Bab 6 Kata Adjektif

Unduh sebagai pptx, pdf, atau txt
Unduh sebagai pptx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 36

BAB 6 :

KATA ADJEKTIF
HASIL PEMBELAJARAN

PELAJAR SEHARUSNYA DAPAT:

a) mengenal pasti golongan kata

b)mengkategorikan kata mengikut golongan dan jenisnya,dan

c) menggunakan kata daripada pelbagai golongan dengan betul


mengikut konteks
6.0 Pengertian Kata Adjektif

1.Kata Adjektif atau kata sifat ialah perkataan yang menjadi inti dalam binaan
frasa adjektif. “Inti” ialah perkataan yang diberikan tumpuan dan mewakili
seluruh frasa.

2.Frasa Adjektif boleh terdiri daripada satu kata adjektif atau hadir bersama-
sama perkataan lain,seperti kata penguat,kata bantu atau unsur keterangan.

amat takut sekali


masih sangat takut
masih takut lagi
agak takut akan anjing

3.Kata adjektif juga digunakan sebagai penerang kata nama bagi


menghasilkan frasa nama,seperti dalam frasa berikut:

rumah kecil baju lama pesilat handal warna hijau bibir bundar

Perkataan yang dicondongkan dalam frasa di atas ialah kata adjektif kerana
perkataan itu menerangkan sifat bagi kata nama di hadapannya.
6.1 Ciri-ciri Kata Adjektif

(i) Kata adjektif boleh disertai oleh kata penguat. Contohnya:

amat cerdik sangat baik lain sekali

gelap benar sungguh rajin sekali sangat asing

(ii) kata adjektif boleh dibuat perbandingan.Contohnya:

tinggi seperti galah secantik kakanya

sama pandai lebih mahal daripada kedai itu


6.2 Jenis Kata Adjektif
kata adjektif mempunyai sembilan jenis,seperti yang berikut:

☻sifatan atau keadaan


☻cara
☻warna
☻ukuran
☻jarak
☻bentuk
☻waktu
☻perasaan
☻pancaindera
6.2.1 kata adjektif sifatan atau keadaan

Menerangkan perangai,tabiat,atau keadaan bagi sesuatu kata nama atau frasa


nama. Contohnya:

baik aman lemah sihat cerdik

tenang kaya curiga berani bijak

6.2.2 KATA ADJEKTIF CARA

Menerangkan kelakuan atau ragam bagi sesuatu kata nama atau frasa nama.
Contohnya:

Sengit lambat deras perlahan lincah

pantas cepat jelas gopoh gelojoh


6.2.3 KATA ADJEKTIF WARNA

Menerangkan warna bagi sesuatu kata nama atau frasa nama.Contohnya:

putih biru kelabu ungu perang

kuning hitam hijau merah

6.2.4 KATA ADJEKTIF UKURAN

Menerangkan saiz,berat,atau ringan tentang sesuatu kata nama atau frasa nama.
Contohnya:

tebal besar nipis panjang berat

renek kerdil rendah tinggi luas


6.2.5 KATA ADJEKTIF JARAK

Menerangkan jarak atau sesuatu yang dikaitkan dengan ruang antara dua benda,
Tempat,atau keadaan.Contohnya:

rapat jauh hampir nyaris sempit dekat

6.2.6 KATA ADJEKTIF BENTUK

Menerangkan bentuk atau rupa sesuatu.Contohnya:

lonjong cengkung bundar lekuk leper

bulat bengkok kempis buncit lurus


6.2.7 kata adjektif waktu

Menerangkan masa atau waktu.Contohnya:

awal lama silam suntuk cepat

segera baharu lewat lampau

6.2.8 KATA ADJEKTIF PERASAAN

Menerangkan rasa atau sesuatu yang berunsurkan perasaan,dan sering diikuti oleh
Kata sendi nama akan,pada,terhadap, atau dengan apabila diperluas dengan frasa
Nama. Contohnya:

sedih segan cinta berahi kasih gembira

sayang akan abang suka pada saya ragu-ragu terhadap kami


6.2.9 KATA ADJEKTIF PANCAINDERA

Menerangkan rasa,dengar,bau,sentuh,pandang,atau gabungan dua indera.


