Pergi ke kandungan

Biatlon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Biatlon merupakan suatu sukan musim sejuk yang menggabungkan ski rentas desa dan sukan menembak senapang. Sukan ini dianggap sebagai satu perlumbaan di mana peserta dengan masa keseluruhan yang paling singkat akan menang. Tembakan yang tersasar boleh membawa kepada jarak atau masa tambahan kepada jumlah jarak atau masa keseluruhan peserta bergantung pada penghakiman dalam pertandingan.

Badan yang bertanggungjawab

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1948, Kesatuan Pentatlon Moden dan Biatlon Antarabangsa ( Union Internationale de Pentathlon Moderne et Biathlon, UIPMB) telah diasaskan menyeragamkan peraturan-peraturan biathlon dan pentatlon moden. Cawangan bialon kesatuan ini berpisah membentuk Kesatuan Biatlon Antarabangsa (International Biathlon Union, IBU) pada tahun 1993, yang kemudiannya dirasmikan pada tahun 1998.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]