Geseran glotis bersuara
Penampilan
Nombor AFA | 147 | ||
---|---|---|---|
Pengekodan | |||
X-SAMPA | h\ | ||
| |||
Sampel audio | |||
Geseran glotis bersuara ialah sejenis bunyi konsonan yang terdapat dalam sebilangan bahasa lisan, dilambangkan oleh aksara ɦ dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA) dan h\ dalam X-SAMPA.
Ciri-ciri
[sunting | sunting sumber]Ciri-ciri geseran glotis bersuara:
- Jenis pembunyiannya adalah bersuara mengah, atau berdesir, iaitu tali vokal bergetar dengan longgar, dengan lebih banyak udara keluar berbanding bunyi bersuara modus.
- Dalam sesetengah bahasa, cara artikulasinya adalah geseran yang disempitkan. Walaupun begitu, selalunya ia merupakan keadaan peralihan glotis tanpa cara artikulasi selain jenis pembunyiannya. Ramai ahli fonetik tidak menerimanya sebagai geseran kerana tiadanya penyempitan lain bagi menggeserkan rongga vokal. Konsonan geseran sebenar boleh berbunyi desir-desir di samping menghasilkan geseran di tempat lain. Apapun, istilah "geseran" dikekalkan atas sebab-sebab kebiasaan.
- Daerah artikulasinya dianggap sebagai glotis, tetapi mungkin tiada penyebutan geseran, maka istilah "glotis" ini bemaksud sebutan pada lipatan vokal, tetapi ini sebenarnya sifat pembunyiannya, bukannya artikulasi yang berlainan. Semua konsonan kecuali glotis, dan semua vokal, ada daerah artikulasit sendiri di samping keadaan glotis. Seperti konsonan-konsonan yang lain, sebutan [ɦ] dipengaruhi oleh vokal-vokal sebelum dan selepasnya, dan [ɦ] adakalanya disampaikan sebagai vokal bersuara mengah yang sedaerah artikulasi dengan vokal-vokal di sebelum dan selepasnya.
- Ini ialah sejenis konsonan lisan, iaitu udara dibenarkan keluar melalui mulut.
- Disebabkan tidak disebut dengan lidah, maka tiada ertinya menentukan sama ada konsonan ini adalah konsonan tengah atau sisian.
- Mekanisme arus udaranya adalah egresif pulmonik, iaitu disebut dengan menolak udara keluar dari paru-paru melalui saluran vokal, dan bukannya dari glotis atau mulut.
Penggunaan
[sunting | sunting sumber]Bahasa | Perkataan | IPA | Erti | Catatan | |
---|---|---|---|---|---|
Czech | [[[Ortografi bahasa Czech|hora]]] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) | [ˈɦora] | 'gunung' | Rujuk fonologi bahasa Czech | |
Belanda[1] | [[[Ortografi bahasa Belanda|haat]]] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) | [ɦaːt] | 'benci' | Rujuk fonologi bahasa Belanda | |
Cina | Shanghai | 鞋 | [ɦa] | 'kasut' | |
Finland | [[[Abjad Finland|raha]]] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) | [rɑɦɑ] | 'duit' | Rujuk fonologi bahasa Finland | |
Ibrani | מהר | [maɦeʁ] | 'cepat' | Rujuk fonologi bahasa Ibrani | |
Inggeris | RP [2] | [[[Ortografi bahasa Inggeris|behind]]] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) | [bɪˈɦaɪnd] | 'di belakang' | Sesetengah penutur. Rujuk fonologi bahasa Inggeris |
Kalabari[3] | hóín | [ɦóĩ́] | 'pengenalan' | ||
Silesia | [[[Abjad Rumi|hangrys]]] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) | [ɦaŋɡrɨs] | 'gooseberry' | ||
Slovak | [[[Abjad Rumi|hora]]] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) | [ˈɦɔra] | 'gunung' | ||
Ukraine | гора | [ɦɔˈra] | 'gunung' | Rujuk fonologi bahasa Ukraine | |
Zulu | [[[Abjad Rumi|ihhashi]]] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) | [iːˈɦaːʃi] | 'kuda' |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Gussenhoven (1992:45)
- ^ Roach (2004:241)
- ^ Harry (2003:113)
Bibliografi
[sunting | sunting sumber]- Gussenhoven, Carlos (1992), "Dutch", Journal of the International Phonetic Association, 22 (2): 45–47
- Harry, Otelemate (2003), "Kalaḅarị-Ịjo", Journal of the International Phonetic Association, 33 (1): 113–120
- Laufer, Asher (1991), "Phonetic Representation: Glottal Fricatives", Journal of the International Phonetic Association, 21 (2): 91–93
- Roach, Peter (2004), "British English: Received Pronunciation", Journal of the International Phonetic Association, 34 (2): 239–245