Skema Jawapan PERAK Sejarah 1 STPM

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 45

Soalan 1 Bincangkan peranan setiap golongan masyarakat dalam tamadun Mesir. Pendahuluan (3 markah) 1.

Definisi organisasi sosial pembahagian anggota masyarakat kepada beberapa lapisan sosial yang mempunyai perbezaan dari segi kuasa, kekayaan, gaya hidup dan pekerjaan. 2. Latar belakang Tamadun Mesir Bermula pada tahun 3500 SM Di Lembah Sungai Nil iaitu kawasan yang mempunyai tanah yang subur. Dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Mesir Utara dan Mesir Selatan. 3. Organisasi sosial pada zaman pradinasti. Golongan pemerintah Golongan diperintah 4. Struktur organisasi Berbentuk hierarki Lapisan terdiri daripada a. Raja b. Keluarga diraja c. Golongan bangsawan dan paderi d. Anggota tentera, pembantu raja dan petani e. Hamba Isi (5 isi X 4 markah) 1. Peranan firaun/raja Mempunyai kuasa yang tertinggi dan bersifat mutlak. Dianggap sebagai Tuhan dan pelindung kepada rakyat Merupakan sumber kekuasaan dan bertindak sebagai ketua paderi, ketua pentadbir dan ketua hakim. Lambang maat iaitu tanggungjawab memberi kesejahteraan kepada rakyat Memperkenal peraturan dan undang-undang untuk memelihara keamanan. Ketua tentera dan ketua agama. Keluarga diraja Bakal mewarisi takhta Diberi pendidikan sejak kanak-kanak dalam bidang matematik, senibina, astronomi dan sains. Mengikuti latihan ketenteraan dan menyertai ekspedisi ketenteraan.

2.

3. Golongan Bangsawan Pegawai tinggi yang membantu raja dalam bidang pentadbiran Mereka dilantik sebagai gabenor, wazir, pegawai istana, dan pemungut cukai. Gabenor mengetuai pentadbiran di peringkat wilayah

Wazir berperanan mengawasi kerja pembinaan, membaiki terusan, menjalankan bancian kerja ternakan dan hasil negara, mengumpul cukai dan menyediakan buruh paksa.

4. Pendeta/ paderi Kuasa pelantikan raja Mengetuai upacara keagamaan 5. Anggota tentera Jawatan tentera membolehkan seseorang meningkatkan status mereka, dibenarkan memiliki pembantu rumah, harta rampasan, ganjaran dan pangkat. Tentera juga bertindak membantu firaun dalam ekspedisi ketenteraan dan meluaskan jajahan takluk seperti di Nubia. 6. Pembantu raja Terdiri daripada pekerja lombong dan pembinaan, membuat tembikar dan mengangkut air. Bekerja sepanjang tahun dan bersama keluarga ketika bercuti. Dibayar gaji dalam bentuk gandum dan barli Mempunyai rumah berhala sendiri dan anggota tribunal untuk menjatuhi hukuman kes kecil. 7. Petani Memberi sumbangan besar dalam bidang ekonomi terutama menghasilkan hasil pertanian untuk kegunaan dalam negara dan dieksport ke negara luar (Yunani). 8. Golongan hamba Terdiri daripada orang asing khususnya tawanan perang. Tidak mempunyai kebebasan Memainkan peranan penting dalam bidang ekonomi dan sosial Mempunyai kemahiran sebagai tukang jahit di istana. Terpaksa bekerja sebagai buruh pembinaan dan bekerja di ladang.

Kesimpulan (1 markah) Struktur masyarakat di Mesir memberi sumbangan yang besar dalam perkembangan dan kemajuan tamadun Mesir terutama dari sudut seni bina.

Soalan 2 Huraikan langkah-langkah yang diambil oleh Shih Huang Ti untuk mengukuhkan pemerintahan empayar tamadun China Pengenalan: [ 3 markah ] 1. Latar belakang Shih Huang Ti Maharaja Shih Huang Ti adalah pengasas Dinasti Chin pada tahun 221 S.M . Beliau telah mengasaskan empayar yang luas sehingga Sungai Merah di Vietnam. Berjaya menyatukan seluruh empayar China ke bawah satu pemerintahan pusat. Sistem pemerintahan empayar China Ketua kerajaan pusat ialah maharaja atau Huang Ti. Gelaran Huang Ti digunakan oleh maharaja pertama Dinasti Chin. Gelaran ini menunjukkan kuasa dan karisma seseorang raja yang dianggap sebagai The Great King dan The King of Kings. Maharaja mempunyai kuasa tertinggi, sumber undang-undang, ketua kerajaan, ketua hakim, dan ketua agama.

2.

Isi : [ 7 isi X 3 markah = 21 markah ] Langkah-langkah pengukuhan sistem pemerintahan empayar: 1. Membentuk sistem pemerintahan berpusat Menubuhkan ibu kota di Hsein Yang. Semua kuasa kerajaan adalah di bawah kuasa maharaja yang memerintah terus dari ibu kota. Menjalankan pemerintahan bersifat autokratik Menghapuskan sistem feudal Menghapuskan sistem feudal dengan menghapuskan kuasa dan pengaruh golongan aristokrat/bangsawan serta pegawai-pegawai feudal di peringkat wilayah dan daerah. Merampas tanah golongan aristokrat/bangsawan dan mengarahkan mereka tinggal di sekitar kawasan istananya. Lebih 120 000 orang aristokrat telah diarahkan ke ibu negeri iaitu Hsien Yang, pusat kerajaan Dinasti Chin. Memperkenal scholar system Melatih sekumpulan kakitangan awam untuk menjadi gabenor dan pegawaipegawai yang berkhidmat dengannya. Dilatih selama 15 tahun untuk menjadi kakitangan awam. Melalui sistem ini tiada lagi golongan bangsawan dilantik secara warisan melalui sistem feudal tetapi mesti berdasarkan kelulusan dalam peperiksaan awam yang dijalankan dengan ketat.

2.

3.

4.

Mewujudkan tiga pentadbiran utama Maharaja bertanggungjawab kepada tiga pentadbiran utama iaitu Canselor, Setiausaha Imperial dan Grand Commandant. Bertanggungjawab menasihati raja dan menguruskan istana. Masing-masing mempunyai tugas khas. Contoh : Canselor mengawal keputusan dasar-dasar kerajaan dan lebih tinggi daripada jawatan lain. Setiausaha Imperial bertanggungjawab dalam membuat arahan, merekrut, dan menyelia ahli-ahli perkhidmatan raja. Grand Commandant mengawal tentera-tentera raja. Tanggungjawab ketiga-tiga jawatan tersebut diagihkan sesama mereka hinggakan tiada seorang pun berada dalam kedudukan yang mampu menggulingkan kuasa maharaja. Membuat perubahan dalam pentadbiran wilayah/provinsi Membahagikan empayar kepada 36 wilayah (kemudiannya 42 wilayah) Menghapuskan kuasa golongan bangsawan memerintah wilayah. Shih Huang Ti melantik gabenor dan panglima tentera untuk mentadbir wilayah yang terdiri daripada ahli keluarganya atau pegawai tentera yang banyak berjasa kepadanya. Pemerintahan wilayah dikawal oleh pusat pemerintahan maharaja. Tujuannya untuk mengelakkan wilayah membentuk kerajaan dan mencabar kerajaan pusat sebagaimana dalam sistem feudal. Melantik pemerhati/perisik wilayah Untuk mengawal pentadbiran wilayah, seorang pemerhati dilantik bagi mengawasi tindak-tanduk gabenor-gabenor di wilayah. Pegawai-pegawai pemerhati ini akan melaporkan kepada maharaja di kerajaan pusat dan dengan cara ini maharaja boleh mengawal semua wilayah dalam empayarnya. Penguatkuasaan undang-undang Penduduk di China diatur dalam kumpulan-kumpulan keluarga yang mempunyai tanggungjawab bersama untuk menyediakan guna tenaga dalam kerja-kerja pembinaan dan ketenteraan. Sistem ini dikuatkuasakan melalui kanun keseksaan yang kejam. Kaedah pemerintahan seperti ini dikuatkuasakan oleh Shih Huang Ti di seluruh negara China untuk menyatukan Negara China dan mengukuhkan pemerintahannya. Dasar pengawalan ke atas rakyat Mengamalkan sistem undang-undang yang ketat berasaskan fahaman legalisme yang bertujuan mengawal tingkah laku rakyat melalui undang-undang dan tindakan yang keras. Oleh itu, buku-buku ajaran Confucius telah dibakar kerana bertentangan dengan dasar yang diamalkannya. Sarjana-sarjana yang ingkar dihukum bunuh. Untuk mengelakkan pemberontakan, rakyat yang memiliki lembing, tombak, anak panah, dan kereta kuda dipaksa menyerahkan senjata-senjata tersebut kepada kerajaan.

5.

6.

7.

8.

9.

Memperkukuh sistem pertahanan daripada serangan luar Mempertahan daripada serangan orang gasar khususnya orang Hsiung Nu dengan membina Tembok Besar Negeri China. Menyambung pembinaan Tembok Besar Negeri China yang dilengkapi dengan menara kawalan untuk memerhati gerakan musuh. Memperbesar dan memperkuat pasukan tentera.

Kesimpulan [ 1 markah ] 1. 2. 3. Shih Huang Ti berjaya mengukuhkan pemerintahannya. Sikap beliau yang autokratik dan zalim menyebabkan rakyat cuba memberontak tetapi gagal. Sistem pemerintahan empayar Dinasti Chin mengalami keruntuhan selepas kematian Shih Huang Ti pada tahun 210 S.M kerana penggantinya lemah dan tidak dapat mengawal seluruh empayar yang luas.

Soalan 3 Bincangkan organisasi ketenteraan Rom pada zaman empayar. Pengenalan ( 3 markah ) 1. Kerajaan Rom wujud pada 21 April 753 SM dengan menjalankan pemerintahan beraja. Pada tahun 509 SM, Rom menjalankan pemerintahan Republik selepas raja-raja keturunan Etruscan digulingkan. Sistem Republik ditamatkan apabila Rom berjaya mencapai taraf negara empayar di bawah pemerintahan Julius Caesar dan seterusnya Maharaja Augustus. Rom mempunyai sistem pertahanan dan ketenteraan sendiri untuk memperluas kuasa empayar selain mempertahankan negara daripada ancaman luar. 2. Definisi Organisasi ketenteraan ISI- ORGANISASI KETENTERAAN ROM ( 5 X 4 = 20 markah ) 1. Matlamat ketenteraan Untuk memperluas kuasa dari segi politik dan ekonomi. Berjaya memperluas pengaruh politik ke benua Eropah, Asia dan Afrika serta wilayah-wilayah di Laut Mediterranean. Dapat menguasai seluruh perdagangan. Mendatangkan keuntungan besar kepada Rom.

2. Dasar dalam peperangan Dalam peperangan, nyawa dan harta benda tidak mempunyai nilai tetapi kemenangan diutamakan. Sewaktu perang berlaku tiada etika yang perlu diikuti.

3. Organisasi ketenteraan Ada organisasi tentera yang tersusun. terdapat perkembangan tentera yang besar dan bersistematik. Terdiri daripada 2 kategori besar iaitu legionaries dan auxilaries. Legionaries diambil dalam kalangan warganegara dan dan rakyat wilayah jajahan yang diberi kerakyatan melalui pendaftaran. Auxilaries pula diambil daripada bukan warganegara dan akan diberi taraf kewarganegaraan selepas 25 tahun. Ada tentera infantri (pejalan kaki) dengan jumlah yang besar. Contoh, pada abad ke 4M, kekuatan satu legion askar adalah antara 4000 hingga 6000 orang dan dibahagikan kepada 10 cohort. Ketua digelar Legatus dikuti Kolonel, Tribuni dan barisan penunggang kuda. Hanya mereka yang dipilih sahaja boleh menjadi tentera Legion dan menerima gaji yang lebih tinggi.