Contohnya:

(i) Deria rasa

kelat masin tawar lemak payau


masam manis lazat sedap pahit

(ii) Deria dengar

garau bising nyaring mersik merdu lunak serak

(iii) Deria sentuh

keras kasar lembap halus panas kesat tajam


(iv) Deria Pandang

montel terang cantik buruk tampan

comel segak kacak molek hodoh

(v) Deria bau atau hidu

hangit hanyir hancing harum

tengik wangi hapak semerbak

(iv) Gabungan dua deria

nyaman (gabungan rasa dan pandang)


tenteram (gabungan dengar dan pandang)
busuk (gabungan bau dan pandang)
licin (gabungan pandang dan sentuh)
6.3 PEMBENTUKAN KATA ADJEKTIF

Kata adjektif terdiri daripada empat bentuk,iaitu:

1)kata adjektif tunggal 3)kata adjektif majmuk

2)kata adjektif majmuk 4)kata adjektif ganda

6.3.1 KATA ADJEKTIF TUNGGAL

▪Kata adjektif bentuk tunggal ialah kata adjektif yang tidak mengalami pengimbuhan,
penggandaan,atau pemajmukan.

▪Kata adjektif tunggal boleh berdiri sendiri sebagai predikat dan sebagai penerang
kata nama dalam ayat. Contohnya:

rendah perlahan sederhana kuning lain lazat

nyenyak terang bengkok popular boros merdu


6.3.2 KATA ADJEKTIF TE3RBITAN

Kata adjektif terbitan ialah kata adjektif yang terhasil daripada proses pengimbuhan.

6.3.2.1 AWALAN KATA ADJEKTIF

Awalan yang membentuk kata adjektif terbitan ialah:

i) teR- ii) se-

6.3.2.1.i Awalan teR-

1. Awalan teR- dapat menerbitkan kata adjektif apabila bergabung dengan kata
dasarnya ialah kata adjektif.Contohnya:

tercantik terpandai terpanjang teramai

terkecil teristimewa terlebih terisau


2. Awalan teR- mempunyai satu makna,iaitu “paling” .Contohnya:

termasyhur (paling masyhur) terlaris (paling laris)

terisitimewa (paling istimewa) termuda (paling muda)

6.3.2.1.ii Awalan se-

1.Awalan se- berfungsi untuk menerbitkan kata adjektif apabila bergabung dengan
kata dasar. Contohnya:

sebaik semudah setinggi seluas

setebal sekaya seindah sealim

2.Awalan se- menunjukkan maksud “sama”. Contohnya:

sebanyak(sama banyak) semerah(sama merah) setaraf(sama taraf)


6.3.2.2 AWALAN PINJAMAN KATA ADJEKTIF

Awalan pinjaman kata adjektif ialah pro-,anti-, dan bi-.

6.3.2.2.i Awalan pro-

1.Awalan pro- ialah awalan pinjaman daripada bahasa inggeris.Contohnya:

prokerajaan propembangkang prosunnah

2.Awalan pro- membawa maksud “bersetuju,memihak,atau menyebelahi sesuatu


pihak”. Contohnya:

prokerajaan(memihak kepada kerajaan) prorakyat(memihak kepada rakyat)

prokomunis(memihak kepada komunis)


6.3.2.2.ii Awalan anti-

1. Awalan anti- ialah awalan pinjaman daripada bahasa inggeris.Contohnya:

antirasuah antidadah antikomunis

antikerajaan antisosial antikemajuan

2. Awalan anti- membawa maksud “menentang,melawan,atau


membantah”.Contohnya:

antikerajaan(menentang kerajaan) antisosial(menentang aktiviti sosial)


