuk kepada golongan yang tidak puas hati dengan gereja Anglican.
‡ *RORQJDQ SXULWDQ EHUMXDQJ XQWXN PHPEHUVLKNDQ DPDODQ DJDPD GDULSDGD SHQJDUXK JHUHMD .DWROLN
Rom.
‡ .HGXGXNDQ JRORQJDQ SXULWDQ VHPDNLQ NXNXK KLQJJD PHQDULN PLQDW SHOEDJDL JRORQJDQ WHUhadap
ajaran ini.
‡ 5DMD-raja daripada Dinasti Tudor menggunakan pendekatan yang bijak untuk mengatasi ancaman
golongan puritan.

70
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1

KESIMPULAN
‡ 6LVWHP SHPHULQWDKDQ PRQDUNL PXWODN VHPDVD SHPHULQWDKDQ 'LQDVWL 7XGRU PHODKLUNDQ NHVWDELODQ
politik di England.
‡.HZLEDZDDQUDMD-raja merupakan faktor utama sistem pemerintahan monarki dapat dipertahankan.
‡ :DODX EDJDLPDQDSXQ VLVWHP SHPHULQWDKDQ PRQDrki mutlak mendapat tentangan daripada rakyat
semasa pemerintahan raja-raja dari dinasti Stuart.
‡ 3HUNHPEDQJDQ LQL PHOHWDNNDQ DVDV EDJL NHODKLUDQ VLVWHP SHPHULQWDKDQ UDMD EHUSHUOHPEDJDDQ GL
England.

SOALAN 2: BINCANGKAN PERKEMBANGAN SISTEM PEMERINTAHAN RAJA


BERPERLEMBAGAAN DI ENGLAND DARI TAHUN 1660 HINGGA 1699

Tugasan ± Bincangkan
Kehendak Soalan ± Perkembangan Sistem Pemerintahan raja berperlembagaan @proses
pembentukan raja berpelembagaan di England.
Tempat - England
Masa ± Tahun 1660 hingga 1699

Rumusan soalan 2
x Perkembangan pemerintahan dalam tempoh 39 tahun (1660-1699)
x Keperluan masyarakat di England ± bagaimana kesedaran rakyat bermula-jemput Charles II
ke England -letakkan raja dalam institusi pentadbiran.
x Peranan parlimen
x Kehadiran James II- konflik
x Peranan Parlimen
x Kehadiran William dan Mary-timbulkan beberapa akta- penerimaan sistem raja
berpelembagaan dengan hadkan kuasa raja dan meningkatkan kedudukan Parlimen.

PENGENALAN

Menjelaskan konsep raja berperlembagaan dengan latar belakang pemerintahan di England


Sistem Raja Berpelembagaan bermula selepas tercetusnya Revolusi Cemerlang yang berlaku
secara aman dan memberi impak yang besar kepada landskap politik di England

Isi
Secara umum isi jawapan boleh dibahagi kepada 2 fasa (1660-1699)

a) peristiwa dari Raja Charles II kepada berlakunya Revolusi Cemerlang

b) Terangkan Peristiwa berlaku selepas Revolusi Cemerlang iaitu Wiiliam of Orange dan Mary,
Habeas Carpus Act (undang-undang hak asasi manusia-sekat raja menahan tahanan politik sesuka
hati ) (1679), Bill of Right, Petition of Right yang turut diluluskan.

- Jika pelajar dapat menerangkan peristiwa yang berlaku pada fasa ± fasa tersebut, dianggap
menjawab soalan dengan cemerlang

HURAIAN

1660 - masyarakat England mula sedar bahawa pemerintahan tanpa raja merupakan satu
pentadbiran yang gagal. Atas kesedaran ini, Parlimen menjemput kembali Raja Charles II ke
(QJODQG XQWXN PHQDLNL WDNKWD /DQJNDK LQL  GLQDPDNDQ ³ UHVWRUDVL´ $WDX XVDKa melatakkan raja
dalam pentadbiran.
Raja Charles II telah menunjukkan sokongan dengan menjalin hubungan baik dengan Parlimen serta
menunjukkan sokongan kepada gereja England (Protestan) walaupun beliau sendiri beragama
kristian katolik.
71
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1

Pemerintahan Raja Charles II 1660 meletakkan semula raja dalam institusi pentadbiran

1679 ± Habeas Corpus Act telah diluluskan oleh Parlimen pada zaman Raja Charles II. Undang ±
undang ini amat penting bagi menjamin hak asasi manusia.

Ia memberi hak kepada semua pesalah untuk dibawa ke muka pengadilan dan ada sebab kenapa ia
dipenjarakan.
Manakala hakim yang akan menentukan bentuk hukuman atau sebaliknya.
Pengubalan undang ± undang ini memberi implikasi kepada kekuasaan raja.
Ini kerana ia telah menyekat kuasa raja dalam memenjarakan tahanan politik sesuka hati tanpa
mendakwa pesalah.
Ini jelas menunjukkan raja tidak lagi boleh bertindak sesuka hati.

1685 ± Raja Charles II meninggal dunia dan digantikan Raja James II , seorang raja yg menegaskan
dirinya seorang katolik.
Keadaan ini menimbulkan konflik antara raja dengan Parlimen.
Beliau bertindak memasukkan golongan katolik dalam pentadbiran dan gereja.
Ini telah menimbulkan kebimbangan sekiranya berlaku pencerobohan kuasa raja lagi.
Apabila Raja James II mempunyai anak (dari isteri ke2 agama katholik), dan labelkan anak sebagai
katolik- dan lantik anak sebagai pemerintah England-rakyat menentang.
Parlimen mula bimbang ditakuti wujudnya monarki katolik di England. (berlakunya konflik
keagamaan dan konflik kuasa)
James II cuba menentang Parlimen dan usaha menyingkirkan James II dibuat oleh Parlimen.
Ahli Parlimen mendesak William of Orange dan Mary (anak James II dikahwinkan dengan raja
William dari Holand) kembali ke England.Oleh itu William of Orange dan Mary bersama tentera 15
000 masuk ke England dan ambil pemerintahan di England tanpa pertumpahan darah. Peristiwa ini
dikenali sebagai REVOLUSI CEMERLANG. Raja James II pula terpaksa melarikan diri ke Perancis.
Episod peralihan kuasa daripada James II disingkirkan dikenali sebagai Revolusi Cemerlang.
Kepentingan revolusi ini ia berlaku tanpa pertumpahan darah dan titik tolak kepada pengukuhan
sistem raja berperlembagaan di England. Revolusi Cemerlang ini melahirkan beberapa undang-
undang oleh Parlimen.

Parlimen bersetuju untuk lantik Willam of Orange dan Mary sebagai pemerintah bersama di
England.
Revolusi Cemerlang ini melahirkan beberapa undang-undang oleh Parlimen antaranya undang-
undang perisytiharan hak (Bill of Right )dan undang-Undang Toleransi yang yang memberi
kebebasan beragama kepada golongan puritan.
Bill of Right- menetapkan bahawa
Parlimen mengadakan persidangan dari semasa ke semasa.
Keadaan ini membawa kepada kebebasan bersuara di Parlimen,
Rakyat berhad meghadapkan raja kemuka pengadilan
Bangsa Katholik Rom tidak dibenarkan menjadi raja England pada masa akan datang
Parlimen yang mengenakan cukai bukan raja (raja tidak dibenarkan mengutip cukai tanpa kebenaran
Parlimen.)
tiada tentera pada masa keamanan,
Raja juga tidak dibenarkan untuk membatalkan undang ± undang yang telah diputuskan oleh
Parlimen. .
ini sekali gus telah menyekat kuasa raja dan raja bertindak mengikut perlembagaan.

Kesan Revolusi cemerlang kearah pembentukan Raja Berpelembagaan. Parlimen- bersetuju


menjadikan Willian of Orange dan Mary sebagai kuasa monarki bersama dan akur dengan prinsip Bill
of Right atau Petition of Right.

-rakyat boleh menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap tindak tanduk raja.
Kesemua ini juga telah menyekat kuasa raja dan meninggikan kuasa Parlimen, Ia membawa kepada
raja tertakluk kepada perlembagaan dan dibatasi oleh undang ±undang. Oleh yang demikian
bermulanya raja berperlembagaan di England sehingga kini.

72
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1

Akta Settlement yang diluluskan pada 1701 telah mengukuhkan lagi kuasa Parlimen dan sebaliknya
menyekat kuasa raja, ini kerana hanya raja yang bermazhab protestan sahaja yang layak menjadi
raja. Golongan Katolik tidak layak pegang tampok pemerintahan. Malah raja juga bertanggung jawab
kepada Parlimen sebagai institusi yang mewakili rakyat dan mempunyai keutuhan dalam soal
legislatif dan eksekutif. Keadaan ini juga telah menghapuskan pergeseran antara raja dengan
Parlimen dalam soal pemerintahan dan mengukuhkan perpaduan dalam politik England
Kesimpulan

KESIMPULAN ,

raja berperlembagaan di England melalui fasa perubahan/peralihan bagi mengukuhkan sistem raja
berperlembagaan. Persaingan kuasa raja, konflik kuasa parlimen dan isu agama. Revolusi
Cemerlang telah menamatkan amalan raja berkuasa mutlak di England

SOALAN 2: GALURKAN PERISTIWA YANG MENDORONG KEMUNCULAN PEMERINTAHAN


RAJA BERPERLEMBAGAAN DI ENGLAND PADA ABAD KE-17M.

PENDAHULUAN

¾ Sistem pemerintahan monarki mutlak kukuh di England semasa pemerintahan dinasti tudor.
¾ Walaupun mengamalkan pemerintahan beraja mutlak, namun mereka berpegang kepada
prinsip perbatasan kuasa yang terkandung dalam Magna Carta.
¾ Raja-raja dinasti Tudor Berjaya mengawal House Of Commons dan House Of Lords dengan
berkesan.
¾ Kebijaksanaan raja-raja ini dapat meredakan penentangan daripada ahli-ahli parlimen dan
golongan puritan.
¾ Namun begitu, menjelang pemerintahan raja-raja daripada dinasti Stuart, berlaku
ketegangan antara pemerintah dan parlimen.
¾ Perkembangan ini meletakkan asas bagi kemunculan pemerintahan raja berperlembagaan
di England.

ISI-ISI PENTING

Tindakan Raja James I menaikkan cukai


¾ Semasa pemerintahan Raja James I, Parlimen England bertindak menghadkan bidang
kuasa raja.
¾ Apabila James I menghadapi masalah kewangan, beliau menghadapi kesukaran untuk
memujuk parlimen meluluskan peruntukan tambahan.
¾ Perkembangan ini menyebabkan baginda bertindak menaikkan cukai ke atas rakyat dengan
sesuka hati.

Hubungan tegang antara Parlimen dan Raja Charles I


¾ Semasa pemerintahan Raja Charles I, hubungan antara parlimen dengan raja semakin
tegang.
¾ Raja Charles I menghadapi kesukaran untuk mendapat peruntukan daripada parlimen.
¾ Perkembangan ini menyebabkan beliau memaksa rakyat memberikan sagu hati kepada
beliau.
¾ Malah beliau bertindak memenjarakan sesiapa yang enggan memberi sagu hati kepada
beliau.

Pengisytiharan Hak
¾ Tindakan Raja Charles I yang bertentangan dengan hasrat parlimen menyebabkan Parlimen
membuat keputusan untuk menghadkan kuasa raja.
¾ Parlimen memaksa Raja Charles I menandatangani µ3HQJLV\WLKDUDQ+DN¶ pada tahun 1628.
¾ Syarat-syarat pengisytiharan hak adalah seperti berikut:
¾ -Raja tidak akan menggunakan angkatan tentera diraja untuk kepentingan sendiri

73
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1

¾ -Raja tidak akan memenjarakan rakyat tanpa sebab


¾ -Raja tidak akan memungut cukai tanpa kebenaran Parlimen

Perang Saudara
¾ Ketegangan dengan Parlimen menyebabkan Raja Charles I ingin menangkap pemimpin-
pemimpin parlimen.
¾ Perkembangan ini mencetuskan perang saudara antara puak raja dengan puak parlimen.
¾ Perang saudara berlangsung antara tahun 1642-1649 dengan kemenangan berpihak kepada
pihak parlimen di bawah pimpinan Cromwell.
¾ Kemenangan pihak parlimen menyebabkan Raja Charles hilang kuasa dan akhirnya baginda
dijatuh hukum pancung oleh parlimen.

Penggantungan Clarendon Code


¾ Charles II meluluskan undang-undang mengikis fahaman puritan daripada England.
¾ Baginda menentang Clarendon Code yang mengisytiharkan Anglican sebagai agama rasmi
England.
¾ Baginda menggantung kod agama tersebut pada 1672 kerana kod ini menindas penganut
agama Katolik dan Protestan.
¾ Namun begitu, Raja Charles ll menarik balik penggantungan Clarendon Code ekoran
tentangan hebat daripada rakyat England.

Pengenalan Habeas Corpus Act


¾ Pada tahun 1679, Parlimen England meluluskan undang-undang berhubung dengan hak
asasi manusia iaitu Habeas Corpus Act.
¾ Undang-undang ini mensyaratkan seseorang yang ditangkap mesti dibawa ke muka
pengadilan.
¾ Undang-undang ini menyekat raja memenjarakan tahanan politik dengan sesuka hati.

Masalah pewarisan takhta


¾ Raja James ll (1685-1688) beragama Katolik tetapi isteri pertamanya beragama Protestan.
¾ Mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Mary yang dikahwinkan dengan Raja
William dari Holland.
¾ Raja James ll berkahwin dengan isteri kedua yang beragama Katolik.
¾ Baginda ingin melantik anak lelaki daripada isteri kedua sebagai pemerintah England.
¾ Namun demikian, hasrat beliau menerima tentangan hebat daripada rakyat England.

