Ketaksamaan Peluang Pendidikan - Kelas Sosial
Ketaksamaan Peluang Pendidikan - Kelas Sosial
Ketaksamaan Peluang Pendidikan - Kelas Sosial
Dibentang oleh: WAN MOHD IZZAT BIN HJ. WAN NORAZMEE PISMP-IPGM UNIT F5 MAJOR SAINS SEMESTER 5/2010 Ahli kumpulan bersama: MUHAMMAD IZZAT ASYRAF BIN AB. AZIZ NOR WAHIDAH BINTI HASIM NOR HAMIZAH BINTI SAIDIN Pensyarah penyelia: ENCIK SYUIBON BIN HAMID Jabatan Ilmu Pendidikan
Malaysian minorities struggle with inequality Al-Jazeera News Inequality of Malaysian education Al-Jazeera 24th April 2009
KELAS SOSIAL
merapatkan jurang pendidikan, yang merangkumi jurang antara Bandar dengan luar Bandar; jurang antara yang miskin dengan yang kaya; jurang digital dan jurang antara mereka yang berkeperluan khas; agar tidak ada sebarang golongan yang tercicir dari arus pembangunan negara.
YB Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein Perutusan Tahun Baru 2006
KELAS SOSIAL
o Berkaitan dengan kedudukan sesuatu kelompok dalam masyarakat. o Dalam kehidupan sehari-hari, kelas sosial ialah segolongan individu yang mempunyai kedudukan yang sama dari segi: 1) 2) 3) 4) Kuasa Politik Kekayaan Pendapatan 5) Martabat 6) Pekerjaan 7) Hubungan dengan puncapunca pengeluaran.
INSTITUSI SOSIAL
o Merujuk kepada konsep utama dalam memahami masyarakat dan kebudayaan. o Konsep ini berkait rapat dengan pola tingkah laku yang menjadi kebiasaan atau satu pola hubungan sosial yang mempunyai suatu matlamat sosial yang tertentu. o Contoh institusi sosial yang utama ialah institusi keluarga, institusi politik, institusi agama, institusi pelajaran dan lain-lain.
MOBILITI SOSIAL
o Satu proses perubahan individu atau kelompok dari satu lapisan sosial kepada lapisan sosial yang lain dalam satu sistem stratifikasi sosial. o Mobiliti sosial berkait rapat dengan struktur sosial sesuatu masyarakat. o Dalam sistem yang lebih terbuka, peluang untuk mobiliti sosial adalah lebih terbuka. Sebaliknya sistem tertutup seperti dalam sistem kasta yang bercorak tradisi, mobiliti sosial jarang sekali berlaku .
DISKRIMINASI @ KETAKSAMAAN
o Konsep diskriminasi atau ketaksamaan ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran dan kepercayaan negatif oleh seseorang atau sekelompok etknik terhadap anggota atau kelompok etnik yang mempengaruhi perilaku pihak yang berpandangan negatif.
DISKRIMINASI @ KETAKSAMAAN
o Diskriminasi ialah perbuatan membanding dan membezakan seseorang individu atau sesuatu kelompok etnik lain berasaskan ciri-ciri etnik semata-mata. o manifestasi prasangka yang wujud dalam kalangan kumpulan etnik dan mudah berlaku apabila prejudis dan stereotaip dalam sesebuah masyarakat.
DISKRIMINASI @ KETAKSAMAAN
o Diskriminasi berlaku dalam banyak bentuk sama ada berbentuk individu atau kumpulan etnik dan mencapai tahap tertinggi apabila melibatkan pembuangan kerja, serangan fizikal secara terbuka atau percubaan penghapusan sesebuah kumpulan etnik. o Dalam pendidikan, ketaksamaan peluang pendidikan juga merupakan satu bentuk diskriminasi yang perlu dielakkan.
o Akhirnya golongan pembesar ini mewariskan kecerdikan mereka kepada anak-anak mereka, sebaliknya anak petani dan orang kampung terus ketinggalan dalam bidang pelajaran.
