Bahasa Ainu Hokkaido
Bahasa Ainu Hokkaido | |
---|---|
アイヌ・イタㇰ Aynu-itak | |
Sebutan | [ˈainu iˈtak] |
Asli kepada | Jepun |
Kawasan | Hokkaido |
Etnik | 25,000 (1986) hingga sekitar 200,000 (no date) orang Ainu[1] |
Penutur bahasa | 2 (2012)[2] |
Ainu
| |
Kod bahasa | |
ISO 639-2 | ain |
ISO 639-3 | ain |
Glottolog | ainu1240 |
Bahasa Ainu (アイヌ・イタㇰ Aynu-itak) atau lebih tepat lagi bahasa Ainu Hokkaido, ialah bahasa yang dituturkan oleh segelintir orang tua orang Ainu di pulau utara Jepun, Hokkaido. Ia merupakan ahli keluarga bahasa Ainu, sendiri dianggap sebagai keluarga bahasa pencilan tanpa konsensus akademik tentang asal-usulnya.
Sehingga abad ke-20, bahasa-bahasa Ainu – bahasa Hokkaido Ainu yang masih hidup dan bahasa Ainu Kuril dan Ainu Sakhalin yang kini sudah pupus – telah dituturkan di seluruh bahagian selatan pulau Sakhalin dan oleh sebilangan kecil orang di Kepulauan Kuril.
Disebabkan dasar penjajahan yang digunakan oleh kerajaan Jepun, bilangan penutur bahasa Ainu berkurangan sepanjang abad ke-20, dan sangat sedikit orang yang boleh bertutur bahasa tersebut dengan fasih. Hanya ragam Hokkaido yang masih hidup,[3] penutur terakhir bahasa Ainu Sakhalin telah meninggal dunia pada tahun 1994. Bahasa Ainu Hokkaido ialah bahasa nazak, namun terdapat cubaan sedang dibuat untuk membugarkannya.
Menurut Elmer (2019), bahasa-bahasa Ainu ialah bahasa pertembungan, iaitu mempunyai pengaruh kuat daripada pelbagai loghat/bahasa Jepun pada peringkat yang berbeza, yang mencadangkan hubungan awal dan intensif antara bahasa-bahasa tersebut di suatu tempat dalam rantau Tohoku, dengan Ainu meminjam sejumlah besar perbendaharaan kata dan ciri tipologi dari bahasa-bahasa Jepun awal.[4]
Penutur
[sunting | sunting sumber]Menurut UNESCO, bahasa Ainu ialah bahasa terancam,[3] dengan beberapa penutur asli dalam kalangan kira-kira 30,000 orang Ainu di negara itu,[5] jumlah yang mungkin lebih tinggi disebabkan oleh kadar pengenalan diri sebagai Ainu yang berpotensi rendah dalam kalangan penduduk etnik Ainu negara itu.[6] Pengetahuan tentang bahasa tersebut, yang telah terancam sejak sebelum 1960-an, telah menurun secara berterusan sejak itu; pada tahun 2011, hanya 304 orang di Jepun dilaporkan memahami bahasa Ainu sedikit sebanyak.[6]
Setakat 2016, Ethnologue telah menyenaraikan bahasa Ainu sebagai kelas 8b, "hampir pupus".[7]
Pengiktirafan
[sunting | sunting sumber]Kerajaan Jepun telah berputus untuk mengiktiraf bahasa Ainu sebagai bahasa pribumi pada Jun 2008.[3] Setakat 2017, kerajaan Jepun sedang membina kemudahan khusus untuk memelihara budaya Ainu, termasuk bahasanya.[8]
Fonologi
[sunting | sunting sumber]Suku kata dalam bahasa Ainu ialah CV(C); ia mempunyai permulaan suku kata wajib yang terdiri daripada satu konsonan dan satu vokal, dan koda suku kata pilihan yang terdiri daripada konsonan. Gugusan konsonan tidak banyak.
Vokal
[sunting | sunting sumber]Terdapat lima vokal dalam bahasa Ainu:
Depan | Tengah | Belakang | |
---|---|---|---|
Sempit | i | u | |
Sedang | e | o | |
Luas | a |
Konsonan
[sunting | sunting sumber]Dwibibir | Gusi | Lelangit | Velar | Glotis | |
---|---|---|---|---|---|
Letupan | p | t | k | ||
Letusan | t͡s | ||||
Sengauan | m | n | |||
Geseran | s | h | |||
Tamparan | ɾ | ||||
Separuh vokal | j | w |
Letupan /p t ts k/ boleh disuarakan menjadi [b d dz ɡ] antara vokal dan selepas sengauan. Kedua-dua /ti/ dan /tsi/ dinyatawikan sebagai [t͡ʃi], dan /s/ menjadi [ʃ] sebelum /i/ dan pada akhir suku kata. Hentian glotis [ʔ] sering disisipkan pada permulaan perkataan, sebelum vokal berpelat, tetapi tak fonemik.
