Pergi ke kandungan

Africanis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Africanis
Africanis
Nama lainAnjing Afrika
Anjing Bantu
Anjing pemburu Hottentot
Anjing Khoikhoi
Anjing Zulu
Umbwa wa ki-shenzi
Negara asalAfrika Selatan
Trait
Tinggi 50–60 cm (20–24 in)
Bulu Bulu pendek, keras dan tebal;
ubahan berbulu dawai mungkin
Warna Mana-mana
Pengelasan dan piawaian
FCI Kumpulan KUSA: Baka Muncul Seksyen # [Tidak diiktiraf; KUSA (Piawaian)]
Tidak diiktiraf oleh mana-mana kelab kenel utama
CatatanDiiktiraf oleh Kennel Union of Southern Africa
Anjing (Canis lupus familiaris)

Africanis (Sebutan bahasa Melayu: [afrikaˈnɪs]) ialah satu baka tempatan anjing Afrika Selatan. Ia dipercayai berasal usul purba, terus diturunkan daripada hound dan anjing paria Afrika purba, diperkenalkan ke Lembah Nil dari Levant. Nama Swahili untuk baka ini ialah umbwa wa ki-shenzi bermakna anjing biasa atau anjing kacuk atau "anjing tradisional". Africanis juga merupakan nama payung untuk semua anjing asli di selatan Afrika.

Sementara Persatuan Africanis Selatan Afrika telah mengkonsepkan istilah "africanis" yang keeropahan untuk mengkapsulkan semua baka anjing Afrika, ada sebilangan jenis khusus dikembangkan oleh beberapa kelompok etnik Afrika dengan nama asli dan nama purba sendiri. Jenis-jenis ini bukan "baka tempatan" seperti diimlakkan oleh Persatuan Africanis, tetapi sebaliknya merupakan jenis unik dikembangkan untuk keadaan tertentu, dan yang menunjukkan perbezaan jenis dengan yang lain.

Persatuan Africanis Selatan Afrika bertujuan untuk memulihara africanis sebagai baka tempatan daripada mengembangkannya sebagai baka. Sementara africanis diiktiraf oleh Kennel Union of South Africa (KUSA) sebagai baka muncul, penyelidik di tapak, seperti ahli antropologi Sian Hall, berpegang bahawa pelbagai jenis anjing Afrika asli berlainan telah pun dikembangkan, selama beribu-ribu tahun, kerana jenis disesuaikan dengan keadaan tertentunya oleh orang-orang peribumi Afrika sendiri. Lalu, ia tidak perlu dianggap secara keeropahan sebagai "baka muncul" oleh Institusi Anjing Eropah. Hall berpegang bahawa anjing-anjing ini telah pun dikembangkan sebagai jenis tersendiri sesama pelbagai kelompok etnik Afrika dan bahawa setiap satu layak dianggap dan diiktiraf sedemikian. Ikutannya, satu perihal baka tidak boleh diperuntukkan kepada banyak jenis anjing asli berlainan di benua Afrika.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]