Batu Hitam
Batu Hitam merupakan sebuah pantai yang popular dengan penduduk tempatan dan pengunjung hujung minggu di Pahang, Malaysia. Terletak kira-kira 10 km dari Kuantan, pantai ini dipanggil Batu Hitam untuk bentangan batu hitamnya pada pantai berpasir putih. Kawasan berpantai itu selalunya penuh sesak sepanjang hujung minggu oleh pekelah-pekelah dari jauh dan dekat.
Tarikan
[sunting | sunting sumber]Selain kemasyhuran batu hitam di sana, anda juga akan mendapati bahawa terdapat banyak ruang untuk berkhemah di pantai dan laut. Di sini, pengunjung kebanyakannya datang berkelah di pantai Batu Hitam dengan keluarga dan berenang di laut. Mandian dan kemudahan pencucian juga disediakan untuk para pelancong.
Gerai-gerai makanan laut juga boleh didapati berdekatan kawasan itu. Anda boleh mencuba hidangan setempat seperti mi goreng, mi kari, nasi goreng dan ikan bakar. Jus buah dan minuman berkarbonat juga dijual.