Bahasa Ainu juga mempunyai sistem pelat pic. Amnya, perkataan yang mengandungi imbuhan mempunyai pic tinggi pada suku kata dalam dasar. Hal ini biasanya akan jatuh pada suku kata pertama jika ia panjang (mempunyai konsonan akhir atau diftong), dan sebaliknya akan jatuh pada suku kata kedua, walaupun terdapat pengecualian untuk pengaman ini.
Tipologi dan tatabahasa
[sunting | sunting sumber]Tipologinya, bahasa Ainu serupa dalam susunan kata (dan beberapa aspek fonologi) dengan bahasa Jepun.
Ainu mempunyai susunan kata berkanun subjek, objek, verba,[9] dan menggunakan kata depan dan bukannya kata dudi. Kata nama boleh bergugus untuk mengubahsuai satu sama lain; hulu diletak di hujung. Kata kerja, yang hakikinya sama ada transitif atau tak transitif, menerima pelbagai imbuhan terbitan. Bahasa Ainu tidak mempunyai jantina tatabahasa. Bentuk jamak ditunjukkan dengan akhiran.[9]
Bahasa Ainu klasik, bahasa yukar, adalah polisintetik, dengan penggabungan kata nama dan kata keterangan; ciri ini sangat berkurangan dalam bahasa basahan moden.
Suara berterap boleh digunakan dalam bahasa Ainu untuk meletakkan kata nama dalam peranan berberi, alatan, berteman, bertempat, berkepada atau berdaripada. Selain kata nama berdiri bebas, peranan ini boleh diberikan kepada kata nama yang digabungkan, dan penggunaan aplikatif sedemikian sebenarnya adalah wajib untuk memasukkan kata nama serong. Seperti penggabungan, suara berterap telah menjadi kurang lazim dalam bahasa Ainu moden.
Bahasa Ainu mempunyai kelas tertutup kata kerja jamak, dan beberapa daripadanya adalah berbekal.
Bahasa Ainu mempunyai sistem imbuhan lisan (ditunjukkan di bawah) yang menandakan persetujuan untuk diri dan kasus. Kasus khusus yang ditanda berbeza mengikut diri, dengan penandaan berlantik-bertuduh untuk diri pertama tunggal, penandaan tripihak untuk diri pertama jamak dan diri nirtentu (atau 'keempat'), dan penandaan langsung atau 'neutral' untuk diri tunggal dan jamak kedua, dan diri ketiga (iaitu imbuhan tidak berbeza mengikut huruf).[10][11]
Subj. Tak Transitif | Subj. Transitif (Agen) | Objek | |
---|---|---|---|
1SG | ku- | en- | |
1PL | -as | ci- | un- |
2SG | e- | ||
2PL | eci- | ||
3 | Ø- | ||
4 | -an | a- | i- |
Tulisan
[sunting | sunting sumber]Bahasa Ainu ditulis dalam aksara Katakana Jepun gubahan terubahsuai, walaupun ada kemungkinan untuk perkataan dan nama pinjaman bahasa Jepun ditulis dalam aksara Kanji (contohnya, "telefon bimbit" boleh ditulis ケイタイデンワ atau 携帯電話 ). Terdapat juga aksara asasan Rumi digunakan. Ainu Times menerbit dalam kedua-duanya. Dalam ortografi Latin, /ts/ dieja c dan /j/ dieja y; hentian glotis, [ʔ], yang hanya berlaku pada mulanya sebelum vokal berpelat, tidak ditulis. Fonem lain menggunakan aksara yang sama seperti transkripsi IPA yang diberikan di atas. Tanda sama dengan (=) digunakan untuk menandakan sempadan morfem, seperti selepas imbuhan awalan. Loghat nadanya dilambangkan dengan pelat tirus dalam aksara Rumi (cth, á). Ini biasanya tidak dilambangkan dalam aksara Katakana.
John Batchelor ialah seorang mubaligh Inggeris yang tinggal dalam kalangan orang Ainu, mempelajari budaya mereka, dan menerbitkan banyak karya tentang bahasa Ainu.[12][13] Batchelor menulis secara meluas, samada karya tentang bahasa Ainu mahupun karya dalam bahasa Ainu. Beliaulah orang pertama yang menulis dalam bahasa Ainu dan menggunakan sistem tulisan untuknya.[14] Terjemahan Batchelor bagi pelbagai buku Alkitab telah diterbitkan dari tahun 1887, dan terjemahannya untuk Perjanjian Baru diterbitkan di Yokohama pada tahun 1897 oleh jawatankuasa bersama British and Foreign Bible Society, American Bible Society, dan National Bible Society of Scotland. Buku lain yang ditulis dalam bahasa Ainu termasuklah kamus, tatabahasa, dan buku-buku tentang budaya dan bahasa Ainu.
