Pergi ke kandungan

Perpustakaan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Perpustakaan Julio Pérez Ferrero - Cúcuta, Colombia
Bangunan perpustakaan di Kota Damansara, Selangor, Malaysia

Perpustakaan ([pĕr.pus.ta.ka.an]) atau kutubkhanah ([ku.tub.kha.nah]) serta pusat sumber ialah sebuah bangunan yang menyimpan pelbagai koleksi sumber maklumat dan menyediakan perkhidmatan, diuruskan untuk digunakan, dan diuruskan oleh perbadanan awam (pemerintahan), institusi mahupun persendirian. Jika dahulu perpustakaan digunakan untuk menyimpan pelbagai koleksi bahan bercetak seperti buku dan majalah, tetapi disebabkan kepesatan dunia maklumat, perpustakaan kini dijadikan gudang yang menghimpunkan juga pelbagai sumber yang bersifat bahan bercetak, elektronik, mahupun bahan bukan cetakan. Malah, kebanyakan perpustakaan hari ini juga menyediakan perkhidmatan internet untuk kegunaan umum. Perpustakaan terbesar adalah Perpustakaan Kongres.[1]

Istilah perpustakaan terbitan kata dasar pustaka ڤوستاک‎ (ejaan lama ڤستاک‎) bermaksud "buku" atau "kitab"[2] serapan bahasa Sanskrit पुस्तक pustaka;[3] penungkapan ini menyuaigunakan kelaziman menyimpan banyak salinan karya babad istana dan sesurat Jawa lain diatur kerabat-kerabat diraja besar yang memerintah dalam pulau tersebut.[4]

Jenis-jenis perpustakaan

[sunting | sunting sumber]

Perpustakaan negara

[sunting | sunting sumber]
Perpustakaan Negara Iran.

Perpustakaan negara merupakan perpustakaan terbesar untuk sesebuah negara dan mempunyai koleksi terbanyak serta menjadi pusat rujukan utama. Kebanyakan perpustakaan negara juga dijadikan "Pusat Bibliografi Negara". Pengguna untuk perpustakaan negara adalah orang awam sama ada rakyat negara terbabit atau masyarakat luar (terutama penyelidik yang mahu membuat kajian terhadap negara terbabit). Belanjawan perpustakaan negara adalah di bawah kerajaaan yang mentadbir sesebuah negara itu. Contoh perpustakaan negara ialah Perpustakaan Negara Malaysia.

Perpustakaan akademik

[sunting | sunting sumber]
Perpustakaan akademik di Johor, Malaysia.

Perpustakaan akademik merujuk kepada perpustakaan yang terdapat di institut pengajian tinggi dan koleksi-koleksinya berasaskan kursus yang terdapat di pusat pengajian tinggi tersebut. Ia dibuka kepada para pelajar, pensyarah dan penyelidik luar. Contoh perpustakaan akademik ialah Perpustakaan Universiti Sains Malaysia Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ, Universiti Teknologi Malaysia), Perpustakaan Tun Dr Ismail (UiTM, Johor), Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ, Universiti Malaysia Terengganu, UMT) dan Perpustakaan Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Perpustakaan awam

[sunting | sunting sumber]
Perpustakaan awam di Melaka, Malaysia.

Perpustakaan awam merujuk kepada perpustakaan negeri. Perpustakaan awam dibiayai oleh kerajaan negeri masing-masing dan koleksinya adalah menyeluruh. Penggunanya adalah sama seperti perpustakaan negara tetapi ia lebih menekankan kepada masyarakat setempat. Contoh perpustakaan awam ialah Perpustakaan Awam Melaka.

Perpustakaan khusus

[sunting | sunting sumber]

Kebanyakan perpustakaan khusus adalah perpustakaan yang dibina oleh syarikat-syarikat persendirian yang mempunyai koleksi berkaitan perniagaan mereka. Sebagai contoh Perpustakaan Khusus SIRIM yang mengandungi koleksi hanya berkaitan SIRIM sahaja. Penggunanya pula adalah kakitangan SIRIM dan penyelidik luar yang mahu maklumat mengenai SIRIM.

Pusat sumber

[sunting | sunting sumber]

Apabila berkata mengenai pusat sumber, ia lebih merujuk kepada pusat sumber sekolah. Koleksinya pula hendaklah berkaitan dengan kurikulum dan kokurikulum dan ko-akademik sekolah. Namun permasalahan yang terdapat di dalam pusat sumber kini adalah kekurangan koleksi berbentuk ilmiah dan kebanyakan pusat sumber hanya menumpukan kepada koleksi berbentuk luar dari ilmiah seperti novel.

Pusat Sumber Sekolah bukan hanya sekadar bilik-bilik tertentu, tetapi keseluruhan prasarana yang terdapat di sekolah, bermula dari pintu pagar hingga ke seluruhan kawasan sekolah yang menjadi sumber pendidikan. Ianya termasuk bilik-bilik khas, taman-taman, kantin atau apa sahaja yang boleh dijadikan rujukan.

Selain daripada 5 jenis perpustakaan di dunia, terdapat pecahan kecil yang mengungkai cara perpustakaan-perpustakaan ini bergerak iaitu:

Jabatan-jabatan di dalam perpustakaan

[sunting | sunting sumber]
  • Jabatan Pemerolehan
  • Jabatan Pengkatalogan
  • Jabatan Pengedaran
  • Jabatan Automasi
  • Jabatan Bersiri
Bilik Bacaan Muzium British, London. Bangunan ini telah digunakan sebagai bilik bacaan utama Perpustakaan British dan kini telah dijadikan bahan pameran muzium.

Perpustakaan terkenal di dunia

[sunting | sunting sumber]
Perpustakaan Kongres

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Statistics - The Library of Congress is the largest library in the world, with more than 158 million items on approximately 838 miles of bookshelves.
  2. ^ "pustaka". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  3. ^ Monier-Williams, Monier (1981). A Sanskrit-English Dictionary. Delhi, Varanasi, Patna: Motilal Banarsidass. m/s. 872. - melalui Edi Sedyawati dkk. (1994). Kosakata Bahasa Sanskerta dalam Bahasa Melayu Masa Kini (PDF). Jakarta, Indonesia: Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Departemen Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. m/s. 153–154. ISBN 979-459-416-4.[pautan mati kekal]
  4. ^ Proudfoot, Ian (2002). "From recital to sight-reading: The silencing of texts in Malaysia". Indonesia and the Malay World. 30 (87): 117–144. doi:10.1080/1363981022000005253.

Panduan perpustakaan

[sunting | sunting sumber]

Sumber lain

[sunting | sunting sumber]