4. Taktik peperangan Menggunakan kekejaman mengikut cara orang Monggol seperti membunuh dengan kejam. Tujuannya untuk menanamkan sifat bimbang dan menimbulkan perasaan gerun dalam kalangan musuh serta melemahkan kekuatan mental musuhnya Contoh, sewaktu menyerang New Carthage panglima Rom, Acipio Atrimus telah mengarahkan tentera-tenteranya membunuh sesiapa sahaja yang mereka temui dan tidak membenarkan sesiapa pun hidup. Mempunyai tentera legion yang dianggotai oleh 4000 6000 anggota tentera yang diketuai oleh Centurion dan dibahagikan kepada 10 cohort yang boleh disamakan dengan batalion. Pada mulanya organisasi tentera bermodelkan Yunani (hoplite). Selepas peperangan di Gaul Rom telah memperkenalkan sub seksyen seperti maniples, handful (pembahagian daripada kumpulan-kumpulan yang besar )untuk bergerak bebas dalam medan peperangan.

3. Peralatan peperangan Kekuatan tentera dikatakan berkaitan dengan kecanggihan peralatan yang digunakan. Peralatan tentera dipinjam daripada musuh-musuh yang dikalahkan seperti baju besi dan helmet besi daripada orang Etruscan, lembing daripada orang Samnites, perisai daripada orang Celtgas dan pedang bermata dua daripada orang Iberia. Menggunakan kenderaan seperti kuda dan kereta berkuda. Menggantikan lembing dengan lembing-lembing yang dikenali sebagai pilum yang boleh dilontar dan tentera tetap yang boleh membawa pedang bersama. Tentera berjalan kaki dilengkapi dengan jouvelin dan sebatang lembing yang kecil.

6. Jenis tentera Sejak awal tentera Rom terdiri daripada tentera infantri Tentera Rom pada awalnya terdiri daripada warganegara yang berkhidmat tanpa gaji dan menyediakan peralatan mereka sendiri. Warganegara ini diatur dalam tujuh kumpulan mengikut kekayaan harta benda. Golongan kaya menyediakan pasukan askar berkuda dan enam kumpulan lain pula menyediakan pasukan tentera infantri.

KESIMPULAN (2 MARKAH) Ketahanan dan pertahanan Rom adalah lebih bertujuan untuk meluaskan kuasa dan pengaruh yang menekankan kepada kepentingan dunia semata-mata.

Soalan 4 Sejauh manakah faktor peranan pemerintah sebagai penyumbang kepada perkembangan perdagangan di Alam Melayu sehingga abad ke-15. PENGENALAN (3 MARKAH) 1. Tamadun awal Alam Melayu telah wujud sejak awal abad ke-1 M dengan kemunculan Funan sebagai kerajaan pertama. 2. Kerajaan awal Alam Melayu dikategori sebagai kerajaan Agraria seperti Angkor berasaskan pertanian dan kerajaan maritim seperti Kedah Tua, Fo-lo-an, Pulau Tioman, Melaka dan Srivijaya. 3. Kegiatan utama kerajaan maritim berasaskan perdagangan. 4. Faktor-faktor yang menyebabkan perdagangan penting di Alam Melayu seperti peranan pemerintah, kedudukan yang strategi, peranan pelabuhan, bekalan barang dagangan, peranan syahbandar dan peranan agama. ISI 1. Peranan pemerintah (1 isi X 3 markah) Mewujudkan sistem pentadbiran yang cekap dan teratur. Hal ini menjadikan perdagangan berjalan dengan lancar kerana sistem pentadbiran yang baik dan teratur. Contoh, dalam kerajaan Srivijaya. Empayar Srivijaya dikenali sebagai Kedatuan. Kedatuan dibahagikan kepada Mandala yang diketuai oleh seorang Datu. Datu dibantu oleh Parvanda (ketua tentera). Dengan terdapatnya sistem pentadbiran yang baik dan teratur, maka perdagangan dapat dijalankan dengan lancar. Dalam kerajaan Melaka, pemerintah mewujudkan Undang-undang Laut Melaka yang berkaitan dengan peraturan-peraturan jual beli di atas kapal, peraturan pelayaran, bidang kuasa nakhoda. Tanggungjawab pegawai-pegawai kapal telah membantu melicinkan urusan perdagangan di Melaka. Raja mewujudkan jawatan syahbandar yang bertanggungjawab menentukan kapal yang berlabuh, penggunaan gudang dan menguruskan pertemuan antara pedagang dan raja. Kesannya, Melaka menjadikan pusat perdagangan terpenting di Alam Melayu.

Faktor-faktor lain (6 isi X 3 markah) 2. Kedudukan yang strategik Kedudukan geografi Alam Melayu yang terletak di antara Laut China Selatan dan Lautan Hindi menjadi pusat pengumpulan dan penyebaran barang-barang dagangan antara China dan India. Tiupan angin monsun timur laut dan monsun barat daya membantu kapal-kapal dagang belayar ke pelabuhan-pelabuhan seperti di Palembang, Srivijaya dan Melaka.

3. Barangbarang dagangan Alam Melayu kaya dengan barangan tempatan yang sangat dikehendaki seperti kayu gaharu, rempah ratus, rotan dan sebagainya. Hasil galian seperti bijih timah dan emas merupakan logam yang berharga dan dikehendaki di pasaran. Kawasan yang kaya dengan emas dan bijih timah ialah Tanah Melayu dan Sumatera. Hasil laut yang sangat berharga seperti siput trepang di Laut Sulu mempunyai pasaran yang baik di China. Kawasan Kepulauan RiauLingga dan Pulau Tujuh kaya dengan mutiara dan kerang. Sejak abad ke-5M , China telah mengimport kulit kura-kura dan siput kowri dari Alam Melayu. Kedua-duanya mempunyai nilai yang baik di pasaran China. Kapur barus dan kemenyan sangat baik di pasaran India. 4. Pelabuhan Terdapat pelabuhan yang strategik seperti Oc-Eo di Funan, Sungai Mas di Kedah, Sungai Lang di Kelang, dan Pulau Tioman Pada abad ke-7 hingga 13M, Srivijaya menjadi pelabuhan entrepot yang penting di Alam Melayu. Pelabuhan-pelabuhan lain yang penting antara abad 14 hingga 17M ialah Melaka, Acheh, Brunei, Riau Lingga dan lain-lain. Pelabuhan entrepot telah membantu perkembangan perdagangan di Alam Melayu menjadi pesat dan maju.

5.

Peranan Orang Laut Peranan orang Laut yang mahir tentang selok-belok perairan, beting, kedalaman laut, kawasan tohor, dan tiupan angin banyak membantu pemerintah kerajaan maritim dan para pedagang. Antara negeri yang menggunakan perkhidmatan orang Laut ialah Srivijaya, Melaka dan Johor Riau ,terutama dalam bidang ketenteraan , dan mengawal lanun. Orang tempatan juga digalakkan supaya terlibat secara aktif dengan perdagangan antarabangsa seperti yang dilakukan oeh kerajaan Srivijaya.

6.

Peranan Tuhan Vatakvurah/Syahbandar Pada zaman Srivijaya, seorang pegawai dilantik iaitu Tuhan Vatakvurah yang diberi tanggungjawab mengawasi kegiatan perdagangan di pelabuhan. Kerajaan Kedah Tua dan Melaka melantik Syahbandar mengawasi kegiatan perdagangan di pelabuhan. Syahbandar bertanggungjawab menjaga kebajikan pedagang, mengawasi timbang sukat di pasar dan menjadi orang tengah yang menghubungkan pedagang dengan pemerintah.

7. Peranan agama. Kerajaan Srivijaya telah menjadi pusat penyebaran agama Buddha. Sami-sami Buddha termasuk I-Tsing telah singgah di Srivijaya untuk mendalami bahasa Sanskrit sebelum melanjutkan kajian Buddha di India. Hal ini mendorong penganut-penganut Buddha datang untuk mempelajari agama sambil berdagang. Melaka telah menjadi kerajaan Islam. Hal ini telah menarik pedagang-pedagang Islam datang berdagang ke Melaka. Secara tidak langsung, kegiatan agama telah menggiatkan lagi kegiatan perdagangan di Alam Melayu.

KESIMPULAN (1 markah) Perkembangan aktiviti perdagangan telah memakmurkan kawasan-kawasan di Alam Melayu. Bahan-bahan yang berharga dan sangat diperlukan oleh para pedagang asing banyak terdapat di sini.

Nota: 1. Jawapan calon mesti membincangkan peranan pemerintah sebagai isi yang pertama. 2. Tanpa jawapan peranan pemerintah, markah maksimum 8 sahaja.

10

Soalan 5 Jelaskan matlamat pendidikan dalam tamadun China. Pengenalan [ 3 markah] 1. Latar belakang sistem pendidikan China Pendidikan amat penting dalam Tamadun China. Masyarakat China sangat menghormati golongan intelektual. Kerajaan bertanggungjawab menyediakan keperluan dan kemudahan pendidikan seperti menyediakan rumah guru, rumah penaung yang kaya, rumah berhala dan pondok. Terdapat ruang pemujaan Confucius di bilik darjah. Kanak-kanak mula bersekolah semasa berumur 7 tahun. Pelajar membawa kerusi, buku, kertas, pensel dan dakwat sendiri ke sekolah. Terdapat sekolah menengah dan sekolah tinggi yang menyediakan pelajar untuk menghadapi peperiksaan kerajaan. Sekolah-sekolah ini ditaja oleh kerajaan, persendirian, golongan kaya dan pegawai kerajaan. Pada zaman Maharaja Wu Ti dalam Dinasti Han (140-87 S.M), sekolah tinggi ditubuhkan di ibu kota dan menggalakkan penubuhan sekolah-sekolah di provinsi dan daerah. Pada zaman Maharaja Yan Kuang dalam Dinasti Sui, sekolah dan perpustakaan imperial telah ditubuhkan. Pada zaman Dinasti Ming, kolej golongan belia dan universiti kebangsaan telah ditubuhkan pada peringkat pusat. Pada zaman Hsuan Tsung, Akademik Han Lian telah ditubuhkan. Selain itu, sekolah-sekolah telah ditubuhkan secara besar-besaran. Seterusnya sistem percetakan telah diperkenalkan.

ISI: Matlamat sistem pendidikan tamadun China [5 isi X 4 = 20 Markah ] 1. Untuk memenuhi keperluan kerajaan dan negara Demi memberikan suatu asas yang kukuh untuk mengekalkan kuasa politik, birokrasi dan kedaulatan maharaja serta mengekalkan keharmonian masyarakat dan taat setia rakyat terhadap raja dan negara. Pendidikan sebenarnya tidak menggalakkan pemikiran bebas rakyat bawahan atau golongan atasan. Sebaliknya bertujuan membendung pemikirannya supaya dapat memupuk hubungan erat rakyat dengan kerajaan, menjamin kestabilan politik dan keharmonian masyarakat. Fahaman Confucianisme telah menjadi asas ideologi politik dan kurikulum pendidikan China sejak Dinasti Han untuk mewujudkan sekelompok elit (scholargentry). Kelompok ini telah menyerap nilai-nilai moral dan etika Confuciusnisme yang akan menyokong dan memperkukuhkan status politik Maharaja China dan kerajaannya.

11

2.