Katakana khas untuk bahasa Ainu
[sunting | sunting sumber]Piawaian Unikod wujud untuk peranggu katakana lanjutan (Lanjutan Fonetik Katakana) untuk mengalih huruf bahasa Ainu dan bahasa lain yang ditulis dengan katakana.[15] Aksara ini digunakan untuk menulis konsonan akhir dan bunyi yang tidak boleh dinyatakan menggunakan katakana konvensional. Katakana lanjutan adalah berdasarkan katakana biasa dan sama ada bersaiz lebih kecil atau mempunyai handakuten. Memandangkan beberapa pasuan masih menyokong sambungan ini, penyelesaian wujud untuk kebanyakan aksara, seperti menggunakan pasuan yang lebih kecil dengan katakana biasaクku untuk menghasilkan ク untuk mewakili glif katakana kecil yang berasingan ㇰ ku digunakan seperti dalam アイヌイタㇰ (Ainu itak).
Berikut ialah senarai huruf Katakana khas yang digunakan dalam menulis bahasa Ainu. Kebanyakan huruf tersebut adalah daripada set lanjutan Katakana, walaupun beberapa telah digunakan sejarahnya dalam bahasa Jepun, dan dengan itu merupakan sebahagian daripada set utama Katakana. Sebilangan huruf yang dicadangkan sebelum ini belum ditambahkan pada Unikod kerana ia boleh diwakili sebagai urutan dua titik kod sediada.
Huruf | Unikod | Nama | Penggunaan bahasa Ainu | Sebutan |
---|---|---|---|---|
ㇰ | 31F0 | Huruf Kecil Katakana Ku | Akhiran k | /k/ |
ㇱ | 31F1 | Huruf Kecil Katakana Shi | Akhiran s [ɕ] | /s/ atau /ɕ/ |
ㇲ | 31F2 | Huruf Kecil Katakana Su | Akhiran s, digunakan untuk menekankan sebutannya sebagai [s] berbanding daripada [ɕ]. [s] dan [ʃ] ialah alofon dalam bahasa Ainu | /s/ |
ㇳ | 31F3 | Huruf Kecil Katakana To | Akhiran t | /t/ |
ㇴ | 31F4 | Huruf Kecil Katakana Nu | Akhiran n | /n/ |
ㇵ | 31F5 | Huruf Kecil Katakana Ha | Akhiran h [x], berikutan vokal a. (e.g. アㇵ ah) Bahasa Ainu Sakhalin sahaja | /h/ atau /x/ |
ㇶ | 31F6 | Huruf Kecil Katakana Hi | Akhiran h [ç], berikutan vokal i. (e.g. イㇶ ih) Bahasa Ainu Sakhalin sahaja | /h/ atau /ç/ |
ㇷ | 31F7 | Huruf Kecil Katakana Fu | Akhiran h [x], berikutan vokal u. (e.g. ウㇷ uh) Bahasa Ainu Sakhalin sahaja | /h/ atau /x/ |
ㇸ | 31F8 | Huruf Kecil Katakana He | Akhiran h [x], berikutan vokal e. (e.g. エㇸ eh) Bahasa Ainu Sakhalin sahaja | /h/ atau /x/ |
ㇹ | 31F9 | Huruf Kecil Katakana Ho | Akhiran h [x], berikutan vokal o. (e.g. オㇹ oh) Bahasa Ainu Sakhalin sahaja | /h/ atau /x/ |
ㇺ | 31FA | Huruf Kecil Katakana Mu | Akhiran m | /m/ Sengau dwibibir bersuara |
ㇻ | 31FB | Huruf Kecil Katakana Ra | Akhiran r [ɾ], berikutan vokal a. (e.g. アㇻ ar) | /ɾ/ Letap gusi bersuara |
ㇼ | 31FC | Huruf Kecil Katakana Ri | Akhiran r [ɾ], berikutan vokal i. (e.g. イㇼ ir) | /ɾ/ Letap gusi bersuara |