Revolusi Cemerlang
¾ Rakyat England memohon William of Orange kembali ke England dan mengambil alih takhta.
¾ Raja William dan Mary bersama angkatan tentera seramai 15 000 mendarat di England.
¾ Raja James ll dan angkatan tenteranya melarikan diri ke Perancis.
¾ Insiden ini dikenali sebagai Revolusi Cemerlang kerana tidak menumpahkan darah.

Pengisytiharan Hak
¾ Revolusi Cemerlang membawa kepada pengisytiharan beberapa undang-undang oleh
Parlimen.
¾ Undang-undang pengisytiharan hak dan undang-undang toleransi yang memberi kebebasan
beragama kepada golongan puritan diperkenalkan.
¾ Undang-undang pengisytiharan hak menetapkan bahawa:
¾ -Parlimen mesti mengadakan persidangan dari semasa ke semasa
¾ -Rakyat mempunyai hak untuk menghadapkan raja ke muka pengadilan
¾ -Orang yang berbangsa Katolik Rom sama sekali tidak boleh menjadi raja England pada
masa-masa akan datang
¾ -Parlimen mengenakan cukai dan bukan raja

KESIMPULAN
¾ Implikasi utama Revolusi Cemerlang 1688 ialah ia berjaya menjatuhkan kerajaan beraja
mutlak di England.
¾ Revolusi ini meletakkan asas bagi kemunculan sistem pemerintahan raja berperlembagaan
di England.
¾ Sistem pemerintahan raja berperlembagaan masih diamalkan di England sehingga hari ini.
74
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1

TEMA 2 : PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN

Unit 2.2 : Negara Bangsa


Unit 2.2.1 : Raja Mutlak dan Raja Berpelembagaan
Hasil Pembelajaran : Membandingkan sistem pemerintahan raja mutlak dengan raja
berpelembagaan
Masa / Kawasan Kajian : Perancis abad ke-16-18 (1500 ± 1799 Masihi)
Waktu pengajaran : 2 waktu
Bil Kandungan Keterangan

Konsep Raja Mutlak dan x Raja Mutlak


Raja Berpelembagaan - Bermaksud cara pemerintahan raja tidak dikawal oleh
parlimen.
- Melalui sistem ini, kehendak pemerintah ialah undang-
undang.
- Perancis mengamalkan pemerintahan sistem beraja
mutlak di bawah pemerintahan Raja Louis XIV yang
telah memerintah Perancis selama 72 tahun.

x Raja Berpelembagaan
- Sistem kerajaan di mana raja menjalankan
pemerintahan mengikut perlembagaan dan undang-
undang yang ditetapkan atau piagam politik.

Raja Mutlak Perancis


Pemerintahan Raja i. Raja merupakan sumber kepada segala kekuasaan dan
Mutlak dengan Raja undang-undang di dalam sebuah negara.
Berpelembagaan - Contoh Raja Louis ke- XIV, Raja Perancis (1638-1715)
SHUQDKEHUNDWD³/¶HWDWF¶HVWPRL´(Negara adalah beta)
ii. Raja berkuasa ke atas gereja
- Raja perlu berikrar menjaga dan pertahankan agama
negara iaitu Kristian mazhab Katolik
- Kuasa pope ke atas gereja telah berjaya dikurangkan
oleh raja.
- Raja berkuasa melantik bishop dan ketua biara
mereka yang dilantik oleh raja akan lebih mentaati raja, ini telah
memberi kelebihan kepada raja untuk mengawal gereja dengan
lebih mudah.
iii. Dibantu oleh golongan bangsawan.
- Pemerintah monarki Perancis pandai mengambil hati
para bangsawan dengan memberi mereka pencen
yang tinggi dan ditawarkan kerja-kerja yang
memberikan gaji yang lumayan
- Golongan ini bertanggungjawab membekalkan angkatan
tentera untuk membentengi negara tidak berjaya.
- Kesempatan ini berjaya dimanafaatkan oleh raja
mereka. Raja berjaya memperolehi hak untuk memiliki
tentera yang bersiap sedia (standing army).
- Contoh Louis XIV berjaya mempunyai angkatan tentera
yang terbesar, paling lengkap dan cekap di Eropah.
iv. Kuasa untuk memungut cukai mereka sendiri tanpa
sekatan. Ini memberi kelebihan kepada raja untuk
membuat perancangan pentadbiran, ketenteraan
dan menanggung perbelanjaan kerajaannya sendiri.
- Raja Perancis hidup mewah dengan membina istana-
istana besar di pelusuk negara. Mereka hidup bergaya
dan dapat membina prestij yang tersendiri.
- Contoh raja Louis XIV telah membina istana besar di

75
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1

Versailles, arkitek-arkitek terkemuka telah mereka


bangunan dan diperindahkan oleh pelukis-pelukis
terkenal.
v. Raja telah menggunakan bala tenteranya untuk mengawal
golongan bangsawan yang ingin menentangnya.
- Contoh Raja Louis ke - XIII menggunakan pasukan
tentera raja untuk memusnahkan kota-kota yang
menentangnya.
vi. Mendapat sokongan golongan peniaga, kelas pertengahan
dan profesional kepada raja dalam mengurangkan kuasa
golongan bangsawan dan gereja.
- Ini kerana selama ini hanya golongan ini sahaja yang
membayar cukai sedangkan golongan bangsawan dan
gereja dikecualikan.
vii. Berkuasa Ekonomi.
- Negara Perancis berjaya mengekalkan kekukuhan
ekonominya dengan jumlah penduduk yang ramai, ini
menyebabkan rakyat Perancis merasa bangga dan
tiada alasan untuk menentang pemerintahan beraja.
- Negara Perancis mempunyai pegawai-pegawai yang
berkebolehan seperti menteri kewangan Jean Baptiste
Colbert yang berjaya memjadikan Perancis sebagai
negara industri dan kuasa militer.
vii. Gemilang Kesusasteraan dan keseniaan.
- Zaman Louis XIV juga zaman keemasan bagi
kesusasteraan Perancis. Antara tokoh-tokoh seni yang
terkenal ialah Racine dan Moliere.

Raja Berpelembagaan Perancis


- Semasa pemerintahan Raja Louis XVI :
a) Rakyat tidak puas hati terhadap struktur parlimen
Perancis yang terbahagi kepada tiga Estet iaitu Estet
Pertama terdiri daripada golongan paderi, Estet Kedua
adalah bangsawan dan Estet Ketiga pula ialah
golongan borjouis dan petani.
b) Parlimen masih bersidang mengikut kaedah lama yang
memberi keistimewaan kepada Estet Pertama dan
Kedua.
c) Estet ketiga mengingkari perintah Raja Louis XVI dan
berunding dengan Estet Pertama dan Kedua. Namun
gagal menggabungkan suara.
- Kesannya, pada 12 Jun 1789, Estet Ketiga mengisytiharkan
diri mereka sebagai Perhimpunan Kebangsaan dan bermula
revolusi.
- Perhimpunan Kebangsaan telah:
a) Berhimpun di gelanggang tenis ± Sumpah Padang
Tenis
b) Konsep persamaan dan keadilan
c) Hak individu golongan berkemampuan dan berbakat
diberi perhatian.
d) Berjaya menjatuhan Bangunan Bastille pada 14 Julai
1789.
e) Menghapuskan sistem feudal, perhambaan dan
golongan istimewa. Monopoli golongan bangsawan
GLKDSXVNDQ3HQJHVDKDQSDGDµ+DUL2JRV¶
- Pada 26 Ogos 1789, parlimen meluluskan Perisytiharan Hak
Manusia dan Warganegara iaitu semua manusia dilahirkan
bebas dan mempunyai hak yang sama.
- Pada Julai 1790, Perlembagaan Sivil Gereja diluluskan -
golongan paderi akan dipilih oleh rakyat dan diberi gaji.
76
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1

Mereka perlu angkat sumpah taat setia kepada


Perlembagaan Awam.
- Pada 1791, Majlis Perhimpunan Kebangsaan menyiapkan
perlembagaan baru yang ditandatangani oleh Raja Louis
XVI.
Pemerintahan raja berpelembagaan berlangsung setahun dan
kemudian Perancis bertukar kepada republik.
Cadangan latihan x Contoh soalan esei :
pengukuhan/pengayaan a. Bincangkan sistem beraja mutlak yang diamalkan
di Perancis.
Analisiskan reaksi rakyat di Perancis terhadap
sistem beraja pada abad ke-18

CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN YANG BERKAITAN

SOALAN 1; HURAIKAN LANGKAH-LANGKAH YANG DIAMBIL OLEH RAJA LOUIS XIV UNTUK
MENGUKUHKAN SISTEM PEMERINTAHAN BERAJA MUTLAK DI PERANCIS.

PENDAHULUAN:

¾ Sistem pemerintahan monarki mutlak di Perancis mencapai zaman keagungannya semasa


pemerintahan Raja Louis XIV.
¾ Raja Louis XIV juga dikenali sebagai Grand Monarch merupakan pemerintah agung
Perancis dari tahun 1643 hingga tahun 1715.
¾ Semasa pemerintahannya, wujud keamanan, kemakmuran dan kestabilan politik dalam
negara.
¾ Baginda mengukuhkan kedudukan dengan memperkenalkan sistem pentadbiran pusat yang
kukuh dan teratur.
¾ Beliau mendapat sokongan padu daripada semua golongan termasuk golongan bangsawan,
Huguenot dan institusi kerajaan.
¾ Perkembangan ini mengukuhkan kedudukan Raja Louis XIV sebagai pemerintah monarki
mutlak di Perancis.
¾ Terdapat beberapa langkah yang diambil oleh Raja Louis XIV untuk mengukuhkan system
pemerintahan monarki di Perancis.

ISI-ISI PENTING:

Pentadbiran
¾ Langkah pertama yang diambil oleh Raja Louis XIV bagi mengukuhkan pemerintahan
monarki mutlak adalah mengukuhkan sistem pentadbiran.
¾ Bagi tujuan tersebut, beliau menyusun semula pentadbiran pusat negara kepada empat
majlis utama iaitu Majlis Negara, Majlis Despatches, Majlis Kewangan dan Majlis Privy.
¾ Majlis Negara berperanan untuk mengurus hal ehwal luar negara
¾ Majlis Despatches mengurus hal ehwal tempatan kecuali kewangan
¾ Majlis kewangan mengurus masalah percukaian,tarif,perbelanjaan dan pendapatan
¾ Majlis Privy menguruskan pentadbiran keadilan
¾ Raja Louis XIV telah melantik menteri-menteri yang berkebolehan untuk membantunya
dalam pentadbiran seperti Colbert (Menteri Kewangan), Le Tellier (Menteri Hal Ehwal
Luar), Louvois (Menteri Peperangan) dan Vauban (Menteri Ketenteraan)
¾ Selain itu, Raja Louis VIV juga melantik intendent bagi melaksanakan dasar diraja di
peringkat provinsi.
¾ Mereka ditugaskan untuk menyelia pentadbiran, keadilan, pengutipan cukai dan
pentadbirn ketenteraan di peringkat daerah.
¾ Tuntasnya, penyusunan semula system pentadbiran telah mengukuhkan kedudukan raja
dalam system monarki.

77
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1

Dasar Ekonomi Merkantilisme


¾ Langkah kedua yang diambil oleh raja Louis XIV adalah mengukuhkan kewangan negara
menerusi sistem ekonomi merkantilisme.
¾ Raja Louis XIV melaksanakan dasar ekonomi merkantilisme dengan bantuan menteri
kewangannya yang berwibawa iaitu Colbert.
¾ Colbert telah melaksankan dasar merkantilisme dengan bersungguh-sungguh.
¾ Beliau mengambil beberapa langkah untuk membangunkan ekonomi merkantilisme di
Perancis.
¾ Antaranya adalah memulakan industri baharu, memansuhkan tarif tempatan,
menghapuskan tol dan mengurangkan kadar bunga ke atas hutang kerajaan serta
mengawal upah dan harga pasaran.
¾ Dasar merkantilisme yang dilaksanakan oleh Colbert telah meningkatkan pendapatan dan
kekayaan kerajaan.
¾ Ternyata dasar merkantilisme meningkatkan kekayaan dan mengukuhkan sistem monarki di
Perancis.

Ketenteraan
¾ Langka ketiga yang diambil oleh Raja Louis XIV adalah melalui reformasi dalam bidang
ketenteraan.
¾ Beliau melakukan reformasi dalam bidang ketenteraan dengan bantuan menteri peperangan
iaitu Louvois.
¾ Selepas reformasi, Raja Louis XIV mempunyai kawalan penuh terhadap angkatan tentera.
¾ Selain itu, baginda turut bertindak menghapuskan dominasi golongan bangsawan dalam
bidang ketenteraan.
¾ Tambahan pula, perlantikan pegawai-pegawai tentera dilakukan berasaskan merit. Kerajaan
bertanggungjawab dalam merekrul tentera, menyediakan perumahan dan bekalan
makanan untuk tentera.
¾ Implikasi langkah-langkah ini, pasukan tentera Perancis muncul sebagai pasukan tentera
terkuat di benua Eropah.
¾ Dengan adanya pasukan tentera yang kuat, secara tidak langsung kedudukan institusi
monarki menjadi kukuh.

Dasar agama
¾ Langkah keempat yang diambil oleh Raja Louis XIV adalah mengawal pengaruh golongan
bukan Katolik iaitu Huguenot.
¾ Dalam hal ini, Raja Louis XIV bertindak memaksa golongan bukan Katolik iaitu Huguenot
untuk menerima agama Katolik.
¾ Beliau bertindak membatalkan Edict of Nantes yang memberi kebebasan kepada Huguenot
untuk menganut agama pilihan mereka.
¾ Tindakan Raja Louis XIV ini telah menyebabkan seramai 200 000 Huguenot meninggalkan
Perancis.
¾ Namun begitu, tindakan Raja Louis XIV telah mendapat sokongan dari penduduk tempatan.
¾ Jelas ternyata tindakan drastik Raja Louis XIV mengawal ancaman golongan Huguenot
berjaya mengukuhkan kedudukan monarki di Peranicis.