Peperiksaan awam Pendidikan di China mempunyai kaitan yang rapat dengan sistem peperiksaan yang diamalkan. Tiada had umur yang ditetapkan untuk mengambil peperiksaan. Seseorang yang lulus dalam peperiksaan awam akan menjadi pegawai dan pentadbiran dalam sistem pemerintahan di China. Peperiksaan dikendalikan dengan ketat. Mereka yang meniru dikenakan hukuman mati. Untuk memastikan tidak berlakunya penipuan, pemeriksa akan dikurung sebelum tiba hari peperiksaan. Mereka yang mengambil peperiksaan akan ditempatkan di dalam bilik dengan disediakan makanan. Mereka dikurung selama 3 hari untuk menulis jawapan. Setelah lulus, mereka akan menjadi ahli seumur hidup di Emperial Academy (organisasi intelek) Untuk menegakkan hubungan dan kepentingan nilai kekeluargaan Sifat ketaatan terhadap ibu bapa, orang tua dan penghormatan terhadap pegawaipegawai kerajaan. Untuk memupuk nilai-nilai moral dan etika yang diperlukan oleh pihak pemerintah, maka kurikulum pendidikan adalah berdasarkan Sembilan Buku Suci iaitu: Five Classics dan The Four Books. Five Classics ialah Shu Ching (Book of History), Shih Ching (Book of Poetry), Yi Ching (Book of changes), Li Chi (Book of Rites) dan Chun-Chiu (Spring and Autumn Annals). The Four Books terdiri daripada Annalests, Great Learning, Doctrine of the Mean dan Works of Mencius. Untuk membezakan golongan elit (pemerintah) dan golongan massa (diperintah) Pendidikan China dianggap sebagai kayu ukur untuk membezakan dua golongan ini. Menurut pemikir Confuciusnisme, elit yang berpendidikan tinggi ialah Chun Tze atau manusia unggul ( the super or man). Oleh itu rakyat harus menghormati Chun Tze. Pendidikan dianggap sebagai penentu peranan dan hierarki masyarakat China tradisional. Untuk memilih pegawai kerajaan (birokrasi) Sejak zaman Dinasti Han, sistem peperiksaan awam telah diwujudkan untuk memilih pegawai kerajaan. Calon-calon yang cemerlang dalam peperiksaan akan dilantik memegang jawatan-jawatan kerajaan di ibu kota dan wilayah. Sistem ini dikekalkan sehingga kejatuhan Dinasti Ching pada tahun 1911. Untuk menyebarkan pemikiran dan falsafah pemikir-pemikir China Antara pemikir China ialah Kung Fu Tze, Lao Tze dan Mo Tze.

3.

4.

5.

6.

12

KESIMPULAN: ( 2 Markah ) 1. Matlamat pendidikan di China adalah untuk melahirkan rakyat China yang berpendidikan bagi membolehkan mereka menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan. 2. Bahkan sistem pendidikan dapat mengubah kedudukan mereka dalam masyarakat (mobiliti sosial)

13

Soalan 6 Bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan sekularisme di Eropah. Pendahuluan (3 markah) 1. Definisi sekularisme: Percubaan memisahkan urusan dunia daripada urusan agama dan Tuhan dari segala urusan kehidupan manusia. 2. Tujuan pemikiran sekularisme: Bertujuan untuk menjadi lebih terbuka dalam persekitaran ke arah perubahan pemikiran pada zaman Renaisans. 3. Antara tokoh sekularisme di Eropah ialah:- John Locke - Niccolo Machiavelli - Francis Bacon

Isi (5 isi X 4 markah) 1. Perkembangan zaman Renaisans Kemunculan gerakan Renaisans pada abad ke-15 dengan gagasan humanisme, individulisme dan rasionalisme telah menyebabkan berlaku perubahan dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Perubahan ini yang memfokuskan pemisahan aspek keduniaan dan kebendaan daripada fahaman agama telah mempengaruhi perkembangan sekularisme di Eropah. Fahaman humanisme, individualisme dan realisme Sekularisme juga dipengaruhi oleh fahaman humanisme, individualisme dan realisme. Fahaman ini memberi tumpuan kepada kepentingan peranan akal fikiran, budi pekerti, dan keintelektualan dalam mengatasi perkara yang berkaitan dengan keduniaan. Kehendak manusia perlu diutamakan. Manusia mempunyai keupayaan untuk menentukan kehidupan masa depan dan tidak boleh menerima sahaja nasib malang mereka untuk mengharapkan kebahagiaan di akhirat. Pemikir liberal seperti John Locke, Rousseau dan Thomas More menekankan supaya sikap, moral, kaedah pendidikan, kerajaan dan agama harus dianalisis secara rasional.

2.

14

3.

Kemunculan idea dan pemikiran baru dalam agama Kristian Sekularisme lahir akibat daripada kemunculan idea dan pemikiran baru tentang ajaran Kristian. Pemikir pembaharuan tersebut terdiri daripada Martin Luther, John Calvin dan Giordano Bruno. Mereka mempertikai peranan dan penyalahgunaan kuasa gereja terutama berkaitan dengan peranan manusia. Ajaran Protestan mengetepikan Canon Law dan membenarkan masyarakat memberi tumpuan kepada aspek kebendaan yang menjadi asas kepada sekularisme. Sistem Pendidikan Perubahan sistem pendidikan di Eropah pada zaman Renaisans telah mempengaruhi perkembangan sekularisme. Pada abad ke-14 dan 15, bandar-bandar utama seperti Padua, Venice, Rom dan Naples telah memperkenal ilmu baru yang bersifat humanisme seperti: guru terdiri daripada orang biasa dan bukan klegi orientasi kepada ilmu praktis dengan penumpuan kepada ilmu sains kurikulum sekolah dan universiti bebas daripada gereja pendidikan terbuka kepada semua rakyat Perkembangan sistem ekonomi baru Perkembangan sekularisme juga didorong oleh perubahan sistem ekonomi di Eropah daripada ekonomi feudal kepada sistem ekonomi bebas yang mementingkan kekayaan. Gerakan reformasi juga dapat mengurangkan kekuasaan gereja dalan bidang ekonomi. Fahaman Calvinisme telah berjaya mengetepikan Canon Law dengan membenarkan riba dan mengumpulkan kekayaan. Fahaman ini memberi peluang kepada golongan kapitalis mengemukakan teknik kewangan baru yang bebas daripada kawalan gereja dan peraturan lama. Kemunculan falsafah politik baru Pada zaman kemuncak pertengahan, muncul beberapa tokoh falsafah politik baru (1050 -1250 M) seperti Marsilo Padua, Nicholo Machiavelli dan John Locke. Marsilo Padua dalam bukunya Defensor Pacis menekankan hak menggubal undang-undang dan memerintah diberi kepada pihak kerajaan pusat. Pihak gereja tidak harus melibatkan diri dalam hal ehwal pentadbiran negara. Hal ini menjadi asas kepada kemunculan sekularisme. Nicholo Machiavelli memberi idea kepada penubuhan negara bangsa apabila raja dapat mengatasi golongan bangsawan feudal, mengekalkan kuasa dan menguasai kekayaan (sekularisme).

4.

5.

6.

Kesimpulan (2 markah) 1. Masyarakat pada zaman sekular melihat kehidupan di dunia lebih penting daripada kehidupan selepas mati. 2. Penekanan sistem politik, ekonomi dan sosial lebih mementingkan aspek kebendaan dan kekayaan.

15

Soalan 7 Jelaskan jenis-jenis kesenian dalam tamadun Yunani. Pendahuluan (3 markah) 1. Maksud seni Berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud kemahiran, cara atau kaedah. Seni mempunyai nilai estetika iaitu kecantikan yang mampu memberi keselesaan kepada deria. Jenis seni Kesenian boleh dibahagikan kepada dua jenis: i. Seni halus yang menekankan kecantikan dan curahan perasaan (seni lukis, seni drama dan seni ukir) ii. Seni gunaan seperti seni bina. Tamadun Yunani Bermula pada tahun 2000 SM. Perkampungan Yunani bersatu membentuk negara kota seperti negara kota Athens dan Sparta. Negara kota merupakan asas kepada kehidupan politik, agama dan sosial masyarakat Yunani.

2.

3.

Isi Penting Jenis-jenis kesenian (5 isi X 4 markah) 1. Kesusasteraan Bertujuan untuk memenuhi kepuasan jiwa dan minda. Kesusasteraan Yunani bermula dengan karya Homer iaitu Illiad dan Odyssey. Puisi ini berkaitan tentang peperangan Troy yang ditawan oleh tentera Achaean. Seni Bina Bangsa Yunani mencapai kemajuan yang tinggi dalam bidang seni bina. Mereka membina bangunan yang mempunyai seni ukir yang unik. Antara seni bina Yunani yang penting ialah pembinaan rumah berhala. Antaranya ialah kuil Dewi Anthena, kuil Dewa Pantheon dan kuil kemenangan. Terdapat tiga jenis seni bina bangunan yang popular iaitu Doric, Ionic dan Corinthian. Contohnya kuil Arthemis dan kuil Apollo dibina dengan gaya Ionic. Antara arkitek Yunani yang terkenal ialah Ictinuc dan Callicrates. Seni Ukir Tamadun Yunani terkenal dengan keunikan dan keindahan seni Phidias telah menghasilkan ukiran yang terkemuka iaitu Patung Athena di Partheon daripada gangsa dan Zues di kuil Olympia. Polycitus dan Myron menghasilkan ukiran atlet terkenal dalam sukan Olimpik.

2.

3.

16

4.

Seni lukis Kebanyakannya menggambarkan peristiwa yang tragis dan dramatik. Lukisan dibuat di atas pelbagai kayu dan tembikar. Kemahiran seni lukis Yunani yang terdapat pada lukisan hiasan pada pasu yang menggambarkan kisah mitologi (terdapat pada dinding kuil dengan imej Tuhan dan perarakan agama) dan kehidupan harian seperti gambar askar, haiwan dan potret manusia. Pelukis terkenal Yunani Archilles yang melukis gambar wanita pada pasu. Drama Kebanyakan drama yang dihasilkan berbentuk komedi dan tragis. Drama yang mendapat sambutan semasa pesta Dionysus. Para pelakon terdiri daripada kaum lelaki sahaja. Pada peringkat awal, plot cerita dibaca oleh seorang tukang cerita bersama dengan tarian dan nyanyian. Pada abad ke-16 SM bermulanya persembahan berbentuk dramatik. Antara drama yang terkenal ialah Oresteria, Sophocles merupakan seorang dramatis yang memperkenal teknik tragedi menerusi karyanya iaitu Medea dan Hippoytus.

5.

Kesimpulan (2 markah) Tamadun Yunani kaya dengan nilai kesenian. Karya-karya kesenian yang dihasilkan dalam tamadun Yunani mempengaruhi perkembangan kesenian dalam tamadun-tamadun selepas itu seperti tamadun Islam dan tamadun Eropah.

17

Soalan 8 Bandingkan objektif penjelajahan dan penerokaan antara Tamadun Barat dan Tamadun Islam. Pengenalan [ 3 markah] 1. Penjelajahan bermaksud mengembara atau berjalan ke merata tempat atau daerah. 2. Penerokaan bermaksud usaha penyelidikan, mengkaji dan menjelajah kawasan yang baru dijumpai atau diduduki. 3. Latar belakang sejarah pelayaran dan penerokaan Barat 4. Latar belakang sejarah pelayaran dan penerokaan Tamadun Islam. ISI: Perbandingan matlamat penjelajahan dan penerokaan orang Barat dengan orang Islam. [ 5 isi X 4 markah = 20 markah] 1. Agama Orang Barat Penjelajahan didorongkan oleh kepentingan penyebaran agama Kristian. Orang-orang Sepanyol sedang berperang dengan negeri-negeri Islam di Iberia untuk merampas balik tanah mereka daripada penguasaan Islam. Berdasarkan konsep bahawa dunia pada masa itu haruslah tertakluk kepada kuasa Kristian, maka penyebaran agama Kristian menjadi satu motivasi yang begitu kuat. Contohnya, mendapatkan ikatan politik dengan Prester John di Ethiopia untuk menghancurkan kuasa Islam. Orang Islam Objektif penerokaan bertujuan untuk menyebarkan dakwah Islam. Pada zaman Rasulullah s.a.w, baginda telah mengutuskan Muaz bin Jabal ke Yaman untuk kegiatan dakwah. Pada zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz, banyak pendakwah Islam yang menjelajah keseluruh dunia untuk menyebarkan Islam. Sheikh Abdul Aziz antara pendakwah yang berjaya mengislamkan Melaka, Sheikh Ismail menyebarkan Islam ke Acheh dan Maulana Ibrahim ke Gerisik, Jawa. 2. Ekonomi Orang Barat Orang Eropah amat memerlukan barangan yang dihasilkan di Timur khususnya rempah- ratus. Permintaan yang tinggi untuk rempah-ratus membuat negara-negara Eropah berlumba-lumba untuk mendapatkan barangan tersebut. Rempah-ratus diperlukan untuk mengawet makanan. Mereka juga memerlukan barangan lain seperti ubat-ubatan, kapas, sutera dan teh. Menjelang abad ke-15, permintaan untuk barang-barang dari timur melebihi pembekalan. Pedagang-pedagang Islam telah menguasai perdagangan di Timur. 18

Mereka meraih keuntungan yang besar dengan menjual barang-barang tersebut pada harga yang tinggi. Mereka tidak mahu bergantung kepada pedagang-pedagang Arab. Oleh itu, negara-negara Eropah ingin mencari jalan laut ke Timur untuk memperoleh barang-barang tersebut pada kadar harga yang rendah dan memecah monopoli saudagar-saudagar Islam.