ㇽ | 31FD | Huruf Kecil Katakana Ru | Akhiran r [ɾ], berikutan vokal u. (e.g. ウㇽ ur) | /ɾ/ Letap gusi bersuara |
ㇾ | 31FE | Huruf Kecil Katakana Re | Akhiran r [ɾ], berikutan vokal e. (e.g. エㇾ er) | /ɾ/ Letap gusi bersuara |
ㇿ | 31FF | Huruf Kecil Katakana Ro | Akhiran r [ɾ], berikutan vokal o. (e.g. オㇿ or) | /ɾ/ Letap gusi bersuara |
Huruf diwakilkan mengunakan huruf bergabung | ||||
ㇷ゚ | 31F7 + 309A | Huruf Kecil Katakana Pu | Akhiran p | /p/ |
セ゚ | 30BB + 309A | Huruf Katakana Se Dengan Tanda Bunyi Separa Suara | ce [tse] | /ts/ + /e/ |
ツ゚ | 30C4 + 309A | Huruf Katakana Tu Dengan Tanda Bunyi Separa Suara | tu. ツ゚ dan ト゚ boleh ditukarganti | /t/ + /u/ |
ト゚ | 30C8 + 309A | Huruf Katakana To Dengan Tanda Bunyi Separa Suara | /t/ + /u/ |
Suku kata asas
[sunting | sunting sumber]a [a] |
i [i] |
u [u̜] |
e [e] |
o [o] | |
---|---|---|---|---|---|
a ア [a] |
i イ [i] |
u ウ [u̜] |
e エ [e] |
o オ [o] | |
k [k][note 1] |
ka カ [ka] |
ki キ [ki] |
ku ク [ku̜] |
ke ケ [ke] |
ko コ [ko] |
-k ㇰ [-k̚] | |||||
s [s] ~ [ʃ] |
sa シャ / サ[note 2] [sa] ~ [ʃa] |
si シ [ʃi] |
su シュ / ス[note 2] [su̜] ~ [ʃu̜] |
se シェ / セ[note 2] [se] ~ [ʃe] |
so ショ / ソ[note 2] [so] ~ [ʃo] |
-s ㇱ / ㇲ[note 2] [-ɕ] | |||||
t [t][note 1] |
ta タ [ta] |
ci チ [tʃi] |
tu ト゚ / ツ゚[note 2] [tu̜] |
te テ [te] |
to ト [to] |
-t ㇳ / ッ[note 3] [-t̚] | |||||
c [ts] ~ [tʃ][note 1] |
ca チャ [tsa] ~ [tʃa] |
ci チ [tʃi] |
cu ツ / チュ[note 2] [tsu̜] ~ [tʃu̜] |
ce セ゚ / チェ[note 2] [tse] ~ [tʃe] |
co チョ [tso] ~ [tʃo] |
n [n] |
na ナ [na] |
ni ニ [nʲi] |
nu ヌ [nu̜] |
ne ネ [ne] |
no ノ [no] |
-n ㇴ / ン[note 4] [-n, -m-, -ŋ-][note 5] | |||||
h[note 6] [h] |
ha ハ [ha] |
hi ヒ [çi] |
hu フ [ɸu̜] |
he ヘ [he] |
ho ホ [ho] |
-h[note 6] [-x] |
-ah ㇵ [-ax] |
-ih ㇶ [-iç] |
-uh ㇷ [-u̜x] |
-eh ㇸ [-ex] |
-oh ㇹ [-ox] |
p [p][note 1] |
pa パ [pa] |
pi ピ [pi] |
pu プ [pu̜] |
pe ペ [pe] |
po ポ [po] |
-p ㇷ゚ [-p̚] | |||||
m [m] |
ma マ [ma] |
mi ミ [mi] |
mu ム [mu̜] |
me メ [me] |
mo モ [mo] |
-m ㇺ [-m] | |||||
y [j] |
ya ヤ [ja] |
yu ユ [ju̜] |
ye イェ [je] |
yo ヨ [jo] | |
r [ɾ] |
ra ラ [ɾa] |
ri リ [ɾi] |
ru ル [ɾu̜] |
re レ [ɾe] |
ro ロ [ɾo] |
-ar ㇻ [-aɾ] |
-ir ㇼ [-iɾ] |
-ur ㇽ [-u̜ɾ] |
-er ㇾ [-eɾ] |
-or ㇿ [-oɾ] | |
-r ㇽ [-ɾ] | |||||
w [w] |
wa ワ [wa] |
wi ウィ / ヰ[note 2] [wi] |
we ウェ / ヱ[note 2] [we] |
wo ウォ / ヲ[note 2] [wo] | |
|
Diftong
[sunting | sunting sumber]Akhiran [ɪ] dieja y dalam aksara Rumi, ィ kecil dalam aksara Katakana. Akhiran [ʊ] dieja w dalam aksara Rumi, ゥ kecil dalam aksara Katakana.イ dan ウ besar digunakan jika terdapat sempadan morfem dengan イ dan ウ pada hulu morfem. [ae] dieja ae, アエ, atau アェ.
