Teori Takmilah

Unduh sebagai pptx, pdf, atau txt
Unduh sebagai pptx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 15

TEORI TAKMILAH

HUSNI NAEEM BIN GANI


PENGENALAN
 Teori Takmilah diperkenalkan oleh Dr.Shafie Abu
Bakar, pensyarah di Jabatan Persuratan Melayu (JPM)
Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1993

 Teori Takmilah dibina secara berhubung rapat dengan


falsafah dan prinsip-prinsip keislaman adalah bersifat
syumul (menyeluruh) dan holistik.

 Teori ini dikatakan bersifat holistik kerana prinsip-


prinsipnya yang tujuh melibatkan segala aspek iaitu
Ketuhanan, Kenabian, Keislaman, Keilmuan, Karya,
Pengkarya dan Khalayak.
Tujuh prinsip tersebut sebagai mana diutarakan melalui Dewan Sastera 1996 dan
diperhalusi dalam kertas kerja yang dibentangkan pada tahun 2000 adalah seperti
berikut:

Prinsip khalayak
bertujuan Prinsip ketuhanan
memupuk mereka yang bersifat
kearah insan Kamal.
Kamil

Prinsip pada
pengkarya yang Prinsip kerasulan
seharusnya sebagai insan Kamil.
mengistikmalkan diri

Prinsip sastera
sendiri yang Prinsip keislaman
bercirikan estetika yang bersifat
dan bersifat Akmal
Takmilah

Prinsip ilmu
dengan sastera
yang bersifat
Takamul
PRINSIP KETUHANAN YANG BERSIFAT KAMAL

Prinsip teori takmilah dalam pengetian Dr Shafie Abu Bakar mengenal


sifat Allah yang mempunyai sifat yang sempurna iaitu sifat Kamalnya.
Maksud takmilah itu ialah Menyempurnakan.

Contoh, penyair mencatatkan pengalamannya semasa mengerjakan


haji dan sewaktu penyair hampir bertolak ke Mekah, beliau
merakamkan pujian-pujian yang berbentuk doa kepada tuhan melalui
bait- bait puisi tersebut yang mengagung-agungkan sifat Allah dalam
puisi “Muqadimah Catatan Suci Puncak Jihad”

Maha Agung-Mu ya Azim


Maha Pemurah-Mu ya Rahman
Maha Pengasih-Mu ya Rahim
PRINSIP KERASULAN SEBAGAI INSAN KAMIL

Menurut Dr Shafie Abu Bakar, teori takmilah juga


mempunyai pertalian dengan Rasulullah sebagai insan Kamil
yang bererti manusia sempurna dalam falsafah pemikiran
Islam bermaksud tergabung tiga-tiga konsep ideal keinsanan
iaitu insan Kamil, insan Khalifah dan insan Rabbani

Ketiga-tiga konsep ini terbukti dalam sejarah Islam dimiliki


oleh baginda Rasulullah yang mendapat gelaran al-Amin
(yang jujur dan yang benar), al-Mustafa (yang terpilih) dan
habibullah (kekasih Allah).
Penyair membawa tumpuan para pembaca dengan
meletakkan puji-pujian kepada Rasulullah dalam syairnya
yang bertajuk “Masjid Nabawi (i)” di mana beliau telah
berselawat dan memuji-muji baginda sebagai insan kamil :

Setinggi-tinggi salawat buat kekasih-Mu


Ya Rasululah penuh kemulian
Ya Rasululah penuh kebekatan
Ya Rasululah penuh kekamilan
PRINSIP KEISLAMAN YANG BERSIFAT AKMAL
Melalui prinsip ketiga teori Takmilah, Dr Shafie Abu Bakar (1996:29)
ingin menjelaskan bahawa islam adalah sebagai agama yang
sempurna dan mampu menyempurnakan segala aspek kehidupan
manusia termasuk aspek bersastera

Setelah menjejakkan kaki ke Makkah, pengucapan kalimah


syahadah juga memperjelaskan asas rukun Islam yang pertama
diucapkan oleh beliau, bait-bait syairnya seperti berikut:

Menjejak bumi penuh kesucian ini


Merasai bumi penuh keberkatan ini
Menjamah bumi penuh kemuliaan ini
Bibir mengalir tahmid
PRINSIP ILMU DENGAN SASTERA YANG BERSIFAT TAKAMUL