Orang Islam Pada zaman Khalifah Al-Walid, para pedagang Islam telah mengadakan hubungan perdagangan hingga ke negara China. Pedagang Islam terkenal sebagai pedagang yang terawal menguasai jalan laut antara Timur dengan Barat. Mereka telah menjalin hubungan perdagangan dengan pedagang-pedagang di Asia Tenggara, India dan China. Mereka berjaya menguasai perdagangan rempah dan sutera dari Timur. 3. Dorongan Orang Barat Golongan pemerintah/raja menggalakkan penjelajahan terutama ke Timur untuk mewujudkan kestabilan politik dan meningkatkan kekayaan negara. Golongan pemerintah menggalakkan individu-individu untuk menjelajah ke dunia baru. Mereka dijanjikan kekayaan dan pangkat jika berjaya menubuhkan jalinan perdagangan dengan kawasan baru. Contoh, Vasco da Gama telah diberi gelaran Count of Vidiguira kerana kejayaannya menemui jalan ke India dan dilantik menjadi wizurai di India. Orang Islam Dorongan al-Quran menyebabkan umat Islam keluar melakukan penjelajahan dan penerokaan. Dorongan ini terdapat dalam Surah al-Jumuah ayat 9, Surah al-Mukmin ayat 82 dan Surah al- Haj ayat 46. Contoh, dalam surah al-mukmin, ayat 82, Allah berfirman yang bermaksud Katakanlah : Berjalanlah di muka bumi maka perhatilah bagaimana Allah s.w.t menciptakan manusia dari permulaannya. Kemudian Allah menjadikannya sekali lagi.

4.

Ingin tahu / inkuiri Orang Barat Zaman Renaissans bermula pada kurun ke-13 telah menggalakkan munculnya semangat inkuiri atau ingin tahu terutamanya tentang hal wujudnya tanah-tanah di luar Eropah yang belum diketahui. Semangat Renaissans juga mengubah pandangan dunia (world view) orang-orang Eropah.

19

Pada awalnya perspektif mental mereka adalah berdasarkan pandangan bahawa Eropah bertumpu pada Jerusalem dan Lautan Mediterranean. Dunia pada masa itu dianggap terdiri daripada Asia, Eropah, dan Afrika yang mengelilingi Lautan Mediterranean. Pengetahuan baru tentang China melalui Marco Polo telah mencetuskan semangat baru untuk mengetahui lebih lanjut tentang negara tersebut. Kemajuan dalam bidang sains dan teknologi melahirkan semangat ingin tahu dalam kalangan orang Eropah untuk meneroka kawasan-kawasan baru yang belum pernah diterokai.

Orang Islam Penjelajahan dan penerokaan didorong oleh perasaan ingin tahu mengenai sesuatu tempat yang terletak jauh dari petempatan mereka. Contoh Al-Masudi, Ibn Hawqal, Ibn Batuttah, Ibn Majid dan lain-lain.

5.

Politik Orang Barat Untuk meluaskan kuasa politik, mereka berlumba-lumba untuk menjajah kawasan baru. Mereka bersaing agar kawasan baru tidak ditakluki oleh orang-orang Islam. Orang Portugis percaya kejayaan dapat belayar jauh dan mempunyai tanah jajahan yang luas merupakan satu kebanggaan (glory). Orang-orang Inggeris datang ke Timur untuk mencari tanah jajahan dan menjadi kuasa baru. Orang Islam Bagi mengukuhkan politik Islam, banyak penerokaan kawasan baru dibuat oleh pemerintah Islam. Semasa pemerintahan zaman Bani Umayyah, khalifah Abdul Malik bin Marwan dan khalifah al-Walid bin Abdul Malik telah meluaskan wilayah Islam. Seluruh Afrika Utara, Semenanjung Siberia dan India Utara telah berjaya dikuasai oleh Islam.

6. Persaingan Orang Barat Negara Bangsa seperti Portugal, Sepanyol, England dan Perancis bersaing antara satu sama lain untuk meneroka kawasan-kawasan baru di benua Asia, Afrika dan Amerika. Tujuannya untuk mendapatkan bahan mentah seperti rempah-ratus, sutera, tembikar dan pasaran baru bagi barangan mereka.

20

Orang Islam Orang Islam berlumba-lumba dengan kuasa Barat seperti Portugal, Inggeris dan Sepanyol untuk mendapatkan bahan mentah yang diperlukan seperti rempah ratus di Timur. Hal ini mendorong mereka melakukan penjelajahan dan penerokaan.

Kesimpulan [ 2 markah] 1. Aktiviti penjelajahan dan penerokaan dalam tamadun Islam telah memberikan nafas baru dalam proses perkembangan intelektual dan pembangunan kemasyarakatan serta peningkatan ekonomi masyarakat Islam. 2. Penjelajahan dan penerokaan kuasa-kuasa Eropah telah meninggalkan pelbagai kesan dari aspek politik, ekonomi dan sosial. Dari aspek politik, kuasa-kuasa Eropah seperti Inggeris, Portugal, Sepanyol dan Belanda menjadi kuasa penjajah di luar benua Eropah.

Nota : Jika calon tidak membuat perbandingan dalam jawapan, 0 markah untuk bahagian isi.

21

Soalan 9 Bincangkan perubahan yang berlaku dalam masyarakat Arab selepas kedatangan Islam. A. Pengenalan (3 markah) 1. Latar belakang masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam Masyarakat Arab terdiri daripada dua kelompok masyarakat iaitu masyarakat Hadari dan masyarakat Badwi. Terdiri daripada pelbagai suku seperti Bani Hasyim, Bani Adi, Bani Taim, Bani Umayyah. 2. Masyarakat Arab selepas Islam Terdiri daripada golongan Muhajirin iaitu masyarakat Islam yang berhijrah dari Makkah ke Madinah dan golongan Ansar iaitu penduduk asal Madinah yang terdiri daripada suku Aus dan Khazraj yang telah dipersaudara. 3. Latar belakang kemunculan Islam Islam muncul setelah turunnya wahyu pertama pada tahun 610 Masihi. 4. Asas kehidupan masyarakat Arab Jahiliah bersandarkan kepada semangat assabiyah yang melampau, manakala kehidupan masyarakat Islam bersandarkan kepada aqidah, syariat dan akhlak.

Isi penting - Perubahan perubahan dalam masyarakat Arab selepas Islam (7 isi X 3 markah)

ASPEK 1. Agama & Kepercayaan

SEBELUM ISLAM / ZAMAN JAHILIAH Moral dan akhlak orang Arab sangat buruk. Tiada batas kesopanan dan kemanusiaan. Agama dan kepercayaan mereka dipenuhi dengan tahyul.

ZAMAN ISLAM

Kepercayaan kepada Allah Yang Maha Esa Rukun Islam : 5 perkara Rukun Iman : 6 perkara

2. Akhlak

Berzina, minum arak, bunuh anak perempuan Merupakan perkara biasa kepada masyarakat Jahiliah.

Islam melarang umatnya melakukan perkara-perkara terkutuk itu. Islam menganjurkan nilai-nilai seperti hormat menghormati, bekerjasama, bertolak ansur dan lain-lain.

22

3. Politik

Tidak terdapat sebuah kerajaan yang bersatu, teratur dan bersistematik. Wilayah-wilayah Arab sering dijajah dan diganggu gugat oleh kuasa asing seperti Rom dan Parsi di wilayah di sebelah utara. Wilayah di sebelah selatan dijajah oleh kerajaan Habsyah, Rom dan Parsi. Mengamalkan sistem berkabilah dan taksub kepada assabiyah. Diketuai oleh syeikh kabilah.

Islam menekankan konsep ummah, masyarakat tanpa kelas. Ada sistem pemerintahan yang teratur. Pemerintahan berlandaskan AlQuran dan Hadith. Kerajaan Islam Madinah wujud berasaskan Piagam Madinah.

4. Ekonomi

Puak Quraisy Makkah cuba mengeksploitasi perdagangan satu hala dengan mengenakan tekanan terhadap kaum Badwi. Menjalankan aktiviti perdagangan dengan menjual berhala, amalan riba, menipu dan sebagai.

Menghapuskan riba, menggalakkan perdagangan tanpa penipuan dan penindasan. Memperkenal dasar ekonomi Islam.

5.Ilmu Pengetahuan

Mewarisi pengetahuan tentang ilmu bintang, ilmu tilik dan ilmu keturunan Walaupun begitu majoriti mereka buta huruf. Hanya 17 orang sahaja yang celik huruf. Arab Jahiliyah pandai bersyair dan berkhutbah. Tetapi hasil-hasil karya mereka berbentuk sastera kreatif yang berbeza dengan zaman Islam. Oleh itu, Allah utuskan Nabi Muhammad s.a.w dan kitab alQuran untuk dijadikan pedoman kepada manusia supaya dapat menandingi sastera Arab Jahiliah. Kesusasteraan Jahiliah membawa kepada pemujaan berlebihan dan membawa kepada pergaduhan. Mengamalkan sistem perhambaan, semangat assabiyah. Mementingkan kedudukan dalam masyarakat. Wanita dan hamba dianggap paling hina.

Terdapat ilmu pengetahuan berkaitan dengan Islam. Terdapat pembahagian ilmu seperti Al-Quran dan ilmu tafsir

6. Kesusasteraan

Al-Quran sebagai pedoman kepada kesusasteraan Islam.

7. Kelas masyarakat

Mengamalkan perpaduan ummah. Menganjurkan persamaan taraf Semua manusia dianggap sama taraf di sisi Allah kecuali ketakwaan mereka.

23

8. Maruah wanita

Kedudukan wanita sangat rendah dalam masyarakat. Fungsi wanita hanyalah sebagai pemuas hawa nafsu lelaki dan kegemaran mereka hanyalah menghiasi diri agar dikehendaki oleh lelaki. Dianggap sebagai barang dagangan. Wanita yang kematian suami menjadi rebutan anak-anak lelakinya sendiri. Oleh itu, Bani Tamim menganggap amalan membunuh bayi perempuan sebagai amalan yang mulia supaya bayi tersebut tidak menjadi sampah masyarakat dan memalukan nama baik keluarga apabila mereka dewasa. Kaum wanita sering dibawa bersama-sama untuk berperang dan memberi perangsang kepada tentera lelaki.

Memuliakan kedudukan wanita. Maruah dan kebajikan wanita perlu dipelihara.

9. Peperangan

Bersifat balas dendam Berperang kerana perkara yang kecil

perkara-

Berbentuk jihad Berperang kerana mempertahankan agama, maruah diri, bangsa dan negara
Persaudaraan Islam telah berjaya menamatkan permusuhan di kalangan golongan Ansar iaitu suku Aus dan Khazraj.

10. Hubungan Masyarakat

Masyarakat Jahiliah hidup terpisah dalam kabilah dan bani masingmasing.

Masyarakat Islam Madinah berjaya membentuk sebuah masyarakat ummah Islamiyah tanpa mengira kaum dan suku berdasarkan ikatan persaudaraan Islam.

24

KESIMPULAN (1 markah) 1. Islam telah menukar cara hidup masyarkat Jahiliah daripada menyembah berhala kepada menyembah Allah, daripada berakhlak buruk kepada akhlak yang mulia dan berperikemanusiaan. Islam telah membawa masyarakat Jahiliah kepada sebuah masyarakat yang bertamadun.