Contoh dengan awalan k:
[kaɪ] | [ku̜ɪ] | [keɪ] | [koɪ] | [kaʊ] | [kiʊ] | [keʊ] | [koʊ] |
---|---|---|---|---|---|---|---|
kay | kuy | key | koy | kaw | kiw | kew | kow |
カィ | クィ | ケィ | コィ | カゥ | キゥ | ケゥ | コゥ |
[ka.ɪ] | [ku̜.ɪ] | [ke.ɪ] | [ko.ɪ] | [ka.u̜] | [ki.u̜] | [ke.u̜] | [ko.u̜] |
ka=i | ku=i | ke=i | ko=i | ka=u | ki=u | ke=u | ko=u |
カイ | クイ | ケイ | コイ | カウ | キウ | ケウ | コウ |
Memandangkan peraturan di atas digunakan secara sistematik, beberapa gabungan huruf Katakana mempunyai bunyi yang berbeza daripada bahasa Jepun konvensional.
ウィ | クィ | コウ | スィ | ティ | トゥ | フィ | |
---|---|---|---|---|---|---|---|
Ainu | [u̜ɪ] | [ku̜ɪ] | [ko.u̜] | [su̜ɪ] | [teɪ] | [toʊ] | [ɸu̜ɪ] |
Jepun | [wi] | [kʷi] | [koː] | [si] | [ti] | [tu͍] | [ɸi] |
Sastera lisan
[sunting | sunting sumber]Kaum Ainu mempunyai tradisi lisan yang dipanggil yukar, yang serba kaya mengenai hikayat-hikayat wira. Sastera lisan ini mengekalkan beberapa tatabahasa dan kosakata lama. Yukar telah dihafal dan diceritakan ketika majlis keramaian dan upacara yang selalunya berlangsung berjam-jam malah boleh berhari-hari. Orang Ainu juga mempunyai satu lagi bentuk penceritaan yang sering digunakan dipanggil "Uepeker", yang digunakan dalam konteks yang sama.
Sejarah terkini
[sunting | sunting sumber]Ramai penutur Ainu kehilangan bahasa mereka dengan kedatangan penjajah Jepun. Akibat kaedah pengeluaran makanan yang berubah di seluruh Jepun, berkuranglah sebab untuk berdagang dengan orang Ainu, yang kebanyakannya menangkap ikan dan meramu di hutan. Jepun menjadi lebih industriwi dan globalisasi mewujudkan ancaman kepada tanah Jepun. Kerajaan Jepun, dalam usaha untuk menyatukan negara mereka untuk mengelakkan pencerobohan, telah mewujudkan dasar untuk asimilasi orang Ainu dari segi kepelbagaian, budaya, dan sara hidup.[16][17][18] Asimilasi tersebut termasuklah eksploitasi tanah, komodifikasi budaya, dan menempatkan kanak-kanak Ainu di sekolah di mana mereka hanya belajar bahasa Jepun.[16][17][18]
Baru-baru ini, kerajaan Jepun telah mengiktiraf orang Ainu sebagai penduduk pribumi Jepun. Pada tahun 1997, mereka diberi hak bumiputera di bawah Deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Hak Orang Asal (UNDRIP) terhadap budaya, warisan, dan bahasa mereka.[16][17][19]
Akta Penggalakan Budaya Ainu pada tahun 1997 telah melantik Yayasan Penyelidikan dan Promosi Budaya Ainu (FRPAC).[19] Yayasan ini ditugaskan dengan pendidikan bahasa, di mana mereka menggalakkan pembelajaran bahasa Ainu melalui pengajar latihan, kelas bahasa termaju, dan penciptaan dan pembangunan bahan bahasa.[19]
Pembugaran
[sunting | sunting sumber]Umumnya, orang Ainu sukar ditemui kerana mereka cenderung menyembunyikan jatidiri mereka sebagai Ainu, terutamanya dalam kalangan belia. Dua pertiga daripada belia Ainu tidak tahu bahawa mereka berketurunan Ainu.[20] Tambahan pula, disebabkan pelajar Ainu sangat tidak digalakkan bertutur dalam bahasa mereka di sekolah,[21] usaha pembugaran bahasa Ainu amatlah mencabar.
