Sumbangan Tamadun Islam

Unduh sebagai pptx, pdf, atau txt
Unduh sebagai pptx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 25

Sumbangan Tamadun Islam Kepada Peradaban Dunia

nUrfAhana
SaNdRA

Suhana fArZaNa

PeNgEnaLaN
Tamadun Islam telah memberi sumbangan yang begitu besar terhadap peradaban dan tamadun manusia. Tamadun Islam bermula dengan terbentuknya kerajaan Islam di Madinah oleh Nabi Muhammad S.A.W apabila baginda berhijrah daripada Mekah. Tamadun Islam berkembang selaras dengan penyebaran agama Islam.

PerkembAngaN tAmaDuN iSLAm

zAmAN RaSulullah

Kerajaan KhULAFA alRaSyiDin

KerAjaan Bani UmaiYah

KeRAjaan BanI aBBaSiyah

KeraJAAn Turki UtHmaIyah

Sumbangan kerajaan BANI Umaiyah

Sumbangan Kerajaan Umaiyah


Tahap pertama (DAMSYIK)
Ilmu pengetahuan berkembang pesat di kota Basrah. Kota Basrah dikenali sebagai PUSAT PENGAJARAN dan PEYEBARAN ILMU. Lahir ilmuwan Islam seperti
Khalil ibn Ahmad (pakar bahasa dan filologi Arab) Sibawayhi (Ahli Nahu Arab) Umar bin Abi Rabiah (Sasterawan)

Bahasa Arab menjadi bahasa rasmi. Pada masa ini tanda bunyi atau baris telah diperkenalkan membolehkan kita orang bukan Arab hari ini membaca al-Quran

Berlaku kepesatan perkembangan ilmu agama. Khasnya pada era Khalifah Umar ibn Abdul Aziz telah melahirkan tokoh terkenal seperti :
Urwah bin Al-Zubayr (ilmu hadis) Ibn Jarih (tafsir al-Quran) Hasan al-Basri (Usuluddin)

Pembinaan HOSPITAL pertama di Damsyik oleh Khalifah alWalid bin Abdul Malik. Khalifah Umar Abd Aziz membina hospital penyakit Kusta. Ibn al-Nafis (pakar bedah termasyhur Damsyik) menghasilkan buku al-shamil fis sinaah al-Tabibiyah (kajian umum profesion kedoktoran) yang membicarakan mengenai teknik pembedahan dan rawatan selepas pembedahan.

Tahap Kedua

(ANDALUSIA)

Perkembangan pendidikan yang sangat ketara pada abad 10 Masihi.


Abdul Rahman III mengasaskan pusat pengajian tinggi di Cordova Al-Hakam II mengasaskan perpustakaan 17 buah pusat pengajian dan 70 perpustakaan di Andalusia

Pembinaan PUSAT PENTERJEMAHAN di Toledo. Menterjemah karya tokoh Yunani ke dalam bahasa Arab memberi peluang kepada masyarakat Bani Umaiyah dan Arab untuk mempelajari pelbagai ilmu. Cordova dianggap sebagai pusat kegemilangan ilmu dan menajadi JAMBATAN PENGETAHUAN antara dunia Islam dan Eropah. Perkembangan ilmu dalam dunia Islam memberi faedah besar kepada masyarakat Eropah. Perkembangan seni bina juga terserlah pada zaman ini. Contohnya Binaan Masjid Cordova.
Menara setinggi 36 meter Kubah masjid beralaskan kayu berukir Mempunyai 1293 tiang yang diperbuat daripada marmar Diterangi dengan 4700 buah lampu

SumBaNgan kerAjAan BAnI AbbAsIYah

SumBaNgan kerAjAan BAnI AbbAsIYah


Pembinaan BAITULHIKMAH (institusi keilmuan) di Baghdad oleh Khalifah Harun al-Rasyid. Perkembangan ilmu berlaku melalui penulisan dan penterjemahan karya asing kepada bahasa Arab.
Kerja-kerja penterjemahan berlaku dengan lebih sistematik. Penterjemah bekerja secara berkumpulan dan diawasi oleh seorang penyelaras Kegiatan utama baitulhikmah adalah menterjemah karya falsafah dan sains terutama daripada yunani, sanskrit, dan suriani.

Orang Islam bukan sahaja menterjemah malah mencipta dan membuat pembaharuan dalam karya yang diterjemah ke dalam bahasa Arab. Mereka menghurai dan membuat penambahbaikan terhadap karya tersebut. Orang Islam memainkan peranan besar dalam memelihara kebudayaan dunia. Mereka memelihara warisan ilmu dalam terkubur akibat Eropah dilanda zaman Gelap (masyarakat Eropah tidak dapat menghargai ilmu akibat kekangan gereja). Penubuhan dan peranan pusat pengajian tinggi telah mempertingkatkan lagi kegiatan penyelidikan hingga kedapatan hasil kajian sarjana Islam telah sampai ke Eropah. Sejumlah kajian itu telah diterjemah kepada bahasa Asing dan dari sini bermulalah kebangkitan Eropah. Perkembangan tamadun Islam di Baghdad, Cordova dan Toledo telah membuka mata ilmuwan Eropah yang akhirnya melahirkan pemulihan budaya yang disebut Renaissance.

