Anifah Aman
Yang Berhormat Senator Tan Sri Datuk Seri Panglima Anifah Aman @ Haniff Amman PSM; SSAP (Phg); SPDK (Sbh); DIMP (Phg); PGDK (Sbh) | |
---|---|
Pengerusi Perbadanan Labuan | |
Menyandang jawatan 26 Jun 2023 | |
Perdana Menteri | Anwar Ibrahim |
Penasihat Khas kepada Ketua Menteri Sabah (Perhubungan Antarabangsa dan Pelaburan Asing) | |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Kimanis | |
Dalam jawatan 2004–2019 | |
Ketua Menteri | Hajiji Noor |
Didahului oleh | Nurnikman Abdullah |
Digantikan oleh | Mohamad Alamin |
Majoriti | 5,723 (PRU-13) |
Presiden Parti Cinta Sabah | |
Menyandang jawatan 2020 | |
Didahului oleh | Dr. Nicholas James Guntobun |
Menteri Luar Negeri | |
Dalam jawatan April 2009 – 9 Mei 2018 | |
Perdana Menteri | Najib Razak |
Didahului oleh | Rais Yatim |
Digantikan oleh | Saifuddin Abdullah |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Beaufort | |
Dalam jawatan 1999–2004 | |
Didahului oleh | Nurnikman Abdullah |
Digantikan oleh | Azizah Mohd Dun |
Majoriti | 6800 |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Keningau, Borneo Utara, (kini Sabah, Malaysia) | 16 November 1953
Parti politik | BN-UMNO (-2018) BEBAS[1] (2018-2020) PCS (sejak 25 Julai 2020) |
Pasangan | Datin Sri Siti Rubiah Datuk Abdul Samad |
Anak | 3 |
Saudara | Musa Aman (abang) Yamani Hafez Musa (anak saudara) |
Pekerjaan | Ahli Parlimen |
YB Senator Tan Sri Datuk Seri Panglima Anifah Aman @ Haniff Amman (lahir 16 November 1953) ialah ahli politik Malaysia, bekas Menteri Luar Negeri Malaysia dan bekas Ahli Parlimen Kimanis. Kini, beliau berkhidmat sebagai Penasihat Khas kepada Ketua Menteri Sabah (Perhubungan Antarabangsa dan Pelaburan Asing).
Kehidupan peribadi dan pendidikan
[sunting | sunting sumber]YB Dato' Sri Anifah telah berkahwin dengan Datin Sri Rubiah Datuk Abdul Samad dan mempunyai 3 orang anak. Beliau juga ialah adik kepada Datuk Seri Panglima Musa Aman, Ketua Menteri Sabah pada era Barisan Nasional. Beliau juga ialah graduan Sarjana dalam falsafah ekonomi dan undang-undang dari Kolej Universiti Buckingham (kini Universiti Buckingham), United Kingdom.
Kerjaya politik
[sunting | sunting sumber]Presiden Parti Cinta Sabah
[sunting | sunting sumber]Ansari memberitahu Malaysiakini, dirinya dan Anifah menyertai PCS pada awal bulan ini dan keahlian mereka telah diluluskan oleh majlis tertinggi parti pada 11 Julai.
Anifah keluar dari Umno pada September 2018, ketika Umno beberapa bulan selepas parti itu kalah dalam pilihan raya ke-14 dan juga kehilangan kuasa di Sabah.
Selepas rampasan kuasa yang meruntuhkan kerajaan PH, BN kembali mengusai Putrajaya di bawah gabungan PN.[2]
Pilihan raya
[sunting | sunting sumber]Beliau memasuki politik apabila mula bertanding sebagai calon Barisan Nasional di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias pada pilihan raya 1994. Bagaimanapun, beliau tewas di kerusi DUN Klias dalam satu pertandingan sengit antara Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) pada ketika itu, Datuk Lajim Ukin yang mempertahankan kerusinya dengan majoriti 405 undi. Anifah sekali lagi diberi peluang pada pilihan raya 1999 untuk bertanding kerusi Parlimen Beaufort dan memenanginya.[3]
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari PKR, Ismail Bungsu dengan majoriti sebanyak 5,453 undi. Beliau memperolehi 10,242 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 1,615 undi. Dua lagi calon bebas ialah Jaafar Ismail (4,789) dan Benjamin Basintal (205).[4] Pada 2 Disember 2019, Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya yang membatalkan kemenangan beliau di kerusi Parlimen Kimanis dalam PRU-14, sekaligus memberi laluan bagi pilihan raya kecil diadakan di kawasan itu.[5] Namun, beliau akan bertanding pada PRU-15 yang akan datang.