2.

Nota: 1. Jika calon tidak membincangkan zaman sebelum Islam (Jahiliah), markah maksimum bagi isi 2 markah. 2. Jika jawapan calon tidak menunjukkan perubahan, tiada sebarang markah diberi. 3. Jika jawapan calon dalam bentuk perbandingan, markah penuh boleh diberi.

25

Soalan 10 Jelaskan kepentingan Piagam Madinah kepada pemerintahan Islam di Madinah. Pengenalan (3 markah) Perlembagaan bertulis yang pertama memenuhi syarat-syarat perlembagaan. Digubal oleh Nabi Muhammad dalam usaha menegakkan sebuah kerajaan Islam di Madinah. Mempunyai 10 bab dan dipecahkan kepada 47 fasal. Menonjolkan nama pemimpin iaitu Nabi Muhammad, nama rakyat iaitu penduduk tempatan, orang Yahudi dan orang yang mengikuti dan berjuang bersama-sama Rasulullah serta Madinah sebagai negara Islam. Apabila Rasulullah berhijrah ke Madinah, baginda telah mengalih strategi untuk membentuk satu ummah yang bernegara dan berdaulat yang boleh diterima oleh segenap lapisan masyarakat dan penduduk Madinah setelah Rasulullah dapat mengeratkan hubungan antara golongan Muhajirin dengan Ansar. Baginda mendapati ada beberapa faktor yang perlu kepada penyelesaian iaitu menggariskan hak dan tanggungjawab orang-orang Islam dan bukan Islam, persefahaman dengan orang-orang bukan Islam terutama orang Yahudi, mempertahankan Madinah dan menggubal sistem perundangan dan kehakiman.

Isi penting Implikasi/Kesan/Kepentingan Piagam Madinah (7 isi X 3 markah) 1. Semua kaum bertanggungjawab mempertahankan Madinah Penduduk Madinah harus bersama-sama mempertahankan Madinah tidak kira yang beragama Islam atau bukan Islam. Mereka sama-sama menggembeleng tenaga mempertahankan Madinah daripada serangan musuh. Mereka tidak boleh mengadakan hubungan dengan musuh-musuh Islam bagi tujuan menentang negara Islam madinah. Semangat cinta akan Kota Madinah dipupuk dalam kalangan masyarakat bagi menghindari permusuhan sesama sendiri sehingga menyebabkan musuh dapat mengambil alih kota Madinah. Islam menganggap ahli kitab atau orang Yahudi sebagai warganegara dan ummah bersama orang Islam selagi mereka menjalankan tanggungjawab yang dikenakan ke atas mereka. Perbezaan agama tidak menghalang seseorang itu daripada diterima menjadi rakyat dalam negara. 2. Menjamin kebebasan kaum Yahudi Kaum Yahudi pada mulanya memang berminat untuk menguasai Madinah. Atas kesedaran itu, Piagam Madinah juga menitikberatkan dan menjamin kebebasan kaum Yahudi dan penganut-penganut agama lain untuk menganut dan mengamalkan ibadat agama mereka sendiri. Tujuannya supaya kaum Yahudi tidak menyebarkan agama mereka di Madinah dan mengelakkan permusuhan sesama sendiri. Rasulullah mempersetujui bahawa tiada paksaan dalam kepercayaan dan anutan agama. 26

3. Terbentuk sebuah kerajaan Islam yang kuat dan utuh Orang Islam bebas berhimpun dan bermesyuarat bagi membincangkan masalah politik dan pentadbiran negara. Dengan terbentuknya Piagam Madinah, sebuah negara Islam telah berjaya dibentuk dan mewujudkan kesedaran bahawa mereka ialah masyarakat yang kuat dan bersatu padu serta Madinah adalah milik bersama. Piagam Madinah mengakui hak dan tanggungjawab penduduk Madinah termasuk orang bukan Islam untuk mendapat perlindungan dan keselamatan dari segi pengadilan dan perundangan. Mereka mempunyai kewajipan bersama untuk mempertahankan negara dan perbelanjaan bagi mempertahan negara adalah tanggungjawab bersama. 4. Kebebasan kepada setiap penduduk Setiap penduduk diberi kebebasan hak asasi yang sama rata. Tiada lagi penindasan seperti yang dilakukan oleh orang Yahudi ke atas orang yang lemah supaya dapat menjamin keharmonian hidup semua penduduk Madinah. Kebebasan ini meliputi kebebasan diri, agama, berfikir dan bersuara dan beramal, bekerja. Jaminan kebebasan meliputi segi aspek kehidupan selagi tidak bercanggah dengan syariat Islam. 5. Menyatupadukan masyarakat Madinah Hubungan baik dapat diadakan dengan masyarat Islam dan orang-orang bukan Islam melalui sifat saling menghormati, bertanggungjawab dsb. Piagam Madinah memainkan peranan supaya masyarakat berbilang bangsa di Madinah dapat hidup aman damai, teratur dan bersistem serta menghindari permusuhan. Piagam Madinah telah mengalami perubahan dan perkembangan dari segi nilai tradisi Jahiliyah yang mementingkan maruah diri dan kaum masing-masing kepada nilai-nilai persaudaraan Islam. 6. Nabi Muhammad sebagai pemerintah tertinggi dan unggul di Madinah Nabi Muhammad merupakan seorang negarawan yang tulen dan berwibawa. Ketokohan baginda yang cuba menonjolkan agama Islam bukan sahaja memberi tumpuan kepada aspek akidah tetapi juga dalam hal ehwal duniawi. Baginda bertanggungjawab menyelesaikan masalah perselisihan kaum dan mewujudkan satu institusi kebaikan dan keadilan di Madinah. Peruntukan dalam fasal 23 dan 42 Piagam Madinah menjelaskan bahawa apabila timbulnya perbezaan dan pertelingkahan, maka penyelesaian mengikut hukum Islam dan keputusan Rasulullah dibuat. Perlembagaan ini meletakkan kedudukan baginda sebagai ketua dan hakim negara yang tinggi. 7. Dapat mengatur hubungan kaum Yahudi Masyarakat Yahudi bebas mengamalkan adat istiadat mereka tanpa sekatan. Mereka tidak boleh memaksa orang Madinah untuk menganut agama mereka kerana kebasan telah diberikan kepada mereka. Mereka tidak dibenarkan menindas orang yang lemah. Mereka yang mematuhi piagam ini akan diberi jaminan iaitu perlindungan dan keselamatan selagi mereka tidak melakukan kejahatan dan memungkiri janji.

27

8. Konsep persamaan dan keadilan kepada semua penduduk Tujuannya untuk mengelakkan jurang perbezaan dan penindasan. Piagam Madinah meratakan kekayaan antara masyarakat bagi mengelakkan penindasan golongan kaya ke atas golongan miskin. Keadilan merupakan tanggungjawab setiap orang untuk melaksanakan dengan penuh kejujuran dan syiar agama langit supaya individu akan berasa aman dan tenteram kerana telah memberi jaminan dan keselamatan kepada akal, diri, harta benda, agama dan keturunan manusia. Tujuan keadilan adalah untuk menolak dan menghindarkan keburukan dan memberi kebaikan serta hak kepada seseorang berdasarkan syariat Islam. Piagam Madinah mengingatkan warganya supaya berlaku adil dan tidak menganiayai manusia bahkan hendaklah sentiasa tolong menolong dan setiap kezaliman hendaklah dihapuskan seperti yang termaktub dalam fasal 13 piagam tersebut. 9. Perpaduan umat Islam Penduduk Madinah diseru agar saling bekerjasama dan bersatu padu memandangkan umat Islam di Madinah terbahagi kepada dua kumpulan utama, iaitu golongan Ansar dan golongan Muhajirin. Untuk menyatupadukan mereka, penduduk Madinah diasuh menjadi satu kumpulan yang kuat dan utuh bagi mengelakkan musuh mengambil kesempatan ke atas perpecahan mereka. Persaudaraan Islam bertujuan untuk menjalin dan mengeratkan hubungan persahabatan sesama Islam tanpa mengira keturunan, tempat tinggal dan warna kulit. Persaudaraan Islam adalah suatu sikap dan tindakan yang lahir daripada jiwa dan hati manusia yang diikat dengan akidah keimanan kepada Allah dan rasul-Nya. Persaudaraan ini dapat melahirkan masyarakat Islam yang sebenar, kukuh dan padu, mempunyai kefahaman dan kerjasama yang erat serta cinta akan kedamaian dan kesejahteraan hidup. 10. Pemerintahan bercorak musyawarah Semua kaum berhak untuk menyuarakan masalah kaum mereka. Semua kaum boleh mengemukakan pendapat kerana Piagam Madinah melahirkan pemerintahan yang berpegang teguh kepada prinsip yang dipanggil musyawarah. Contohnya, Nabi Muhammad pernah ditegur oleh sahabat semasa pemilihan tempat dalam Perang Badar. Sifat demikian akan mengeratkan lagi hubungan antara pemerintah dan rakyat.

Kesimpulan (1 markah) Kesan daripada Piagam Madinah, Nabi Muhammad s.a.w telah dapat membentuk sebuah negara Islam yang kukuh dan diterima serta dihormati oleh negara-negara luar. Nabi Muhammad s.a.w telah berjaya mengembangkan ajaran Islam kepada kabilahkabilah luar dari Madinah.

28

Soalan 11 Bincangkan sumbangan kerajaan Khulafa Ar-Rasyidin dan kerajaan Bani Umayyah dalam membentuk organisasi ketenteraan yang unggul. Pengenalan ( 3 markah) 1. Konsep organisasi ketenteraan dalam Islam 2. Sejarah penubuhan tentera dalam Islam bermula pada zaman Nabi Muhammad s.a.w, apabila turun wahyu membenarkan umat Islam berperang, ketika hendak berhadapan dengan tentera Quraish Makkah dalam perang Badar. 3. Latar belakang Kerajaan Khulafa ar-Rasyidin Bermula selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. Dipimpin empat orang sahabat, iaitu Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali. 4. Latar belakang Kerajaan Bani Umayyah Isi : Sumbangan Pembentukan Organisasi Ketenteraan Islam ( 7 isi X 3=21 markah) 1. Penambahan Komposisi tentera Bilangan tentera yang meningkat Pada zaman Bani Umayyah, jenis tentera tetap telah bertambah dengan pembentukan pasukan infantri, kavalri dan tentera laut. Pasukan tentera laut ini terlibat dalam peperangan dengan kerajaan Sepanyol dan Eropah. 2. Kewujudan dua jenis tentera Terbahagi kepada dua, iaitu tentera darat dan laut Penubuhan angkatan tentera laut Islam berlaku setelah perluasan kuasa Islam telah sampai ke Syam, Mesir dan Iskandariah. Perkembangan terbaru kedudukan kekuasaan Islam memerlukan umat Islam mempunyai angkatan laut bagi menghadapi serangan Rom di Laut Mediterranean dan jihad Islam ke atas pulau pulau di Laut Mediterranean. Oleh itu, pemerintah Islam mula menubuhkan angkatan tentera laut. Berikutan dengan penubuhan angkatan tentera laut maka muncul pelabuhan dan limbungan kapal untuk tujuan angkatan tentera Islam dan tujuan perdagangan. 3. Peningkatan teknologi dan peralatan tentera Menggunakan pedang, tombak, panah, perisai ,manjaniq, kuda, keldai dan kapal perang. Pada zaman Bani Umayyah telah wujud pasukan tentera laut. Pada zaman Muawiyah terdapat 1700 buah kapal perang yang dibina daripada kayu dan berpaku. Perindustrian kapal terletak di pantai Syria dan Mesir.