SuMbANGaN kERaJAAn TuRkI UtHmaniyaH

KeraJAan TURkI UthAManiyaH


Sebelum kedatangan Islam Ke Balkan, golongan atasan Eropah mengamalkan sistem bangsawan yang berasaskan keturunan dalam susun lapis masyarakat. Penguasaan kerajaan Turki Uthmaniyah telah memperkenalkan sistem yang menggalakkan kecemerlangan individu. Pengenalan sistem ini bermakna pembahagian masyarakat bergantung kepada hasil usaha setiap individu. Kesannya, mobiliti sosial yang lebih luas terbentuk di Eropah. Madrasah, Sekolah pengetahuan akademik, sekolah sastera, maktab tentera dan kolej perubatan dibina bagi tujuan perkembangan pendidikan.

Selain itu golongan intelektual kerajaan Turki Uthmaniyah telah memberi sumbangan besar dalam penulisan Ensiklopedia.
Mehmed Al-Fanari (Ensiklopedia Sains) Molla Lutfi (Ensiklopedia Sains) Katip Celebi (1609-1658)

Kerajaan Turki Uthmaiyah turut mamberi sumbangan dari aspek seni bina terutamanya seni bina masjid
Masjid Sultan Ahmed (masjid Biru) di Istanbul di bina oleh tokoh seni bin aTurki terkenal iaitu MiMAR SINAN (1490-1588)

Kesan Perkembangan Tamadun Islam kepada Tamadun Lain Dunia

Aspek keagamaan
Islam mengubah sistem kehidupan penganutnya dan juga mereka dibawah taklukkanya. Islam membawa satu nilai akidah yang penting iaitu kepercayaan kepada Allah.

Aspek sosial
Perkembangan Islam di Eropah mempengaruhi proses urbanisasi dan organisasi sosial Kerajaan Islam mempengaruhi penyelarasan undang-undang yang SAKSAMA. (Balkan) Setiap individu mendapat hasil drpd apa yang diusahakan tanpa mengira keturunan. hak individu serta penyertaan rakyat memberi pendapat, memberi layanan baik terhadap tawanan perang, etika peperangan seperti melindungi nyawa kanak-kanak, orang tua dan kaum wanita yang dianjurkan oleh Islam merupakan nilai baru bagi mereka. Tokoh-tokoh yang dicontohi dalam aspek keadilan sosial ialah Nabi Muhammad (saw) dan para sahabatnya termasuk Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali.

Aspek kebudayaan
Islam mempengaruhi perkembangan pendidikan dengan membangunkan kurikulum yang bukan sahaja memberi penekanan kepada ilmu agama tetapi pendidikan yang merangkumi bidang sains, teknologi dan metematik.
Kerajaan Abbasiyah para pelajar y ditempatkan di institusi pembelajaran islam diwajibkan mempelajari ilmu mantik, matematik, sains fizikal dan biologi

Orang Islam turut mempengaruhi tatatertib kehidupan harian melalui cara bertutur, berpakaian dan berfikir.
Zaman kerajaan Umaiyah di sepanyol, orang bukan islam mengamalkan cara hidup Islam dan di kenali sebagai golongan MUZARAB

Perkembangan intelektual
Pada peringkat awal cendekiawan islam lebih tertumpu pada usaha menterjemah karya penulis Greek seperti Galen, Aristotle dan Plato. Zaman kemuncak kegemilangan Ilmu Islam berlangsung antara abad ke-8 sehingga keruntuhan kerajaan Bani Abbasiyah. Zaman ini telah melahirkan para cendekiawan islam dalam setiap bidang keilmuan. FALSAFAH DAN PEMIKIRAN
Tokoh-tokoh falsafah Islam yang dicontohi oleh orang Eropah ialah al-Kindi, al-Farabi, Ibn Tufayl dan Ibn Rushd. idea falsafah Ibn Rushd telah mempengaruhi ahli falsafah Eropah sejak abad ke-12M lagi. Pada abad ke-16M, falsafah Ibn Rushd, telah diamalkan secara rasmi oleh golongan terpelajar di Itali.

