Cristina Suzanne Stockstill
Cristina Suzanne | |
---|---|
Kelahiran | Cristina Suzanne Stockstill 22 Januari 1985 |
Warganegara | |
Nama lain | Kris Cempaka, Crissie |
Pekerjaan | Pelakon, model |
Tahun aktif | 2003–kini |
Pasangan | M Faiz Zakaria (k. 2018) |
Cristina Suzanne Stockstill (juga dikenali sebagai Cristina atau Crissie; lahir 22 Januari 1985) ialah seorang model dan pelakon wanita Malaysia. Dilahirkan kepada ibu Melayu dan bapa Jerman, Cristina Suzzanne memulakan kerjaya penerbangannya sebagai pramugari di Penerbangan Malaysia dan Qatar Airways, seterusnya memulakan kerjaya lakonannya pada 2006 menerusi filem My Indie Rock Darling. Beliau telah berjaya mendapat pengiktirafan Pelakon Wanita Terbaik Filem menerusi penglibatannya dalam filem KIL bersempena majlis Anugerah Skrin 2013. Selepas memenangi anugerah tersebut, beliau menyertai 19 delegasi Malaysia ke Festival Filem Asia Pasifik ke-56 yang berlangsung di Makau dan The ASEAN International Film Festival And Awards (AIFFA) 2015 .Pada acara Festival Filem Malaysia ke-26, beliau mendapat pengiktirafan Pelakon Harapan Wanita Terbaik.
Kehidupan awal
[sunting | sunting sumber]Beliau dilahirkan pada 22 Januari 1985 di Johor Bahru, Johor dan merupakan berdarah kacukan Melayu (ibu) dan Jerman (bapa). Di awal persekolahanya iaitu Convent Johor Bahru. Namun begitu, di penghujung alam persekolahan beliau berpindah, Methodist Girls' School Kuantan Pahang.
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Sejak berusia 18 tahun, beliau mengamalkan sikap berdikari dan hidup bersederhana dengan melakukan pelbagai pekerjaan termasuklah bertugas sebagai penyambut tetamu hotel, pelayan restoran sebelum berkhidmat sebagai seorang pramugari.
Beliau terpilih untuk bekerja sebagai seorang pramugari untuk syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) dan Qatar Airways. Kerjayanya dalam bidang penerbangan ini telah membuka mata dan fikirannya terhadap banyak perkara seperti menghormati semua orang tanpa mengira pangkat atau darjat.
Beliau memulakan kariernya sewaktu berlakon untuk telefilem Cermin Pada Bulan hasil arahan Erma Fatima. Sewaktu itu, beliau berumur 19 tahun. Beliau memegang watak sebagai Jay untuk telefilem tersebut. Beliau melibatkan diri dalam program Pilih Kasih 2 kerana didorong oleh ibunya sendiri. Beliau menggunakan nama Cristina Suzanne dalam program realiti tersebut. Beberapa tahun kemudian, beliau ditawarkan oleh pengarah, Osman Ali untuk membintangi drama Bicara Hati. Drama ini adalah cetusan daripada novel hasil nukilan Damya Hanna. Untuk memahami watak Zahlia, beliau sendiri membaca novel tersebut untuk mendapatkan personaliti Zahlia.
Di samping itu, beliau telah berlakon dalam satu pementasan teater bersama Beto Kusyairy yang bertajuk Ramlee Festasi. Pementasan ini diadakan di Stor Dewan Bahasa dan Pustaka pada 14 hingga 16 Disember 2012 dan pada tahun 2013 teater itu dipentaskan sekali lagi. Beliau telah banyak belajar daripada penuntut jurusan lakonan untuk menambahkan keyakinan diri serta penghayatan ketika berlakon.
