Asal Padi

Unduh sebagai ppt, pdf, atau txt
Unduh sebagai ppt, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 20

ASAL PADI

PROSA TRADISIONAL
TINGKATAN 1

SINOPSIS
Mengisahkan kehidupan dua orang anak yatim piatu
yang masih kecil dan telah ditinggalkan oleh kedua
orang tuanya. Mereka hidup melarat kerana segala
harta peninggalan orang tuanya dicuri orang. Hanya
yang tinggal sebuah kolam ikan dan dijaga oleh mereka
siang dan malam. Anak sulung sudah besar, namun
cacat, kakinya kerekut, jejari kakinya bercantum
umpama kaki itik dan tumitnya pula berlubang.

TEMA
Tema prosa tradisional ini adalah
kebijaksanaan dalam menyelesaikan
masalah. Kebijaksanaan Si Bongsu
menyelesaikan masalah dalam usahanya
mendapatkan padi dari kayangan untuk
dibawa pulang ke bumi.

PERSOALAN
Keberanian melakukan sesuatu tindakan.

o Contoh: Si Bongsu dengan berani memasukkan padi itu di


dalam mulutnya dan melarikan diri namun dapat ditangkap
oleh penjaga dusun sehingga luka di tumitnya
Kebijaksanaan mencari akal.

o Contoh: Si Bongsu mencari akal agar dia dapat


menyembunyikan tanaman padi itu di dalam sebuah tempat
yang tidak akan diketahui oleh yang empunya padi.

PERSOALAN
Mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain.
o Contoh: Orang-orang jahat telah mengambil segala
harta yang ditinggalkan oleh suami isteri itu kepada
anak-anak mereka yang masih kecil.
Bersungguh-sungguh menjaga hak.
o Contoh: Empunya padi benar-benar memastikan
padi yang ditanamnya tidak dicuri orang.

WATAK DAN PERWATAKAN


Watak utama
Si Bongsu

Seorang lelaki.
Seorang anak yatim piatu.
Anak bongsu daripada dua beradik.
Seorang yang berani.

Contohnya: Si Bongsu telah menyembunyikan padi di dalam


mulutnya untuk di bawa pulang ke bumi.

Seorang yang bijak mencari akal.



Contohnya :- Si Bongsu mendapat idea menyembunyikan
beberapa butir padi di dalam luka di tumitnya agar padi tersebut tidak
dijumpai oleh empunya padi.

Seorang yang gigih


Contohnya:- Si Bongsu gigih menjaga kolam
ikan peninggalan ibu dan bapanya sebagai
sumber pendapatan walaupun dia masih kecil.
Seorang yang rajin.
Contohnynya :- Si Bongsu rajin bekerja menjadi
penjaga dan mengawasi jemuran padi di
kayangan.
Seorang yang berpandangan jauh.
Contohnya : Si Bongsu mahu membawa padi di
kayangan ke bumi agar rakyat di bumi dapat
menikmati kelazatan padi tersebut.

Watak Sampingan

Si Sulung
Abang kepada Si Bongsu
Anak yatim piatu.
Seorang yang setia.

Contohnya:- Si Sulung tetap menanti kepulangan


adiknya yang kini berada di kayangan.

SAMBUNGAN
Anak yang cacat.
o

Contoh: Kakinya kerekot, jari-jari kakinya tumbuh melekat

satu sama lain, seperti kaki itik dan kedua tumitnya berlubang.

Seorang yang gigih.

Contohnya :- Si Sulung gigih menjaga kolam ikan

peninggalan ibu dan bapanya sebagai sumber pendapatan


walaupun dia masih kecil.

Empunya padi ( orang kayangan )

Seorang yang sangat berhati-hati


Contohnya: Setiap kali Si Bongsu ingin pulang ke bumi, dia akan
memeiksa seluruh badan Si Bongsu agar Si Bongsu tidak dapat
membawa padi pulang ke bumi.

Seorang yang bertimbangrasa.


Contoh: Empunya padi memaafkan kesalahan Si Bongsu yang
menyembunyikan padi di dalam mulut ketika dia ingin pulang ke bumi.

Seorang yang baik hati


Contoh: Empunyai padi telah memberi Si Bongsu makan padi
yang ditanamnya.