Dasar luar negara


¾ Langkah terakhir yang diambil oleh Raja Louis XIV bagi mengukuhkan monarki adalah
melalui dasar peluasan kuasa.
¾ Raja Louis XIV menggunakan kekuatan pasukan tentera untuk melancarkan peperangan bagi
meluaskan wilayah.
¾ Contohnya, semasa pemerintahan Louis XIV, wilayah kekuasaan Perancis menganjur hingga
ke perbatasan di Sungai Rhine.
¾ Antara kawasan-kawasan yang dikuasai oleh tentera Perancis semasa pemerintahan Raja
Louis XIV adalah
¾ wilayah-wilayah yang diperintah oleh putera-putera Jerman
¾ wilayah Spanish Netherlands (Belgium)
¾ United Province (Belanda).

78
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1

¾ Jelas ternyata, peluasan kuasa yang dilaksanakan oleh Raja Louis XIV telah mengukuhkan
kedudukan institusi monarki di Perancis.

KESIMPULAN:
¾ Raja Louis XIV telah mengambil langkah-langkah yang proaktif dalam pemerintahannya di
negara Perancis.
¾ Beliau telah mengambil pelbagai langkah bagi mengukuhkan kedudukannya sebagai
pemerintah agung pada masa tersebut.
¾ Langkah-langkah ini menyebabkan Perancis muncul sebagai sebuah negara yang kuat dan
disegani di Eropah.
¾ Malah raja-raja dari negara Eropah yang lain menjadikan Raja Louis XIV sebagai model
untuk mengukuhkan pemerintahan monarki mutlak di negara masing-masing.

SOALAN 2: GALURKAN RENTETAN PERISTIWA YANG MENYEBABKAN TERCETUSNYA


REVOLUSI PERANCIS DAN PENUBUHAN KERAJAAN REPUBLIC DI PERANCIS PADA 1789

PENDAHULUAN

¾ Revolusi Perancis merupakan peristiwa politik yang amat signifikan dalam sejarah Eropah.
¾ Revolusi ini meletakkan asas bagi perubahan yang berlaku dalam sistem politik di Eropah.
¾ Revolusi ini meletakkan asas bagi kemunculan sistem pemerintahan republik bagi
menggantikan sistem pemerintahan beraja di Perancis.
¾ Isi-isi penting
¾ Persidangan Parlimen Perancis
¾ Pada tahun 1789, Raja Louis XVI mengadakan Persidangan Parlimen Perancis.
¾ Persidangan tersebutgagal kerana timbul perbezaan pendapat berhubung cara pengundian
dalam kalangan anggota dewan.
¾ Dewan Ketiga menuntut agar setiap anggota diberikan satu undi yang berasingan.
¾ Selain itu, Dewan Ketiga menuntut agar ketiga-tiga dewan mengadakan persidangan
Bersama dan undian majoriti harus diterima.
¾ Namun demikian, tuntutan yang dikemukakan oleh Dewan Ketiga tidak diterima oleh Raja
Louis XVI

Penubuhan Perhimpunan Kebangsaan


¾ Selepas Raja Louis XVI menolak tuntutan mereka, Dewan Ketiga mengisytiharkan
penubuhan Perhimpunan Kebangsaan.
¾ Dalam pada itu, Dewan Pertama dan Dewan Kedua dijemput untuk menyertai perhimpunan
tersebut.
¾ Dewan Ketiga mendakwa mereka mempunyai hak untuk bercakap dan bertindak bagi seluruh
negara Perancis.
¾ Perkembangan ini menandakan bermula perselisihan antara Dewan Ketiga dengan golongan
bangsawan, paderi dan raja.

Peristiwa Sumpah Gelanggang Tenis


¾ Marie Antoinette mendesak Raja Louis XVI agar menutup pintu dewan persidangan kepada
anggota dewan ketiga.
¾ Perkembangan ini menyebabkan anggota Perhimpunan Kebangsaan mengadakan
pertemuan di sebuah gelanggang tenis pada 20 Jun 1789.
¾ Dalam pertemuan tersebut, mereka bersumpah untuk terus mengadakan persidangan
sehingga perlembagaan baru digubal.
¾ 3HULVWLZDEHUVHMDUDKLQLGLNHQDOLVHEDJDLµ6XPSDK*HODQJJDQJ7HQLV¶\DQJPHOHWDNNDQDVDV
bagi tercetusnya Revolusi Perancis

Pemberontakan rakyat
¾ Raja Louis XVI mengemukakan ugutan untuk menumpaskan Perhimpunan Kebangsaan.

79
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1

¾ Tindakan Raja Louis XVI membangkitkan kemarahan penduduk di Paris yang melancarkan
tunjuk perasaan.
¾ Pada 14 Julai 1789, penunjuk perasaan menggempur penjara Bastille yang merupakan
lambing kezaliman rejim lama.
¾ Kejatuhan Bastille memberi semangat kepada pemberontak untuk melancarkan tunjuk
perasaan di seluruh Perancis.
¾ Apabila revolusi tersebar ke kawasan desa, rakyat memansuhkan semua bentuk perjanjian
dengan tuan-tuan tanah.

Persidangan Perhimpunan Kebangsaan


¾ Perhimpunan kebangsaan telah mengadakan persidangan pada 4 Ogos 1789.
¾ Perhimpunan Kebangsaan menggubal perlembagaan baru bagi negara Perancis.
¾ Perhimpunan Kebangsaan mengambil langkah-langkah untuk menghapuskan hak
keistimewaan golongan feudal.
¾ Selain itu, Perhimpunan Kebangsaan mengambil alih tanah daripada gereja dan
membatalkan gelaran kepada golongan bangsawan.
¾ Pada 27 Ogos 1789, Perhimpunan .HDEQJVDDQPHOXOXVNDQµ3HQJLV\WLKDUDQ+DN0DQXVLD¶

Penubuhan Kerajaan Raja Berperlembagaan


¾ Raja Louis XVI Bersama isterinya Marie Antoinette mengambil keputusan untuk melarikan diri
ke negara lain.
¾ Mereka ditahan oleh golongan revolusioner berhampiran sempadan di Varennes dan dipaksa
kembali ke Paris.
¾ Pada bulan Julai 1791, Raja Louis XVI terpaksa menerima perlembagaan baru yang
diluluskan oleh Perhimpunan Kebangsaan.
¾ Menurut perlembagaan baru, sebuah kerajaan raja berperlembagaan telah ditubuhkan.

Pengistiharaan Republik
¾ Perkembangan yang berlaku di Perancis membimbangkan negara-negara Eropah yang
mengamalkan pemerintahan beraja.
¾ Raja-raja Prussia dan Austria mengambil keputusan untuk membantu Raja Louis XVI.
¾ Perkembangan ini menyebabkan kedudukan golongan revolusioner di Perancis terancam.
¾ Pada bulan April 1792, kerajaan Perancis mengisytiharkan peperangan terhadap Austria.
¾ Pada bulan Ogos 1792, Perhimpunan Perundangan bertindak menahan Raja Louis XVI
dalam penjara.
¾ Pada bulan September 1792, Perhimpunan Perlembagaan digantikan dengan Constitutional
Convention.
¾ Perkembangan ini menyebabkan negara Perancis diisytiharkan sebagai sebuah republic.

KESIMPULAN
¾ Revolusi Perancis menandakan kejayaan rakyat Perancis menamatkan pemerintahan
monarki mutlak di Perancis
¾ Revolusi ini meletakkan asas bagi kemunculan system pemerintahan republic yang
berasaskan perlembagaan bertulis di Perancis.
¾ 3HQXEXKDQ NHUDMDDQ UHSXEOLF PHQ\HEDENDQ NHUDMDDQ \DQJ EHWHUDVNDQ LGHD µ.HEHEDVDQ
Persamaan dan Persaudaraan, telah ditubuhkan di Perancis.
¾ Kejayaan Revolusi Perancis menyemarakkan semangat golongan nasionalis di negara-
negara lain di seluruh benua Eropah.

SOALAN 3: BINCANGKAN PERANAN CARDINAL RICHELIAU DALAM MENGUKUHKAN


PEMERINTAHAN MONARKI MUTLAK DI PERANCIS PADA ABAD KE-17 MASIHI

PENDAHULUAN

¾ Cardinal Richeliau merupakan tokoh yang memainkan peranan penting dalam mengukuhkan
sistem monarki di Perancis.

80
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1

¾ Beliau berasal daripada keluarga bangsawan dan merupakan paderi besar gereja Katolik di
Perancis.
¾ Selain itu, beliau juga merupakan seorang pemikir politik yang mempertahankan
pemerintahan monarki mutlak di Perancis.
¾ Beliau mengemukakan pandangan bagi mengukuhkan pemerintahan monarki dalam karya
SROLWLNEHUMXGXOµ:DVLDW3ROLWLN¶
¾ Beliau mengambil pelbagai langkah untuk mengukuhkan sistem pemerintahan beraja mutlak
di negara Perancis.

Isi-isi penting
Mewujudkan kerajaan pusat yang kukuh
¾ Langkah pertama yang diambil oleh beliau untuk mengukuhkan kedudukan monarki adalah
mewujudkan kerajaan pusat yang kukuh.
¾ Beliau berpendapat kerajaan pusat harus berada di bawah kawalan dan penguasaan penuh
maharaja
¾ Pegawai-pegawai kerajaan yang setia dilantik bagi membantu membantu maharaja
menjalankan pentadbiran.
¾ Ketika beliau menjadi ketua menteri, beliau mewujudkan kerajaan pusat yang kuat di
Perancis.
¾ Dengan adanya kerajaan pusat yang kuat, maharaja dapat menghadapi sebarang ancaman
terhadap negara.
¾ Tuntasnya, kerajaan pusat yang kukuh berjaya mengukuhkan kedudukan raja di Perancis.

Menolak peranan gereja


¾ Langkah kedua yang diambil oleh Cardinal Richeliau adalah menolak peranan institusi gereja.
¾ Cardinal Richeliau menolak peranan dan pengaruh gereja dalam politik dan pentadbiran
negara.
¾ Sehubungan itu, beliau turut mengambil tindakan tegas untuk menghapuskan pengaruh
gereja dalam bidang politik.
¾ Menurut beliau, penglibatan gereja dalam hal ehwal politik negara akan mengancam kuasa
mutlak yang dimiliki oleh raja.
¾ Oleh demikian, beliau mengambil langkah-langkah bagi membendung penguasaan gereja
dalam pentadbiran dan pemerintahan negara.
¾ Jelas ternyata, tindakan Cardinal Richeliau mengawal pengaruh gereja dapat mengukuhkan
kedudukan raja di Perancis.

Mengukuhkan pertahanan negara


¾ Langkah seterusnya yang diambil oleh Richeliau bagi mengukuhkan kedudukan raja adalah
mengukuhkan pertahanan negara.
¾ Beliau berpendapat kedudukan seorang raja akan menjadi kukuh apabila negara mempunyai
pasukan tentera yang kuat.
¾ Beliau mengambil langkah-langkah untuk mewujudkan pasukan tentera laut yang kuat di
Perancis.
¾ Beliau melenyapkan pasukan tentera dengan kapal-kapal perang dan peralatan moden.
¾ Dengan adanya pasukan tentera yang kuat, raja dapat menghadapi sebarang ancaman, baik
dari dalam mahupun luar negara.
¾ Justeru, tindakan mengukuhkan pasukan tentera secara tidak langsung berjaya
mengukuhkan kedudukan raja.

Menolak pendidikan rakyat


¾ Langkah seterusnya yang diambil oleh Cardinal Richeliau adalah menolak pendidikan kepada
rakyat jelata.
¾ Beliau bimbang golongan berpendidikan akan menjadi ancaman kepada kedudukan mutlak
raja.
¾ Menurut beliau, golongan ini akan mempertikaikan segala dasar dan rancangan yang
dilaksanakan oleh kerajaan.
¾ Di samping itu, mereka sering mengkritik dan mempertikaikan keputusan yang dibuat oleh
kerajaan.
¾ Perkembangan ini akan menyebabkan rakyat tidak setia kepada raja dan kedudukan raja
sebagai pemerintah mutlak terjejas.
81
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1

¾ Lantaran itu, tindakan menolak pendidikan kepada rakyat merupakan langkah efektif bagi
mengukuhkan kedudukan raja.

Menghapuskan sentiment wilayah


¾ Langkah terakhir yang diambil oleh Cardinal Richeliau adalah menghapuskan sentimen
kewilayahan.
¾ Cardinal Richeliau berpendapat pemerintah harus mengambil langkah-langkah yang tegas
bagi membendung sentimen kewilayahan.
¾ Menurut beliau, sentimen ini akan menjejaskan kestabilan politik dalam negara.
¾ Dalam hal ini, raja harus mengambil langkah bagi memastikan penduduk di wilayah dan
jajahan takhluk setia kepada kerajaan pusat.
¾ Malah pemerintah perlu memastikan wilayah dan jajahan takhluk berada dalam kawalan
kerajaan pusat.

KESIMPULAN
¾ Cardinal Richeliau merupakan pemikir politik terulung di Eropah pada abad ke-17 Masihi.
¾ Beliau memainkan peranan penting dalam mengukuhkan sistem pemerintahan beraja mutlak
di negara Perancis.
¾ Langkah-langkah yang diambil oleh beliau menyebabkan sistem pemerintahan monarki
sangat kukuh di Perancis.
¾ Malah idea politik yang dikemukakan oleh beliau turut menjadi ikutan raja-raja di Eropah bagi
mengukuhkan kedudukan masing-masing.

