Daerah Miri
Miri ميري | |
---|---|
Negara | Malaysia |
Negeri | Sarawak |
Bahagian | Miri |
Pusat pentadbiran | Miri |
Pihak berkuasa tempatan | Majlis Bandaraya Miri |
Keluasan | |
• Jumlah | 5,143 km2 (1,986 batu persegi) |
Penduduk (2020)[1] | |
• Jumlah | 248,877 |
• Kepadatan | 48/km2 (130/batu persegi) |
Poskod | 98xxx |
Miri merupakan sebuah daerah yang berada di wilayah Sarawak, Malaysia. Daerah ini berada di bawah pentadbiran Bahagian Miri. Pusat pentadbiran bagi daerah ini ialah Bandaraya Miri, bandar kedua terbesar di Sarawak.
Daerah ini dianggarkan mempunyai keluasan sebanyak 5,143 kilometer persegi dan mempunyai jumlah penduduk seramai 248,877 orang pada tahun 2020. Daerah ini juga merupakan daerah kedua paling ramai penduduk di Sarawak. Majoriti penduduk di daerah ini merupakan masyarakat Bumiputera Sarawak, yang majoritinya berbangsa Iban.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Pada asalnya pentadbiran daerah Miri merangkumi kawasan daerah Subis, di mana pada ketika itu dua daerah kecil berada di bawah pentadbiran daerah Miri iaitu Sibuti dan Niah-Suai. Daerah kecil Sibuti dan Niah-Suai kemudiannya dipisahkan daripada pentadbiran daerah Miri, dengan kedua-duanya diletakkan di bawah pentadbiran daerah yang baharu. Satu daerah kecil yang baharu juga diletakkan di bawah pentadbiran daerah Miri, iaitu Bario.
Pentadbiran
[sunting | sunting sumber]Daerah Miri terletak di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Miri yang merupakan sebahagian daripada pentadbiran Bahagian Miri. Pihak berkuasa tempatan yang mentadbir daerah ini pula ialah Majlis Bandaraya Miri. Terdapat satu daerah kecil yang berada di bawah pentadbiran daerah ini, iaitu Bario.
Pentadbiran
[sunting | sunting sumber]Daerah Miri diletakkan di bawah lima kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Piasau (N73), Pujut (N74) dan Senadin (N75) yang terletak di bawah kawasan Parlimen Miri (P219), Lambir (N72) yang berada di bawah Parlimen Sibuti (P218) dan Mulu (N78) yang terletak di bawah Parlimen Baram (P220).
Geografi
[sunting | sunting sumber]Daerah Miri terletak di timur negeri Sarawak. Daerah Miri merupakan satu-satunya daerah di Sarawak yang terbahagi kepada dua bahagian, di mana daerah kecil Bario terpisah daripada daerah Miri.
Daerah Miri bersempadan dengan daerah Marudi di timur, daerah Beluru dan Subis di selatan serta Laut China Selatan di barat. Daerah Miri juga bersempadan dengan daerah Telang Usan dan Kalimantan Utara, Indonesia di Bario. Di utara, daerah Miri mempunyai sempadan antarabangsa dengan daerah Belait, Brunei, di mana terletaknya Sungai Tujoh, pos kawalan lintas sempadan utama Malaysia–Brunei.
Daerah Miri mempunyai keluasan kira-kira 5,143 kilometer persegi dan mempunyai titik tertinggi mencecah 2,420 meter. Bentuk muka bumi daerah Miri di bahagian barat kebanyakannya merupakan kawasan rata dan mendatar, dengan terdapat sedikit kawasan berbukit di selatan. Di Bario, keseluruhan bentuk muka buminya merupakan kawasan tanah tinggi dan bergunung, kerana kedudukannya di Banjaran Tama Abu. Gunung tertinggi di daerah ini terletak di Bario, iaitu Gunung Murud yang juga merupakan gunung tertinggi di Sarawak.
Antara sungai utama di daerah ini ialah Batang Baram dan Sungai Miri.
Demografi
[sunting | sunting sumber]Tahun | Pend. | ±% |
---|---|---|
1970 | 57,598 | — |
1980 | 95,499 | +65.8% |
1991 | 161,373 | +69.0% |
2000 | 221,055 | +37.0% |
2010 | 290,274 | +31.3% |
2020 | 248,877 | −14.3% |
Data tahun 1970–2010 termasuk daerah Subis. Sumber: [1] |
Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di daerah Miri ialah seramai 248,877 orang dengan kepadatan penduduk 48 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk sederhana padat. Bancian ini juga merekodkan sejumlah 62,093 isi rumah dengan 81,646 tempat kediaman. Majoriti penduduk di daerah Marudi merupakan Bumiputera Sarawak, dengan majoriti antara mereka berbangsa Iban. Penduduk berbangsa Cina membentuk kumpulan bukan Bumiputera terbesar di daerah ini. Penduduk bukan warganegara terdiri daripada 12,650 orang.[2][3]
Status | Bangsa | Jumlah |
---|---|---|
Warganegara | Melayu | 47,908 |
Bumiputera lain | 113,190 | |
Cina | 73,693 | |
India | 699 | |
Lain-lain | 737 | |
Bukan warganegara | - | 12,650 |
Jumlah | 248,877 |
Agama
[sunting | sunting sumber]Di daerah Miri, agama Kristian merupakan agama paling ramai penganut dengan peratusan lebih 51 peratus diikuti agama Islam sebanyak lebih 28 peratus. Penduduk beragama Buddha membentuk kelompok ketiga terbesar dengan peratusan lebih 17 peratus daripada jumlah penduduk. Terdapat juga penduduk beragama lain seperti Hindu atau tidak beragama yang membentuk kumpulan minoriti di daerah ini.
Agama | Jumlah |
---|---|
Kristian | 127,372 |
Islam | 70,749 |
Buddha | 43,923 |
Tidak diketahui | 3,314 |
Tidak beragama | 2,423 |
Lain-lain | 743 |
Hindu | 353 |
Jumlah | 248,877 |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b "Key Findings of Population and Housing Census of Malaysia 2020" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-2000-85-3.
- ^ a b "MyCendash-Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020". dosm.gov.my. Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 2023-12-16.
- ^ "Indikator Utama Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 Pihak Berkuasa Tempatan" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-253-697-0. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2023-07-24. Dicapai pada 2023-07-24.