6.3.2.2.ii Awalan bi-

1.Awalan bi-ialah awalan pinjaman daripada bahasa arab parsi. Contohnya:

bilazim binormal biadab

2.Awalan bi- membawa maksud “tidak”.Contohnya:

biadab (tidak normal) bilazim (tidak lazim) binormal (tidak normal)

6.3.2.3 Akhiran kata adjektif

1. Akhiran kata adjektif yang dipinjam daripada bahasa Arab-Parsi ialah –wi, -i, dan
–iah.

2. Akhiran kata adjektif yang dipinjam daripada bahasa inggeris ialah –is.
6.3.2.3.i akhiran –wi, -i, -iah, dan –is

1.Akhiran –wi,-i, -iah, dan –is tidak berubah apabila bertemu dengan sebarang huruf
pada akhir kata dasar. Contohnya:

sejarawi duniawi lahiriah ekonomis

hasani abadi ilmiah puitis

2.Akhiran –wi, -i, -iah, dan –is membawa maksud “sifat atau ciri seperti maksud yang
terkandung dalam kata dasar.” Contohnya:

duniawi romawi abadi alkali

jahiliah alamiah fonologis geografis


6.3.2.4 APITAN KATA ADJEKTIF

1.Apitan kata adjektif dalam bahasa Melayu hanya satu,iaitu ke-…-an.Contohnya:

kebaratan keakuan kemelayuan

kearaban kecinaan kebendaan

2.Apitan ke-…-an sebagai kata adjektif perlu bergabung dengan kata dasar daripada kata
nama untuk membentuk kata adjektif.

3.Apitan ke-…-an membawa maksud “suatu keadaan atau sifat kata nama yang
terkandung pada kata dasar”.Contohnya:

1.perangainya sungguh kekampungan


2.Cara berpakaiannya agak kebaratan

4.Apitan ke-…-an apabila bergabung dengan kata adjektif ganda akan membentuk kata
adjektif. Contohnya:

1.Baju perempuan itu kekuning-kuningan


6.3.2.5 SISIPAN KATA ADJEKTIF

1.Sisipan kata adjektif ialah –el-, -er-, -em-, dan –in-. Contohnya:

selerak serabut gemuruh sinambung

kelebak gerodak cemerlang kinerja

2.Sisipan kata adjektif membawa maksud “sifat yang dinyatakan oleh kata dasar”.
Contohnya:

1.jamuan selerak itu sempena hari sukan.

2.fikiran abang serabut dengan masalah.

3.bau semerbak itu daripada minyak wangi.

4.Bahasa klasik sinambung dengan bahasa moden.


6.3.3 KATA ADJEKTIF GANDA

Ada tiga jenis kata ganda bagi membentuk kata adjektif ganda,iaitu:

i) kata ganda penuh iii) kata ganda berentak

ii) kata ganda separa

6.3.3.i kata ganda penuh kata adjektif

Kata ganda penuh melibatkan pengulangan seluruh kata dasar . Contohnya:

laju-laju garang-garang kecil-kecil putih-putih


6.3.3.ii kata ganda separa kata adjektif

1.Kata ganda separa melibatkan pengulangan sebahagian daripada kata dasar.

2.Kata ganda separa kata adjektif terdiri daripada:

a) kata ganda separa pada kata berawalan.Contohnya:

setinggi-tinggi sepandai-pandai sebaik-baik seluas-luas

b) kata ganda separa pada kata berakhiran.Contohnya:

besar-besaran kecil-kecilan kenang-kenangan jadi-jadian

c) Kata ganda separa pada kata berapitan .Contohnya:

kehijau-hijauan kebodoh-bodohan
6.3.3.iii Kata ganda berentak kata adjektif

1.Kata ganda berentak ialah penggandaan kata dasar mengikut retak bunyi tertentu
dalam kata dasar.