29

4. Mempelbagaikan taktik dan strategi ketenteraan Menyerang, mengepung, dan bertahan. Membina kubu, mewujudkan bandar-bandar tentera, dan menubuhkan badan perisik. Ketika zaman Khalifah Ali b. Abi Talib, telah membentuk kurdus atau batalion, dalam pasukan tentera sebagai usaha memantapkan lagi tentera Islam. Islam memperkenalkan penubuhan kem tentera dan bandar tentera. Bandar seperti Basrah, Fustat dan lain lain ditubuhkan adalah untuk memenuhi keperluan tentera di samping pusat pentadbiran dan perdagangan. Pada zaman Bani Umayyah kaedah peperangan diperluas lagi dengan pembentukan pasukan kurdus (cohorts), jabatan perisikan, penggunaan peta dan serangan dari laut. 5. Kewujudan tentera bergaji Tentera dibayar gaji dan elaun Pada zaman Umar al-Khattab, dua kategori tentera telah dibentuk iaitu tentera bergaji dan sukarela. Satu jabatan khas telah ditubuhkan untuk menguruskan pembayaran gaji dan elaun tentera iaitu Diwan al-Jund. Pada zaman Umar al-Khattab, tentera Muhajirin dan Ansar yang senior dibayar sehingga 5000 dirham manakala tentera junior dibayar sehingga 2500 dirham. Pada zaman Bani Umayyah, tentera dibayar gaji. Contoh, pada zaman Muawiyah kadar gaji purata ialah sebanyak 1000 dirham setahun termasuk elaun keluarga. Pada masa ini sumber kerajaan mantap dan perlukan pasukan tetap untuk menyaingi tentera Rom atau Barat . 6. Menetapkan Status tentera Terdapat tentera tetap, tentera upahan dan tentera sukarela 7. Kepimpinan Pada zaman Khulafa al- Rasyiddin dan kerajaan Bani Umaiyah, khalifah tetap mengetuai peperangan. Tujuannya untuk menguruskan perkhidmatan tentera yang cekap dan berkesan. Pemerintah Islam memperkenalkan jabatan tentera atau Dewan Al-jund. Dalam aspek kepimpinan pula, pengurusan tentera dilakukan oleh kepimpinan tentera yang dilantik.

Kesimpulan (1 markah) Kedua-dua kerajaan Islam ini telah berjaya mewujudkan organisasi ketenteraan Islam yang unggul dan hebat. Kejayaan ini terserlah dengan beberapa kejayaan tentera Islam meroboh dominasi jajahan dari tentera Rom dan Parsi.

30

Soalan 12 Jelaskan sumber dan peranan Baitulmal pada zaman Khulafa Ar-Rasyidin. Pendahuluan (3 markah) 1. Baitulmal merupakan sebuah institusi kewangan yang berfungsi untuk menguruskan harta-harta umum atau menjadi tempat menyimpan barang-barang berharga seperti emas, perak, batu permata dan seumpamanya. 2. Baitulmal telah bermula pada zaman Rasulullah s.a.w dan berterusan ke zaman Khulafa al-Rasyidin dan selepasnya dan diperkemaskan perlaksanaannya sepanjang zaman Khulafa al-Rasyidin. 3. Sumber Baitulmal diperoleh daripada 3 sumber utama a. Harta Masyarakat - Sumber yang diperoleh daripada golongan kaya dan diagihkan kepada golongan yang berhak menerimanya. b. Harta Negara-Sumber yang diperoleh daripada harta rampasan perang, cukai kharaj, jizyah dan harta tanpa waris. c. Harta Umum-Terdiri daripada hasil perniagaan, pertanian dan sebagainya. 4. Tujuan penubuhan Baitulmal ialah untuk meningkatkan perkembangan ekonomi negara, menyediakan keperluan asas dan membasmi kemiskinan. 5. Pembahagian harta Baitulmal ditentukan mengikut keperluan secara adil dan saksama berdasarkan prinsip ekonomi Islam. Isi-isi Penting. 1. Sumber Baitulmal (5 isi X 2 markah) a. Zakat. Sebahagian harta yang dikeluarkan untuk diagihkan kepada mereka yang berhak menerimanya. Terdapat beberapa jenis zakat iaitu zakat fitrah, zakat harta, zakat ternakan dan pertanian, zakat emas dan perak. b. Kharaj. Kharaj ialah cukai tanah yang perlu dibayar oleh semua pemilik di wilayah taklukan kerajaan Islam dengan kadar 10 peratus. c. Jizyah. Jizyah merupakan cukai perlindungan yang dikenakan ke atas orang bukan Islam yang berada di bawah naungan negara Islam atau mempunyai perjanjian damai dengan negara Islam iaitu orang kafir Zimmi. Jizyah dikenakan dengan beberapa syarat tertentu iaitu lelaki yang merdeka, baligh, masih bidup dan berupaya. Kadar cukai yang dikenakan ialah sebanyak 12 hingga 48 dirham. d. Ghanimah dan Al-fay. Ghanimah merupakan harta rampasan perang. Al-fay ialah harta rampasan tanpa perang, harta peninggalan orang mati yang tidak ada pewaris dan harta karun. Satu perlima daripada harta ghanimah dan al-fay diperuntukkan kepada perbelanjaan pusat di Madinah. Harta yang selebihnya dibahagikan kepada tentera yang terlibat dalam peperangan. 31

e. Usyur. Usyur merupakan cukai perniagaan yang dikenakan kepada peniaga Islam dan bukan Islam. Bagi kafir Harbi, iaitu kafir yang tidak ada perjanjian damai dengan negara Islam dikenakan usyur sebanyak 10%. Bagi kafir Zimmi yang bernaung dibawah pemerintahan kerajaan Islam hanya dikenakan sebanyak 5 %. Cukai usyur yang dikenakan apabila cukup nisabnya iaitu sebanyak 200 dirham. 2. Peranan Baitulmal (5 isi X 2 markah) a. Membantu perkembangan ekonomi Islam. Membantu golongan miskin dan kurang bernasib baik. Dapat mengurangkan jurang perbezaan antara golongan kaya dengan golongan miskin. Bentuk bantuan seperti makanan, tempat tinggal dan sebagainya. b. Sumber utama memperkukuhkan angkatan tentera. Penting bagi menjamin negara islam daripada ancaman musuh yang memiliki kekuatan tentera. Pada zaman pemerintahan khalifah Uthman, sumber baitulmal digunakan untuk memperkukuhkan angkatan tentera islam yang menghadapi ancaman daripada tentera Byzantine. c. Menyalurkan sumber kewangan bagi perbelanjaan kerajaan pusat. Melibatkan kos pentadbiran dan memberi elaun kepada angkatan tentera. Pada zaman pemerintahan Saidina Umar, Baitulmal telah mengeluarkan elaun kepada angkatan tentera sebagai ganti kepada larangan memiliki tanah di negeri yang baru ditakluki. Ini dapat membantu memakmurkan negara daripada berlakunya perselisihan untuk memiliki tanah. d. Menyelaraskan kutipan dan agihan harta berasaskan syariat islam. Harta Baitulmal tidak boleh digunakan sesuka hati. Pengagihannya mestilah adil dan saksama. Semasa pemerintahan Saidina Ali, beliau tidak pernah menggunakan harta Baitulmal ketika menghadapi tentangan daripada Muawiyah walaupun mendapat desakan daripada para sahabat. e. Menyimpan harta negara. Kesimpulan (2 markah) Pelaksanaan Baitulmal pada zaman Khulafa al-Rasyidin adalah berlandaskan syariat Islam dan tidak berlaku penyelewengan.

32

Soalan 13 Bincangkan sistem pendidikan Islam di Acheh pada abad ke-17 hingga 18 Masihi. Pengenalan (3 markah) 1. Latar belakang sistem pendidikan pada zaman pemerintahan kerajaan Islam di Acheh Acheh telah mengambil alih peranan Melaka sebagai pusat politik selepas kejatuhan kerajaan Melaka pada tahun 1511 M. Acheh juga memainkan peranan sebagai pusat pengajian agama Islam yang terulung di Nusantara. Pada abad ke-17 M dan 18 M, kerajaan Acheh telah mencapai kegemilangannya berikutan penubuhan kerajaan Perlak dan Pasai.

Isi Penting Sistem pendidikan Islam di Acheh (7 isi X 3 markah = 21 markah) 1. Matlamat Pendidikan di Acheh Institusi-institusi pendidikan ditubuhkan di Acheh bagi memudahkan rakyat mempelajari dan mendalami ilmu pengetahuan. Kerajaan Acheh sangat menitikberatkan ilmu pengetahuan dan telah menubuhkan pelbagai institusi pendidikan. 2. Institusi Pendidikan. Institusi pendidikan Islam di Acheh merupakan institusi yang tersusun dan terancang. Terdapat beberapa institusi telah ditubuhkan. Antaranya ialah; Meunasah/madrasah i. Merupakan institusi pendidikan permulaan yang biasanya didirikan di setiap kampung. Masjid i. Berfungsi sebagai pusat pendidikan dan juga pusat kegiatan umat Islam. ii. Merupakan pusat pendidikan yang bersangkutan dengan pendidikan tingkan menengah pertama. iii. Beberapa masjid dinaiktaraf menjadi pusat pendidikan tinggi seperti Masjid Baiturahman. Rangkang i. Untuk melanjutkan pelajaran agama yang lebih tinggi, pelajar akan belajar di rangkang atau disebut juga pondok, pasantren atau madrasah. Dayah i. Terdapat dayah yang berpusat di masjid bersama rangkang tetapi kebanyakan dayah berdiri sendiri di luar lingkungan masjid dengan menyediakan sebuah balai utama iaitu aula yang digunakan sebagai tempat belajar sembahyang. ii. Antara dayah yang terkenal ialah Dayah Cot Kala,dan Dayah Teungku Chik. Balai Setia Hukama, Balai Setia Ulama dan Balai Jamaah Himpunan Ulama. i. Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam telah menubuhkan Lembaga Pelaksana Pendidikan yang terdiri daripada Balai Setia Hukama, Balai Setia Ulama dan Balai Jamaah Himpunan Ulama. ii. Balai Setia Hukama merupakan tempat para ulama dan ahli fikir untuk membahaskan perkara-perkara yang menyentuh tentang pendidikan. 33

iii. Balai Setia Ulama merupakan tempat menguruskan masalah-masalah yang berkaitan dengan pendidikan. iv. Balai Jamaah Himpunan Ulama merupakan kelab perbincangan bagi para sarjana dan ulama bertukar-tukar pandangan, berseminar, membahaskan masalah pendidikan dan sebagai tempat pengembangan ilmu pengetahuan. Jamiah Baiturrahman i. Masjid Baiturahman dinaiktaraf menjadi Jamiah/Universiti Baiturahman. ii. Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam sendiri telah mendirikan Masjid Baiturahman yang digunakan semata-mata untuk dijadikan tempat menuntut ilmu.

3. Peringkat Pengajian Pendidikan di Acheh terbahagi kepada lima peringkat:i. Pendidikan dasar madrasah ii. Pendidikan menengah rangkang. Terdapat beberapa tahap rangkang yang bergantung kepada tahap ilmu yang dimiliki oleh guru yang mengajar. iii. Pendidikan tinggi di Ballee iv. Kumpulan beberapa Rangkang Ballee melahirkan dayah v. Pendidikan yang dijalankan di masjid seperti Masjid Baiturahman, Baiturahim dan Bait Mushadah. 4. Kurikulum Pendidikan Peringkat rendah/madrasah i. Kanak-kanak menerima pendidikan asas agama. ii. Pelajar diajar membaca dan menulis Arab dan membaca al-Quran. iii. Para pelajar diajar membaca al-Quran, membaca dan menulis huruf Arab dan belajar perkara-perkara asas dalam Islam. iv. Selain itu, pelajar turut mempelajari ilmu fardu ain seperti Rukun Iman, Rukun Islam, fekah, ibadat dan akhlak serta cara beribadat seperti sembahyang dan puasa. v. Para pelajar juga dilatih bernasyid iaitu yang berhubung dengan agama yang dinakan dike (zikir) atau seulaweut (salawat) pada setiap malam Jumaat. vi. Anak-anak yang khatam al-Quran dijar beberapa kitab agama yang ditulis dalam bahasa Jawa dan Acheh seperti Kitab Perukunan dan Risalah Masailal al-Muhtadin. vii. Sejarah Islam juga diajar dengan cara bercerita. Peringkat menengah rendah/rangkang i. Diajar bahasa Arab, fekah, tauhid , tasawuf, ilmu tajwid dan tafsir alQuran. ii. Ilmu umum seperti Geografi, Sejarah dan Matematik diajar. iii. Mata pelajaran yang diajar ialah Fekah, Ibadat, Tauhid, Tasawuf, Sejarah Islam dan Sejarah Dunia dan juga Bahasa Arab. iv. Pelajar menggunakan buku-buku yang ditulis dalam bahasa Melayu, selain daripada buku-buku bahasa Arab yang juga banyak digunakan.

