Karangan Rencana

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 2

Karangan Rencana: Langkah-Langkah Meningkatkan MutuSukan Negara Sebagai wartawan sebuah majalah sukan, anda ditugaskan untuk menulis

rencana yang bertajuk Langkah-langkah Meningkatkan Mutu Sukan Negara.Tulis rencana itu selengkapnya. Kekalahan skuad bola sepak kebangsaan dalam semua perlawanan pada Kejohanan Piala Asia (AFC)serta tumbangnya jagoan badminton negara dalam Kejohanan Badminton Dunia baru-baru ini, seolah-olah mengesahkan bahawa mutu sukan Malaysia semakin merudum. Itu belum lagi mengambil kira prestasi sukan-sukan teras lain seperti hoki, olahraga, renang, dan sebagainya. Kemerosotan pencapaianatlet-atlet negara ketika bertanding sama ada pada peringkat serantau mahupun antarabangsa telahmenimbulkan pelbagai tanggapan negatif dalam kalangan peminat sukan di negara ini. Apakah atlet-atlet kita hanya gah ketika bertanding sesama sendiri sehingga mewajarkan gelaran jaguh kampung?Ataupun atlet kita kurang bermotivasi apabila bersaing pada peringkat antarabangsa? Walau apa pun pertikaiannya, ternyata pelbagai langkah konkrit dan menyeluruh perlu diambil untuk meningkatkanmutu sukan negara, agar kita dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negaralain dalam bidang sukan. Dalam hal ini, perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah dengan merombak jawatankuasa induk yang menaungi sesebuah persatuan sukan. Bukan lagi rahsia, kebanyakan persatuan-persatuan sukan diMalaysia dipimpin oleh elit politik. Lihat sahaja persatuan-persatuan seperti Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Persekutuan Hoki Malaysia (PHM), dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).Malangnya, para pemimpin yang dipilih secara sebulat suara ini, sering menjadikan persatuan berkenaan sebagai medan untuk mencari pengaruh dan meneruskan agenda politik mereka.Keghairahan memenuhi agenda peribadi, menyebabkan program pembangunan sukan dan atlet telahdianak tirikan oleh mereka. Kedangkalan ilmu tentang bidang sukan serta kegagalan memahami perubahan yang berlaku, mewajarkan ketandusan pencapaian para atlet kita. Berkaitan hal ini, PerdanaMenteri, Datuk Seri Abdulah Ahmad Badawi pernah menyeru agar para pemimpin politik melepaskan jawatan mereka dalam persatuan sukan agar program pembangunan sukan hanya ditangani olehindividu yang berkelayakan. Justeru, sewajarnya barisan kepimpinan sukan ini dirombak danseterusnya memberikan laluan kepada muka-muka baru yang mempunyai latar belakang bidang sukanserta beriltizam tinggi untuk memajukan mutu sukan negara, bak kata pepatah, hanya jauhari yangmengenal manikam. Di samping itu, program-program pembangunan atlet juga perlu diperbaiki dan diberi nafas baru dalamusaha melahirkan atlet yang berdaya saing dan mampu mengibarkan cabaran negara pada peringkatantarabangsa. Kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan telah menyediakan peruntukan yangcukup banyak untuk menyokong program-program pembangunan sukan di negara ini seperti penubuhan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN). Program pembangunansukan ini meliputi aspek-aspek kritikal seperti kewangan, kejurulatihan, pemakanan, psikologi, dansebagainya. Berhubung dengan isu ini, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Azalina Othman pernahmenegur tentang cara pemakanan para pemain bola sepak kebangsaan ketika bertanding dalam

Kejohanan Piala Asia yang dianggap tidak bersesuaian dengan diet para atlet. Menurutnya kebanyakan para pemain bola sepak negara lebih menggemari roti canai, nasi lemak, dan merokok. Kegagalanmenyediakan program-program berkualiti, memungkinkan mutu sukan

negara terus merudum dan kitaterus ketandusan para atlet yang berpotensi. Contohnya sejak menjuarai Piala Thomas pada 1992,Persatuan Badminton Malaysia (BAM) terus gagal membentuk sebuah pasukan kebangsaan yangmampu memecah penguasaan China dan Indonesia dalam arena badminton. Biarpun munculnyagandingan emas, Koo Ken Kiat dan Tan Boon Heong, namun kegagalan pasukan negara dalamKejohanan Badminton Dunia bulan lalu menterjemahkan segala-galanya. Namun begitu, segalakelemahan tidak harus menjadi noktah untuk kita terus berusaha. Dengan pengemblengan usaha daniltizam semua pihak, pastinya sinar di hujung terowong dapat dijelmakan untuk mengangkat kembalimartabat sukan negara kita. Selain itu, para atlet negara juga perlu didedahkan dengan kejohanan-kejohanan antarabangsa secaralebih kerap. Penyertaan secara berterusan amat penting dalam usaha memantapkan persembahan sertamenyesuaikan diri di dalam situasi pertandingan yang sebenarnya. Pasukan bola sepak contohnya, tidak mampu membentuk persefahaman yang mantap jika digabungkan menjelang saat akhir pada sesebuahkejohanan sahaja. Setiap pemain sudah pasti mempunyai latar belakang kemahiran dan peribadi yang berbeza. Justeru, penyertaan secara berterusan dalam pelbagai kejohanan dapat membentuk persefahaman dalam kalangan mereka seterusnya mampu menuai hasil yang diharapkan. Pencapaianratu squasy negara, Nicole Ann David sehingga membolehkan beliau berada pada kedudukan teratassenarai pemain terbaik dunia, adalah berpunca daripada penyertaan yang tidak putus-putus dalam pertandingan peringkat antarabangsa. Perlu ditegaskan bahawa kejayaan yang diinginkan tidak bolehdijelmakan dengan usaha secara ala kadar, seperti melepaskan batuk di tangga. Sebaliknya iamenuntut iltizam dan kerja keras semua pihak sama ada dalam kalangan para atlet, pihak-pihak berwajib, dan malahan peminat sukan tanah air. Sesungguhnya kemerosotan mutu sukan negara tidak seharusnya dibiarkan terus berlanjutan kerana iasedikit sebanyak berkaitan dengan maruah kita pada peringkat antarabangsa. Sejajar dengan usiakemerdekaan negara yang sudah menjangkau angka lima puluh tahun, seharusnya ia telahmematangkan pencapaian kita dalam bidang sukan. Mungkin tiada salahnya untuk kita belajar dengannegara-negara seperti Trinidad dan Tobago atau pun Kenya yang telah berjaya melayakkan diri dalam pertandingan akhir bola sepak Piala Dunia 2006 serta mampu melahirkan atlet olahraga bertaraf dunia.Hanya dengan kerjasama erat semua pihak, misi untuk melihat kelibat anak-anak muda Malaysia beraksi pada pusingan akhir bola sepak Piala Dunia 2014 akan menjadi kenyataan. Bak kata pepatahpengayuh sudah ada di tangan, perahu sudah ada di tangan, terserah kepada kita untuk merealisasikanimpian 26 juta rakyat Malaysia. Majulah sukan untuk negara!

Anda mungkin juga menyukai