2.Terdapat tiga jenis kata ganda berentak kata adjektif,iaitu:

a) kata ganda berentak pengulangan vokal.Contohnya:

hiruk-piruk karut-marut

b) Kata ganda berentak pengulangan konsonan.Contohnya:

kucar-kacir lekak-lekuk kontang-kanting

c) kata ganda berentak bebas.Contohnya

kelam-kabut kusut-masai titik-bengik


6.3.3.iv makna kata Adjektif Ganda

Gandaan pada kata adjektif membawa maksud:

a) sifat jamak.Contohnya:
1.Murid di sekolah itu baik-baik.
2.Perempuan dahulu malu-malu.
3.bangunan di bandar itu tinggi-tinggi

b) menyerupai sifat yang terkandung dalam kata dasar.Contohnya

1.tudung gadis itu kebiru-biruan


2.perangainya agak kebudak-budakan
3.perniagaan kecil-kecilan membawa keuntungan juga

c)kesangatan.Contohnya:

1.majlis perkahwinan itu gilang-gemilang.


2.buah di pasar itu segar-bugar
6.3.4 KATA ADJEKTIF MAJMUK

1.Kata adjektif majmuk boleh terdiri daripada rangkai kata bebas.Contohnya:

manis buah merah muda muda remaja


kuning langsat hitam legam terang hati

2.Kata adjektif majmuk boleh membawa maksud kiasan.Contohnya:

ringan tulang terang hati panjang tangan


pekak badak besar kepala rabun ayam

3.Terdapat juga frasa adjektif yang kelihatan seperti kata adjektif majmuk,tetapi
bentuk ini bukanlah kata majmuk kerana boleh menerima penyisipan.Contohnya:

jimat cermat(jimat dan cermat) putih bersih(putih lagi bersih)


baik buruk (baik dan buruk) gagah berani(gagah dan berani)
6.4 Darjah perbandingan Kata adjektif

Ada 3 darjah perbandingan kata adjektif iaitu:

i) darjah biasa ii)darjah bandingan iii) darjah penghabisan

6.4.1 Darjah biasa

1.Kata adjektif jenis ini tidak melibatkan perbandingan dengan benda-benda lain.

2. Perbandingan jenis ini tidak melibatkan apa-apa kata bandingan.Contohnya:

kereta itu besar tali itu panjang budak itu gemuk


6.4.2 Darjah Bandingan

1.Kata adjektif jenis ini melibatkan perbandingan antara sifat sesuatu benda dengan
benda lain

2.Terdapat dua cara untuk darjah bandingan, iaitu:

i) Bandingan yang sama ii)bandingan yang berbeza

6.4.2.i Bandingan yang sama

Bandingan jenis ini menggunakan kata adjektif dengan awalan se-, sama + adjektif +
dengan, dan kata bandingan.

a) bandingan dengan awalan se-

awalan se- yang hadir bersama-sama kata adjektif itu membawa


makna “sama”.

a)Rupa Aina secantik kakaknya b)Rumah dia sebesar rumah saya


b) Bandingan dengan sama + adjektif + dengan

bandingan dengan awalan se- boleh digantikan dengan penggunaan


“sama + adjektif + dengan”.Contohnya:

a) Rupa Aina sama cantik dengan kakanya


b) Rumah dia sama besar dengan rumah saya

c) Bandingan dengan kata bandingan

bandingan jenis ini menggunakan perkataan yang menunjukkan


perbandingan seperti bagai, bak, ibarat, seperti, umpama, laksana
dan sebagainya. Contohnya:

a) kecantikan gadis itu bagai bidadari


b) lagaknya umpama orang kaya
c) wajah budak itu pucat seperti mayat
6.4.2.ii bandingan yang berbeza

Bandingan jenis ini menggunakan kata penguat lebih atau kurang, dan digandingkan
dengan perkataan daripada untuk membentuk lebih… daripada atau kurang…
daripada. Contohnya:

a)Samad lebih bijak daripada abangnya


b) Jawatan Azmi lebih tinggi daripada jawatan Wong.
c) Tempat ini kurang bersih daripada tempat itu.
d) perniagaanya kurang maju daripada perniagaan kami
6.4.3 Darjah penghabisan

1.Darjah penghabisan merujuk kepada pernyataan perbandingan yang paling tinggi.

