Pergi ke kandungan

Theophrastus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Versi boleh cetak tidak lagi disokong dan mungkin ada ralat persembahan. Sila kemas kini tanda buku pelayar anda dan sila guna fungsi cetak pelayar lalai pula.
Patung Theophrastus
Historia plantarum, 1549

Theophrastus (Bahasa Yunani Θεόφραστος, lahir 370 SM — mati 285 SM), adalah seorang ahli falsafah Yunani purba. Beliau merupakan penerus Aristotles di sekolah Peripatetik, dan ia sendiri berasal dari Eressos di Pulau Lesbos. Kisah hidup dan biografinya diceritakan dalam Lives of the Philosophers (Hidup Ahli Falsafah) karangan Diogenes Laertius. Nama depannya adalah Tyrtamus, namun kemudian beliau dipanggil dengan nama "Theosprastos", yang diberikan oleh Aristotles kepadanya. Menurut beberapa sumber, nama ayahnya adalah Messapus, yang berkahwin dengan Argiope dan juga ayah dari Cecyron, tapi masih belum dipastikan.

Beliau pertama kali mempelajari falsafah dari Leucippus atau Alcippus di Lesbos. Setelah itu, beliau pergi ke Athena, dan menjadi anggota kelompok Plato. Setelah meninggalnya Plato, Theophrastus mengikuti Aristotles, dan menemaninya ke Stagira. Di sana, beliau berkawan rapat dengan Callisthenes, yang kemudian belajar bersama-sama Alexander Agung.

Aristotles menjadikannya sebagai wali dari anak-anaknya, serta mewariskan perpustakaan dan karya-karya aslinya pada Theophrastus[1] dan mengangkatnya sebagai warisnya di Lyceum (sekolah Yunani). Eudemus dari Rhodes juga menginginkan jawatan tersebut, dan Aristoxenus disebutkan marah atas pilihan Aristoteles. Dalam pimpinannya sekolah tersebut menjadi sangat maju, menurut Diogenes, jumlah siswa pernah mencapai 2000. Menander merupakan salah satu muridnya. Theosprastus sangat terkenal pada zamannya, ia dihormati oleh Philip II, Cassander dan Ptolemy.

Theophrastus memimpin sekolah Peripatetic selama 35 tahun, dan meninggal pada umur 85, menurut Diogenes. Kononnya beliau berkata "Kita meninggal ketika kita baru mula hidup." Ia lalu dikebumikan secara besar-besaran, dan "seluruh rakyat Athena, amat menghormatinya, menghantarnya ke kuburnya" (Diogenes Laertius).

Rujukan

  1. ^ "It may we be that we owe to Theophrastus the publication of some at least of his master's voluminous works." (Hort).

Bacaan

Lihat juga