Abdul Samad Idris
Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Seri Utama Haji Abdul Samad Idris PMN; SPNS (NS); DPMJ (Johor); JMN, AMN; PJK (NS) | |
---|---|
Menteri Kerajaan Malaysia | |
Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Malaysia | |
Dalam jawatan 1976–1981 | |
Didahului oleh | Ali Ahmad |
Digantikan oleh | Mokhtar Hashim |
Menteri Tak Berportfolio | |
Dalam jawatan Mac 1976 – April 1976 | |
Timbalan Menteri Kerajaan Malaysia | |
Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri | |
Dalam jawatan 1974–1975 | |
Didahului oleh | Mohamed Yaacob |
Digantikan oleh | Shariff Ahmad |
Menteri Muda Pembangunan Negara dan Luar Bandar | |
Dalam jawatan 1971–1974 | |
Didahului oleh | Penyandang sulung |
Digantikan oleh | Mustapha Abdul Jabbar (sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar) |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Jelebu | |
Dalam jawatan 31 Julai 1978 – 29 Mac 1982 | |
Didahului oleh | Rais Yatim |
Digantikan oleh | Rais Yatim |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Kuala Pilah | |
Dalam jawatan 20 Februari 1971 – 12 Jun 1978 | |
Didahului oleh | Bahaman Samsudin |
Digantikan oleh | Mansor Othman |
Timbalan Menteri Besar Negeri Sembilan | |
Dalam jawatan 1964–1969 | |
Menteri | Mohamed Said Mohamed |
Kawasan pilihan raya | Seri Menanti |
Ahli Dewan Undangan Negeri Sembilan bagi Seri Menanti | |
Dalam jawatan 1959–1969 | |
Didahului oleh | Jawatan baharu |
Digantikan oleh | Mansor Othman |
Ahli Dewan Undangan Negeri Sembilan bagi Johol | |
Dalam jawatan 1955–1959 | |
Didahului oleh | Jawatan baharu |
Digantikan oleh | Abu Kassim Saad |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Kampung Bukit Tempurung, Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan | 23 Oktober 1923
Mati | 16 Oktober 2003 Hospital Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia | (umur 79)
Cause of death | Angin ahmar |
Parti politik | Barisan Nasional UMNO |
Tan Sri Dato' Seri Utama Haji Abdul Samad bin Idris (23 Oktober 1923 – 16 Oktober 2003) ialah seorang ahli politik Malaysia kelahiran Negeri Sembilan. Beliau merupakan bekas Timbalan Menteri Besar Negeri Sembilan dan pernah menyertai Jemaah Kabinet Malaysia sebagai menteri dan timbalan menteri. Beliau juga merupakan seorang budayawan, sejarawan dan wartawan di Malaysia.
Latar belakang
[sunting | sunting sumber]Abdul Samad dilahirkan di Kampung Bukit Tempurung, Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 23 Oktober 1923. Beliau mula menulis pada tahun 1945 ketika menjadi wartawan akhbar Majlis dan Utusan Melayu.
Berkempen di Sarawak
[sunting | sunting sumber]Sekitar tahun 1962, Abdul Samad Idris pergi berkempen di seluruh negeri Sarawak agar penduduk di sana menyokong kemasukan Sarawak menyertai Malaysia. Beliau turut disertai oleh Mohamed Ghazali bin Jawi. Mereka mengharung arus Sungai Sarawak bagi membawa ketua masyarakat yang berpengaruh menghilir sungai ke Kuching.[1]
Pilihan raya
[sunting | sunting sumber]Dalam Pilihan raya umum Malaysia 1969 , Abdul Samad Idris menang bertanding di DUN Seri Menanti.Selepas memenangi kawasan Seri Menanti, beliau dilantik sebaga Timbalan Menteri Besar Negeri Sembilan. Dalam Pilihan raya umum Malaysia 1969, Abdul Samad Idris bertanding di parlimen Kuala Pilah menggantikan Datuk Bahaman Samsudin.
Timbalan Menteri Besar Negeri Sembilan
[sunting | sunting sumber]Beliau pernah menjadi Timbalan Menteri Besar Negeri Sembilan. Selepas beliau jawatan itu dimansuhkan. Ketika itu Menteri Besar ialah Dr Mohamed Said bin Mohamed. Dalam pilihan raya 1969, Dr Mohamed Said yang direkomen oleh rakan-rakannya menjadi Menteri Besar telah meletak jawatan Menteri Besar. Beliau memberi alasan mahu menumpukan kerjayanya sebagai doktor perubatan di kliniknya. Kerajaan pusat telah membawa orang baru iaitu Mansor Othman seorang eksekutif syarikat Shell di Port Dickson bertanding dalam pilihan raya.
