Pergi ke kandungan

418 SM

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Milenium: milenium pertama SM
Abad:
Dekad:
Tahun:


Peristiwa

[sunting | sunting sumber]

Mengikut tempat

[sunting | sunting sumber]
  • Melalui berjanji untuk mencapai kejayaan pada masa depan, Raja Agis II dari Sparta mengelakkan hukuman istananya dibakar serta denda sebanyak 100,000 drachmae kerana gagal memanfaatkan kesempatan semasa perang.
  • Pertempuran Mantinea merupakan pertempuran darat yang terbesar dalam Perang Peloponnesus (dengan sehingga 10,000 orang askar bagi setiap pihak). Sparta di bawah Raja Agis II mencapai kemenangan yang utama terhadap Argos (dan sekutu-sekutunya, iaitu Athens, Ellis, dan Mantinea), yang telah memecahkan perjanjiannya dengan Agis II, raja Sparta, atas desakan Alcibiades. Dari segi Sparta, kemenangan utama Agis II ini menebus kedamaian sementara dengan Argos yang lebih awal. Laches, komander tentera Athens, dibunuh dalam pertempuran.
  • Tertarik dengan kejayaan Sparta, penduduk-penduduk Argos menukarkan kerajaan demokrasinya kepada pemerintahan dikit dan menamatkan bantuannya kepada Athens supaya dapat membuat perikatan dengan Sparta. Banyak daripada sekutu-sekutu Argos juga berbuat demikian. Athens semakin dipencilkan.
  • Alcibiades mendesak Athens supaya menaklukkan Syracuse, Sicily dan Carthage supaya dapat menambahkan bilangan askar yang diperlukan untuk menamatkan peperangan dengan Sparta. Rancangan serangannya yang berani ini menawan hati penduduk-penduduk Athens.

Kelahiran

[sunting | sunting sumber]
  • Laches, orang bangsawan dan jeneral Athens (lahir k.k. 475 SM)