BM Tahun 5

Unduh sebagai pdf atau txt
Unduh sebagai pdf atau txt
Anda di halaman 1dari 12

011

UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK


Tahun 5 Sesi 2023/2024
Bahasa Melayu (011)
1 jam 15 minit

Nama

Kelas

ARAHAN: Untuk Kegunaan Pemeriksa


1. Buka kertas ujian ini apabila Nama Pemeriksa:
diberitahu.
Markah Markah
2. Tulis nama dan nama kelas kamu Bahagian Soalan
Penuh Diperoleh
pada ruang yang disediakan.
A 1-10 10
3. Jawapan anda hendaklah ditulis
pada ruang jawapan yang 1 5
disediakan di dalam kertas ujian B
ini. 2 5

4. Kertas ujian ini hendaklah C 1 10


diserahkan kepada guru bertugas D 1 20
pada akhir ujian.
Jumlah 50

011
2 011

Bahagian A
[10 markah]

Soalan 1 dan 2
Pilih jawapan yang paling sesuai.

1 Ibu berasa sungguh gembira kerana abang ____________ berjaya melanjutkan


pelajarannya ke Universiti Malaya.
A akan
B telah
C masih
D sedang

2 “Sebelum memulakan aktiviti, sila tuliskan nama ____________ pada buku itu, " Cikgu
Alvin mengarahkan murid-muridnya.
A engkau
B kalian
C awak
D kami

Soalan 3
Pilih ayat yang betul.
3
A Puan Tim makan nasi lemak berlaukkan telur rebus.
B Ibu memasukkan perisa serbuk ke dalam masakannya.
C Adam dan adiknya ke mini pasar untuk membeli aiskrim.
D Doktor Andy sedang merawat pesakit di Almi Klinik.

011
3 011

Soalan 4 hingga 6
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Farisha dan keluarganya melawat nenek di hospital. Nenek dirawat di hospital oleh doktor
kerana mengalami kecederaan akibat terjatuh tangga. Dia gembira apabila ternampak nenek
kesayangannya. Sebelum melawat nenek, Farisha sekeluarga mencuci tangan terlebih
dahulu. Mereka juga dikehendaki memakai pelitup muka dan berpakaian sopan.

Farisha bertanyakan khabar neneknya dan menceritakan tentang aktiviti


persekolahannya. Dia juga menyuapkan buah betik dan minuman kepada nenek. Mereka
bersalaman sebelum pulang. Dia gembira berjumpa dengan neneknya.

4 Apakah yang dilakukan oleh Farisha sekeluarga sebelum melawat nenek di hospital?
A Bersalaman
B Mencuci tangan
C Memberi minuman
D Menceritakan aktiviti di sekolah

5 Pilih pernyataan yang benar tentang petikan.


A Farisha dirawat di hospital.
B Doktor mengalami kecederaan.
C Farisha bertanyakan khabar neneknya.
D Nenek gembira apabila memakai pelitup muka.

6 Berikut ialah aktiviti Farisha dan keluarganya di hospital kecuali


A menyuapkan buah.
B mendapatkan rawatan.
C melawat nenek yang sakit.
D menjaga kebersihan tangan.

011
4 011

Soalan 7 hingga 10
Baca maklumat dalam Bahan 1 dan Bahan 2 dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan
yang berikutnya.

BAHAN 1

Encik Saiful dan isterinya rajin bercucuk tanam. Mereka memanfaatkan tanah lapang
di belakang rumah mereka dengan menanam sayur-sayuran seperti sawi, cili, timun
dan sebagainya.

Sayur-sayuran yang ditanam oleh Encik Saiful segar-segar belaka. Hal ini
demikian kerana Encik Saiful menjaga sayur-sayurannya dengan baik. Selain menjual
sayuran-sayuran tersebut untuk menambahkan pendapatan, Encik Saiful juga selalu
memberikan sayuran-sayuran yang ditanam kepada jiran-jirannya, iaitu Encik Tan dan
Encik Kumar.

