Bangau besar
Burung Bangau Besar | |
---|---|
Burung bangau besar dewasa (berbulu pelepah putih di luar musim membiak) | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Subkelas: | |
Infrakelas: | |
Superorder: | |
Order: | Ciconiiformes (disputed)
|
Keluarga: | |
Genus: | |
Spesies: | A. alba
|
Nama binomial | |
Ardea alba | |
Sinonim | |
Casmerodius albus[1] |
Burung bangau besar ialah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam: haiwan, filum: kordata, subfilum: bertulang belakang (vertebrata), kelas: burung. Burung bangau besar adalah haiwan berdarah panas, mempunyaï sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Paruh Burung bangau besar tidak bergigi.
Ciri-ciri
[sunting | sunting sumber]Burung bangau besar (nama Inggeris: Great Egret (Tweedie, 1960, 1970; Davison et al. (1989)) atau Large Egret (Madoc, 1976); nama sains: Egretta alba[2]) adalah lebih besar daripada bangau lain, seperti namanya dalam bahasa Melayu dan Inggeris, iaitu berukuran 82 cm (Davison et al., 1989:26), tetapi menurut Tweedie (1960, 1970:10) dan Madoc (1976:36), saiznya 92 cm.
Burung ini berwarna putih seluruh badan (nama spesiesnya alba bermakna putih dalam bahasa Latin), berkaki hitam, dan berparuh kuning. Namun, paruhnya berubah menjadi hitam pada musim membiak (Davison et al., 1989).
Burung bangau besar adalah burung penghijrah, seperti juga burung Bangau Kendi (Bubulcus ibis), namun ia lebih jarang kelihatan di negara ini berbanding burung bangau biasa (Tweedie, 1960, 1970).
Habitat
[sunting | sunting sumber]Burung bangau besar biasanya hidup bersendirian atau dalam kumpulan kecil di sawah atau di paya dan hutan bakau kerana makanan mudah dicari di sana di samping mudah membuat sarang untuk bertelur. Burung bangau besar lebih lumrah dijumpaï di Semenanjung Malaysia daripada di Sabah dan Sarawak. Di Semenanjung Malaysia, burung bangau besar terdapat dengan banyaknya di pantai negeri Perak dan Selangor terutamanya Pulau Ketam kerana terdapat hutan dan paya bakau yang luas di sana. Justeru, burung ini sering kelihatan bertenggek di celah semak bakau sambil berehat atau membersihkan bulunya.
Makanan
[sunting | sunting sumber]Burung bangau besar memburu ikan kecil, ketam, dan haiwan air yang kecil yang dijumpaïnya di dalam lumpur paya bakau atau sawah.
Pembiakan
[sunting | sunting sumber]Meskipun burung bangau besar tidak selumrah burung bangau biasa, ia tetap membiak di negara ini iaitu pada bulan Ogos atau September setiap tahun. Tempat pembiakan burung bangau besar yang terkenal di Semenanjung Malaysia ialah di pantai paya bakau di Selangor dan Perak. Sarangnya dibina secara longgar daripada ranting mati di atas pokok bakau setinggi 1.5 m hingga 6 m dari permukaan air. Sarangnya lebih kecil daripada sarang burung Pucung dan tidak dilapisi daun seperti sarang burung pucung yang dilapisi daun bakau segar. Telurnya tiga biji, berwarna biru tua seperti telur burung Puchong Seriap (Ardea cinerea), tetapi lebih kecil iaitu 5.3 cm x 4 cm (Madoc, 1976).
Subspesies
[sunting | sunting sumber]- A. a. modesta - Asia dan Australasia.
- A. a. alba - Eropah
- A. a. egretta - Amerika Utara
- A. a. melanorhynchos - Afrika
-
Great Egret
-
Great Egret
-
Great Egret
-
Museum specimen
Perlindungan
[sunting | sunting sumber]Burung Bangau Besar merupakan burung yang dilindungi di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar Malaysia. [3]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ D.R. 16/2010 RANG UNDANG-UNDANG PEMULIHARAAN HIDUPAN LIAR 2010
- ^ (Melayu) Senarai burung di Kuala Gula – format DOC Diarkibkan 2010-03-08 di Wayback Machine
- ^ "Protection of Wild Life Act 1972" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2014-02-21. Dicapai pada 2012-06-23.
- "Ardea alba". Integrated Taxonomic Information System. Dicapai pada 9 February. Check date values in:
|accessdate=
(bantuan) - Davison, G. W. H., Phillipps, K. dan Alias K. (1989). Pengenalan Burung-burung Malaysia. Kuala Lumpur: WWF for Nature Malaysia. ISBN 983-99601-0-5.
- Handbook of the Birds of Europe, the Middle East, and North Africa: The Birds of the Western Palearctic
- Madoc, G. C. (1976). An Introduction to Malayan Birds. Kuala Lumpur: Malayan Nature Society.
- Tweedie, M. W. F. (1960). Common Malayan Birds. (1 ed.). (1970). Common Birds of the Malay Peninsula. (2 ed.). Kuala Lumpur: Longman. ISBN 0-582-69450-7.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Carian Google.
- Gambar dan mengenai burung Bangau Besar. Diarkibkan 2006-12-05 di Wayback Machine
- The Great White Egret Image documentation
- The Great White Egret Photos
Senarai burung | |
---|---|
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z |