SOALAN 4: BINCANGKAN STRUKTUR ORGANISASI PENTADBIRAN KERAJAAN REPUBLIK


KETIGA (1875 ± 1945) DI PERANCIS.

PENDAHULUAN

¾ Kerajaan Republik Ketiga ditubuhkan di Perancis pada tahun 1875.


¾ Pemerintahan kerajaan Republik Ketiga berlanjutan hingga Perang Dunia Kedua tama pada
tahun 1945.
¾ Struktur pemerintahan kerajaan Republik Ketiga terdiri daripada Parlimen dan Kabinet
¾ Parlimen terdiri daripada dua badan iaitu Dewan Senat dan Dewan Perwakilan.
¾ Setiap badan mempunyai tugas dan peranan masing-masing.

Isi-isi penting
Parlimen
¾ Parlimen merupakan badan perundangan tertinggi dalam pemerintahan republik di
Perancis.
¾ Parlimen terdiri daripada dua badan iaitu Dewan Senat dan Dewan Perwakilan.
¾ Parlimen mempunyai kuasa untuk membincang dan mengemukakan resolusi berhubung
dengan sebarang masalah.
¾ Parlimen mempunyai kuasa untuk menggubal dan menguatkuasakan undang-undang
¾ Anggota Dewan Senat dan Dewan Perwakilan terlibat dalam pemilihan presiden.

Dewan Senat
¾ Dewan Senat merupakan badan penting dalam parlimen.
¾ Dewan Senat mempunyai anggota seramai 300 orang.
¾ Seramai 75 anggota dewan ini dilantik oleh Perhimpunan Kebangsaan.
¾ Anggota Dewan Senat akan memegang jawatan bagi tempoh sembilan tahun.
¾ Seramai 100 anggota Dewan Senat akan ditukar tiga tahun sekali.

Dewan perwakilan
¾ Dewan Perwakilan merupakan badan penting dalam Parlimen
¾ Dewan Perwakilan terdiri daripada 584 Perwakilan.
¾ Anggota Dewan Perwakilan akan berkhidmat untuk tempoh empat tahun.

82
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1

¾ Pemilihan anggota Dewan Perwakilan dilakukan oleh orang dewasa sahaja.

Presiden
¾ Presiden akan dipilih oleh anggota Dewan Senat dan Dewan Perwakilan.
¾ Presiden dipilih untuk memegang jawatan bagi tempoh 7 tahun.
¾ Presiden bertanggungjawab menguatkuasakan undang-undang, dan menandatangani
perjanjian dengan negara-negara lain
¾ Presiden juga mempunyai kuasa membubarkan Parlimen dan mengarahkan pilihanraya
diadakan semula.
¾ Presiden juga merupakan ketua pasukan tentera laut, tentera udara dan tentera darat.

Kabinet
¾ Kabinet diketuai oleh Perdana Menteri yang dilantik oleh Presiden
¾ Perdana Menteri dipilih daripada kalangan anggota Dewan Perwakilan.
¾ Kabinet berfungsi merangka dasar pentadbiran negara dan membuat keputusan.
¾ Kabinet mempunyai kuasa memeterai dan menolak sebarang perjanjian dengan negara-
negara lain.
¾ Kabinet juga melantik pegawai-pegawai kerajaan dan menguatkuasakan undang-undang
negara.
¾ Selain itu, kabinet juga mengawal dan mengawasi pasukan tentera laut, tentera darat dan
tentera udara.

KESIMPULAN
¾ Daripada huraian diatas, jelas ternyata struktur organisasi pemerintahan kerajaan republik
teratur dan sistematik.
¾ Sistem pemerintahan republik yang diamalkan oleh kerajaan Perancis menjadi ikutan negara-
negara lain di dunia hingga kini.

SOALAN 5: HURAIKAN REFORMASI YANG DILAKUKAN OLEH KERAJAAN REPUBLIK KETIGA


DALAM BIDANG SOSIAL DAN EKONOMI.

PENDAHULUAN
¾ Kerajaan Republik Ketiga ditubuhkan di Perancis pada tahun 1875.
¾ Kerajaan Republik Ketiga telah menjalankan pelbagai reformasi di negara Perancis.
¾ Reformasi yang dijalankan meliputi bidang ekonomi, sosial, dasar luar negara dan dasar
¾ kolonial.
¾ Reformasi dijalankan selepas keamanan dapat dipulihkan di negara Perancis.

Isi-isi penting
A Reformasi sosial
(a) Mengurangkan waktu bekerja
¾ Kerajaan Republik Ketiga mengambil tindakan menghadkan waktu pekerja di
¾ sektor perkilangan, Waktu bekerja bagi golongan wanita dikurangkan.
¾ Kanak-kanak di bawah umur 13 tahun dilarang bekerja.
¾ Waktu bekerja ditetapkan pada 10 jam sehari.
¾ Selepas Akta Kilang diluluskan, waktu bekerja dikurangkan kepada 8 jam sehari.

(b) Penubuhan kesatuan sekerja


¾ l'ekerja-pekerja dibenarkan menubuhkan kesatuan sekerja bagi menjaga
¾ kepentingan mereka.
¾ Kesatuan sekerja yang dikenali sebagai "The General Confederation of Lubour'
¾ ditubuhkan pada tahun 1894.
¾ Pekerja-pekerja dibenarkan mengadakan mogok secara aman.

(c) Kebajikan pekerja


¾ Kerajaan Republik Ketiga mempertahankan hak dan kebajikan pekerja.
¾ 'Akta Kilang'bagi menjaga kepentingan dan kebajikan pekcerja kilang diluluskan.
¾ Pekerja-pekerja diberikan perkhidmatan perubatan secara percuma.

83
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1

¾ Mereka juga diberikan cuti rehat satu hari dalam seminggu.


¾ Pada tahun 1898, akta yang mewajibkan majikan memberikan pampasan kepada pekerja
yang cedera diluluskan.
¾ lembaga Perdagangan ditubuhkan untuk menyelesaikan sebarang pertikaian
¾ timbul antara pekerja dan majikan.

(d) Reformasi pendidikan


¾ Reformasi dalam pendidikan dijalankan demi kepentingan rakyat.
¾ Semasa pemerintahan Jules Ferry, penekanan diberikan kepada pendidikanperingkat
rendah.
¾ Beliau menubuhkan sistem pendidikan bagi semua kanak-kanak berumur antara enam
hingga tiga belas tahun. -3
¾ Beliau mendirikan sekolah menengah yang menekankan pembelajaran dalam bidang sains.
¾ Pembelajaran sains diberi penekanan di peringkat universiti.
¾ Beliau melarang golongan mubaligh dan paderi melibatkan diri dalam aktiviti
¾ pengajaran di sekolah.

(e) Kebebasan akhbar


¾ Jules Ferry menarik balik sekatan yang dikenakan terhadap akhbar-akhbar tempatan.
¾ Kegiatan kewartawanan dan kesusasteraan berkembang dengan pesat.
¾ Kebebasan juga diberikan untuk mengadakan rapat umum.

B Reformasi ekonomi
(a) Penubuhan kilang perindustrian
¾ Kilang-kilang besi dan silikon diwujudkan di kawasan berhampiran wilayah
¾ Alsace dan Lorraine.
¾ Industri pembinaan kapal turut mengalami pertumbuhan pesat.

(b) Institusi kewangan


¾ Sistem perbankan disusun semula demi kepentingan golongan kapitalis.
¾ Sumber kewangan golongan kapitalis menyebabkan pertumbuhan pesat dalam aktiviti
perdagangan.
¾ Peningkatan sumber pendapatan menyebabkan pampasan perang dapat dibayar dengan
cepat.

(c) Membangunkan pertanian


¾ Sistem baru diperkenalkan bagi menambah keluasan tanah pertanian.
¾ Pertubuhan-pertubuhan bagi mempertahankan hak pengusaha pertanian ditubuhkan.
¾ Kerajaan meluluskan undang-undang bagi mempertahankan hak pemilik tanah pertanian.
¾ Kerajaan tidak boleh merampas tanah pertanian daripada petani.
¾ Tanah pertanian tidak boleh dijual ataupun dilelong.
¾ Cukai tarif yang dikenakan bagi barangan yang diimport dari negara lain ditambah.

KESIMPULAN
¾ Semasa pemerintahan Republik Ketiga, banyak pembaharuan dijalankan di Negara Perancis,
¾ Pembaharuan dalam bidang sosial dan ekonomi berjaya mengukuhkan kedudukan negara
Perancis.
¾ Selain perkembangan dalam bidang pertanian, sektor perindustrian turut mengalami
pertumbuhan pesat.
¾ Kerajaan juga mempertahankan hak golongan pekerja dan melakukan perubahan dalam
bidang pendidikan.

84
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1

TEMA 2 : PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN

Unit 2.2 : Negara Bangsa


Unit 2.2.2 : Negara Kesatuan dan Negara Persekutuan
Hasil Pembelajaran : Membincangkan sistem pemerintahan negara kesatuan dan negara
persekutuan.
Masa / Kawasan Kajian : Perancis abad ke-18-19 (1700 ± 1899 M)
Waktu pengajaran : 2 waktu
Bil Kandungan Keterangan

Konsep Negara Kesatuan Negara Kesatuan


dan Negara Persekutuan Merujuk kepada kuasa kerajaan pusat lebih luas berbanding
kuasa kerajaan tempatan yang lebih terhad.
Contoh negara kesatuan ialah Perancis.
Pemerintahan Negara Pemerintahan Negara Kesatuan
Kesatuan dan Negara - Konsep negara kesatuan yang diamalkan di Perancis
Persekutuan merujuk kepada pemusatan semua kuasa negara
sehingga memberi kuasa tertinggi kepada kerajaan
pusat.
- Setelah sistem feudal dihapuskan, pentadbiran baharu
telah diperkenalkan di Perancis. Perancis dibahagikan
kepada 83 department (wilayah) dan setiap department
pula dibahagikan kepada cantons (daerah). Setiap
cantons dipecahkan lagi kepada commune.
- Di setiap department diwujudkan General Council.
Ahlinya dilantik pemerintah pusat. General Council
menjadi penghubung rakyat ± kerajaan pusat
- Commune pula berperanan mentadbir kawasan bandar:
a) Meluluskan permit bangunan.
b) Menjaga keselamatan penduduk.
c) Menguruskan pendaftaran perkahwinan.
- Commune diketuai oleh Mayor/Datuk Bandar.
- Datuk Bandar pula berperanan sebagai:
a) Wakil kerajaan pusat di bandar.
b) Menguatkuasa undang- tempatan.
c) Mengurus pekerja di kawasannya.
Keputusan Datuk Bandar boleh dipinda, diubah dan dibatalkan
oleh kerajaan pusat.
Cadangan latihan x Contoh soalan esei :
pengukuhan/pengayaan a. Bincangkan ciri-ciri negara kesatuan yang
diamalkan di Perancis.
b. Huraikan sistem pemerintahan negara kesatuan di
Perancis.

CONTOH SOA LAN DAN JAWAPAN YANG BERKAITAN

SOALAN 1: BINCANGKAN CIRI ± CIRI PEMERINTAHAN NEGARA KESATUAN YANG


DIAMALKAN DI PERANCIS SELEPAS REVOLUSI PERANCIS

PENGENALAN

x Negara Kesatuan merujuk kepada negara yang memberikan kuasa luar kepada kerajaan
pusat manakala kuasa terhad kepada kerajaan tempatan
x Negera Kesatuan di Perancis terbentuk selepas sistem pemerintahan monarki mutlak
dihapuskan

85
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1

x Sistem ini dilaksanakan semasa pemerintahan golongan Jacobin dari bulan Jun 1793
hingga Julai 1794

Isi ± isi penting

a) Pemusatan kuasa
x Pemusatan kuasa diamalkan dalam pemerintahan bercorak kesatuan
x Dalam sistem ini , kuasa tertinggi diberikan kepada kerajaan pusat
x Bagi memudahkan urusan pentadbiran negara, beberapa wilayah diwujudkan
x Wilayah diberi kuasa autonomi untuk menguruskan pentadbiran di kawasan masing ±
masing
x Namun begitu , kuasa yang diberikan kepada wilayah boleh dipinda atau tarik balik
x Dalam sistem pemerintahan ini , pertindihan antara pembuat dasar dan pelaksana dapat
dielakkan
x Percanggahan antara kedua ± dua pihak dapat dielakkan keranan keputusan yang dibuat
oleh kerajaan pusat adalah muktamad

b) Pentadbiran wilayah
x Negra dibahgikan kepada 83 wilayah ( department )
x Wilayah diberikan kuasa untuk menguruskan hal ehwal pentadbiran
x Wilayah dibahagikan kepada cantons ( daerah ) dan commune ( bandar )
x Pentadbiran wilayah diketuai oleh prefect yang bertanggungjawab kepada Menteri Dalam
Negeri
x Majlis yang dikenali sebagai General Council ditubuhkan di setiap department
x Ahli majlis ini dilantik oleh pemerintah kerajaan pusat

c) Pentadbiran commune ( bandar )


x Institusi yang ditubuhkan untuk mentadbir kawasan bandar
x Commune menyediakan perkhidmatan seperti mahkamah , pejabat pendaftaran , jabatan
kerja raya dan polis
x Commune diketuai oleh datuk bandar ( Mayor ) yang berfungsi sebagai ketua eksekutif
x Peranan datuk bandar adalah :
- Menguatkuasakan undang ± undang
- Mendaftar jurutera awam
- Menguruskan pekerja di kawasannya
x Keputusan datuk bandar boleh dipinda atau dibatalkan oleh kerajaan pusat
x Majlis pembandaran diwujudkan
x Commune uruskan pentadbiran di bandar seperti :
- Meluluskan permit bangunan
- Mejaga keselamatan penduduk
- Menguruskan pendaftaran perkahwinan