Walaupun begitu, terdapat gerakan giat untuk membugarkan bahasa Ainu, terutamanya di Hokkaido tetapi juga di tempat lain seperti Kanto.[3] Sastera lisan Ainu telah didokumentasikan dengan harapan dapat melindunginya untuk generasi akan datang, serta menggunakannya sebagai alat pengajaran untuk pelajar bahasa.[22] Bermula pada tahun 1987, Persatuan Ainu Hokkaido dengan kira-kira 500 ahli[3] mula menganjurkan 14 kelas bahasa Ainu, kursus latihan pengajar bahasa Ainu, dan Inisiatif Pembelajaran Ainu Keluarga[20] dan telah mengeluarkan bahan pengajaran tentang bahasa itu, termasuk buku teks.[22] Juga, bahasawan Yamato mengajar bahasa Ainu dan melatih pelajar untuk menjadi pengajar bahasa Ainu di universiti.[20] Namun begitu, bahasa Ainu masih belum diajar sebagai mata pelajaran di mana-mana sekolah menengah di Jepun setakat 2011.[3]
Disebabkan oleh Akta Penggalakan Budaya Ainu 1997, kamus Ainu telah berubah dan menjadi alat untuk meningkatkan komunikasi dan memelihara rekod bahasa Ainu untuk membugarkan bahasa tersebut serta mempromosikan budaya Ainu.[23] Setakat 2011, terdapat peningkatan bilangan pelajar bahasa kedua, terutamanya di Hokkaido, sebahagian besarnya disebabkan usaha perintis mendiang ahli cerita rakyat Ainu, aktivis, dan bekas ahli Diet Shigeru Kayano, sendiri penutur asli Ainu, yang mula-mula membuka sebuah sekolah bahasa Ainu pada tahun 1987 yang dibiayai oleh Ainu Kyokai.[24] Persatuan Ainu Hokkaido ialah penyokong utama budaya Ainu di Hokkaido.[3] Kelas bahasa Ainu telah dijalankan di beberapa kawasan di Jepun dan sebilangan kecil pemuda sedang mempelajari bahasa Ainu. Usaha juga telah dibuat untuk menghasilkan bahan yang boleh dicapai sesawang untuk perbualan Ainu kerana kebanyakan dokumentasi bahasa Ainu tertumpu pada rakaman cerita rakyat.[25] Bahasa Ainu juga telah disiarkan dalam media; rancangan radio Ainu yang pertama dipanggil FM Pipaushi,[26] yang telah dijalankan sejak 2001 bersama-sama dengan pengajaran bahasa Ainu 15 minit melalui radio yang dibiayai oleh FRPAC,[27] dan akhbar The Ainu Times telah ditubuhkan sejak 1997.[24] Pada tahun 2016, kursus radio telah disiarkan oleh STVradio Broadcasting untuk memperkenalkan bahasa Ainu. Kursus ini meletakkan usaha yang meluas dalam mempromosikan bahasa, mencipta 4 buku teks dalam setiap musim sepanjang tahun.[28]
Selain itu, bahasa Ainu telah dilihat dalam kawasan awam seperti nama kompleks beli-belah, Rera, yang bermaksud 'angin', di kawasan Minami Chitose dan nama Pewre, bermaksud 'muda', di pusat beli-belah di Chitose kawasan. Terdapat juga pasukan bola keranjang di Sapporo yang diasaskan di bawah nama Rera Kamuy Hokkaido, selepas rera kamuy 'dewa angin' (nama kininya Levanga Hokkaido).[3] Nama majalah fesyen Jepun terkenal Non-no bermaksud 'bunga' dalam bahasa Ainu.
Satu lagi rancangan pembugaran bahasa Ainu ialah Urespa, rancangan universiti untuk mendidik orang peringkat tinggi tentang bahasa Ainu. Usaha ini adalah rancangan kerjasama dan kendalisama untuk individu yang ingin mempelajari bahasa Ainu.[29] Ini termasuk persembahan yang tertumpu pada kaum Ainu dan bahasa mereka, bukannya menggunakan bahasa Jepun yang dominan.[29]
Satu lagi bentuk pembugaran bahasa Ainu ialah pertandingan kebangsaan tahunan, yang bertemakan bahasa Ainu. Orang ramai dari pelbagai demografi sering digalakkan untuk mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. Sejak 2017, populariti pertandingan tersebut telah meningkat.[30]
Pada 15 Februari 2019, Jepun meluluskan rang undang-undang untuk mengiktiraf bahasa Ainu buat kali pertama.[31][32]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Poisson, Barbara Aoki (2002). The Ainu of Japan. Minneapolis: Lerner Publications. ISBN 9780822541769.
- ^ "Ainu (Japan)". Endangered Languages Project. Dicapai pada 2021-04-08.
- ^ a b c d e f g h Martin, Kylie (2011). "Aynu itak: On the Road to Ainu Language Revitalization". Media and Communication Studies. 60: 57–93.
- ^ Elmer, P. (2019). "Origins of the Japanese languages. A multidisciplinary approach" (PDF). Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2020-02-23.