DISKRIMINASI @ KETAKSAMAAN
o Rohand Meighan (1986) menggambarkan perbezaan cara hidup atau pendapatan di dalam sesuatu bangsa yang sama. o Max Weber mengatakan terdapat lima kelas sosial: 1) Golongan atasan, orang kaya, ahli korporat, golongan bangsawan. 2) Kumpulan pertengahan atasan (berpendidikan tinggi, professional & memegang jawatan yang baik dalam sesuatu organisasi)
DISKRIMINASI @ KETAKSAMAAN
3) Golongan pertengahan bawahan (lulusan sekolah menengah dan sedikit pemegang sijil.) 4) Pekerja kolar biru (berpendidikan SPM dan PMR). 5) Golongan bawahan yang terdiri daripada mereka yang mempunyai kelulusan yang amat rendah atau tidak pernah langsung melalui pendidikan formal.
Rusli Md Zain (1998) = terdapat hubungan positif antara pencapaian akademik dengan pendapatan keluarga. Mereka yang berpendapatan tinggi dapat memenuhi segala perbelanjaan persekolahan anakanak mereka.
DISKRIMINASI @ KETAKSAMAANPENDIDIKAN
o Suasana tempat tinggal yang lengkap dengan kemudahan asas, fizikal rumah dan keadaan persekitaran turut memberikan impak kepada jurang pendidikan. o Struktur keluarga yang mempunyai jumlah ahli keluarga yang kecil atau besar, kes perceraian, tahap pendidikan ibubapa, pengaruh luar terdiri dari masyarakat dan rakan sebaya juga memainkan peranan terhadap pembentukkan kelas sosial dalam masyarakat.
o Usaha menangani jurang ini terus mendapat perhatian Rancangan Malaysia Ketiga (RMKe-3) o Dalam perancangan ini, semua rakyat diberikan peluang yang sama untuk menerima perubahan dalam sistem pendidikan negara.
o Terdapat sekolah yang mengalami masalah kekurangan murid (SKM) -sekolah yang enrolmennya kurang dari 250 orang. o Hampir 90% SKM berada dalam keadaan daif dan menghadapi masalah kekurangan peruntukan, kemudahan dan guru terlatih. o Norma perjawatan sedia ada tidak bersesuaian dengan keperluan SKM seperti tiada perjawatan guru pemulihan.
Cabaran Kementerian Pelajaran Malaysia adalah untuk memastikan infrastruktur, perkakasan, perisian dan latihan yang mencukupi diberi kepada pihak sekolah-sekolah di kawasan luar bandar yang kurang terdedah dengan ICT berbanding kawasan luar bandar.
KESIMPULAN
Kerajaan harus meletakkan budaya pembelajaran, analitikal dan intelektual sebagai keutamaan dalam agenda negara jika mahu membangunkan modal insan tanpa mengira kelas sosial murid berkenaan
KESIMPULAN
o Kita perlu mengurangkan pendekatan yang hanya memberi penekanan kepada aspek membaca, menulis dan mengira serta peperiksaan kerana budaya pembelajaran sebenarnya lebih luas. o Rakyat negara ini perlu digalak memburu maklumat daripada menerimanya secara pasif. o Rakyat digalakkan bersikap terbuka pada idea baru dan berlainan.
KESIMPULAN
o Rakyat harus meningkatkan pembangunan dalam budaya analitikal. o Murid perlu dilatih banyak merenung dan faham apa, bagaimana dan kenapa sesuatu perkara itu berlaku. o Jika kita mahukan pembangunan modal insan, kita harus memiliki komuniti yang mengamalkan budaya kerja yang banyak bertanya, mencabar dan berfikir dan setiap kelas sosial perlu diberikan hak yang sama dalam mendapatkan ilmu pengetahuan.