KESIMPULAN

x Dalam sistem kesatuan yang diamalkan oleh Perancis , kerajaan pusat mempunyai kuasa
tertinggi
x Kerajaan pusat menguasai hal ehwal pentadbiran negara
x Walaupun wilayah diberikan kuasa untuk mentadbir , tetapi kuasa pemutus masih berada
dalam tangan kerajaan pusat

86
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1

TEMA 2 : PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN

Unit 2.2 : Negara Bangsa


Unit 2.2.2 : Negara Kesatuan dan Negara Persekutuan
Hasil Pembelajaran : Membincangkan sistem pemerintahan negara kesatuan dan negara
persekutuan.
Masa / Kawasan Kajian : Amerika Syarikat abad ke-18-19 (1700 ± 1899 M)
Waktu pengajaran : 2 waktu
Bil Kandungan Keterangan

Konsep Negara Negara Persekutuan


Kesatuan dan Negara Kerajaan pusat dan kerajaan negeri mempunyai bidang kuasa
Persekutuan masing-masing dalam perkara-perkara tertentu.
Negara Persekutuan di Amerika Syarikat Sebagai sebuah
kerajaan persekutuan.
Amerika Syarikat mengamalkan satu sistem pemerintahan yang
terdiri daripada dua kerajaan iaitu:
Kerajaan Pusat
Kerajaan Negeri
Pemerintahan Negara Persekutuan
Perlembagaan Amerika Syarikat menggariskan secara terperinci
badan-badan yang memerintah Amerika. Presiden boleh:
membatalkan undang-undang dengan menggunakan kuasa veto.
Mengawasi kongres.
Walaupun kerajaan persekutuan diberi kuasa yang luas, rakyat
tidak bangkit menentang kerana:
Kebebasan dan hak peribadi mereka tidak diusik.
Perkara berkaitan dasar luar dan perdagangan diserahkan kepada
kerajaan persekutuan.
Ciri-ciri
Kerajaan pusat tidak diberi kuasa yang banyak
Merupakan liga negeri bukan kerajaan pusat yang kuat
Kerajaan pusat tidak dapat melaksanakan projek pembangunan
kerana kurang sumber kewangan
Kedudukan kewangan bergantung kepada sumbangan negeri
Kerajaan tidak dibenarkan membentuk sistem perdagangan antara
negeri atau negara lain
Perubahan kedudukan kerajaan selepas abad ke 18 (konvensyen
Philadelphia)
Had kuasa persekutuan
Memelihara hak rakyat dan kedaulatan negeri
Pindaan dibuat dalam bidang mata wang.
mengistiharkan peperangan
Mengenakan cukai
Mengubal undang-undang berkaitan kehakiman
Menguasai bidang perdagangan
Kuasa presiden dan kongres
Membatalkan undang-undang mengunakan kuasa veto
Mengawal kongres
2/3 undi di dewan senat dan perwakilan boleh mengatasi kuasa
veto
Apabila mengubal undang-undang , satu pihak boleh mengawasi
pihak lain

Cadangan latihan x Contoh soalan esei :


pengukuhan/pengayaan a. Huraikan sistem pemerintahan persekutuan di
Amerika Syarikat.

87
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1

CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN YANG BERKAITAN

SOALAN 1: HURAIKAN FAKTOR-FAKTOR YANG MELETAKKAN ASAS BAGI PEMBENTUKAN


KERAJAAN PERSEKUTUAN DI AMERIKA SYARIKAT.

PENDAHULUAN

9 Selepas perang kemerdekaan Amerika berakhir, Perjanjian Versailles telah ditandatangani.


9 Menurut perjanjian ini, England terpaksa menyerahkan 13 koloni tanah jajahan dan
mengisytiharkan kemerdekaan Amerika Syarikat.
9 Selepas kemerdekaan, pemimpin-pemimpin daripada koloni tanah jajahan berusaha
menggubal perlembagaan baru dan draf perlembagaan akhir telah diterima pada tahun
1789
9 Perlembagaan Amerika Syarikat memperuntukkan penubuhan sebuah kerajaan
persekutuan.
9 Terdapat beberapa faktor yang mendorong pembentukan negara persekutuan di Amerika
Syarikat pada tahun 1789.

Isi-isi penting

(a) Perbezaan sosial dan agama


9 Faktor pertama mendorong pembentukan Amerika Syarikat adalah perbezaan dalam aspek
sosial dan agama antara penduduk di England dan penduduk di koloni Amerika Syarikat.
9 Terdapat perbezaan yang amat ketara dalam cara hidup dan cara berfikir antara penduduk
di England dan Amerika Syarikat.
9 Contohnya, sebahagian besar penduduk di England mengamalkan fahaman Anglican
manakala penduduk di koloni Amerika berfahaman Puritan.
9 Selain itu, sebahagian besar penduduk di England terdiri daripada golongan konservatif
manakala penduduk di Amerika terdedah kepada idea moden.
9 Perbezaan ini mendorong penduduk di koloni tanah jajahan Amerika Syarikat berjuang untuk
membebaskan negara daripada cengkaman England.
9 Justeru, perbezaan ini menjadi faktor asas yang mendorong penduduk di koloni berjuang
untuk menubuhkan negara persekutuan Amerika Syarikat.

(b) Perang Tujuh Tahun


9 Faktor kedua yang memainkan peranan dalam pembentukan negara persekutuan Amerika
Syarikat adalah Perang Tujuh Tahun.
9 Perang Tujuh Tahun (1756-1763) merupakan perang yang berlkau antara Perancis dan
England di Eropah.
9 Pada tahun 1763, orang Perancis telah dikalahkan oleh England dalam Perang Tujuh Tahun.
9 Namun demikian, peperangan ini memakan perbelanjaan yang besar bagi kerajaan
England.
9 England membuat keputusan untuk menuntut penduduk koloni di Amerika menanggung
perbelanjaan peperangan tersebut.
9 Tindakan England telah menerima bantahan dan penentangan hebat daripada penduduk di
koloni Amerika Syarika.
9 Perkembangan ini menyebabkan rakyat melancarkan gerakan untuk membebaskan
Amerika Syarikat daripada England.
9 Tuntasnya, tindakan kerajaan England memaksa penduduk koloni menanggung kos Perang
Tujuh Tahun mendorong pembentukan negara persekutuan Amerika Syarikat.

(c) Dasar campur tangan England


9 Faktor seterusnya yang mendorong pembentukan negara persekutuan di Amerika Syarikat
adalah dasar campur tangan England dalam hal ehwal koloni.
9 Raja George III mengamalkan dasar campur tangan dalam hal ehwal penduduk koloni-
koloni di Amerika Syarikat.
9 Baginda tidak menghiraukan bantahan yang dikemukakan oleh penduduk koloni.
9 Sebaliknya, baginda bertindak tegas untuk mendapatkan daripada penduduk di koloni.
88
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1

9 Hal ini menyebabkan penduduk koloni bangkit menamatkan pemerintahan England di


Amerika.
9 Jelas ternyata, campur tangan England dalam urusan koloni membangkitkan kemarahan
penduduk dan memberi laluan kepada pembentukan negara persekutuan Amerika Syarikat.

(d) Pengenalan akta-akta baru


9 Faktoe keempat yang mendorong pembentukan negara persekutuan Amerika Syarikat
adalah pengenalan akta-akta baru bagi penduduk di koloni.
9 Penduduk koloni membantah akta-akta baru seperti Akta Pelayaran, Akta Gula, Akta Setem
dan Akta The yang diluluskan oleh Parlimen di London.
9 Akta-akta ini diperkenalkan untuk memungut cukai daripada penduduk-penduduk di koloni-
koloni Amerika Syarikat.
9 Selain itu, undang-undang memerlukan penduduk koloni membayar perbelanjaaan tentera
England yang berkhidmat di Amerika Syarikat diluluskan.
9 Penduduk koloni membantah akta-akta ini kerana mereka berpendapat Parlimen di London
tidak berhak mengenakan cukai.
9 Justeru, pengenalan akta-akta yang bersifat menindas membangkitkan kemarahan penduduk
koloni dan menjadi pemangkin pembentukan negara persekutuan Amerika Syarikat.

(e) Peristiwa Pembuangan Teh Boston


9 Faktor seterusnya yang mendorong pembentukan negara persekutuan Amerika Syarikat
adalah peristiwa µ3HPEXDQJDQ7KH%RVWRQ¶.
9 Pada tahun 1773, Lord North meluluskan Akta Teh di Parlimen di London.
9 Akta ini membenarkan Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) menjual tek kepada penduduk di
koloni tanpa membayar cukai.
9 Penduduk di koloni dipaksa membeli teh daripada England melalui SHTI.
9 Perkembangan ini menimbulkan kemarahan penduduk di koloni terhadap kerajaan England.
9 Mereka bertindak membuang kotak-kotak berisi teh ke dalam laut. Peristiwa ini dikenali
sebagai Peristiwa Pembuangan Teh Boston.
9 Sebagai tindak balas, kerajaan England mengambil keputusan untuk menutup Pelabuhan
Boston pada tahun 1774.
9 Peristiwa ini menyebabkan penduduk koloni memperjuangkan kemerdekaan daripada
England.
9 Jelas ternyata, peristiwa ini membangkitkan semangat penduduk koloni terhadap
pembentukan negara persekutuan Amerik Syarikat.

(f) Perang Kemerdekaan Amerika


9 Faktor terakhir yang menyebabkan pembentukan negara persekutuan di Amerika Syarikat
adalah Perang Kemerdekaan Amerika.
9 Pada bulan September 1774, pemimpin-pemimpin daripada 13 buah koloni mengadakan
pertemuan di Philadelphia.
9 Dalam pertemuan tersebut, mereka membuat keputusan untuk menubuhkan Kongres.
9 Pada 6 Julai 1775, Kongres membuat keputusan untuk mengisytiharkan peperangan
terhadap England.
9 Pasukan tentera koloni melancarkan peperangan terhadap tentera Inggeris pada bulan April
1776 di Lexington.
9 Pada tahun 1781, tentera England di bawah pimpinan Jeneral Cornwallis dikalahkan dalam
pertempuran di Yorktown.
9 Perang kemerdekaan Amerika membuka laluan bagi pembentukan negara bangsa baru yang
dikenali sebagai Persekutuan Amerika Syarikat.

KESIMPULAN
9 Pada tahun 1783, Perang Kemerdekaan Amerika berakhir dengan termeterainya Perjanjian
Versailles.
9 Perjanjian ini menyebabkan England menyerahkan kesemua 13 tanah jajahan dan
mengakui kemerdekaan Amerika Syarikat.
9 Selepas mencapai kemerdekaan, perlembagaan baru digubal bagi negara persekutuan
Amerika Syarikat.

89
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1

SOALAN 2: BINCANGKAN CIRI-CIRI KERAJAAN PERSEKUTUAN DI AMERIKA SYARIKAT


PADA ABAD KE-18 DAN 19 MASIHI

PENDAHULUAN

9 Pembentukan negara persekutuan Amerika Syarikat bermula selepas tentera England


dikalahkan oleh tentera koloni dalam Perang Kemerdekaan Amerika.
9 Pada tahun 1783, Perang Kemerdekaan Amerika berakhir dengan termeterainya Perjanjian
Versailles.
9 Selepas mencapai kemerdekaan, perlembagaan baharu untuk Amerika Syarikat telah digubal
pada tahun 1789.
9 Perlembagaan Amerika Syarikat memperuntukkan penubuhan sebuah kerajaan
persekutuan.
9 Kerajaan persekutuan merujuk kepada pemerintahan yang membahagikan kuasa antara
kerajaan pusat dengan kerajaan negeri.
9 Struktur kerajaan persekutuan Amerika Syarikat terdiri daripada tiga bahagian iaitu
eksekutif,perundangan dan kehakiman.
9 Terdapat beberapa ciri sistem pemerintahan negara persekutuan yang diamalkan di
Amerika Syarikat.
ISI-ISI PENTING

1.PEMBAHAGIAN KUASA

9 Ciri pertama pemerintahan negara persekutuan Amerika Syarikat adalah pembahagian


kuasa.
9 Sistem pentadbiran persekutuan di Amerika Syarikat menekankan pembahagian kuasa
antara kerajaan pusat dan negeri.
9 Kerajaan pusat mempunyai kuasa dalam perkara-perkara seperti pertahanan, percukaian,
mata wangn dasar luar negara.
9 Kerajaan negeri memiliki kuasa dalam menguruskan hal ehwal tempatan di negeri masing-
masing.
9 Kerajaan tempatan diberi kuasa autonomi dalam menjalankan pentadbiran di kawasan yang
ditetapkan.
9 Setiap peringkat pentadbiran diberi kebebasan untuk menguruskan pentadbiran mengikut
kuasa yang diperuntukkan.

2.PEMERINTAHAN DEMOKRASI

9 Ciri kedua pemerintahan negara persekutuan di Amerika Syarikat adalah amalan demokrasi
dalam pemerintahan.
9 Perlembagaan Amerika Syarikat 1789 menetapkan pembentukan kerajaan persekutuan
menerusi amalan demokrasi.
9 Pemilihan presiden dan anggota Kongres dilakukan menerusi pilihan raya umum.
9 Pilihanraya untuk memilih presiden dan anggota kongres telh diadakan pada tahun 1796 dan
1800.
9 Dalam pilihanraya tersebut, ahli-ahli dari Parti Federalis dan Parti Republikan bertanding
untuk memilih presiden.
9 Amalan demokrasi yang dilaksanakan memberi kuasa kepada r
3.BADAN EKSEKUTIF

9 Ciri seterusnya dalam pemerintahan negara persekutuan Amerika Syarikat adalah


pembentukan badan eksekutif yang menguruskan pentadbiran negara.
9 Badan eksekutif diterajui oleh seorang presiden yang dipilih oleh rakyat untuk tempoh
empat tahun.