- ^ Gayman, Jeffry (2011). "Ainu right to education and Ainu practice of 'education': current situation and imminent issues in light of Indigenous education rights and theory". Intercultural Education. 22: 15–27. doi:10.1080/14675986.2011.549642.
- ^ a b Teeter, Jennifer Louise; Okazaki, Takayuki (2011). "Ainu as a Heritage Language of Japan: History, Current State and Future of Ainu Language Policy and Education". Heritage Language Journal. 8: 96–114. doi:10.46538/hlj.8.2.5.
- ^ Lewis, M. Paul, Gary F. Simons, and Charles D. Fennig (eds.). 2016.
- ^ Lam, May-Ying (27 July 2017). "'Land of the Human Beings': The World of the Ainu, Little-Known Indigenous People of Japan". Washington Post. Dicapai pada 2017-10-07.
- ^ a b "Ainu". World Atlas of Language Structures Online. Dicapai pada 2012-07-29.
- ^ a b Dal Corso, Elia (2016). "Morphological alignment in Saru Ainu: A direct-inverse analysis" (PDF). SOAS Working Papers in Linguistics. 18: 3–28.
- ^ Malchukov, Andrej; Comrie, Bernard, penyunting (2015). Valency Classes in the World's Languages. Volume 1: Introducing the Framework, and Case Studies from Africa and Eurasia. De Gruyter. m/s. 833. ISBN 978-3-11-039527-3.
|volume=
has extra text (bantuan) - ^ Frédéric, Louis (2005). "Ainu". Japan Encyclopedia. Diterjemahkan oleh Roth, Käthe (ed. illustrated, reprint). Harvard University Press. m/s. 13. ISBN 978-0-674-01753-5.
- ^ Ivar Lissner (1957). The Living Past (ed. 4). Putnam's. m/s. 204. Dicapai pada 23 April 2012.
In 1877 a young and industrious theologian went to visit the Ainu. His name was John Batchelor, and he was a scientist and missionary. He got to know the Ainu well, studied their language and customs, won their affection, and remained their staunch friend until the end of his days. It is to Batchelor that we owe our deepest insight into the
- ^ Patric, John (1943). ...Why Japan Was Strong (ed. 4). Doubleday, Doran & Company. m/s. 72. Dicapai pada 23 April 2012.
John Batchelor set about to learn the Ainu language, which the Japanese had not troubled ever to learn. He laboriously compiled an Ainu dictionary. He singlehandedly turned this hitherto but spoken tongue into a written language, and himself wrote books in it.
- ^ See this page at alanwood.net and this section of the Unicode specification.
- ^ a b c Cheung, S.C.H. (2003). "Ainu Culture in Transition". Futures. 35 (9): 951–959. doi:10.1016/s0016-3287(03)00051-x.
- ^ a b c Maruyama, Hiroshi (2014-07-03). "Japan's Policies Towards the Ainu Language and Culture with Special Reference to North Fennoscandian Sami Policies". Acta Borealia. 31 (2): 152–175. doi:10.1080/08003831.2014.967980.
- ^ a b "HLJ". www.heritagelanguages.org. Dicapai pada 2017-11-13.
- ^ a b c Savage, Theresa; Longo, Michael (2013). "Legal Frameworks for the Protection of Ainu Language and Culture in Japan: International and European Perspectives". Japanese Studies. 33 (1): 101–120. doi:10.1080/10371397.2013.782098.
- ^ a b c Gayman, Jeffry (2011). "Ainu Right to Education and Ainu Practice of "Education": Current Situation and imminent Issues in Light of Indigenous Education Rights and Theory". Intercultural Education. 22 (1): 15–27. doi:10.1080/14675986.2011.549642.
- ^ Hanks, H. D. (2017). "Policy Barriers to Ainu Language Revitalization in Japan: When Globalization Means English". Working Papers in Educational Linguistics. 32 (1): 91–110.
- ^ a b Miyaoka, Osahito; Sakiyama, Osamu; Krauss, Michael E. (2007). The Vanishing Languages of the Pacific Rim. Oxford: Oxford University Press. m/s. 377–382. ISBN 9780191532894.
- ^ Hansen, A. S. (2014). "Re-vitalizing an Indigenous Language: Dictionaries of Ainu Languages in Japan, 1625–2013". Lexicographica. 30 (1): 547–578. doi:10.1515/lexi-2014-0017.
- ^ a b Teeter, Jennifer; Okazaki, Takayuki (2011). "Ainu as a Heritage Language of Japan: History, Current State and Future of Ainu Language Policy and Education". Heritage Language Journal. 8 (2): 96–114. doi:10.46538/hlj.8.2.5.
- ^ Bugaeva, Anna (2010). "Internet applications for endangered languages: A talking dictionary of Ainu" (PDF). Waseda Institute for Advanced Study Research Bulletin. 3: 73–81.
