Bentara
Bentara (Bahasa Inggeris: serjeant-at-arms, atau sergeant-at-arms),[a] ialah pegawai yang dilantik oleh suatu perhimpunan musyawarah, lazimnya badan perundangan, untuk mengawasi dan menguatkuasakan tatatertib semasa bersidang. Perkataan "serjeant" berasal dari Bahasa Latin serviens, yang bermaksud "servant" (pesuruh/pelayan). Mengikut sejarah, bentara ialah pegawai bersenjata yang dipelihara oleh para pembesar dan raja-raja Inggeris, dan cokmar istiadat yang dikaitkan dengan mereka pada asalnya adalah sejenis senjata.[2]
Parlimen Malaysia
[sunting | sunting sumber]Deskripsi tugas bentara
[sunting | sunting sumber]Bertanggungjawab dalam memberi perkhidmatan kepada Ahli Parlimen semasa dewan bersidang, mengedar surat, risalah dan nota-nota serta memantau keselamatan dan disiplin Ahli Parlimen dan pelawat-pelawat di dalam dewan serta membantu mengatur buku-buku/risalah-risalah dan Aturan Urusan Mesyuarat (Order Paper) sebelum persidangan dewan bermula. Turut membantu mengendalikan persidangan-persidangan antarabangsa serta mesyuarat-mesyuarat jawatankuasa dewan dan menjalankan tugas-tugas menyambut para tetamu yang datang ke Parlimen Malaysia terdiri daripada para tetamu kerajaan, para pembesar negara asing, delegasi luar dan dalam negara, badan-badan bukan kerajaan (NGO), para pelajar dan orang awam. Bentara bertindak atas arahan Tuan Yang di-Pertua dan boleh menyingkirkan sesiapa jua dari Dewan, jika diperintahkan. Bentara juga adalah penjaga Cokmar dan menjalankan tugas istiadat sebagai pembawa Cokmar semasa perarakan Tuan Yang di-Pertua masuk dan keluar Dewan.
Nota
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "sergeant-at-arms: definition of sergeant-at-arms in Oxford English Dictionary". Oxford English Dictionary. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 October 2016. Dicapai pada 2016-10-27.
- ^ Allison & Riddell (1991). The Royal Encyclopaedia. London: Macmillan.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-11). 1911. .