Cristina bersama-sama dengan Aeril Zafrel, Pekin Ibrahim, Riz Amin, Johan As'ari, Siti Saleha dan Dee Dee Nash telah menjayakan filem 7ujuh yang ditayangkan pada 8 November 2018. Yang mana beliau memegang watak sebagai Yasmin.[1]
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Crissie mempunyai banyak hobi, lebih gemar menghabiskan masa dirumah dan di Studio melukis miliknya. Sekiranya tidak terikat dengan pengambaran mahupun sesi fotografi. Antara aktiviti yang sering dilakukan adalah mendengar lagu, bermain guitar, melukis, membaca dan bersenam.[2][3][4]
Beliau menamatkan zaman bujangnya dengan lelaki pilihannya, M Faiz Zakaria pada 31 Mac 2018. Cristina berkongsi berita perkahwinnya dengan memuat naik gambar hitam putih bersama suaminya, dengan keterangan gambar ringkas, '310318'. Perkahwinan beliau mengejutkan ramai pihak kerana Cristina tidak pernah berkongsi kisah peribadinya sejak putus tunang dengan seorang ahli perniagaan pada 2013.[5][6][7][8]
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Filem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2007 | My Indie Rock Darling | Hilda | Filem pertama |
2013 | KIL | Zara | |
2014 | CEO | Nina | |
Sejoli: Misi Cantas Cinta | Penampilan khas | ||
2015 | Jwanita | Julaika | |
2017 | Rempit Sampai Langit | Yati | |
2018 | Surf This Love: Gelora Juara[9] | Mia | |
7ujuh | Yasmin | ||
2020 | Daulat | Nadiya Hassan | |
2024 | Babah | Hayati |
Drama
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2011 | Dia Bukan Maryam | Adik Shafik | TV9 |
Kasih Najihah | Umairah | ||
2012 | Bicara Hati | Zahlia | Astro Prima |
Projek Pop The Series | Alis | 8TV | |
Memberku Hawa | Nora | TV3 | |
2014 | Baby Ana Milik Siapa? | Raihana | |
2015 | Puteri Bukan Nama Sebenar | Laila / Puteri | |
Cinta Nasi Ambeng | Hani | TV1 | |
Silir Kasih | Bella | TV2 | |
Oh My English! Class of 2015 | Miss Nurul | Astro TVIQ | |
Kifarah Mistik | TV3 | ||
2016 | Cinta 100kg | Siti Syuhada | |
Suami Tanpa Cinta | Aleesya | Astro Ria | |
2018 | Nafas | Fazilah | ntv7 |
2021 | Dear Cinta | Nabila | TV3 |
Budak Intern | Hanna | TV9 | |
Mr. Millennium | Mastora / Qistina | ||
2023 | That Cover Girl | Malikha | Prime Video |
Telefilem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2006 | Cermin Pada Bulan | Jay | TV3 |
2012 | Sentuhan Isabella | Munirah | TV2 |
Kopi dan Dia | Liyana | TV9 | |
2014 | Nostalgila | Kid | Astro First |
Mr. Istikharah | Mastura | TV3 | |
2015 | Pelangi Kita | TV AlHijrah | |
Ally Akashah | Kamila | TV9 | |
2016 | Choral Speaking | Shima | TV3 |
Chalie | Chalie | Astro Citra | |
2017 | Segalanya Dia | Nurain | TV1 |
Teater
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak |
---|---|---|
2012 | Ramlee Festasi | Iman Yusof |
Filem web
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak |
---|---|---|
2014 | Khalilah | Khalilah |
2015 | Road To Ramlee | Deanna |
Finding SANDRA | Sandra | |
Suku | Laila |
Diskografi
[sunting | sunting sumber]Single
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk Lagu | Artis | Komposer | OST |
---|---|---|---|---|
2014 | "Istiqarah Cinta" | Cristina Suzanne dan Amyra Rosli | Aidil AF3 | Mr. Istikharah |
"Denganmu" | Cristina Suzanne dan Farouk | Farouk Roman dan Amylea | Baby Ana Milik Siapa |