34

Peringkat menengah atas/dayah i. Diajar dalam bahasa Arab dengan menggunakan kitab-kitab dari Arab. ii. Mata pelajaran yang diajar ialah bahasa Arab, Fiqh, Jinayat(hukum pidana), Fiqh Munakahat (hukum perkahwinan), Fiqh Duali (hukum tatanegara), Sejarah Islam, sejarah negara-negara, Ilmu Mantik, Tauhid/Filsafat, Tasawuf, Akhlak, Ilmu Falak, Tafsir, Hadis dan sebagainya. Peringkat Jamiah Baiturrahman i. Terdapat 17 dar (fakulti) seperti Fakulti Ilmu Tafsir dan Hadis, Fakulti Ilmu Kedoktoran, Fakulti Ilmu Kimia, Fakulti Pertanian, Fakulti Peperangan dan lain-lain lagi. ii. Ilmu-ilmu yang berkembang pesat sekali ialah ilmu-ilmu Usuluddin, Fikah dan tasawuf

5. Tenaga Pengajar Guru terdiri daripada ulama tempatan dan ulama dari luar Acheh. Banyak ulama muncul pada zaman ini. Antaranya Hamzah Fansuri, Bukhari al-Jauhari, dan Abdul Rauf Sengkel. Ulama-ulama banyak menghasilkan karya-karya mereka dalam bahasa Melayu dan juga bahasa Arab. Ramai ulama luar yang datang ke Acheh Mereka datang dari negeri Arab, Parsi, India, Turki, dan Gujerat. Mereka menjadi penasihat kepada kerajaan dan guru-guru di institusi pengajian dan masjid-masjid. Contoh Syeikh Abu al-Khayr Ibn Hajar dan Muhammad Yamani dari Makkah, Syeikh Muhammad Jayani dan Ibn Muhammad Hamid dari Gujerat 6. Rujukan/Teks Al-Quran Kitab Perukunan Risalah Masail al-Muhtadin Kitab-kitab terjemahan dari bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu. Buku-buku rujukan yang dikarang dalam bahasa Melayu dan bahasa Arab. Kitab-kitab karya Hamzah Fansuri seperti Asyarabul Asyikin, Asyrabul Arifin Kitab-kitab karya Syeikh Nuruddin al-Raniri seperti Bustanus Salatin, dan AsSiratul Mustaqim.

Kesimpulan (1 markah) 1. Kerajaan Acheh telah mencapai zaman kegemilangan dalam sistem pendidikan dan telah berkembang maju sama ada dari peringkat rendah, menengah dan tinggi. 2. Hal ini kerana faktor para pemerintahnya yang cinta akan ilmu pengetahuan, dasar pendidikan, peranan para ulama dan sebagainya. 3. Kewujudan institusi ini telah melahirkan golongan ulama dan intelektual Islam seperti Syeikh Shamsuddin al-Sumatrani, Abdul Rauf Singkel, Hamzah Fansuri dan lain-lain. 4. Acheh telah dikenali di seluruh Alam Melayu dengan gelaran Serambi Makkah.

35

Soalan 14 Bincangkan faktor-faktor yang membawa kepada kemunculan pelbagai mazhab dalam Islam Pengenalan (3 markah) 1. Latar belakang kemunculan mazhab Mazhab merupakan aliran pemikiran dalam Islam. Kemunculan mazhab bermula, selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W. Kelahiran mazhab telah membawa pelbagai kesan positif dan negatif. 2. Aliran-aliran mazhab yang penting Antara Mazhab yang muncul ialah Khawarij, Syiah, Murjiah, Muktazilah dan Ahli AlSunnah Wal-Jamaah.

Isi penting - Faktor-faktor kemunculan pelbagai mazhab (5 isi X 4 markah) 1. Perbezaan ilmu pengetahuan, kebolehan dan pengalaman dalam kalangan mereka. Disamping itu tidak semua umat Islam yang hidup sezaman dengan Nabi Muhammad s.a.w dapat bertemu baginda dan mendengar semua hadis daripada baginda. Hal ini telah menimbulkan perbezaan pendapat antara mereka, khususnya penduduk luar Madinah yang tidak pernah bertemu dengan Rasulullah. Apabila semakin jauh daripada zaman Rasulullah maka perselisihan dan perbezaan itu semakin ketara. 2. Pengaruh Politik. Berlaku perselisihan di antara Bani Hasyim dan Bani Umaiyah telah sampai ke kemuncaknya sehingga berlaku pergeseran politik dalam kalangan penyokong Khalifah Uthman dan Saidina Ali. Kesannya ialah berlakunya Perang Jamal dan Perang Siffin yang membawa kepada kelahiran mazhab Khawarij dan mazhab Syiah. 3. Pengaruh Ideologi dan Budaya Asing berlaku semasa zaman Khalifah al-Mamum, alMutazim dan al-Watia, aktiviti penterjemahan buku-buku falsafah Yunani begitu giat dijalankan. Tujuan asalnya adalah untuk menimba ilmu pengetahuan sesuai tuntutan agama Islam. Tetapi akhirnya falsafah Yunani yang banyak menggunakan akal fikiran menyebabkan kelahiran mazhab Muktazilah yang juga menggunakan akal fikiran dalam mengintrestasi hukum dan akidah Islam. 4. Semangat Assabiyah Yang Masih Wujud. Nabi Muhammad s.a.w telah menggantikan semangat assabiyah dengan semangat akidah untuk menyatukan umat Islam Walau bagaimanapun semangat assabiyah timbul semula ketika perlantikan pengganti Rasulullah sebagai pemimpin umat Islam. Perselisihan berlaku di antara golongan Ansar, Muhajirin dan penyokong Ali. Pada zaman Khalifah Uthman pula, api assabiyah semakin menyala yang menyebabkan berlaku perpecahan dan perselisihan di antara Bani Umaiyah dan Bani Hasyim.

36

5. Pengaruh Daripada Penganut Agama Lain Yang memeluk Islam. Selepas pembukaan jajahan baru oleh orang Islam, ramai penganut agama lain memeluk agama Islam yang terdiri daripada Yunan, Nasrani dan Majusi. Mereka memeluk agama Islam dengan membawa ajaran dan amalan keagamaan mereka. Antaranya mereka memasukkan dalam akidah Islam perbahasan ilmu Kalam tentang konsep ikhtiar, alJabr dan sifat-sifat Allah. 6. Membincangkan Persoalan di Luar Jangkaan Akal setelah tersebarnya pemikiran falsafah dalam kalangan umat Islam dalam pengajian akidah telah menjerumuskan mereka dalam perbahasan persoalan-persoalan yang berada di luar jangkaan akal manusia seperti masalah mengikhtibatkann sifat-sifat Allah dan menafikannya persoalan kekuatan hamba di samping kekuatan Tuhan. Dengan membahaskan persoalan yang seumpama ini telah membuka pintu perselisihan yang luas kepada ummah. 7. Perebutan jawatan Khalifah yang merupakan sebab perselisihan ummah daripada segi politik. Kaum Ansar dan Muhajirin pada mulanya masing-masing berasa berhak menggantikan kepimpinan Rasulullah selepas kewafatan Baginda. Dalam hal ini umat Islam juga berselisih faham tentang siapa yang lebih berhak menjadi khalifah 8. Ayat-ayat Mutasyabihat yang telah membawa kepada perselisihan ulamak dalam mentafsirkannya. Perselisihan terhadap ayat-ayat ini memuncak hingga tahap kafir menkafirkan antara satu sama lain.

C.Kesimpulan (2 markah) 1. Kemunculan pelbagai mazhab ini juga telah memberikan kesan positif dan negatif terhadap perkembangan Islam secara keseluruhannya. 2. Kelahiran pelbagai mazhab telah menimbulkan pelbagai idea dan interpretasi baharu mengenai isu-isu agama. 3. Kelahiran pelbagai mazhab telah membuka ruang ke arah perkembangan ilmu pengetahuan. 4. Dari sudut negatif, kelahiran pelbagai mazhab telah membentuk pengikut yang taksub kepada satu-satu mazhab dan menimbulkan perbalahan dan perpecahan dalam kalangan umat Islam.

37

Soalan 15 Bincangkan sumbangan Ibn Batuttah dalam bidang pelayaran dan penjelajahan. Pengenalan (3 markah) Latar belakang Ibn Battutah 1. 2. 3. 4. Nama sebenar : Muhammad bin Abdullah bin Muhammad bin Ibrahim al-Lawati Dilahirkan di Tamjah atau Tenger iaitu sebuah daerah di Maghribi pada tahun 703H/1304M Memulakan pengembaraannya ketika berusia 21 tahun Hasil pelayarannya tercatat dalam sebuah buku yang bertajuk Rihlah yang dianggap sebagai dokumen sejarah yang terkenal untuk kajian sosial, ekonomi, politik dan budaya di dunia Islam pada kurun ke-14 M. Beliau ialah seorang ilmuwan dalam bidang pelayaran, agama dan bahasa. Pernah menjadi kadi di negerinya dan beberapa negeri lain yang dilawatinya. Ilmu agamanya tinggi terutama berkenaan dengan perundangan Islam dan mazhab Maliki. Beliau telah mengembara ke seluruh negara Islam seperti Mesir, Arab, Iran, Iraq dan India, Asia Timur seperti Anatolia dan China Keseluruhan pengembaraan 120 000 kilometer antara tahun 1325-1353

5. 6. 7. 8. 9.

Isi Penting Sumbangan Ibn Battutah Kepada Perkembangan Tamadun Manusia (5 Isi X 4 Markah) 1. Pertambahan Ilmu Geografi Ibn Batuttah berjaya mengembara hampir ke semua negara Islam termasuk Mesir, Syria, Arabia, Iraq, Iran , India (semasa pemerintahan Muhammad Ibn Tughluq), China dari Chuan Chou ke Peking, Kepulauan Nusantara dan juga Constantinople. Catatannya tentang negeri-negeri tersebut telah mendalami pengetahuan geografi tempat-tempat itu. Beliau juga telah mengembara sejauh 75,000 batu di antara tahun 1325 hingga tahun 1353 Masihi. Pensejarahan Beliau berjaya menemui ramai pemerintah, wazir dan juga pegawai-pegawai tinggi yang majoritinya boleh dipastikan dengan sumber-sumber lain. Hubungannya dengan mereka tercatat dalam bukunya Rihlah (Pengembaraan Ibn Battutah) yang boleh dianggap sebagai dokumen sejarah. Dalam buku itu aspek sosial, ekonomi dan politik boleh didapati terutamanya yang berkaitan dengan dunia Islam. Banyak diketahui tentang Anatolia, India di bawah pemerintahan Muhammad ibn Tughluq, Afrika Timur dan Barat dan Maldives. Memberi sumbangan kepada ilmu Sejarah Ibn Battutah berjaya membuktikan Islam telah sampai ke Alam Melayu sebelum abad ke-13.

2.

3.

38

Buktinya, kerajaan Samudera-Pasai mengamalkan ajaran Islam berpandukan Mazhab Shafie. Dalam catatan perjalanannya, Ibnu Battutah menggambarkan keindahan Samudera-Pasai sebagai Negeri yang hijau dengan kota pelabuhannya yang besar dan indah. Kedatangan Ibn Battutah mendapat sambutan baik daripada para ulama dan pemerintah Samudera Pasai. Beliau disambut oleh Qadi Syarif Amir Sayyir al-Syirazi, Tajudin al-Ashbahani dan ahli fiqih kesultanan. Menurut Ibn Battuta, Samudera-Pasai pada ketika itu telah menjadi pusat pengajian Islam di Alam Melayu. Ibn Battutah juga mengagumi Sultan Mahmud Malik Al-Zahir pemerintah Samudera Pasai.