90
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1

9 Selepas tamat tempoh perkhidmatannya, presiden boleh dilantik semula untuk penggal
kedua selama empat tahun lagi.
9 Semua undang-undang yang diluluskan oleh kongres mesti ditandatanganioleh presiden.
9 Preiden bertanggungjawab menandatangani undang-undang yang diluluskan oleh kongres.
9 Presiden juga boleh menolak daripada menandatangani sesuatu undang-undang yang
diluluskan oleh kongres.
9 Presiden Ameika Syarikat juga merupakan Ketua Turus Angkatan Tentera negara.
9 Sebagai ketua negara, presiden boleh menggunakan kuasa veto untuk membatalkan
undang-undang.
4.BADAN PERUNDANGAN

9 Ciri selanjutnya aalag penubuhan badan perundangan yang memainkan peranan dalam
menguruskan hal perundangan
9 Badan perundangan Amerika Syarikat dikenali sebagai Kongres dianggotai oleh ahli-ahli
yang dipilih melalui pilihanraya.
9 Tugas uatama badan perundangan di Amerika Syarikat ada menggubal undang-undang.
9 Kongres terdiri daripada dua badan utama iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Senat.
9 Anggota Dewan Rakyat dan Dewan Senat dipilih oleh rakyat.
9 Tiap-tiap negeri akan memilih dua orang ahli bagi Dewan Senat
9 Manakal ahli Dewan Rakyat akan dipilih oleh setiap negeri mengikut jumlah penduduknya.

5.BADAN KEHAKIMAN

9 Ciri terakhir dalam negara persekutuan Amerika Syarikat adalah badan kehakiman yang
menguruskan sisitem keadilan.
9 Badan kehakiman terdiri daripada Mahkamah Tinggi dan mahkamah-mahkamah lain
9 Mahkamah merupakan sebuah badan bebas dan tidak menerima campur tangan
daripada ahli-ahli kongres.
9 Mahkamah boleh mengambil tindakan terhadap presiden dan ahli-ahli kongres swkiranya
mereka melanggar perlembagaan.

KESIMPULAN

9 Perlembagaan Amerika Syarikat memperuntukkan penubuhan sebuah kerajaan


persekutuan.
9 Bidang kuasa kerajaan pusat dan kerajaan negeri telah ditetapkan bagi memastikan
pentadbiran dijalankan dengan teratur.
9 Perlembagaan Amerika Syarikat menetapkan pengagihan kuasa antara badan eksekutif,
badan kehakiman dan badan perundangan
9 Sistem pentadbiran kerajaan persekutuan Amerika Syarikat turut mempengaruhi negara-
negara lain di dunia.

91
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1

TEMA 2 : PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN

Unit 2.2 : Negara Bangsa


Unit 2.2.3 : Penyatuan Negara Bangsa

Hasil Pembelajaran : Membincangkan proses penyatuan negara bangsa.

Masa / Kawasan Kajian : Itali abad ke-19 (1800 ± 1899 Masihi)

Waktu pengajaran : 2 waktu

Bil Kandungan Keterangan

a. Konsep Negara - Negara bangsa ialah satu konsep atau bentuk


Bangsa kenegaraan yang memperoleh pengesahan politiknya
dengan menjadi sebuah entiti berdaulat bagi satu-satu
bangsa sebagai sebuah (unit) wilayah yang berdaulat.
- "Negara" (atau negeri) ialah entiti politik dan geopolitik,
manakala "bangsa" ialah entiti budaya dan /atau etnik.
- Istilah "negara bangsa" menandakan bahawa kedua-
duanya (negara dan bangsa) sebagai sama, dan ini
membezakannya dengan bentuk kenegaraan yang lain,
yang telah wujud sebelumnya. Jika berjaya
dilaksanakan, ia menandakan bahawa rakyatnya
berkongsi satu bahasa, budaya dan nilai - yang bukan
merupakan ciri-ciri negara yang telah wujud
sebelumnya.
- Sebuah dunia dengan negara-negara bangsa juga akan
melaksanakan tuntutan terhadap penentuan nasib
sendiri dan autonomi bagi setiap bangsa, yang menjadi
fokus utama fahaman nasionalisme.

Penyatuan Proses Penyatuan Itali


Negara Bangsa - Gerakan untuk menyatukan Itali bermula sejak tahun 1815
oleh kelas Pertengahan Itali.
- Faktor-faktor:
Penduduk Perancis pada era Napoleon Bonaparte di
Itali menyaksikan sistem pentadbiran yang berkesan
perlu diwujudkan. Napoleon memperbetulkan
undang-undang supaya lebih adil kepada semua
kelas. Keistimewaan golongan aristokrat dihapuskan
& golongan menengah yang rajin berusaha
dinaikkan pangkat yang sama seperti golongan
aristokrat.
ii. Kepentingan golongan saudagar. Bagi golongan
saudagar, mereka percaya dengan penyatuan Itali,
dapat memberi faedah dalam bidang ekonomi.
Faedahnya termasuklah cukai kastam dapat
dihapuskan, pasaran lebih luas, pembinaan jalan
pengangkutan diseluruh Itali & penyediaan
prasarana pelabuhan yang lebih baik. Itali juga dapat
menjadi penghubung antara England dengan India
apabila Terusan Suez dibuka.
iii. Semangat untuk menyatukan Itali dikuatkan lagi
dengan sentimen anti- Austria yang menguasai
Lombardy & Venetia serta menempatkan tentera di 4
kawasan strategik di Itali iaitu Verona, Mantua,
Peschiera & Legnano.

92
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1

- Pada peringkat awal, antara tahun 1815 hingga 1830,


kemungkinan berperang secara terbuka dengan
penjajah Austria agak sukar dilakukan. Mereka yang
menentang terpaksa bergerak di bawah tanah dalam
bentuk kongsi gelap. Kongsi gelap yang terpenting ialah
Carbonari. Walaupun Carbonari melakukan 2 kali
penentangan pada tahun 1818 & 1830, namun gerakan
tersebut mengalami kegagalan.
- Kebangkitan semangat nasionalisme untuk menyatukan
Itali dapat diperhatikan melalui beberapa gerakan yang
dipimpin oleh Mazzini, Count Camillo Benso di Cavour &
Guiseppe Garibaldi.

Cadangan latihan x Contoh soalan esei :


pengukuhan/pengayaan a. Jelaskan langkah-langkah yang diambil oleh Count
Camillo di Cavour dalam menyatukan Itali.
b. Anilisiskan peranan Mazzini, dan Guiseppe
Garibaldi dalam menjayakan penyatuan Itali.

CONTOH SOLAN DAN JAWAPAN YANG BERKAITAN

SOALAN 1: HURAIKAN LANGKAH LANGKAH YANG DIAMBIL OLEH CAMILLO BENSO DE


CAVOUUR UNTUK MENYATUKAN BANGSA ITALI.

Pendahuluan
9 Camillo Benso de Cavour (1810² 1861) tokoh yang memainkan peranan penting dalam
penyatuan negara bangsa. Count Cavour merupakan seorang bangsawan yang berasal
dari negeri Piedmont.
9 Pada tahun 1847, beliau mengasaskan akhbar Risorgimento dan menjadi ahli parlimen
kerajaan Piedmont pada tahun 1848.
9 Beliau telah merancang dan memperkenalkan Perlembagaan 1848 yang mengandungi
Dewan perundangan dan cabinet.
9 Beliau dilantik sebagai Verdana Menteri Piemont menggantikan Massimo d'AzeglioSelepas
dilantik sebagai Perdana Menteri, beliau mengatur langkah bagi merealisasikan penyatuan
negara bangsa Itali.

Isi-isi penting

(a) Mengukuhkan kerajaan Piedmont


9 Langkah pertama yang diambil oleh CountCavouradalah mengukuhkan kedudukan kerajaan
Piedmont dalam bidang ekonomi dan politik.
9 Antara langkah yang diambil oleh beliau adalah menjalankan reformasi dalam bidang
ketenteraan, pentadbiran, dan perundangan.
9 Beliau juga membangunkan ekonomi dengan memajukan bidang Pertanian,perdagangan dan
perindustrian.
9 Selain perdagangan, itu, beliau dan turut perindustrian.menggalakkan pelabur-pelabur dari
luar negara melabur di Piedmont.
9 Dalam bidang agama, beliau memperkenalkan Undang-Undang Siccardi bagi menghadkan
kuasa gereja.
9 Tuntasnya, langkah-langkah tersebut berjaya mengukuhkan kedudukan Piedmont sebagai
langkah persediaan ke arah penyatuan negara bangsa Itali.

(b) Mendapatkan bantuan Perancis


9 Langkah kedua yang diambil oleh Count Cavour adalah mendapatkan bantuan daripada
Perancis.

93
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1

9 Count Cavour mengadakan perikatan dengan Perancis bagi merealisasikan hasrat untuk
menyatukan Itali.
9 Tujuan perikatan ini dijalinkan adalah bagi mengelakkan kewujudan perikatan antara Austria
dan Perancis.
9 Tambahan pula, pemimpin Perancis iaitu Napoleon berminat untuk memberi bantuan kepada
Itali.
9 Pada tahun 1859, Perancis dan Piedmont telah menandatangani pakatan ketenteraan.
9 Menurut perjanjian tersebut, Perancis akan mempertahankan Piedmont sekiranya diserang
oleh Austria.
9 Ternyata, bantuan daripada Perancis telah membantu Piedmont mengalahkan Austria
serta merealisasikan penyatuan negara bangsa Itali.

(c) Menyelaraskan Pergerakan Kebangsaan Itali


9 Langkah ketiga yang diambil oleh Count Cavour adalah menyelaraskan kegiat an pergerakan
kebangsaan di Itali.
9 Beliau menjalinkan hubungan sulit dengan pemimpin-pemimpin Persatuan kebangsaan.
9 Tambahan pula, beliau mendapatkan bantuan La Farina bagi mencetuskan kebangkitan
rakyat di wilayah-wilayah utara dan tengah Itali.
9 Beliau turut mendapat kerjasama daripada Garibaldi untuk menubuhkan pasukan tentera
sukarela daripada kalangan penduduk Lombardy.
9 persatuan Kebangsaan menubuhkan depot-depot tentera dan mengedarkan risalah
9 Tuntasnya, tindakan count Cavour menyelaraskan kegiatan pemimpin-pemimpin kebangsaan
dapat mengukuhkan lagi perjuangan menyatukan negara bangsa Itali.

(d) Pembentukan Persatuan Kebangsaan


9 Langkah keempat yang diambil oleh count Cavour adalah menubuhkan Persatuan
Kebangsaan bagi menyatukan negara bangsa Itali.
9 Matlamat penubuhan Persatuan Kebangsaan adalah untuk menyatukan kumpulankumpulan
yang berjuang menyatukan Itali.
9 Moto bagi persatuan tersebut ialah 'Kemerdekaan, perpaduan dan kebebasan perlembagaan
di bawah pemerintahan dinasti kesedaran Savoy'. dalam kalangan nasionalis untuk
mewujudkan
9 Persatuan ini melahirkan organisasi pusat bagi menyelaraskan usaha penyatuan Itali.
9 Jelas ternyata, melalui tindakan ini Count Cavour berjaya merapatkan hubungan serta
kerjasama dalam kalangan pejuang untuk merealisasikan penyatuan Itali.

(e) Provokasi terhadap Austria


9 Langkah terakhir yang diambil oleh Count Cavour adalah melakukan provokasi agar Austria
memulakan peperangan.
9 Beberapa langkah berbentuk provokatif telah diambil oleh Count Cavour agar Austria
memulakan peperangan.
9 Antara langkah yang diambil ialah:
a. Memutuskan hubungan diplomatik dengan Vienna apabila seorang senator Sardinia
dilucutkan jawatan daripada kerajaan Lombardy.
b. Mengarahkan LaMarmora (menterikewangan)mengumpuldanabagimenghadapi
peperangan dengan Austria.
c. Menjalinkan hubungan sulit dengan Persatuan Kebangsaan bag mencetuskan
kebangkitan terhadap Austria.
d. Menolak permintaan Austria untuk ekstradisi pemimpin-pemimpin Lombardy
dVenetia.
9 Justeru, tindakan provokatif Count Cavour membuahkan hasil apabila Austria melancarkan
serangan terhadap Piedmont.
9 Implikasinya, Count Cavour berjaya menghadapi peperangan tersebut dengan bantuan
daripada tentera Perancis.

94
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1

KESIMPULAN
9 Tidak dapat dinafikan Count Cavour telah memberikan sumbangan besar dalam usaha
menyatukan negara bangsa Itali.
9 Beliau menggunakan pelbagai pendekatan dengan bijak dalam mengatur gerakan
menyatukan Itali.
9 Pendekatan realpolitic yang digunakan Oleh Count Cavour menjadi asas kepada penyatuan
negara bangsa di Itali.

ISI TAMBAHAN
Penyertaan dalam Perang Crimea
9 Cavour mengambil langkah bagi melibatkan Piedmont dalam peperangan yang berlaku di
9 Crimea. Cavour berpendapat kuasa-kuasa Eropah akan membantu Itali jika negara tersebut
memainkan peranan dalam hal ehwal antarabangsa. Malah kejayaan tentera Piedmont
dalam peperangan di Tchernaya memberi keyakinan kepada kerajaan Piedmont untuk
berperang dengan Austria.

