Pergi ke kandungan

Barghawata

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gabungan Barghawata
744–1058
Gabungan Barghawata (hijau)
Gabungan Barghawata (hijau)
Bahasa yang umum digunakanBarbar
Agama
Agama tradisi dengan unsur Islam
KerajaanBeraja
Raja 
• 744
Tarif al-Matghari
Era SejarahZaman Pertengahan
• Didirikan
744
• Dibubarkan
1058
Didahului oleh
Diganti oleh
Khilafah Umayyah
Al-Murabitun

Barghawata (juga Barghwata atau Berghouata) adalah gabungan suku kaum Barbar zaman pertengahan di pesisir Atlantik Maghribi, terkelompok dalam kelompok puak Masmuda. Selepas bersekutu dengan pemberontakan gagal Khawarij Sufri di Maghribi menentang Khilafah Abbasiyyah, mereka menubuhkan satu kerajaan beraja (744 - 1058) di kawasan Tamesna di pesisir Atlantik di antara Safi dan Salé di bawah pimpinan Tarif al-Matghari.