4.

Sumbangan terhadap ilmu sosiologi dan antropologi (budaya masyarakat, pakaian dan makanan) Ibn Battutah menceritakan upacara kerajaan Sultan Delhi, adat kebiasaan seksual pada wanita di Kepulauan Maladewa, dan budaya pemetik buah kelapa di Semenanjung Arab Selatan. Ibn Battutah ikut mengembara ke Turki dan katanya: ``Negeri yang disebut Bilad al-Rum ini adalah satu antara wilayah paling baik di dunia; di dalamnya Tuhan telah membawa bersama-sama yang baik, yang disebarkan ke negerinegeri lainnya. Penduduknya adalah yang paling elok rupanya, paling bersih berpakaian, paling nikmat dalam hal makanan, dan yang paling ramah di antara makhluk Tuhan.''

5.

Bidang ekonomi Terutama kegiatan ekonomi Beliau memuji China sebagai negeri yang luas dan makmur sekali yang terkenal kerana kualiti sutera dan tembikarnya. Perkembangan dalam bidang ekonomi politik pembesar di India dan Acheh Catatan ini lakukan ketika Ibn Battutah singgah di India pada tahun 1333M. Di sini beliau pernah dilantik menjadi kadi besar di bawah pemerintahan Sultan Muhammad Tughluq. Beliau juga pernah singgah di Pasai , Utara Sumatera dan bertemu dengan Sultan Malik al- Zahir yang memerintah kerajaan Pasai. Semangat mengembara kepada orang Islam Pengembaraannya telah memberikan nafas baru kepada pengembara2 lain mengikut jejak langkahnya. Beliau digelar oleh para orientalis sebagai The Prince of Muslim Travellers. Pengembarannya selama 28 tahun juga meletakkan beliau setaraf dengan pengembara2 terkenal seperti Marco Polo.

6.

7.

Kesimpulan (2 markah) 1. 2. Ibn Batuttah adalah seorang tokoh pengembara dan ahli pelayaran Islam yang terkenal pada zaman pertengahan. Pengalaman pengembaraannya selama 28 tahun telah dibukukan dan membuka minda masyarakat Eropah. 39

Soalan 16 Bandingkan sistem ekonomi Islam dengan sistem ekonomi kapitalis. Pengenalan (3 markah) 1. Maksud ekonomi Islam. Ekonomi Islam merupakan satu ilmu yang mengkaji kegiatan manusia selaras dengan tuntutan syariah Islam sama ada di peringkat perolehan, penggunaan atau pengurusan sumber. Ekonomi Islam bertujuan untuk membentuk kebaikan kepada diri, masyarakat dan negara dari segi rohani, jasmani bagi mendapatkan keredhaan allah (swt). Ekonomi Islam adalah merupakan sebahagian daripada cara hidup Islam yang menyeluruh merangkumi aspek rohani, jasmani, atau spiritual dan material. 2. Maksud ekonomi Barat. Kajian sains sosial tentang bagaimana sumber sumber ekonomi yang terhad digunakan untuk memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad. 3. Maksud ekonomi kapitalis. Sistem yang menggalakkan pengumpulan modal. Kebebasan ekonomi hak milik persendirian, kebebasan pasaran dan perniagaan dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan. Membolehkan individu atau kumpulan individu berusaha menambahkan kekayaan dengan melabur semua keuntungan. Melibatkan sistem pembayaran upah kepada kaum buruh berdasarkan prinsip untuk mendapatkan peluang pekerjaan. Sistem pengeluaran, pengedaran dan pertukaran secara besar besaran yang bercorak baru. Sistem ekonomi yang dijalankan tanpa campurtangan kerajaan. Kemunculan idea Kapitalisme dapat dikesan sejak zaman pertengahan awal, namun tidak menyeluruh. Kapitalisme menjadi dominan di Barat semenjak berakhirnya era Feudalisme. Fahaman kapitalisme menjadi lebih kukuh selepas gerakan reformasi dan kemunculan aliran-aliran agama baru khususnya aliran Calvinisme. Dari England, kapitalisme merebak ke seluruh Eropah dan merupakjan adalah sistem ekonomi utama di dunia yang memacu era perindustrian. Menjelang abad ke-19, fahaman Kapitalisme menjadi dominan dan disebarkan ke seluruh dunia menerusi aktiviti penerokaan dan penjelajahan yang dilakukan oleh kuasa-kuasa Barat.

40

Isi penting: Perbezaan Antara Sistem Ekonomi Islam Dengan Sistem Ekonomi Kapitalisme (5 isi x 4 m = 20 markah) 1. Konsep ISLAM Menekankan usaha mencari rezeki yang halal, tanpa menindas dan kerana Allah.

KAPITALIS Anggota masyarakat bebas memiliki harta dan menyertai kegiatan ekonomi. Pemerintah tidak menghalang peniaga untuk berurus niaga dan mengumpul harta kekayaan, memiliki harta persendirian, dan memperkembang aktiviti ekonomi mereka. Meletakkan keuntungan material semata-mata

2. Matlamat Ekonomi ISLAM Syariat tidak digugurkan ( dikekalkan ). Setiap kali kegiatan ekonomi sama ada kecil atau besar akan menjadi ibadah dan diberi ganjaran pahala jika dilakukan mengikut kehendak kehendak syarak. Usaha mencari rezeki dalam Islam adalah untuk mendapat keredhaan Allah di dunia dan di akhirat.

KAPITALIS Untuk memaksimumkan untung, majikan menindas pekerja, bayar gaji yang rendah dan nafikan hak mereka. Untuk kepuasan individu semata-mata. Berbentuk sekular dan syariat digugurkan bermula pada abad ke 16 dan seterusnya.

3. Pemilikan Harta ISLAM Hak milik tidak mutlak, tetapi terikat kepada hukum dan peraturan Allah untuk menjamin keadilan dan kesejahateraan masyarakat dan negara. Islam menganggap harta kekayaan adalah milik Allah dan diberikan milik sementara kepada manusia.

KAPITALIS Menganggap harta adalah mengumpulkan harta. milik individu dan individu serta syarikat bebas

41

4. Kebebasan Mencari Rezeki dan Menurut Nilai-nilai Akhlak ISLAM Tidak sahaja memberi kebebasan tetapi terhad dalam ekonomi malah memberikan perlindungan terhadap apa yang diperoleh. Nilai nilai akhlak dan sifat sifat menjadi asas pengisian prinsip berkenaan. Masyarakat Islam bebas mencari rezeki namun kerajaan berhak campur tangan bagi menjaga kepentingan umum.

KAPITALIS Kebebasan tidak terhad dan mementingkan keuntungan yang maksimum. Kapitalis menuntut agar tidak campur tangan daripada kerajaan laissez faire.

5. Cara Mendapatkan Harta ISLAM Cara mendapatkan harta haruslah dengan jalan yang halal ( bukan dengan melakukan amalan riba, penipuan, rasuah, ekspolitasi dan cara cara yang bertentangan dengan syarak ) tertakluk kepada syariat Islam.

KAPITALIS Harta merupakan hak milik persendirian secara mutlak boleh digunakan secara bebas untuk mendapatkan keuntungan dan tiada kawalan dari sudut perundangan.

6. Peranan Pihak Berkuasa ISLAM Syariah Islam mengharuskan berlakunya campur tangan pihak pemerintah dalam kegiatan ekonomi, sama ada dalam bentuk pengurusan, penyusunan, agihan dan perancangan. Campur tangan pihak pemerintah adalah bertujuan untuk melindungi dan menjaim kestabilan serta keadilan sosial dengan syarat mestilah berlandaskan syariat.

KAPITALIS Peranan pemerintah adalah minimum selagi pemilik harta mengikut saluran undang undang.

7. Sistem Percukaian ISLAM sistem percukaian islam disyariatkan. Pemilik harta dikenakan bayaran zakat mengikut kadar dan cukai-cukai yang lain untuk diagihkan kepada pihak pihak yang berhak bagi mengurangkan jurang antara golongan berharta dan golongan tidak berharta.

42

KAPITALIS Pembayar cukai bertanggungjawab membayar cukai kepada pemerintah serta tanggungjawab lain ( derma dan sumbangan berdasarkan budi bicara ). Pihak yang memungut cukai mendapat keuntungan yang tinggi. Kuntungan yang diperolehi dugunakan untuk membangunkan bidang ekonomi yang lain seperti meningkatkan peluang perdagangan dan membeli tanah untuk disewakan.

8. Pelaburan Harta ISLAM Dalam sistem ekonomi Islam, pelaburan merupakan suatu yang tidak asing lagi diperkatakan. Oleh sebab sistem Islam mengutamakan aktiviti pelaburan yang sihat dan mempunyai tujuan yang mulia maka aktiviti-aktiviti yang tidak sihat seperti gharar adalah diharamkan. Gharar menurut bahasa ialah risiko yang tidak diketahui pada masa hadapan. Di samping tidak berteraskan riba, pelaburan juga memberikan pengagihan keuntungan yang saksama kepada setiap pemodal atau sekiranya menganggung kerugian maka setiap pemodal menanggung kadar kerugian yang sama.

KAPITALIS Melaburkan harta atau keuntungan dengan matlamat untuk mendapatkan keuntungan yang maksimum.

9. Konsep Kepertanggungjawaban ISLAM Manusia adalah khalifah Allah s.w.t di muka bumi ini dan pemegang amanah untuk memakmurkan dunia. Prinsip ini menggariskan pemilikan harta hendaklah melalui cara diredai oleh Allah s.w.t.

KAPITALIS Prinsip ini hanya wujud dalam kalangan majikan dengan pekerja, penjual dengan pembeli tanpa dikaitkan dengan Tuhan. Oleh sebab sistem sekular adalah berteraskan ekonomi, keuntungan diperoleh tanpa mempedulikan nilai wahyu. Mereka mengutamakan kepentingan individu atau kepentingan golongan tertentu serta menindas golongan atau individu yang lemah dan tertindas di atas prinsip siapa kuat dialah yang berkuasa (survival of the fittest).

43

10. Berkerja dan Ganjaran ISLAM Untung dan rugi adalah lumrah dalam muamalah Islam, malah menjadi asasnya. Berdasarkan prinsip ini, mekanisme seperti mudarabah dan syarikat digalakkan dalam aktiviti ekonomi.

KAPITALIS Meminimumkan kos dan memaksimumkan keuntungan untuk mengelakkan kerugian dan mengambil keuntungan lebih banyak untuk menyelamatkan keadaan semasa berhadapan dengan kerugian.

11. Menjauhkan Perbuatan Merosakkan ISLAM Melarang segala bentuk keruntuhan akhlak, kerosakan masyarakat, kepincangan keluarga dan kerosakan masyarakat dalam kegiatan ekonomi.

KAPITALIS Juga melarang kerosakan tetapi tiada kawalan syariat, cuma dilakukan di atas tanggungjawab moral.

12. Agihan Kekayaan ISLAM Islam mensyaratkan kekayaan yang diperoleh bukan untuk individu semata-mata, malah dikenakan zakat bagi membantu mereka yang kurang bernasib baik.

KAPITALIS Ekonomi barat meletakkan kekayaan yang diperoleh adalah hak individu.

13. Ekonomi yang memudaratkan awam ISLAM Mensyaratkan aktiviti ekonomi yang dijalankan bagi kesejahteraan awam. Akitiviti yang memudaratkan seperti judi, arak, pelacuran, riba dan sebagainya diharamkan.

KAPITALIS Mengiktirafkan kegiatan ini.

44

Kesimpulan (2 markah) Sistem ekonomi Islam dan sistem ekonomi kapitalis adalah berbeza kerana ekonomi Islam berdasarkan sunnah dan wahyu sedangkan kapitalis adalah ciptaan manusia.

Nota 1. Jawapan mesti dalam bentuk perbandingan. Jika tiada unsur perbandingan, tiada markah isi yang diberikan.

45

Anda mungkin juga menyukai