95
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1

TEMA 2 : PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN

Unit 2.2 : Negara Bangsa:


Unit 2.2.3 : Penyatuan Negara Bangsa
Hasil Pembelajaran Membincangkan proses penyatuan negara bangsa.
Masa / Kawasan Kajian : Jerman abad ke-19 (1800 ± 1899 Masihi)
Waktu pengajaran : 4 waktu
Bil Kandungan Keterangan

a. Konsep Negara Negara bangsa ialah satu konsep atau bentuk kenegaraan yang
Bangsa memperoleh pengesahan politiknya dengan menjadi sebuah
entiti berdaulat bagi satu-satu bangsa sebagai sebuah (unit)
wilayah yang berdaulat.
"Negara" (atau negeri) ialah entiti politik dan geopolitik,
manakala "bangsa" ialah entiti budaya dan /atau etnik.
Istilah "negara bangsa" menandakan bahawa kedua-duanya
(negara dan bangsa) sebagai sama, dan ini membezakannya
dengan bentuk kenegaraan yang lain, yang telah wujud
sebelumnya. Jika berjaya dilaksanakan, ia menandakan bahawa
rakyatnya berkongsi satu bahasa, budaya dan nilai - yang bukan
merupakan ciri-ciri negara yang telah wujud sebelumnya.
Sebuah dunia dengan negara-negara bangsa juga akan
melaksanakan tuntutan terhadap penentuan nasib sendiri dan
autonomi bagi setiap bangsa, yang menjadi fokus utama
fahaman nasionalisme.
b. Penyatuan Negara Penyatuan negara bangsa di Jerman
Bangsa
Sebelum tahun 1871, penyatuan Jerman tidak berjaya kerana
wujud beberapa faktor penghalang seperti kebangkitan revolusi
pada tahun 1848, persaingan antara kuasa Austria dan Prusia
iaitu yang mana lebih dominan jika Jerman disatukan dan ramai
golongan nasionalis Jerman berselerak di Eropah malah ada
yang telah menetap di Amerika
Walaupun wujud faktor-faktor penghalang, usaha untuk
penyatuan Jerman tetap bermula pada tahun 1815 iaitu selepas
tamat perang Napoleon melalui Kongres Vienna. Dalam
Kongres Vienna 1815. menetapkan Persekutuan Jerman
sebagai negeri penampan kepada penaklukan Perancis dan
keadaan ini mendorong kepada kerjasama ekonomi yang turut
menyemai penyatuan dalam bidang politik.
Pada tahun 1818, Kesatuan Kastam (Zollverein) telah
ditubuhkan di Prusia. Persatuan ini telah berusaha
menghapuskan cukai antara wilayah bagi menggalakkan aktiviti
perdagangan. Ini telah mendorong negeri-negeri di Jerman
untuk menyertai persatuan pada tahun 1854 kecuali Austria.
Perkembangan perdagangan ini telah menyebabkan negeri di
Jerman menganggap Prusia sebagai pemimpin politik Jerman.
Proses Penyatuan Jerman:
i. Usaha William I
ii. Otto von Bismark
Pada 18 Januari 1871, Raja William I dilantik sebagai Kaiser
Jerman manakala Bismark menjadi Cancellor (Perdana
Menteri).
Bismark juga telah memperkenalkan perlembagaan Jerman
dengan menubuhkan parlimen yang mengandungi Majlis
Persekutuan dan Diet Maharaja.
Bismark juga berusaha menyekat pengaruh gereja,
menyeragamkan sektor ekonomi, membangunkan sektor
perindustrian, memajukan sektor pertanian dan perdagangan
96
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1

serta pemulihan sosial.

Cadangan latihan x Contoh soalan esei :


pengukuhan/pengayaan a. Bincangkan langkah-langkah yang diambil oleh
Bismark untuk menyatukan Jerman.
b. Huraikan proses penyatuan negara bangsa di
Jerman pada abad ke-19.

CONTOH SOLAN DAN JAWAPAN YANG BERKAITAN

SOALAN 1: BINCANGKAN STRATEGI YANG DIGUNAKAN OLEH BISMARCK MENYATUKAN


NEGARA BERDAULAT BANGSA JERMAN PADA ABAD KE-19 MASIHI.

PENDAHULUAN

9 Bismarck merupakan negarawan yang berjaya menyatukan negara bangsa Jerman.


9 Beliau menyatukan negara bangsa Jerman melalui dua peringkat iaitu peringkat pertama
melalui peperangan dan peringkat kedua melalui program pembangunan.
9 Dalam merealisasikan usaha penyatuan, beliau menggunakan pelbagai strategi dan
pendekatan dengan berkesan.
9 Pendekatan yang menjadi asas kepada kejayaan beliau menyatukan Jerman adalah
SHQGHNDWDQµrealpolitic¶GDQµKGDUDKGDQEHVL¶
9 Beliau menggunakan pelbagai taktik seperti tipu helah, dasar pemencilan musuh dan
peperangan bagi merealisasikan impiannya.

Isi-isi penting
Mengukuhkan pasukan tentera
9 Salah satu strategi yang digunakan oleh Bismarck bagi menyatukan Jerman adalah
mengukuhkan pasukan tentera.
9 Strategi ini digunakan kerana beliau berpendapat penyatuan Jerman hanya dapat
dilaksanakan melalui peperangan.
9 Sebelum melancarkan peperangan, Bismarck bertindak membentuk penyatuan tentera yang
kuat.
9 Antara langkah yang diambil oleh Bismarck bagi membentuk pasukan tentera yang kuat
adalah:
9 Memberi latihan ketenteraan
9 Melengkapkan pasukan tentera dengan senjata-senjata yang termoden
9 Selepas langkah mengukuhkan pasukan tentera selesai, beliau mengalihkan perhatian untuk
melancarkan peperangan menentang musuh.
9 Tuntasnya, strategi Bismarck membina pasukan tentera yang kuat membolehkan tentera
Jerman berjaya menumpaskan musuh serta menyatukan negara bangsa Itali.

Dasar memencilkan munsuh


9 Strategi kedua yang digunakan oleh Bismarck dalam usaha menyatukan negara bangsa Itali
adalah mengamalkan dasar memencilkan musuh.
9 Bismarck menggunakan pendekatan diplomasi dengan bijak bagi memencilkan musuh
sebelum melancarkan peperangan.
9 Contohnya, beliau mengambil langlah-langkah bagi memastikan Austria (1866) dan Perancis
(1870) tidak mempunyai rakan sekutu sebelum memulakan peperangan.
9 Di samping itu, beliau menjalankan hubungan baik dengan negara-negara yang menjadi
sekutu kepada musuhnya.
9 Tindakan seperti ini diambil oleh Bismarck bagi memastikan musuh tidak mendapat
bantuan daripada negara-negara lain.
9 Jelas ternyata, strategi memencilkan musuh membuahkan hasil apabila Jerman berjaya
mengalahkan Denmark dan Austria dalam usaha pembentukan negara bangsa.

97
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1

Menawarkan wilayah
9 Strategi ketiga yang digunakan oleh Bismarck dalam menyatukan Jerman adalah
menawarkan wilayah sebagai ganjaran.
9 Strategi ini digunakan oleh Bismarck bagi mengelakkan campur tangan negara-negara lain
ketika melancarkan serangan terhadap musuh.
9 Beliau sanggup menawarkan wilayah sebagai ganjaran agar negara-negara berdiam diri
semasa peperangan berlangsung.
9 Contohnya, semasa peperangan dengan Denmark, Bismarck berjanji untuk menyerahkan
wilayah Rhine kepada Perancis.
9 Tindakan Bismarck menawarkan wilayah tersebut adalah untuk memastikan Perancis
mengamalkan sikap berkecuali.
9 Jelas ternyata, strategi ini amat berkesan apabila Jerman dapat menumpaskan musuh
dengan mudah dan merealisasikan penyatuan negara Jerman.

Menggunakan tipu helah


9 Strategi keempat yang digunakan oleh Bismarck untuk menyatukan Jerman adalah
menggunakan tipu helah.
9 Bismarck menggunakan tipu helah untuk menyatukan negeri-negeri Jerman Selatan dengan
Prussia.
9 Contohnya, beliau mendedahkan surat yang ditulis oleh Perancis mengenai tuntutan
terhadap negeri-negeri Jerman Selatan kepada pemimpin negeri-negeri tersebut.
9 Tindakan Bismarck telah menyebabkan negeri-negeri Jerman Selatan membuat keputusan
untuk bergabung dengan Prussia.
9 Justeru, tindakan tipu helah yang digunakan oleh Bismarck membantu beliau mendapatkan
wiilayah Jerman Selatan daripada Perancis.

Melancarkan peperangan
9 Strategi terakhir yang diambil oleh Bismarck bagi menyatukan Jerman adalah melancarkan
peperangan.
9 Bismarck melancarkan peperangan terhadap Denmark pada tahun 1864 bagi menguasai
wilayah Holstein dan Schleswig.
9 Peperangan terhadap Denmark dilancarkan bagi mengurangkan kuasa dan pengaruh
negara tersebut.
9 Selepas mengalahkan Denmark, Bismarck melancarkan peperangan terhadap Austria pada
tahun 1866.
9 Selepas menewaskan Austria, Bismarck mengatur langkah untuk melancarkan peperangan
terhadap Perancis.
9 Bismarck melancarkan peperangan dengan Perancis pada tahun 1870 bagi
menyempurnakan penyatuan negeri-negeri Jerman.
9 Kejayaan Bismarck menewaskan Denmark, Austria dan Perancis menyebabkan negeri-
negeri dapat disatukan.
9 Tuntasnya, kebijaksanaan Bismarck dalam mengatur strategi peperangan membolehkan
Jerman menewaskan musuh dan berjaya menyatukan Jerman.

Isi tambahan
Mengekang pengaruh Austria
9 Bismarck mengambil langkah agar Austria tidak campur tangan dalam hal ehwal Jerman.
Contoh, Bismarck memujuk raja Prussia agar tidak menghadiri persidangan raja-raja yang
dianjurkan oleh raja Austria pada tahun 1863. Bismarck tidak membenarkan Austria menjadi
anggota pertubuhan Zollverein. Tindakan sedemikian diambil bagi melemahkan Austria agar
usaha penyatuan Jerman menjadi kenyataan.

KESIMPULAN
9 Bismarck merupakan seorang negarawan yang tiada tolok banding dalam usaha
menyatukan negara bangsa Jerman.
9 Kejayaan Bismarck disebabkan oleh kebijaksanaannya dalam menggunakan pendekatan
realpolitic dengan berkesan bagi mencapai matlamatnya.
9 Beliau juga menggunakan pelbagai taktik dan strategi seperti penipuan, pemalsuan
dokumen dan peperangan bagi merealisasikan impiannya.Penggunaan taktik dan strategi

98
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1

secara bijak membolehkan Bismarck mencapai kejayaan dalam usaha penyatuan negara
bangsa Jerman.

SOALAN 2: BINCANGKAN LANGKAH-LANGKAH YANG DIAMBIL OLEH BISMARCK UNTUK


MENGUKUHKAN PENYATUAN JERMAN SELEPAS TAHUN 1871.

PENDAHULUAN
9 Bismarck merupakan tokoh yang memainkan peranan penting dalam penyatuan negara
bangsa Jerman.
9 Beliau berjaya melaksanakan penyatuan negara bangsa Jerman melalui dua peringkat.
9 Pada peringkat pertama beliau melancarkan peperangan terhadap negara-negara asing
yang menguasai wilayah Jerman.
9 Manakala pada peringkat kedua, beliau melaksanakan program pembangunan dalam bidang
ekonomi, politik dan sosial bagi mengukuhkan penyatuan Jerman.
9 Dalam konteks ini, terdapat beberapa langkah yang diambil oleh Bismarck untuk
mengukuhkan penyatuan Jerman selepas tahun 1871.

Isi-isi penting

Memulihkan keamanan
9 Langkah pertama yang diambil oleh Bismarck untuk mengukuhkan Jerman adalah
memulihkan keamanan dalam negara.
9 Sehubungan dengan itu, Bismarck mengambil tindakan bagi mengukuhkan keselamatan
negara daripada ancaman luar.
9 Beliau menjalinkan hubungan persahabatan dengan negara-negara lain di Eropah.
9 Pada tahun 1882, Bismarck mengadakan perikatan dengan Austria dan Itali yang dikenali
sebagai Perikatan Bertiga.
9 Menerusi perikatan ini, beliau berharap negara-negara lain tidak akan melancarkan
peperangan terhadap Jerman.
9 Justeru, melalui tindakan tersebut Bismarck berjaya melahirkan keamanan dalam negara
bagi pengukuhan penyatuan negara.

Memperkenalkan perlembagaan Jerman


9 Langkah kedua yang diambil oleh Bismarck untuk mengukuhkan penyatuan Jerman adalah
memperkenalkan Perlembagaan Umum bagi Jerman,
9 Bismarck memperkenalkan perlembagaan yang memperuntukkan kuasa bagi penubuhan
sebuah Parlimen.
9 Parlimen Jerman terdiri daripada dua badan iaitu Majlis Persekutuan dan Diet Maharaja.
9 Mengikut perlembagaan baru Jerman, kuasa sebenar terletak di tangan Canselor dan
Kaiser.
9 Jelas ternyata, perlembagaan baru ini memberi kuasa kepada Bismarck untuk mengukuhkan
penyatuan negara Jerman.

Menyekat pengaruh gereja


9 Langkah ketiga yang diambil oleh Bismarck bagi mengukuhkan penyatuan Jerman adalah
menyekat pengaruh institusi gereja.
9 Semasa pemerintahannya, Bismarck menghadapi masalah dengan Gereja Romam Katolik.
9 Beliau bimbang kebangkitan Gereja Roman Katolik akan memecahkan perpaduan dalam
negeri Jerman.
9 Bagi mencegah perkembangan ini, Bismarck memulakan pergerakan anti gereja yang
dLNHQDOLVHEDJDLµKulturkampf´
9 Beliau meluluskan Undang-Undang Mei bagi menyekat perkembangan Gereja Katolik di
Jerman.
9 Tuntasnya, tindakan menyekat pengaruh gereja mengelakkan perpecahan dalam negara dan
mengukuhkan penyatuan Jerman dengan berkesan.

