Kertas Kerja Sambutan Hari Lahir

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 5

AMALAN GURU PENYAYANG SK CHANGKAT LADA 2

SAMBUTAN HARI LAHIR MURID


(AMALAN GURU PENYAYANG) 2024
SEKOLAH KEBANGSAAN CHANGKAT LADA 2,KAMPONG GAJAH

1.0 PENGENALAN

Sambutan meraikan hari lahir murid-murid SK Changkat Lada 2, merupakan


suatu program yang terkandung dalam Amalan Guru Penyayang. Program ini adalah
satu inisiatif Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memupuk budaya penyayang di
kalangan warga sekolah. Program ini akan diadakan empat kali setahun semasa
perhimpunan sekolah. Sambutan hari lahir ini akan melibatkan semua murid SK
Changkat Lada 2 bermula murid prasekolah sehingga murid Tahun 6. Semoga melalui
program sebegini dapat mengeratkan hubungan sesama murid dan guru serta pihak
pengurusan sekolah.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Menghargai serta menjaga kebajikan setiap warga SK Changkat Lada 2.

2.2 Memenuhi agenda Program Amalan Guru Penyayang.

2.3 Mengeratkan hubungan murid dengan para guru.

2.4 Supaya murid merasakan diri mereka lebih dihargai.

2.5 Agar murid merasakan mereka sebahagian daripada aset sekolah sekaligus
mereka akan lebih menyayangi sekolah.

3.0 MATLAMAT

3.1 Bermatlamat agar guru mengamal dan membudayakan sikap kasih sayang di
sekolah.

3.2 Menghidupkan budaya saling menghargai sesama warga sekolah.

3.3 Menimbulkan perasaan dihargai di kalangan warga sekolah

1
AMALAN GURU PENYAYANG SK CHANGKAT LADA 2

4.0 KUMPULAN SASARAN

Semua murid SK Changkat Lada 2 bermula murid Prasekolah hingga Tahun 6


(Senarai nama murid yang terlibat rujuk pada lampiran 1)

5.0 JADUAL PELAKSANAAN

5.1 Tarikh : Empat kali setahun 2024

BI BULAN TARIKH
L
01 APRIL 27 APRIL 2024
02 OGOS 30 OGOS 2024
03 DISEMBER 19 DISEMBER 2024

5.2 Tempat : Dewan Terbuka Ladarian

5.3 Penganjur : Unit Hal Ehwal Murid, SK Changkat Lada 2


Unit Bimbingan & Kaunseling, SK Changkat Lada 2
6.0 JAWATANKUASA PROGRAM

Pengerusi : Puan Hajah Nor Hayati binti Abdul Razak


(Guru Besar, SK Changkat Lada 2)

Timbalan Pengerusi : Encik Ahmad Hamiza Rozaini bin Isahak


(GPK Hal Ehwal Murid, SK Changkat Lada 2)

Naib Pengerusi 1 : Puan Hajah Salina binti Ahmad


(GPK Kurikulum, SK Changkat Lada 2)

Naib Pengerusi 2 : Encik Ridzuwan bin Mohamad


(GPK Kokurikulum, SK Changkat Lada 2)

Penyelaras : Encik Shahril Hashimy bin Omar


(Guru Bimbingan dan Kaunseling)

Setiausaha : Puan Noraini binti Sajuli


(Setiausaha Amalan Guru Penyayang)

2
AMALAN GURU PENYAYANG SK CHANGKAT LADA 2

Ahli Jawatankuasa : Pn. Harnani bt Mohd Hazawi (Penyelaras Prasekolah)


Pn. Nurul Diana binti Dawam (Penyelaras Tahun 1)
Pn. Rashidah binti Azahari (Penyelaras Tahun 2)
Kohilapriya a/p Thiraviyam (Penyelaras Tahun 3)
Pn. Nor Aishah binti Mohamad Arif (Penyelaras Tahun 4)
Pn. Norfarhana binti Man (Penyelaras Tahun 5)
Cik Nur Kamilia bt Abd Rahman (Penyelaras Tahun 6)

7.0 ANGGARAN KEWANGAN

Sumber Kewangan

Sumbangan Kedai Buku = RM 95.00


Sumbangan Unit Bimbingan & Kaunseling Sekolah= RM 300.00
Jumlah = RM 395.00

Anggaran Perbelanjaan

Perkara Perbelanjaan Jumlah


Bil.

1. Banting 2x5 RM 40.00 x 1 RM 40.00

2 Kek RM 100.00 X 3 RM 300.00


3 Topi RM 17.00
RM 55.00
Pinggan Kertas RM 38.00

JUMLAH RM 395.00

3
AMALAN GURU PENYAYANG SK CHANGKAT LADA 2

8.0 TENTATIF PROGRAM

07.45 pagi : Ucapan Penyelaras Program.

08.00 pagi : Bacaan doa

08.15 pagi : Ucapan Guru Besar SK Changkat Lada 2

08.30 pagi : Penyampaian hadiah hari lahir.

08.45 pagi : Acara menyanyikan lagu hari lahir.

08.50 pagi : Majlis tamat

9.0 PENUTUP

Secara keseluruhannya, program ini diharap akan dapat menjadi satu titik tolak
ke arah mengeratkan hubungan guru, murid dan warga sekolah. Usaha ini dapat
mewujudkan perasaan kasih sayang, selesa, selamat dan sejahtera. Program ini secara
langsung akan dapat meningkatkan kecemerlangan sahsiah diri murid seperti yang
disasarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

4
AMALAN GURU PENYAYANG SK CHANGKAT LADA 2

Disediakan oleh : Disemak Oleh :

( NORAINI BINTI SAJULI) ( AHMAD HAMIZA ROZAINI BIN ISAHAK)


Setiausaha Guru Penyayang Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
SK Changkat Lada 2 SK Changkat Lada 2.
36800 Kampong Gajah. 36800 Kampong Gajah

Diluluskan Oleh:

(HJH NOR HAYATI BINTI ABD RAZAK)


Guru Besar
SK Changkat Lada 2
36800 Kampong Gajah

Anda mungkin juga menyukai