Pergi ke kandungan

Laluan Jubilee

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semakan 1484460 pada 19:29, 28 Februari 2011 oleh Hamba Allah (bincang | sumb.) (Koordinat stesen)
Aliran Jubilee
Warna dalam peta Kelabu
Tahun dibuka 1979
Jenis aliran Aras bawah tanah
dalam
Pusingan simpanan
(Rolling stock)
Tube Stock 1996
7 gerabak
bagi setiap
kereta api
Stesen dalam
perkhidmatan
27
Panjang 36.2 km (22.5 batu)
Depoh Neasden,
Stratford Market
Bilangan penumpang 127,584,000
(setahun)
Perkhidmatan kereta api
Transport for London
Aliran kereta api London Underground
  Aliran Bakerloo
  Aliran Central
  Aliran Circle
  Aliran District
  Aliran Hammersmith & City
  Aliran Jubilee
  Aliran Metropolitan
  Aliran Northern
  Aliran Piccadilly
  Aliran Victoria
  Aliran Waterloo & City
Aliran-aliran lain
  Docklands Light Railway
  Tramlink
  London Overground

Aliran Jubilee merupakan salah satu daripada perkhidmatan London Underground. Perkhidmatan kereta api ini dibina dalam dua segmen — pada awal pembukaannya hingga stesen Charing Cross dalam kawasan London Tengah. Manakala pada tahun 1999, landasan aliran ini dipanjangkan ke Stratford di timur London. Stesen-stesen dalam perkhidmatan yang dibina terkemudian mempunyai ciri-ciri keselamatan, serta lebih lapang dari segi saiz. Ini bertujuan untuk mengelakkan masalah pada masa akan datang melibatkan kesesakan stesen dan kurang kawasan keselamatan. 13 daripada 27 buah stesen aliran ini dibina bawah tanah. Dalam peta London Underground, aliran ini berwarna kelabu.

Peta

Peta stesen-stesen aliran Jubilee mengikut kedudukan geografi
Peta stesen-stesen aliran Jubilee mengikut kedudukan geografi

Stesen

Stesen Imej Tahun dibuka Maklumat tambahan
Stanmore Akses OKU 10 Disember 1932 peta 1
Canons Park 10 Disember 1932 Asalnya diberi nama Canons Park (Edgware); kemudian ditukar pada tahun 1933peta 2
Queensbury 16 Disember 1934 peta 3
Kingsbury Akses OKU 10 Disember 1932 peta 4
Wembley Park Akses OKU 14 Oktober 1893 Pertukaran untuk perkhidmatan aliran Metropolitanpeta 5
Neasden* 2 Ogos 1880 peta 6
Dollis Hill* 1 Oktober 1909 peta 7
Willesden Green* 24 November 1879 peta 8
Kilburn* Akses OKU 24 November 1879 Asalnya diberi nama Kilburn & Brondesbury; kemudian ditukar pada 25 September 1950peta 9
West Hampstead* National Rail London Overground 30 June 1879 peta 10
Finchley Road 30 June 1879 Pertukaran untuk perkhidmatan aliran Metropolitanpeta 11
Swiss Cottage 20 November 1939 peta 12
St John's Wood 20 November 1939 peta 13
Baker Street 1 Mei 1979 Pertukaran untuk perkhidmatan aliran Bakerloo, Circle, Hammersmith & City, dan Metropolitanpeta 14
Bond Street 1 Mei 1979 Pertukaran untuk perkhidmatan aliran Centralpeta 15
Green Park 1 Mei 1979 Pertukaran untuk perkhidmatan aliran Piccadilly and Victoriapeta 16
Westminster Akses OKU 22 Disember 1999 Pertukaran untuk perkhidmatan Circle dan Districtpeta 17
Waterloo National Rail Akses OKU 24 September 1999 Pertukaran untuk perkhidmatan aliran Bakerloo, Northern dan Waterloo & Citypeta 18
Southwark (National Rail Waterloo East) Akses OKU 20 November 1999 peta 19
London Bridge National Rail (Airport interchange Perkhidmatan kereta api ke Gatwick) Akses OKU 7 October 1999 Pertukaran untuk perkhidmatan aliran Northernpeta 20
Bermondsey Akses OKU 17 September 1999 peta 21
Canada Water Akses OKU 17 September 1999 Pertukaran untuk perkhidmatan London Overground (aliran London Timur)peta 22
Canary Wharf Docklands Light Railway Akses OKU 17 September 1999 Pertukaran untuk perkhidmatan Docklands Light Railwaypeta 23
North Greenwich Akses OKU 14 Mei 1999 peta 24
Canning Town Docklands Light Railway Akses OKU 14 Mei 1999 Pertukaran untuk perkhidmatan Docklands Light Railwaypeta 25
West Ham National Rail Akses OKU 14 Mei 1999 Pertukaran untuk perkhidmatan aliran District dan Hammersmith & City, dan Docklands Light Railwaypeta 26
Stratford National Rail London Overground Docklands Light Railway Akses OKU 14 Mei 1999 Pertukaran untuk perkhidmatan aliran Central, London Overground (aliran London Utara, dan Docklands Light Railwaypeta 27
*Nota: Landasan kereta api berpecah menjadi empat di antara stesen Finchley Road dan Wembley Park. Kereta api dalam perkhidmatan aliran Jubilee lazimnya menggunakan dua landasan tengah manakala perkhidmatan kereta api aliran Metropolitan menggunakan landasan luar. Kereta api aliran Metropolitan tidak berhenti di stesen West Hampstead, Kilburn, Willesden Green, Dollis Hill dan Neasden ketika dalam perjalanan dari Finchley Road ke Wembley Park. Namun begitu, kereta api aliran Metropolitan akan berhenti di stesen-stesen ini ketika dalam kecemasan atau berlakunya gangguan perkhidmatan dalam aliran Metropolitan, atau aliran Jubilee atau kedua-duanya sekali.

Stesen yang ditutup

Stesen Charing Cross yang dibuka pada 1 Mei 1979, telah ditutup untuk kegunaan penumpang pada 19 November 1999. Apabila tergendalanya perkhidmatan di antara North Greenwich dan Canary Wharf atau Stratford, kereta api akan menghentikan perkhidmatan di Green Park, berundur di stesen ini dan memulakan perkhidmatan dari stesen Green Park semula. Kadang kala, penggambaran filem dibuat di sini.

Depoh

Depoh bagi aliran ini terletak di Stratford Marketpeta 29 yang terletak di antara stesen Stratford dan West Ham.[1]

Koordinat stesen

Rujukan

  1. ^ "Jubilee line facts". Transport for London. Dicapai pada 28 Februari 2011.