99
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1

Menyeragamkan sektor ekonomi


9 Langkah seterusnya yang diambil oleh Bismarck untuk mengukuhkan penyatuan Jerman
adalah melaksanakan program pembangunan ekonomi.
9 Antara tindakan yang diambil oleh Bismarck adalah memperkenalkan sistem ekonomi yang
teratur dan cekap.
9 Contohnya, beliau memperkenalkan sistem cukai, mata wang serta sistem sukatan dan
timbangan yang seragam di seluruh negara.
9 Selain itu, beliau juga menyatukan perkhidmatan pos dan telegraf serta membina landasan
kereta api di seluruh Jerman.
9 Bismarck juga mengambil langkah-langkah berikut membangunkan sektor perindustrian,
iaitu:
9 Menubuhkan kartil
9 Menubuhkan Bank Kebangsaan µ5HLFK%DQN¶
9 Mewujudkan daerah perusahaan baru
9 Di samping itu, Bismarck turut mengambil langkah untuk memajukan sektor pertanian dan
perundangan.
9 Justeru, langkah-langkah ini berjaya membangunkan negara serta mengukuhkan
penyatuan negara Jerman.

Pemulihan sosial
9 Langkah terakhir yang diambil oleh Bismarck untuk mengukuhkan penyatuan negara Jerman
adalah melaksanakan program pemulihan sosial.
9 Bismarck memperkenalkan pelbagai rancangan sosial bagi merapatkan jurang antara
golongan kaya dengan golongan miskin.
9 Selain itu, beliau memperkenalkan undang-undang bagi membaiki taraf hidup golongan
pekerja di kilang.
9 Antara undang-undang yang diperkenalkan oleh beliau ialah:
9 Undang-Undang Insurans Sakit
9 Undang-Undang Insurans Hari Tua
9 Menerusi undang-undang ini, beliau berjaya mewujudkan perpaduan dan menjaga
kebajikan pelbagai lapisan penduduk Jerman.
9 Ternyata program pemulihan sosial berjaya menyatukan penduduk Jerman dan dapat
mengukuhkan penyatuan negara bangsa.

KESIMPULAN
9 Bismarck merupakan tokoh yang memiliki kebijaksanaan dalam memanipulasikan isu
demi mencapai matlamatnya, iaitu menyatukan Jerman.
9 Selepas penubuhan negara bangsa Jerman, beliau mengambil pelbagai langkah bagi
mengukuhkan penyatuan tersebut.
9 Beliau memperkenalkan pembaharuan dalam bidang politik, ekonomi dan sosial bagi
menyatukan rakyat dan membangunkan Jerman.
9 Ekoran usaha Bismarck, Jerman muncul sebagai sebuah negara bangsa yang unggul serta
menjadi contoh kepada negara-negara lain di Eropah.

100
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1

TEMA 3: KEMAJUAN DAN PEMBANGUNAN

Unit 3.1 : Sistem ekonomi

3.1.1 : Feudalisme dan Kapitalisme

Hasil Pembelajaran : Menghuraikan sistem ekonomi feudalisme di Asia

Masa /Kawasan Kajian : Jepun (abad ke-16)

Waktu pengajaran : 2 waktu

Bil Kandungan Keterangan

1. Konsep Ekonomi x Kepulauan Jepun mempunyai keadaan semulajadi yang


Feudalisme di Jepun membolehkan perkembangan ekonomi feudalisme.
Struktur muka bumi Jepun yang bergunung-ganang,
dipenuhi dengan banjaran gunung yang tinggi dan
berbukit-bukau menyebabkan kawasan tanah semulajadi
untuk kegiatan pertanian hanyalah 20 peratus sahaja.
Namun begitu, kegiatan pertanian masih merupakan
tulang belakang kepada ekonomi Jepun pada abad ke-16.
x Bagi Negara Jepun, revolusi perdagangan hanya lebih
tertumpu kepada Negara-negara Asia Timur dan Asia
Tenggara. Hal ini berikutan dasar pemerintahan yang
diamalkan oleh pemerintah Jepun. Jepun hanya
menjuruskan aktiviti perdagangan dengan China dan
Negara-negara Asia Tenggara bagi mengawal
masyarakatnya serta daimyo-daimyo dibawah kekuasaan
Shogun. Namun begitu, Jepun membuka pintu negaranya
kepada Negara Barat tetapi mengadakan perdagangan
yang terhad dan mengenakan pelbagai peraturan.

2. Sistem Ekonomi a. Ekonomi pertanian


Feudalisme di Jepun. - 70% hasil pertanian sumber pendapatan ekonomi
Jepun
- tanaman yang ditanam ialah padi, buah-buahan
gandum, barli teh, sayur-sayuran
- menggunakan sitem pengairan iaitu sungai
b. Perusahaan tempatan
- menghasilkan hasil pertukangan
- munculnya tukang-tukang mahir
- contoh barang perak, tembaga, tembikar, lukisan dan
XNLUDQUXPDKLVWDQD«
c. Perikanan
- sumber kedua dan merupakan sumber penting dalam
diet harian masyarakat Jepun
- dijalankan di pesisir pantai..
d. Perlombongan
- melombong emas, perak dan tembaga..
e. Perdagangan
- membawa kepada pertumbuhan ekonomi wang
terjalinnya hubungan dengan negara luar

3. Bahan rujukan 3. Qasim Ahmad 1994, Eropah Moden, Kuala Lumpur, Dewan
Bahasa dan Pustaka

101
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1

4. Sivachandralingam Sundra Raja, Sejarah Dunia (1500-


1955),Shah Alam,Oxford Fajar

4. Latihan Pengayaan Terangkan kegiatan sistem ekonomi feudalisme di Jepun .

CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN BERKAITAN

SOALAN 1: BINCANGKAN SISTEM EKONOMI FEUDALISME DI JEPUN PADA ABAD KE-16


MASIHI.

PENGENALAN :

Feudalisme ialah satu bentuk organisasi politik dan sosial yang mempunyai kelas atau susunan
tertentu iaitu mengikut susun lapis hierarki. Feudalisme di Jepun dapat dikesan dengan jelas pada
zaman Kamakura (1192 ± 1333) hingga zaman Sengoku Jidai (1536 -1598) dan kematangan pada
zaman Keshogunan Tokugawa (1603 ± 1867). Jepun merupakan negara kepulauan dengan keadaan
semulajadi yang bergunung ganang dan berbukit. Kawasan yang sesuai untuk pertanian hanyalah 20
%.
ISI 1: Ekonomi pertanian

x 70% hasil pertanian sumber pendapatan ekonomi Jepun dan 80 % hingga 85 %


rakyat Jepun ialah petani.
x Tanaman utama ialah padi.
x Pengairan semulajadi iaitu air dibawa terus dari sungai atau anak sungai yang
mengandungi nutrient yang sesuai untuk padi. Ia dapat mengurangkan penggunaan
baja dan menyuburkan tanah
x Selain padi tanaman lain ialah buah-buahan gandum, barli teh, sayur-sayuran.
x Teh dan kapas merupakan tanaman yang diusahakan secara besar besaran
ISI 2: Perusahaan tempatan

x Perusahaan tempatan berasaskan pengeluaran daerah dan pemasaran antara


daerah
x Hasil kraftangan merupakan antara perusahaan tempatan yang utama dan
melahirkan tukang-tukang mahir. Di antaranya ialah barangan perak, tembaga,
tembikar, lukisan dan ukiran, dan perusahaan membuat pedang
x Perusahaan kain kapas merupakan perusahaan tekstil yang utama. contoh kawasan
perusahaan kain kapas ialah Kinai
x Perusahaan ulat sutera menghasil industry kain sutera contoh nya di Fukushima dan
Yamanashi.
x Perusahaan tembikar pesat di Seto dan menjadikannya pusat pengeluaran tembikar
di Jepun
ISI 3: Perikanan

x sifat negara kepulauan / kelautan menjadikan perikanan penting di Jepun


x Kedudukan Jepun di persimpangan arus hitam yang panas dengan arus kamachatka
menjadikan perairan Jepun kaya dengan ikan
x merupakan sumber kedua dan merupakan sumber penting dalam diet harian
masyarakat Jepun
x Perikanan di jalankan laut dalam dan persisiran pantai
x kemahiran membina kapal ± membantu perikanan laut dalam
102
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1

ISI 4: Perlombongan

x Aktiviti perlombongan utaama ialah emas, perak dan tembaga.


x Oda Nabunga teelah memajukan perlombongan emas, perak dan tembaga
x Perlombongan telah memajukan Bandar Osaka
ISI 5: Perdagangan

x
Perdagangan telah membawa kepada pertumbuhan ekonomi wang
x
Orang Jepun mengimport barangan tropika dari Asia Tenggara dan India
x
Jepun juga mengimport barangan mentah dari China seperti sulfur, papan, emas,
mutiara, merkuri dan ibu mutiara
x Barangan eksport utama ialah pedang, kipas berlipat dan pemidang
x Terdapat ramai pedagang Portugal di Jepun dan negara Jepun telah menerima
teknologi perkapalan dan persenjataan dari pedagang Portugal.
KESIMPULAN :

Perkembangan ekonomi feudalisme berasaskan pemerintahan bercorak feudalisme di Jepun.


Kemajuan ekonomi feudalisme menyumbang kepada perluasan penjajahan Negara Jepun.

SOALAN 2: HURAIKAN PERKEMBANGAN SISTEM EKONOMI FEUDALISME DI JEPUN PADA


ABAD KE- 16 MASIHI.

PENDAHULUAN

Menjelang abad ke-16 M. sistem ekonomi bercorak feudal berkembang pesat di Jepun. Sistem
ekonomi feudalisme merujuk kepada kegiatan ekonomi yang berada di bawah penguasaan golongan
bangsawan. Sistem ekonomi ini bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan politikm dan ekonomi
golongan pemerintah. Kegiatan ekonomi utama dalam sistem ekonomi feudal yang dilaksanakan di
Jepun ialah pertanian. Di Samping itu, kegiatan ekonomi lain seperti pertukangan, perniagaan,
perdagangan dan perindustrian juga diamalkan.

ISI 1: Pertanian.

Kegiatan ekonomi feudal yang paling penting di Jepun pada abad ke- 16 M adalah pertanian.
Kegiatan pertanian mengalami perkembangan pesat di Jepun pada zaman Kamakura. Tanaman
yang diusahakan oleh petani ialah padi, gandum, barli, teh, buah- buahan dan sayur- sayuran. Sistem
pengairan diperkenalkan untuk meningkatkan pengeluaran hasil pertanian. Bagi meningkatkan
pengeluaran, penanaman dua tanaman setiap tahun dilaksanakan, selain itu, tanaman komersial
seperti kapas dan the juga ditanam secara meluas pada zaman ini. Justeru, aktiviti pertanian
merupakan tulang belakang sistem ekonomi feudal yang diamalkan oleh masyarakat Jepun.

ISI 2: Pertukangan

Kegiatan ekonomi feudal yang kedua di Jepun pada zaman feudal adalah pertukangan.
Perkembangan perdagangan menyebabkan permintaan untuk hasil pertukangan meningkat.
Perkembangan ini menyebabkan muncul golongan tukang- tukang mahir yang menghasilkan kraf
tangan yang bermutu. Antara hasil pertukangan ialah barang perak, tembaga, tembikar lukisan dan
ukiran. Barang- barang yang dihasilkan oleh tukang- tukang mahir digunakan oleh golongan Daimyo.
Malah golongan artisan seperti membuat senjata mendapat layanan istimewa pada zaman feudal.
Tuntasnya, aktiviti pertukangan merupakan aktiviti ekononi yang menjamin sumber pendapatan yang
tinggi kepada golongan artisan.

103
PANITIA SEJARAH KT6P
PERKASA STPM940/1

ISI 3: Perniagaan

Kegiatan ekonomi seterusnya pada zaman feudal di Jepun adalah aktiviti perniagaan. Kegiatan ini
mengalami perkembangan yang pesat di Jepun pada zaman Kamakura. Peningkatan dalam
pengeluaran hasil pertanian menyebabkan petani menjual lebihan hasil pertanian di pasar dan kedai.
Petani- petani yang tinggal di pecan atau Bandar- Bandar besar menjual hasil untuk mendapatkan
wang.

ISI 4: Perdagangan

Kegiatan ekonomi seterusnya pada zaman feudal di Jepun adalah aktiviti perdagangan.
Perkembangan ekonomi menyebabkan kegiatan perdagangan berkembang dengan pesat.
Pedagang- pedagang Jepun terlibat dalam perdagangan beras, garam, sake, pakaian dan kapas. Di
samping perdagangan dalam Negara, wujud hubungan perdagangan dengan Negara luar seperti
China. Kemajuan dalam perdagangan juga menyebabkan muncul sistem ekonomi wang di Jepun.
Perkembangan perdagangan menyebabkan wujud kesatuan- kesatuan pedagang. Tuntasnya,
perdagangan merupakan satu aktiviti ekonomi penting yang mengukuhkan kedudukan Shogun pada
zaman feudal.

ISI 5: Perindustrian

Kegiatan ekonomi terakhir di Jepun pada zaman feudal adalah perindustrian. Barangan tembikar
meningkat dengan pesat. Bandar Seto yang terletak di wilayah Owari menjadi pusat pengeluaran
barang- barang tembikar di Jepun. Di samping itu, industri perlombongan emas, perak dan tembaga
juga berkembang dengan pesat. Jelas ketara, perkembangan perindustrian mengukuhkan
kedudukan ekonomi masyarakat feudal di Jepun.

KESIMPULAN

Perkembangan ekonomi pada zaman feudal melahirkan kestabilan politik dan ekonomi di Jepun. Di
samping itu, Jepun turut menjalinkan hubungan perdagangan dengan Negara- Negara luar seperti
China dan Asia Tenggara. Kegiatan perdagangan dengan kuasa- kuasa barat seperti Portugal
membuka lembaran baru dalam dasar ekonomi Negara.

104
PANITIA SEJARAH KT6P

Anda mungkin juga menyukai