Adrian Teh
Adrian Teh | |
---|---|
Kelahiran | Adrian Teh Kean Kok 1 September 1984 |
Warganegara | Malaysia |
Pekerjaan | Pengarah filem, penulis, penerbit, pelakon & Ketua Pegawai Eksekutif di ACT 2 Pictures |
Tahun aktif | 2010–kini |
Terkenal kerana | PASKAL |
Karya terkenal | Ice Kacang Puppy Love The Wedding Diary The Wedding Diary 2 PASKAL WIRA MALBATT: Misi Bakara Gold Reversi |
Adrian Teh Kean Kok (lahir 1 September 1984) ialah pengarah, penulis dan penerbit filem Malaysia yang terkenal dengan filem PASKAL, WIRA dan MALBATT: Misi Bakara.
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Adrian Teh merupakan penerbit eksekutif kepada Ice Kacang Puppy Love dan pada 2010, beliau mengarah filem pertamanya iaitu Lelio Popo.
Pada tahun 2012, Adrian mengarah satu lagi filem, The Wedding Diary yang dibintangi oleh Ah-Niu (pelawak tempatan), pelakon Hong Kong iaitu Elanne Kong dan Kara Hui. Pada 2014, beliau menjadi penerbit eksekutif kepada Hungry Ghost Ritual di bawah arahan pelakon Hong Kong, Nick Cheung.
Pada tahun 2014, Adrian mengarahkan filem komedi King Of Mahjong, yang dibintangi oleh pelakon dari Malaysia, Singapura, Hong Kong dan Taiwan. Adrian juga Pengerusi Persatuan Filem Cina Malaysia (CFAM), dan persatuan itu telah menganjurkan anugerah filem Cina pertama - Anugerah Golden Wau pada tahun 2013. Beliau berharap untuk meningkatkan kualiti filem tempatan China dan beliau juga adalah 3 finalis pada 2013 bagi kategori Ten Outstanding Young Malaysian Awards.[1]
Pada tahun 2018, Adrian mula dikenali dengan filem PASKAL yang ditayangkan merupakan filem yang diinspirasikan dari kisah benar. Filem itu merupakan kejayaan komersial apabila mendapat kutipan RM30.08 juta di negara Malaysia dan Singapura. Panglima TLDM berpuas hati dan mengucapkan syabas kepada pasukan filem ini terutama Asia Tropical Films, syarikat lama di mana Adrian bekerja.[2]
Beliau meneruskan kerjaya beliau dengan mengarahkan filem pertama di bawah produksi ACT 2 Pictures, WIRA dengan Yayan Ruhian membuat penampilan serta menjadi pengarah lagak ngeri. Selain Yayan, Hairul Azreen, Fify Azmi, Dain Said, Ismi Melinda, Josiah Hogan dan ramai lagi juga berlakon dalam filem tersebut.[3][4]
Beliau telah diberikan pengiktirafan oleh Tatler Asia sebagai '2021 Asia Most Influential MY'.[5]
Beliau mengarah dan menerbitkan filem dengan bajet terbesar di Malaysia iaitu MALBATT: Misi Bakara yang ditayangkan pada 24 Ogos 2023.[6]
Kolaborasi
[sunting | sunting sumber]Adrian mempunyai beberapa pelakon yang berlakon di dalam lebih daripada satu filem arahannya. Hairul Azreen, Henley Hii dan Theebaan G ialah pelakon paling kerap berkolaborasi, muncul dalam lima filem. Sementara Taufiq Hanafi, Fabian Loo dan Tony Eusoff muncul dalam empat filem.
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Filem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Dikreditkan sebagai | Catatan | ||
---|---|---|---|---|---|
Pengarah | Penerbit | Penulis | |||
2010 | Ice Kacang Puppy Love | ||||
Lelio Popo | Filem arahan pertama | ||||
2012 | The Wedding Diary | ||||
The Golden Couple | |||||
The Collector | |||||
2013 | The Wedding Diary 2 | ||||
2014 | Balistik | ||||
The Great Lion Kun Seng Keng[7] | |||||
Hungry Ghost Ritual | |||||
Reclaim | |||||
2015 | King of Mahjong | ||||
The Noise | Le Ren; sebagai pelakon | ||||
Find My Dad | |||||
2016 | Let's Eat[8] | ||||
2017 | Goodbye Mr. Loser | ||||
2018 | The Cursed | ||||
PASKAL | Kapten Stanley; sebagai pelakon | ||||
2019 | WIRA | ||||
2020 | Pasal Kau! | Staf hotel; sebagai pelakon | |||
2021 | Ada Hantu | ||||
2022 | The Assistant | ||||
Ada Hantu 2 | |||||
2023 | MALBATT: Misi Bakara | Imran; sebagai pelakon | |||
La Luna | |||||
2024 | Gold | ||||
Reversi | |||||
2025 | Martabat: Misi Berdarah | Pos-produksi | |||
TBA | Magik Rompak | Dalam produksi | |||
Dendam Dari Pusara | Dalam perancangan |
Drama
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Dikreditkan sebagai | Saluran TV | |
---|---|---|---|---|
Pengarah | Penerbit | |||
2021 | Model Family | Celestial Movies | ||
2021–2022 | Dukun Diva | Astro Citra |
Anugerah dan pencalonan
[sunting | sunting sumber]Tahun | Anugerah | Kategori | Karya tercalon | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2018 | Festival Filem Malaysia ke-30 | Pengarah Terbaik | PASKAL | Tercalon |
2019 | Festival Filem Malaysia ke-31 | WIRA | Tercalon |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Adrian Teh JCI TOYM Awards 2013". www.toym.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-01-12. Dicapai pada 2016-01-11.
- ^ "'Syabas kepada semua' - Panglima TLDM puas hati dengan Paskal the Movie". Astro Awani. 28 Oktober 2018.
- ^ The Hive Asia. ""Wira" will kick off Adrian Teh's local heroes cinematic universe" (dalam bahasa Inggeris). Yahoo! Asia. Dicapai pada 15 Ogos 2023.
- ^ Mumtaj Begum (25 Oktober 2019). "New film 'Wira' kicks into high gear with its action sequences" (dalam bahasa Inggeris). The Star. Dicapai pada 15 Ogos 2023.
- ^ "Adrian Teh". Tatler Asia. Dicapai pada 19 Jun 2023.
- ^ Haryati Karim (10 September 2022). "Kos RM20 juta, Malbatt Misi Bakara filem paling mahal di Malaysia". Kosmo!. Dicapai pada 15 Ogos 2023.
- ^ "Award-winning Lion Dance troupe's roaring success - News | The Star Online". www.thestar.com.my. Dicapai pada 2016-01-11.
- ^ "Let's Eat". cinema.com.my. Dicapai pada 15 Ogos 2023.