Konsep Takmilah boleh dilihat dalam hubungan sastera


dengan ilmu yang mempunyai pertalian dengan fakulti
diri yang penting khususnya akal dan hati.

teori Takmilah dilihat dari hubungan puisi sebagai genre


dan ilmu sastera dengan sejarah Islam khususnya Nabi
Muhammad S.A.W, keluarganya, Nabi Ibrahim dan
Keluarganya, tempat-tempat bersejarah, ilmu
perubatan, keagamaan dan kerohanian.
Sejarah kerasulan Nabi Muhammad S.A.W cuba dibangkitkan
oleh penyair dimana beliau terkenang akan sirah wahyu yang
diturunkan kepada Baginda semasa sembahyang di Masjid
Nabawi ini kita dapat lihat dalam syair “Raudhah Al-
Mutahharah”.

Selepas solat subuh


Aku ke taman syurga-Mu
Taman penuh kemuliaan
PRINSIP SASTERA SENDIRI YANG BERCIRI ESTETIK DAN
BERSIFAT TAKMILAH

Menurut Shafie abu Bakar , prinsip ini dilihat dari dua aspek
keindahan lahiriah dan keindahan maknawi.

Aspek keindahan lahiri menyentuh soal teknik, bentuk, struktur


dan gaya bahasa yang dapat dilihat secara luaran.

Manakala aspek keindahan maknawi pula merujuk kepada mesej,


pemikiran, sudut pandangan, dan falsafah yang tersirat di
dalamnya. Tegasnya, prinsip ini menjurus kepada proses
penciptaan dan pembinaan karya sastera secara kreatif, indah dan
sempurna baik dari aspek dalaman mahupun luaran.
Hasil analisis terhadap puisi Puncak jihad ini kita dapati
terdapat unsur penggunaan bahasa Arab ini kerana penyair
banyak menggunakan laras bahasa doa yang sinonim
penggunaannya di kalangan masyarakat melayu khasnya.
Misalnya penggunaan bahasa Arab seperti berikut:

Maha suci-Mu ya Quddus (2008: 1)


Subahanallah – Maha suci-Mu ya Allah (2008: 2)
Akhirnya kami menjejaki kota Tayyibah (2008: 3)
PRINSIP KEPADA PENGKARYA YANG SEHARUSNYA
MENGISTIKAMALKAN DIRI

Ilmu-ilmu Islam yang terdapat dalam jiwa penyair akan


memberinya ruang yang baik dalam menjiwai karya-karya
yang berunsur keislaman.

Teori Takmilah yang dikemukakan oleh Dr Shafie Abu Bakar


untuk menganalisis unsur-unsur tasawuf dalam puisi-puisi
Melayu moden di Malaysia dan Indonesia sepanjang dekat
1970 hingga 1990.
Contoh-contoh syair yang membuktikan pengarang
telah mengistikmalkan dirinya dengan segala ilmu yang
perlu dalam menghasilkan puisi “Puncak Jihad” ini ialah:

Maha Suci-Mu ya Quddus


Maha Agung-Mu ya Azim
Maha Pemurah-Mu ya Rahman
PRINSIP KHALAYAK BERTUJUAN MEMUPUK MEREKA KE
ARAH INSAN KAMIL

Prinsip akhir teori Takmilah adalah menentukan


penghasilan sesebuah karya sastera perlu sampai
kepada khalayak dan ia benar-benar serasi dengan
kehendak dan kepentingan sastera Islam.

Matlamat dalam prinsip terakhir ini adalah bertujuan


untuk memupuk khalayak pembaca ke arah
pembentukan insan kamil iaitu mencontohi peribadi
terpuji dan akhlak mulia baginda Rasulullah S.A.W.
RUJUKAN

Samsina Abd Rahman.Puncak Jihad (Kumpulan Puisi Anismas ar).Selangor:


Universiti
Putra Malaysia, 2008.

SheikhAbdullah Basmeh. Tafsir Pimpinan Ar-Rahman kepada pengertian Al-


Qur’an.
Kuala Lumpur : Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri, 1992.

Mohamed Anwar Omar Din. Sastera Islam Citra Nurani Ummah.Selangor:


Universiti
Kebangsaan Malaysia, 2005.

Anda mungkin juga menyukai