Pergi ke kandungan

Daerah Bau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Koordinat: 1°25′N 110°09′E / 1.417°N 110.150°E / 1.417; 110.150

Daerah Bau
StatusDaerah
Asal namaN/A
Negara Malaysia
Wilayah Sarawak
BahagianKuching
BandarBandar Bau
SubdaerahN/A
Keluasan884.4 km²


Daerah Bau (Jawi: داءيره باو) merupakan sebuah daerah yang terletak dalam kawasan pentadbiran Bahagian Kuching bagi wilayah Sarawak, Malaysia.

Daerah Bau juga merupakan kawasan daerah yang mempunyai majoriti masyarakat berbangsa Bidayuh, selain terdapat juga sebahagian komuniti etnik Cina, etnik Iban, dan etnik Melayu di kawasan ini.

Kawasan Daerah Bau ini dibahagikan kepada tiga kawasan mukim daerah, iaitu :

  • Opar
  • Bandar Bau
  • Siniawan

Sejarah

Pada awal kemerdekaan Sarawak, Daerah Bau sangat terkenal dengan kegiatan aktiviti perlombongan emas. Namun demikian, sejurus selepas kemerdekaan Sarawak, kawasan sekitar Daerah Bau terus mengalami perubahan yang lebih pesat membangun dan terus memacu ke arah pemodenan kawasan daerah berkenaan. Ini terbukti apabila wujudnya kawasan-kawasan perumahan baharu, kawasan pusat perniagaan yang lebih moden, sistem laluan jalan raya yang lebih baik, serta capaian internet kelajuan tinggi yang lebih pantas di kawasan Daerah Bau.

Demografi

Populasi penduduk di Daerah Bau

• Opar

Jumlah keseluruhan populasi penduduk di dalam kawasan Opar mengikut etnik pada tahun 2023
No. Kategori Jumlah (orang) Etnik Jumlah (orang)
1 Warganegara Malaysia 22,817 Bidayuh 16,820
2 Iban 3,826
3 Cina 915
4 Melayu 894
5 Orang Ulu
6 Melanau
7 Lain-lain etnik 362

• Bandar Bau

Jumlah keseluruhan populasi penduduk di dalam kawasan Bandar Bau mengikut etnik pada tahun 2023
No. Kategori Jumlah (orang) Etnik Jumlah (orang)
1 Warganegara Malaysia 24,086 Cina 13,885
2 Bidayuh 6,834
3 Iban 2,310
4 Melayu 761
5 Orang Ulu 109
6 Melanau
7 Lain-lain etnik 187

• Siniawan

Jumlah keseluruhan populasi penduduk di dalam kawasan Siniawan mengikut etnik pada tahun 2023
No. Kategori Jumlah (orang) Etnik Jumlah (orang)
1 Warganegara Malaysia 13,214 Cina 9,882
2 Bidayuh 1,580
3 Iban 735
4 Melayu 703
5 Orang Ulu
6 Melanau
7 Lain-lain etnik 314

Pembangunan kawasan Daerah Bau

Kawasan bandar pusat

  • Bandar Bau (Bau Town) (merupakan pusat bandar utama bagi kawasan Daerah Bau)

Kawasan bandar satelit

  • Bau Golden Square (kawasan bandar baharu berhampiran dengan Bandar Bau)
  • Bandar Baru Opar (pusat perbandaran baharu di kawasan Opar, Bau)
  • Pekan Siniawan (bandar satelit di luar kawasan Bandar Bau)

Kawasan penempatan dalam Daerah Bau

  • Kampung Stenggang
  • Kampung Jugan
  • Kampung Tembawang Sauh
  • Kampung Tembawang Baru
  • Kampung Nowang
  • Kampung Sibuluh
  • Kampung Grogo
  • Kampung Rumih
  • Kampung Opar
  • Kampung Suba Bau
  • Kampung Suba Buan
  • Kampung Suba Bandar
  • Kampung Pangkalan Bau
  • Kampung Skiat Lama, Bau
  • Kampung Skiat Baru, Bau
  • Taman Goldhill, Bau
  • Taman Upland, Bau
  • Taman Mei Yen, Jambusan, Bau
  • Taman Mutiara, Jambusan, Bau
  • Jambusan Height, Jambusan, Bau
  • Taman Mawar, Jambusan, Bau
  • Kampung Skio, Bau
  • Kampung Seromah, Bau
  • Kampung Seropak, Bau
  • Kampung Puak, Bau
  • Kampung Segubang, Bau
  • Kampung Kopit, Bau
  • Kampung Sega, Bau
  • Kampung Peninjau Lama, Bau
  • Kampung Peninjau Baru, Bau
  • Taman Siniawan, Bau
  • Kampung Siniawan Baru, Bau

Pautan luar