EKONOMI
Orang Eropah juga mendapat pengetahuan dalam bidang ekonomi seperti kegiatan perdagangan, perindustrian, teknologi pertanian serta sistem perairan. Teknik tanaman seperti sekoi, padi, tembikai, aprikot dan limau telah dipelajari daripada orang Islam. Tokoh-tokoh Islam yang dicontohi ialah Ibn Baytar dan al-Ghafiq

PERUBATAN
Tokoh-tokoh Islam yang terkenal dalam bidang perubatan ialah al-Razi dan alAsrar dan Ibn Sina . Al-Razi telah menghasilkan buku berjudul al-Hawi. Buku ini telah dijadikan rujukan di Eropah dalam bidang kimia. Begitu juga buku Ibn Sina berjudul al-Qanun, Al-Shafa menjadi bahan rujukan di Eropah.

MATEMATIK
Ramai penuntut Eropah yang datang belajar ke Andalus pada zaman pemerintahan Islam. Kebanyakan mereka telah menjadi pakar dalam bidang tersebut, antaranya Adelard dan Morley dari Britain. Adelard telah berguru dengan orang Islam dan beliau telah menterjemahkan karya al-Khawarizmi yang menulis tentang teori geometri dalam matematik dan statistik lagi tokoh matematik Eropah ialah Leonardo Fibonacci of Pisa. Beliau telah mempelajari ilmu matematik dengan orang Islam di Andalus. Karya-karya beliau antaranya Liberabci telah dijadikan bahan bacaan asas ahli matematik di Eropah.

ASTRONOMI
Dalam bidang astronomi terdapat beberapa karya karangan Abu Masyar dan al-Khawarizmi telah diterjemahkan ke bahasa Latin oleh Adelard of Bath dan John of Siville. Karya al-Battani juga telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin oleh Alfonso X. Ahli astronomi Eropah bernama Romond telah menulis karya astronominya berdasarkan karya Ibn al-Zarqiyali (Azarchel). Ibn al-Zarqiyali mahir dalam menentukan gerhana matahari dan telah mencipta sebuah kompas untuk menentukan jarak antara bulan dan bumi dan di antara bintang-bintang dan matahari. Umat Islam juga telah berjaya mencipta kompas yang digunakan dalam pelayaran di laut. Dengan itu pelayaran di laut dan kegiatan perdagangan telah berkembang dengan lebih pesat. Muhammad bin Musa telah mencipta astrolab (jam matahari). Beliau juga mencipta sebuah alat yang dapat mengukur bulatan dunia. Pada abad ke-12M, Abu Solet telah mencipta sebuah alat yang dapat menimbulkan semula kapal yang sudah tenggelam.

BOTANI
Dalam bidang botani pula, umat Islam telah memberi sumbangan yang besar. Di kota-kota besar seperti Cordova, Kaherah, Baghdad dan Fez terdapat taman bunga yang cantik dan indah. Menurut Sarton, pencapaian umat Islam dalam bidang botani adalah jauh lebih hebat daripada pencapaian yang pernah diwarisi bangsa Yunani. Pada abad ke-12M, Ibn Arabi telah menulis sebuah buku tentang botani. Al-Ghafiqi dari Cordova telah menerbitkan sebuah buku tentang tumbuh-tumbuhan dan 50 jenis pohon buah-buahan. Sementara Ibn Sina turut menghasilkan sebuah buku yang mengulas tentang tumbuhtumbuhan. Ibn al-Baytar yang berasal dan Andalus telah menyusun sebuah buku yang menyenaraikan 1400 jenis dadah yang boleh diproses daripada binatang, tumbuh-tumbuhan dan bahan galian. Karyanya yang berjudul Kitab al-Mughni fi al-Adwiyah al-Mufradah merupakan sebuah buku yang paling perpengaruh dalam bidang farmakologi.

rUmuSaN

Kemunculan kerajaan Islam yang bermula dengan kerajaan Islam Madinah telah memberi kesan yang amat mendalam kepada perkembangan tamaduN dunia secara keseluruhannya. Banyak aspek intelektual Islam telah ditiru oleh bangsa Eropah sehingga melahirkan satu perubahan besar dalam sejarah tamadun di Eropah. Namun begitu, nilai-nilai murni yang terkandung dalam tamadun Islam tidak dimanfaatkan oleh masyarakat Barat bagi mengukuhkan lagi tamadun mereka, malah mereka menggantikannya dengan nilai-nilai kebendaan semata-mata. Kesannya , lahirlah era penjajahan bagi mengejar harta kekayaan tanpa batas dan sempadan.

Oleh hal yang demikian, bagi membina semula kegemilangan tamadun Islam satu masa dahulu umat islam hendaklah :
Menguasai segala bidang kehidupan seperti ekonomi, perdagangan, sains dan teknologi dan pembangunan sosial Selain itu, ilmu agama hendaklah di hayati kerana hanya akidah dan syariat islam yang utuh mampu menjadi asas pada pembinaan tamadun Umat islam mestilah bersungguh-sungguh dalam menghargai ilmu pengetahuan kerana hanya dengan penguasaan pelbagai bidang ilmu manusia mampu maju.

SeKian

Anda mungkin juga menyukai