Anugerah dan pencalonan
[sunting | sunting sumber]Tahun | Anugerah | Catatan | Keputusan |
---|---|---|---|
2011 | Pilih Kasih | — | Tempat keempat |
2013 | Best On-Screen Chemistry Award | Beliau telah menerima pencalonan ini bersama Redza Minhat hasil daripada peranan mereka berdua sebagai pelakon utama dalam filem KIL. Anugerah ini dicalonkan oleh pihak Shout! Awards 2013.[10] | Tercalon |
Hot Chick Award | Anugerah ini diterimanya buat pertama kali pada acara Shout! Awards 2013 tetapi tewas kepada lima pesaing yang lain.[10] | Tercalon | |
Pelakon Wanita Terbaik Filem | Beliau berjaya mengalahkan empat pesaing yang lain dalam kategori yang sama. Beliau telah menerima penganugerahan ini melalui Anugerah Skrin 2013 yang berlangsung pada 29 November 2013 di Stadium Malawati, Shah Alam. | Menang | |
2014 | Pelakon Harapan Wanita Terbaik | Beliau menerima anugerah ini melalui acara Festival Filem Malaysia ke-26 yang berlangsung di Auditorium Tunku Puan Chik, Seremban.[11] | Menang |
2016 | Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Festival Filem Malaysia ke-28) | Jwanita | Tercalon |
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Filem) (Anugerah Skrin 2016) | Tercalon |
Catatan
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Dennis Chua (2 November 2018). #Showbiz: Seven deadly sinners New Straits Times. Dicapai pada 11 November 2018.
- ^ Feride Hikmet Atak (16 Oktober 2013). "Cristina Suzanne Kahwin 22 Januari 2014". The Star. Dicapai pada 27 November 2013.
- ^ Roni Hidayat Ridwan (17 Oktober 2013). "Jodoh Facebook Cristina Suzanne". Kosmo!. Dicapai pada 27 November 2013.
- ^ Amirah Amaly Syafaat (12 Januari 2014). "Drama cinta Cristina Suzanne". Mingguan Malaysia. m/s. 2–3. Dicapai pada 12 Januari 2014.
- ^ Feride Hikmet Atak (1 April 2018). "Cristina Suzanne selamat bernikah". Berita Harian. Dicapai pada 12 Julai 2018. Cite has empty unknown parameter:
|1=
(bantuan) - ^ "Cristina Suzanne sudah nikah?". Sinar Harian. 1 April 2018. Dicapai pada 12 Julai 2018. Cite has empty unknown parameter:
|1=
(bantuan) - ^ Dennis Chua (1 April 2018). "#Showbiz: Actress Cristina Suzanne Stockstill weds". New Straits Times. Dicapai pada 12 Julai 2018. Cite has empty unknown parameter:
|1=
(bantuan) - ^ Nurfarhana Mohamed (1 April 2018). "Cristina Suzanne kini bergelar isteri". Utusan Malaysia. Dicapai pada 12 Julai 2018. Cite has empty unknown parameter:
|1=
(bantuan) - ^ Surf This Love filem peluncur pertama Malaysia -Hiburan- SinarHarian
- ^ a b Mohd Al Qayum Azizi (19 Oktober 2013). "Shout Awards 2013: Johan & Zizan Ungguli Empat Pencalonan". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-12-03. Dicapai pada 30 November 2013.
- ^ Kemalia Othman (4 November 2014). "Usah Pandang Rendah Bakat Cristina Suzanne". The Star. Dicapai pada 2 Disember 2014.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Kelahiran 1985
- Orang hidup
- Orang Malaysia berketurunan Melayu
- Muslim Malaysia
- Peragawati Malaysia
- Pelakon Melayu
- Pelakon wanita Malaysia
- Pelakon wanita Malaysia abad ke-21
- Orang Malaysia berketurunan Jerman
- Orang dari Johor
- Peserta Pilih Kasih
- Pelakon televisyen Malaysia
- Pelakon filem Malaysia
- Pelakon pentas Malaysia
- Pelakon Wanita Terbaik (Filem) Anugerah Skrin