Pergi ke kandungan

Catharina Lodders

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Catharina Lodders
Kelahiran
Catharina Johanna Lodders

(1942-08-18) 18 Ogos 1942 (umur 82)
PangkatMiss World 1962
(Pemenang)
PasanganChubby Checker
(1964-...)
Anak-anak3

Catharina Johanna Lodders (lahir 18 Ogos 1942) ialah seorang model dan ratu kecantikan Belanda yang memenangi pertandingan Miss World pada tahun 1962, mewakili Belanda.

Pertandingan kecantikan

[sunting | sunting sumber]

Lodders dimahkotakan sebagai Miss Holland pada Mei 1962. Memenangi Miss Holland memberinya peluang untuk menyertai Miss International 1962 di Long Beach, California dan mengikuti kejayaan Stam van Baer. Lodders meraih tempat ke-3 dengan pemenang diraih oleh Tania Verstak dari Australia. Beliau juga dimahkotakan sebagai Miss Benelux, diikuti dengan Miss World di kemudian hari pada tahun tersebut. Beliau menjadi wanita kedua (selepas Corine Rottschäfer pada tahun 1959) dari negaranya yang memenangi gelaran Miss World. Pertandingan iti diadakan di London. Semasa memenangi pertandingan, beliau berkata:

"I don't think I'm the most beautiful girl in the world - I am the most beautiful girl here" (Saya tidak berfikir bahawa saya gadis yang paling cantik di dunia - saya gadis yang paling cantik di sini).[1]

Gelaran ini memberinya hadiah wang tunai 30,000 Gulden ketika itu.

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]
Lodders dan Checker, 1964

Pada 12 Disember 1963, sebagai seorang model Belanda berusia 21 tahun dan bekss ratu kecantikan dari Haarlem, Belanda,[2] Lodders menerima lamaran berkahwin[3] dari penyanyi, penulis lagu, penari dan jutawan Amerika berusia 22 tahun Chubby Checker.[4] Checker berkata beliau bertemu Lodders di Manila pada Januari sebelumnya.

Mereka berkahwin pasa 12 April 1964 di Gereja Lutheran Temple di Pennsauken, New Jersey.[5] Sebelum perkahwinan mereka, Checker menulis lagu "Loddy Lo", untuk Rina.

Checker dan Lodders dikurniakan tiga anak, dua daripadanya bekerja sebagai model. Mereka kemudian membesarkan anak-anak mereka di Paoli, Pennsylvania, di mana mereka berpindah di sebuah rumah agam yang dilaporkan berharga $80-100 ribu.[6]

Anak pertama mereka, Bianca Johanna Evans, dilahirkan di Philadelphia pada 8 Disember 1966.[7]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-09-24. Dicapai pada 2020-01-07.
  2. ^ UPI Telephoto (NAP 1404993…New York Bureau)
  3. ^ UPI Telephoto (NAP 121201-12/12/63)
  4. ^ "Chubby Checker To Wed Beauty". Reading Eagle. UPI. 12 Disember 1963. m/s. 46. Dicapai pada 12 Ogos 2010.
  5. ^ AP Wire Photo 1964
  6. ^ UPI Telephoto NAP 021702-02/17/1965
  7. ^ AP wire photo (jfu 5-2200-jfu-stass) 1966

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
Anugerah dan pencapaian
Didahului oleh
United Kingdom Rosemarie Frankland
Miss World
1962
Diikuti oleh:
Jamaica Carole Crawford