BAHAN 2

011
5 011

7 Encik Saiful dan isterinya rajin


A bercucuk tanam.
B menjaga sayur-sayuran.
C menjual sayuran-sayuran.
D menambahkan pendapatan.

8
Mereka memanfaatkan tanah lapang di belakang rumah mereka dengan
menanam sayur-sayuran seperti sawi, cili, timun dan sebagainya.

Penjodoh bilangan yang sesuai dengan perkataan bergaris di atas ialah


A biji.
B buah.
C batang.
D bentuk.

9 Perkataan menambahkan dalam Bahan 1 dan Bahan 2 boleh digantikan dengan


perkataan
A meluaskan.
B mengukuhkan.
C meningkatkan.
D mengembangkan.

10 Pilih pernyataan yang benar tentang Bahan 1 dan Bahan 2 di atas.


A Encik Saiful bercucuk tanam di Padang Awam Taman Dahlia.
B Pemenang cabutan bertuah akan menerima hadiah yang lumayan.
C Sayur-sayuran segar Encik Saiful dijual semasa program diadakan.
D Encik Tan menghadiri ceramah bercucuk tanam pada 20 Januari 2024.

011
6 011

Bahagian B
[10 markah]

Soalan 1
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya .

Amin, Mei Lin, dan Navind baru selesai menjalani aktiviti kokurikulum. Mereka
berjalan kaki bersama-sama pulang ke rumah.

Mereka perlu berhati-hati kerana jalan menuju ke rumah mereka bersimpang-siur


dan sibuk dengan kenderaan yang lalu-lalang.

Ketika hendak melintas, mereka menunggu di bahu jalan. Setelah kereta berhenti
dan keadaan selamat, barulah mereka melintas jalan. Mereka sampai di rumah
masing-masing dengan selamatnya.

1 (a) Amin, Mei Lin dan Navind pulang ke rumah dengan ____________ .
[1 markah]

(b) Di manakah mereka menunggu untuk melintas jalan?

[2 markah]

(c) Bulatkan satu kata ganda berentak yang terdapat dalam ayat yang diberikan.

Mereka perlu berhati-hati kerana jalan menuju ke rumah mereka bersimpang-siur


dan sibuk dengan kenderaan yang lalu-lalang.

[1 markah]

011
7 011

(d) Pilih dan tuliskan (BETUL) bagi ayat yang sama maksud dengan ayat yang
diberikan.

Setelah kereta berhenti dan keadaan selamat, barulah mereka melintas jalan.

Mereka melintas jalan setelah kereta berhenti dan keadaan


selamat.

Mereka berhenti untuk melintas setelah keadaan kereta dan


jalan selamat.

[1 markah]

011
8 011

Soalan 2
Baca dan fahami situasi di bawah. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi
tersebut.
Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan.

Syafiq ke pasar raya bersama abangnya. Di luar pasaraya, dia ternampak seekor
kucing yang kelaparan. Syafiq berasa kasihan dan mahu memelihara anak kucing itu.
Namun begitu, ada ahli keluarganya yang mempunyai alahan dengan bulu haiwan.

2 Berdasarkan situasi di atas, apakah tindakan yang dapat dilakukan?

[5 markah]

011
9 011

Bahagian C
[10 markah]

Grafik di bawah menunjukkan tentang perpustakaan sekolah.

Tuliskan pendapat kamu tentang kebaikan berkunjung ke perpustakaan sekolah.

Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan.

Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.

[10 markah]

011
10 011

Bahagian D
[20 markah]

Teliti bahan grafik di bawah. Kemudian tulis sebuah karangan dalam bentuk karangan
berformat atau karangan tidak berformat. Panjangnya karangan kamu hendaklah
antara 50 hingga 80 patah perkataan.
GOTONG ROYONG

1 Tuliskan sebuah cerita berdasarkan gambar di atas.

ATAU

2 Tuliskan satu laporan berdasarkan gambar di atas.

011
11 011

011
12 011

[20 markah]

011 KERTAS UJIAN TAMAT

Anda mungkin juga menyukai