Pergi ke kandungan

Al-Risalah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Al-Risalah
Fail:Alrisalah.jpg
Umum
PengarangImam Syafie
BahasaBahasa Arab
SubjekFiqah Islam

Kitab Al-Risalah[1] (Arab: الرسالة) atau nama penuhnya Kitab ar-Risāla fī Uṣūl al-Fiqh (كتاب الرسالة في أصول الفقه) ialah sebuah kitab berkaitan fiqah Islam oleh Muhammad bin Idris al-Syafii (Imam Shafie).

Dalam kitab ini, Imam Shafie telah menetapkan empat sumber syariat, meskipun penetapan ini dilakukan oleh pengkaji kitab ini berbanding dengan Imam Shafie sendiri.[2][3]

Dua sumber utama yang ditetapkan ialah Al-Quran dan Sunnah. Selain itu, kebanyakan pengkaji menganggap bahagian persetujuan bersama (ijmak) dan kajian perbandingan (kias) yang disebut oleh beliau sebagai sumber syariat utama.

Berkenaan ijmak, Imam Shafie menetapkan bahawa suatu hukum perlu mendapat persetujuan oleh setiap orang Muslim untuk mendapatkan keputusan yang sebenar.[4] Para pengikut seterusnya mendapati bahawa perkara ini secara asasnya mustahil dan oleh itu, menghuraikan pentakrifan yang diberi secara lebih lanjut.[5]

  1. ^ Wan Azhar Wan Ahmad (2014). "Al-Risalah Karangan al-Imam as-Syafi'i: Pencetus Karya Asas-asas Pensyariatan Islam". Dalam Idris, Khairul Azhar (penyunting). Karya agung tamadun Islam & peradaban Melayu. Kuala Lumpur, Malaysia: Penerbit IKIM. m/s. 9–24. ISBN 9789832636625.
  2. ^ Islamic Jurisprudence: Shafi'i's Risala, trans. by Majid Khadduri, Baltimore: Johns Hopkins University Press, 1961, pp. 19-21 (Translator's Introduction).
  3. ^ McNeill, William H., and Marilyn Robinson Waldman. The Islamic World. University of Chicago Press, 1973.
  4. ^ Khadduri, Introduction to Shafi'i's Risala, m/s 33
  5. ^ Khadduri, m/s. 38-39