- ^ "FM Pipaushi". TuneIn (dalam bahasa English).CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "FRPAC". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-14. Dicapai pada 2019-04-23.
- ^ Handbook of the changing world language map. Volume 1. Brunn, Stanley D.,, Kehrein, Roland. Cham, Switzerland. ISBN 978-3-030-02438-3. OCLC 1125944248.CS1 maint: others (link)
- ^ a b Uzawa, Kanako (2019). "What Does Ainu Cultural Revitalisation Mean to Ainu and Wajin Youth in the 21st century? Case Study of Urespa as a Place to Learn Ainu Culture in the City of Sapporo, Japan". AlterNative. 15 (2): 168–179. doi:10.1177/1177180119846665.
- ^ Kitahara, Jirota (2018). "Current Status of Ainu Cultural Revitalization". Dalam Greymorning, Neyooxet (penyunting). Being Indigenous: Perspectives on Activism, Culture, Language and Identity. Routledge. m/s. 198. ISBN 9780429454776.
- ^ "Japan to Recognize Indigenous Ainu People for First Time". Japan Times Online. AFP-JiJi. 15 February 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 February 2019. Dicapai pada 1 March 2020.
- ^ Denyer, Simon (16 February 2019). "Japan Prepares Law to Finally Recognize and Protect its Indigenous Ainu People". Washington Post.
Bibliografi
[sunting | sunting sumber]- Bugaeva, Anna (2010). "Internet applications for endangered languages: A talking dictionary of Ainu". Waseda Institute for Advanced Study Research Bulletin. 3: 73–81.
- Hattori, Shirō, penyunting (1964). Bunrui Ainugo hōgen jiten [An Ainu dialect dictionary with Ainu, Japanese, and English indexes]. Tokyo: Iwanami Shoten.
- Miller, Roy Andrew (1967). The Japanese Language. Tokyo: Charles E. Tuttle.
- Refsing, Kirsten (1986). The Ainu Language: The Morphology and Syntax of the Shizunai Dialect. Aarhus: Aarhus University Press. ISBN 978-87-7288-020-4.
- Refsing, Kirsten (1996). Early European Writings on the Ainu Language. London: Routledge. ISBN 978-0-7007-0400-2.
- Shibatani, Masayoshi (1990). The Languages of Japan. Cambridge: Cambridge University Press. ISBN 978-0-521-36918-3.
- Tamura, Suzuko (2000). The Ainu Language. Tokyo: Sanseido. ISBN 978-4-385-35976-2.
- Vovin, Alexander (2008). "Man'yōshū to Fudoki ni Mirareru Fushigina Kotoba to Jōdai Nihon Retto ni Okeru Ainugo no Bunpu" [Strange Words in the Man'yoshū and the Fudoki and the Distribution of the Ainu Language in the Japanese Islands in Prehistory] (PDF). Kokusai Nihon Bunka Kenkyū Sentā.
Bacaan lanjut
[sunting | sunting sumber]Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Kesusasteraan dan bahan untuk pembelajaran Ainu Diarkibkan 2008-09-17 di Wayback Machine
- The Book of Common Prayer dalam Ainu, diterjemahkan oleh John Batchelor, didigitalkan oleh Richard Mammana dan Charles Wohlers
- Institut Kajian Bahasa dan Budaya Ainu di Samani, Hokkaido
- Tatabahasa Bahasa Ainu oleh John Batchelor
- Kamus Ainu-Inggeris-Jepun, termasuk A Grammar of the Ainu Language oleh John Batchelor
- "Hipotesis 'Greater Austric'" oleh John Bengtson (tidak bertarikh)
- Ainu untuk Pemula Diarkibkan 2008-12-09 di Wayback Machine oleh Kane Kumagai, diterjemahkan oleh Yongdeok Cho
- Pelajaran radio tentang bahasa Ainu disampaikan oleh Sapporo TV (dalam bahasa Jepun)
- Kamus bercakap Ainu: versi baharu kamus perbualan Ainu Kanazawa, dengan rakaman Mrs. Setsu Kurokawa
- CS1 errors: extra text: volume
- CS1: Nilai isi padu panjang
- Rencana yang mengandungi teks bahasa Ainu
- Rencana dengan kod Glottolog tanpa nama
- Bahasa dengan kod ISO 639-2 code
- Rencana bahasa ISO yang memetik sumber selain Ethnologue
- Languages with ISO 639-2 code
- ISO language articles citing sources other than Ethnologue
- Rencana dengan sumber bahasa Jepun (ja)
- Bahasa di Jepun
- Bahasa-bahasa Ainu
- Bahasa terancam