2. Tingkat kepalingan ini dinyatakan dengan cara :

i)se- + kata adjektif + gandaan + kata nama


ii) ter- + kata adjektif
iii) paling + kata adjektif
iv) kata adjektif + sekali
v) ter- amat/sangat + kata adjektif
vi) amat/sungguh/sangat + kata adjektif + sekali
vii) terlalu/terlampau
viii) maha
6.4.3.i se- + kata adjektif + gandaan + kata nama

i)sebaik-baik lelaki itu,kena tipu juga.


ii)sepandai-pandai tupai melompat,akhirnya jatuh ke tanah juga

6.4.3.ii ter- + kata adjektif.

i)Pulau Langkawi termasyhur di seluruh dunia


ii) beg kulit ini tercantik antara semua beg di situ.

6.4.3.iii paling + kata adjektif.

i) Banglo itu paling besar di kawasan itu.


ii) Bencana alam itu paling dahsyat
6.4.3.iv kata adjektif + sekali

i) kereta abang kotor sekali ii) pokok kelapa itu tinggi sekali

6.4.3.v ter- + amat/sangat + kata adjektif

Awalan ter- ini digabungkan dengan kata penguat bebas amat dan sangat.

i)kereta lumba itu teramat mahal


ii) bandar Beijing tersangat padat.
6.4.3.vi amat/sungguh/sangat + kata adjektif + sekali

Kata penguat bebas amat,sungguh dan sangat boleh hadir dengan kata penguat
sekali. Dalam hal ini, frasa adjektif yang terhasil tidak lewah.

i) Bunga-bunga di taman itu amat cantik sekali


ii) Mohd Nor sungguh baik sekali
iii) Ruang tamu rumah itu sangat luas sekali.

6.4.3.vii terlalu/terlampau.
i) Jurulatih itu terlalu tegas
ii) kecurian di kawasan itu terlampau kerap

6.4.3.viii maha
Kata penguat ini bermaksud “keagungan,” dan sering digunakan untuk Allah dan
untuk raja yang memerintah.

i) Allahlah yang Maha Besar ii)Duli Yang Maha Mulia itu Sultan Selangor
soalan
1.Yang berikut benar kata adjektif kecuali

A Boleh dibuat perbandingan c Boleh diikuti unsur keterangan

B Boleh disertai kata penguat D Boleh menjadi inti frasa subjek

2.Yang manakah kumpulan kata yang kesemuanya ialah kata adjektif?

A terasa,bising,biasa C ketara,kusut,kemetot

B pekat,gejala, genting D semerbak,abadi,pejam

3. Yang manakah ayat yang mengandungi kata adjektif pancaindera gabungan?

A kulit muka gadis itu licin sungguh C Bedak yang dipakainya itu sungguh harum

B kebanyakan ikan sungai agak hanyir D suasana di stadium bising sebelum


pertandingan
4. Yang manakah ayat yang mengandungi perbandingan kata adjektif darjah
bandingan?

A beras di dalam tong itu masih kurang lagi.


B gadis bertudung itu sebaik-baik perempuan
C Kek coklat itu kurang manis daripada kek ini.
D harga minyak masak terlalu mahal berbanding dulu

5. Yang manakah ayat yang mengandungi kata adjektif?

A kamu perlu berfikir sedalam-dalamnya tentang hal itu.


B Terdapat anak menteri dalam kalangan mereka bertiga itu
C Kolam renang di sini sedalam kolam renang di tempat itu
D kami akan memperdalam ilmu tentang bidang kejuruteraan

Anda mungkin juga menyukai