PJPK Bersyukur Dan Kasih Sayang

Unduh sebagai pptx, pdf, atau txt
Unduh sebagai pptx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 3

Rabu 4 Ogos 2021

PJPK Tahun 2: Bersyukur dan kasih sayang

Objektif pelajaran:
1) menjelaskan maksud bersyukur dan kasih sayang
2) Mengetahui cara untuk menzahirkan kasih sayang kepada Tuhan, diri sendiri, ibu bapa, ahli keluarga, guru
dan rakan.

Maksud bersyukur:
Bersyukur ialah menzahirkan terima kasih kepada Tuhan.

Maksud kasih sayang:


Kasih sayang ialah perasaan belas kasihan, timbang rasa, dan simpati.

Kepada siapa kita patut bersyukur?


- kita hendaklah berterima kasih kepada Tuhan kerana telah memberikan segala – galanya di dalam kehidupan
kita.
- Tuhan telah memberikan nikmat seperti oksigen untuk bernafas, memberikan keluarga yang baik untuk hidup
bersama, memberikan rezeki untuk meneruskan kehidupan di muka bumi ini.

Setiap agama mengajar kita untuk melakukan kebaikan dan berterima kasih dengan segala nikmat yang
diberikan.
Kepada siapa kita boleh Cara menunjukkan kasih sayang
berikan kasih sayang
Tuhan 1. Bersembahyang
2. Melakukan amalan yang baik
3. Meninggalkan amalan yang buruk
4. Mengajak ke arah kebaikan.
Ibu bapa / penjaga 1. Menghormati ibu bapa dan penjaga
2. Membantu ibu bapa dan penjaga menguruskan hal hal dalam rumah (menyapu sampah,
mencuci pinggan, melipat pakaian dan lain lain)
3. Mendengar nasihat dan tunjuk ajar mereka.
Diri sendiri 1. Mengamalkan gaya hidup sihat
2. Bersenam
3. Menjaga kebersihan diri
Ahli keluarga 1. Saling membantu dan hormat menghormati
2. Meluangkan masa bersama keluarga
3. Meraikan hari istimewa ahli keluarga
Guru 1. Menghormati guru
2. Membantu guru
3. Menyiapkan tugasan yang diberi
Rakan 1. Bertanya khabar
2. Saling membantu rakan
3. Menjaga hubungan baik dengan rakan.
Kepentingan menzahirkan kasih sayang.
1. Supaya diri rasa disayangi dan dihargai
2. Mengeratkan hubungan kekeluargaan dan silaturahim sesama manusia.
3. Dapat hidup dalam keadaan tenang dan aman.
4. Meningkatkan kesefahaman
5. Mengelakkan pergaduhan.

Anda mungkin juga menyukai