29 Ogos
Penampilan
<< | Ogos | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | ||||
4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 |
11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 |
18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 |
25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 |
2024 |
29 Ogos merupakan hari ke-241 (hari ke-242 dalam tahun lompat) dalam takwim Gregorius. Tinggal 124 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan hari perayaan John Pembaptis dipancung (Kristian).
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]- 1526 - Angkatan tentera Uthmaniyyah di bawah Sulaiman al-Qanuni (gambar) menewaskan dan membunuh r Raja Lajos II dalam Pertempuran Mohács.
- 1533 - Maharaja Atahualpa dihukum bunuh pihak conquistador di Cajamarca semasa penaklukan Sepanyol ke atas Empayar Inca.
- 1541 - Empayar Uthmaniyah menawan kota Buda, ibu kota Kerajaan Hungary.
- 1756 - Frederick II dari Prusia (gambar) melancarkan serangan sangkal ke atas Sachsen, memulakan Perang Tujuh Tahun.
- 1907 - Jambatan Quebec, rentang jambatan julur terpanjang di dunia kini, runtuh semasa dibina dan membunuh 75 orang pekerja.
- 1944 - Perang Dunia Kedua: Askar Slovakia berpaling terhadap rejim pro-Nazi Jozef Tiso dan Wehrmacht Jerman, memulakan Pemberontakan Kebangsaan Slovakia.
- 1995 - Upacara Pelancaran Putrajaya disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad di Sepang, Selangor. Pelancaran Putrajaya ini adalah satu keputusan yang dibuat oleh kerajaan persekutuan bagi memindahkan pusat pentadbirannya daripada Kuala Lumpur ke sini.
- 2005 - Luruan ribut Taufan Katrina mengakibatkan rekahan pada tetambak di sekitar New Orleans, Louisiana, dan membanjiri 80 peratus bandar tersebut, mengakibatkan lebih 1,800 kematian.
- 2007 - Abdullah Gül dipilih sebagai Presiden Turki ke-11.
- 2008 - Perarakan bantahan konsert Avril Lavigne ke Stadium Merdeka, Kuala Lumpur diadakan oleh Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis).
- 2011 - Yoshihiko Noda menjadi Perdana Menteri Jepun selepas Naoto Kan meletak jawatan.
Kelahiran
[sunting | sunting sumber]- 1632 – John Locke, filsuf Inggeris (meninggal 1704)
- 1755 - Jan Henryk Dabrowski, jeneral berbangsa Poland (meninggal 1818)
- 1862 - Andrew Fisher, Perdana Menteri Australia ke-5 (meninggal 1928)
- 1871 - Albert François Lebrun, jurutera dan ahli politik Perancis, Presiden Perancis ke-15 (meninggal 1950)
- 1876 - Kim Koo, Presiden Pemerintah Sementara Republik Korea ke-6 (meninggal 1949)
- 1955 - Victor Hutabarat, seorang penyanyi Indonesia.
- 1958 - Michael Jackson, seorang penyanyi, penghibur, penari dan artis rekod Amerika Syarikat (meninggal 2009)
- 1981 - Hatim Ammor, pelakon dan penyanyi lelaki Maghribi
Kematian
[sunting | sunting sumber]- 1904 - Murad V, Sultan Empayar Uthmaniyyah
- 1966 - Sayyid Qutb, penulis, penyajak dan pemikir Mesir (lahir 1906)
- 1975 – Éamon de Valera, askar dan negarawan Ireland, Presiden Ireland ke-3 (lahir 1882)
- 1982 - Ingrid Bergman, pelakon Sweden (lahir 1915)
- 2007 - Pierre Messmer, Perdana Menteri Perancis ke-154 (lahir 1916)