Seorang yang cerdik


Contohnya:- Empunya padi tidak percaya kata-kata burung
pipit apabila melihat paruh pipit nampak putih sampai ke
hujungnya yang menunjukkan bahawa pipit telah makan
padi.

Burung Pipit
Seekor burung yang tidak jujur
Contoh:- Burung pipit telah menipu tuannya dengan
melaporkan bahawa di bumi tidak ada padi sedangkan
dia telah memakan padi di bumi sehingga kenyang.

Seekor burung yang licik


Contohnya:- Burung pipit tidak mahu mengaku
kesalahannya kepada empunya padi sebaliknya
meminta empunya padi menyuruh burung tekuri untuk
turun ke bumi bagi menunjukkan kebenarannya.

LATAR
Latar Masa
Waktu siang.
Contoh: Didapatinya dekat kolam itu ada tujuh
orang wanita yang baharu sahaja selesai mandi
dan sedang bersiap-siap untuk berangkat
pulang.

Latar Tempat

Di kampung

Contoh: Si Bongsu dan abangnya tinggal di kampung dan


menguruskan ternakan kolam ikan bagi menampung keperluan
mereka.

Di Kayangan

Contoh: Si Bongsu memakan tanaman yang enak yang dipanggil


padi di kayangan.
Di kolam
Contoh: Tujuh orang wanita dari kayangan mandi di kolam ikan Si
Bongsu.

Latar Masyarakat
Masyarakat kampung
o Contoh: Si Bongsu dan abangnya tinggal di kampung dan
menguruskan ternakan kolam ikan peninggalan orang tua
mereka.
Masyarakat kayangan.
o Contoh: Tujuh orang wanita yang mandi di kolam tinggal di
kayangan.
Masyarakat yang patuh kepada arahan.
o Contoh: Burung Pipit dan burung Tekuri patuh pada arahan
empunya padi untuk turun ke bumi bagi menyiasat akan
kewujudan tanaman padi di bumi.

GAYA BAHASA
Peribahasa
Contoh: Untung tak dapat diraih, malang tak dapat
ditolak.
Kata ganda
Contoh: lubang-lubang, harta benda, sekali-kali

sinkope
o Contoh: tak, ku

imej alam
o Contoh: padi, burung pipit, burung tekuri

Hiperbola.
o Contoh: benda itu kuning warnanya, berkilau-kilau ditimpa sinar matahari.

o Contoh: Kakinya kerekot, jari-jari kakinya tumbuh melekat satu sama lain, seperti
kaki itik.

Simile.

NILAI

NILAI

Nilai keberanian.
o Contoh: Si Bongsu berani menyembunyikan padi di dalam luka di tumitnya untuk di bawa turun ke bumi.

Nilai kesetiaan
o Contoh: Abang Si Bongsu setia menunggu kepulangan adiknya dari kayangan.

Nilai kepatuhan.
o Contoh: Burung Tekuri patuh akan arahan empunya padi untuk turun ke bumi bagi menyiasat kewujudan padi
di bumi.

Nilai kebijaksanaan.
o Contohnya: Si Bongsu bijak mencari akal agar dia dapat menyembunyikan tanaman padi itu di dalam sebuah
tempat yang tidak akan diketahui oleh yang empunya padi.

PENGAJARAN

Kita haruslah mempunyai sikap patuh pada arahan ketua.


o Contoh: Burung Pipit patuh akan arahan empunya padi untuk turun ke bumi bagi menyiasat
kewujudan padi di bumi.

Kita hendaklah bertindak secara bijak dalam menyelesaikan masalah.


o Contoh: Si Bongsu bertindak secara bijak apabila dia menyembunyikan beberapa butir padi
di dalam luka di tumitnya sehingga tidak dapat dikesan oleh empunya padi.

Kita wajar bersikap setia kepada ahli keluarga.


o Contoh: Abang Si Bongsu setia menunggu kepulangan adiknya dari kayangan.

o Contohnya:- Si Bongsu dan abangnya gigih menjaga kolam ikan peninggalan ibu dan
bapanya sebagai sumber pendapatan walaupun mereka masih kecil.

Kita hendaklah gigih berusaha untuk meneruskan kehidupan.

SEKIAN

Anda mungkin juga menyukai