Pernah menjadi Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan pada tahun 1970-an. Selepas persaraannya Tan Sri A. Samad Idris terus aktif dalam bidang penulisan terutamanya mengenai adat dan budaya di Negeri Sembilan. Beliau juga aktif membantu anak-anak seni dalam dunia perfileman melalui jawatannya sebagai Pengerusi Finas.
Meninggal dunia
[sunting | sunting sumber]Tan Sri Abdul Samad Idris meninggal dunia pada 16 Oktober 2003 selepas dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana serangan angin ahmar.[2]
Anugerah dan pengiktirafan
[sunting | sunting sumber]Darjah kebesaran
[sunting | sunting sumber]- Tanah Melayu
- Ahli Mangku Negara (A.M.N.) (1958)
- Malaysia
- Johan Mangku Negara (J.M.N.) (1967)
- Panglima Mangku Negara (P.M.N.) – Tan Sri (1981)
- Johor
- Darjah Dato' Paduka Mahkota Johor (D.P.M.J.) – Dato' (1979)
- Negeri Sembilan
- Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K.)
- Darjah Seri Utama Negeri Sembilan (S.P.N.S.) – Dato' Seri Utama (1985)
Hasil karya
[sunting | sunting sumber]- Biografi Tan Sri Abdul Samad Idris oleh Dharmala N.S./Abdul Muluk bin Daud, Penyelidikan Budaya Muzium Negeri Sembilan, 2003
- Abdul Samad Idris; Abdul Muluk Daud (Dharmala NS); Haji Muhammmad Tainu; Norhalim Hj Ibrahim (1994). Negeri Sembilan gemuk berpupuk segar bersiram: Luak Tanah Mengandung. Seremban: Jawatankuasa Penyelidikan Budaya, Negeri Sembilan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus. ISBN 9789839984927.
- Abdul Samad Idris (1996). Luak Johol: Negeri Sembilan, gemuk berpupuk segar bersiram. Seremban: Jawatankuasa Penyelidikan Budaya, Muzium Negeri Sembilan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus. ISBN 9789839984941.
- Abdul Samad Idris (1994). Luak Jelebu: Negeri Sembilan, gemuk berpupuk segar bersiram. Seremban: Jawatankuasa Penyelidikan Budaya, Muzium Negeri Sembilan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus. ISBN 9789839984934.
- Abdul Samad Idris (1983). Askar Melayu 50 tahun. Kuala Lumpur: Pustaka Budiman.
- Abdul Samad Idris (1968). Negeri Sembilan dan sejarah-nya. Kuala Lumpur: Penerbitan Utusan Melayu.
- Abdul Samad Idris (1987). Takhta kerajaan Negeri Sembilan. Kuala Lumpur: Utusan Printcorp.
- Abdul Samad Idris (1994). Adat merentas zaman : Negeri Sembilan, gemuk dipupuk, segar bersiram. Seremban: Jawatankuasa Penyelidikan Budaya Negeri Sembilan Dengan Kerjasama Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus.[3]
- Abdul Samad Idris (1989). Buat baik berpada-pada--. Kuala Lumpur: Pustaka Budiman.
- Abdul Samad Idris (1982). 25 [Dua puluh lima] tahun merdeka. Kuala Lumpur: Pustaka Budiman.
- Abdul Samad Idris; Naharudin Ali (1996). Jejak-jejak pejuang. Kuala Lumpur: Utusan Publications.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Politik Negeri Sembilan[pautan mati kekal]
- ^ "Samad Idris meninggal". Berita Harian. 16 October 2003. Dicapai pada 6 Oktober 2021.
- ^ "Karisma PEN - Biografi Penulis Negeri Sembilan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-07. Dicapai pada 2011-10-24.
- Kelahiran 1923
- Kematian 2003
- Anggota Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
- Orang dari Negeri Sembilan
- Ahli Dewan Undangan Negeri Sembilan pertama
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-3
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-4
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-5
- Penerima Darjah Seri Utama Negeri Sembilan
- Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Malaysia
- Menteri Tanpa Portfolio Malaysia
- Penulis Malaysia
- Ahli Dewan Undangan Negeri Sembilan ke-2
- Penerima Darjah Dato’ Paduka Mahkota Johor