Jawatan dalam UMNO
[sunting | sunting sumber]- Bendahari UMNO Bahagian Beaufort bemula 1994
- Naib Ketua UMNO Bahagian Beaufort pada penggal 2001-2003
- Ketua UMNO Bahagian Kimanis
Isu dan kontroversi
[sunting | sunting sumber]Menolak Jawatan Timbalan Menteri
[sunting | sunting sumber]Beliau pernah ditawarkan jawatan sebagai Timbalan Menteri Pengangkutan oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi tetapi ditolak. Sebelum pilihan raya 2008, beliau telah menjadi Timbalan Menteri selama 2 penggal.
Disaman kerana dakwa tawar jawatan Timbalan Perdana Menteri
[sunting | sunting sumber]Pada 16 Mei 2009, semasa sidang akhbar bersama Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton di Washington, Anifah Aman mendakwa Anwar Ibrahim menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia kepadanya jika melompat parti UMNO kepada PKR.
Pada 16 Mei 2009, peguam S. N. Nair mewakili Anwar Ibrahim menafikan tawaran tersebut. Beliau dituntut menarik balik kenyataan dan memohon maaf dalam tempoh 24 jam. [6] Pada 27 Mei 2009, writ saman difailkan di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di Kompleks Mahkamah Jalan Duta , Kuala Lumpur pada 2.10 petang oleh firma guaman Messrs S.N.Nair & Partners.Anwar Ibrahim tuntut ganti rugi pampasan RM100 juta, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan dan injunksi untuk menahan Anifah melafaz, bercakap atau menulis atau menerbitkan perkataan fitnah.Anggota Parlimen Kimanis itu sebagai defendan pertama, Menteri Luar sebagai defendan kedua, dan kerajaan Malaysia dinamakan defendan ketiga.[7]
Keputusan pilihan raya
[sunting | sunting sumber]Tahun | Kerajaan | Undi | Peratus | Pembangkang | Undi | Peratus | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1999 | Anifah Aman (UMNO) | 16,009 | 64% | Ak Aliuddin Pg (PBS) | 9,209 | 36% |
Tahun | Kerajaan | Undi | Peratus | Pembangkang | Undi | Peratus | Lain-lain | Undi | Pedratus | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2004 | Anifah Aman (UMNO) | 9,655 | 66% | Awang Tengah Awang Amin (PKR) | 4,547 | 31% | ||||||
2008 | Anifah Aman (UMNO) | 10,242 | 59% | Ismail Bongsu (PKR) | 1,615 | 9% | Jaafar Ismail (Ind)
Benjamin Basintal (Ind) |
4,789
205 |
28%
1% | |||
2013 | Anifah Aman (UMNO) | 13,754 | 61% | Jaafar Ismail (PKR) | 8,031 | 35% | Jamil William Core (SAPP)
Lusin Balangon (STAR) |
650
240 |
3%
1% |
Anugerah
[sunting | sunting sumber]- Malaysia :
- Panglima Setia Mahkota (PSM) – Tan Sri (2023)
- Sabah :
- Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) - Datuk
- Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) - Datuk Seri Panglima
- Pahang :
- Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) - Dato' Sri
- Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) - Dato'
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Anifah Aman pula keluar UMNO
- ^ https://m.malaysiakini.com/news/536191
- ^ "Two 'seniors' upset over positions". New Straits Times. 19 Mac 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 March 2008. Dicapai pada 19 March 2008.
- ^ "Anifah Aman springs surprise, declines deputy minister's post". New Straits Times. 18 Mac 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 March 2008. Dicapai pada 18 March 2008.
- ^ "Anifah akan ambil tindakan undang-undang terhadap SPR". malaysiakini.com. 2019-12-19. Dicapai pada 2020-01-19.
- ^ ""Anwar nafi dakwaan Anifah", Utusan Online. 16 Mei 2009". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-05-18. Dicapai pada 2009-05-16.
- ^ "Anwar Fail Saman Fitnah RM100 Juta Terhadap Anifah", Bernama.com. 27 Mei 2009.
- ^ a b "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 September 2011. Dicapai pada 24 June 2010..
- Kelahiran 1953
- Orang hidup
- Bekas anggota Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
- Muslim Malaysia
- Orang dari Sabah
- Ahli politik Malaysia berketurunan Kadazandusun
- Orang Malaysia berketurunan Pakistan
- Orang Malaysia berketurunan Brunei
- Anggota Parti Cinta Sabah
- Menteri Kerajaan Malaysia
- Menteri Luar Negeri Malaysia
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-10
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-11
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-12
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-13
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-14
- Penerima Darjah Seri Panglima Darjah Kinabalu
- Ahli Dewan Negara, Parlimen Malaysia ke-15
- Penerima Panglima Setia Mahkota