Pergi ke kandungan

Daerah Tawau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Daerah Tawau
Jata Daerah Tawau
Lokasi Daerah Tawau
Daerah Tawau yang terletak di Sabah
Daerah Tawau
Daerah Tawau
Daerah Tawau yang terletak di Malaysia Timur
Daerah Tawau
Daerah Tawau
Koordinat: 4°14′33.4″N 117°53′33.16″E / 4.242611°N 117.8925444°E / 4.242611; 117.8925444Koordinat: 4°14′33.4″N 117°53′33.16″E / 4.242611°N 117.8925444°E / 4.242611; 117.8925444
Negara Malaysia
Negeri Sabah
BahagianBahagian Tawau
Pusat pentadbiranBandar Tawau
Pentadbiran
 • BadanMajlis Perbandaran Tawau
 • Presiden MajlisDatuk Ir. Haji Amrullah Kamal
Keluasan
 • Jumlah2,240 km2 (860 batu persegi)
Penduduk
 (2020)
 • Jumlah372,462
 • Kepadatan170/km2 (430/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (WPM)
Nombor platSD
Laman sesawangmpt.sabah.gov.my

Daerah Tawau merupakan sebuah daerah yang terletak dalam negeri Sabah. Daerah Tawau terletak di tenggara negeri Sabah dan merupakan salah satu daripada lima daerah dalam Bahagian Tawau. Pusat pentadbiran daerah ini terletak di Bandar Tawau. Antara etnik yang menetap di daerah ini termasuklah orang Suluk, Tidung, Melayu, Bajau dan Bugis.

Pentadbiran

[sunting | sunting sumber]

Daerah Tawau terletak di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Tawau yang diketuai seorang presiden. Pada mulanya kawasan daerah ini turut meliputi daerah Kalabakan. Namun pada 1 Januari 2019, daerah Kalabakan telah dipisahkan sepenuhnya daripada daerah Tawau, walaupun pentadbirannya masih di bawah Majlis Perbandaran Tawau.

Dari segi politik, daerah Tawau dirangkumi kawasan persekutuan Tawau. Di peringkat negeri pula, tiga kawasan negeri berada dalam daerah ini iaitu Apas, Balung dan Sri Tanjong.

Daerah Tawau terletak di tenggara negeri Sabah, tepatnya di selatan bahagian Tawau. Daerah ini berbatasan langsung dengan daerah Kalabakan di barat, Semporna di timur dan Kunak di utara. Di selatan daerah merupakan perairan Teluk Corrie dan Laut Sulawesi. Daerah Tawau juga bersempadan langsung dengan Indonesia di Pulau Sebatik.

Sempadan antara daerah ini dengan daerah Semporna di timur dan Kunak di utara merupakan sempadan semulajadi yang mengikut aliran Sungai Kalumpang.

Daerah Tawau berkeluasan 2,240 kilometer persegi. Bentuk muka buminya terdiri daripada kawasan bergunung-ganang di utara dan tengah daerah. Di kawasan selatan dan timur daerah yang terletak di pesisir pantai pula merupakan kawasan yang lebih rata dan landai. Titik tertinggi di daerah ini mencapai lebih 1300 meter yang terletak di puncak Gunung Magdalena. Pulau Sebatik merupakan pulau terbesar di daerah ini.

Demografi

[sunting | sunting sumber]
Sejarah kependudukan
TahunPend.±%
197059,788—    
1980113,708+90.2%
1991244,728+115.2%
2000305,080+24.7%
2010397,673+30.4%
2020372,615−6.3%
Sumber: [1]

Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di daerah Tawau ialah seramai 372,462 orang dengan kepadatan penduduk 166 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk padat.[2] Majoriti penduduk di daerah Tawau merupakan Bumiputera termasuklah orang Suluk, Tidung, Melayu, Bajau dan Bugis.[3]

Daerah Tawau juga merupakan antara daerah yang mempunyai jumlah penduduk bukan warganegara paling ramai di Sabah iaitu dengan jumlah lebih 100 ribu orang atau hampir 30 peratus dari keseluruhan penduduk.

Bilangan penduduk mengikut bangsa pada tahun 2020.[2]
Status Bangsa Jumlah
Warganegara Melayu 29,052
Bumiputera lain 186,464
Cina 37,151
India 628
Lain-lain 10,232
Bukan warganegara - 108,935
Jumlah 372,462

Di daerah Tawau, agama Islam merupakan agama paling ramai penganut dengan peratusan lebih 83 peratus diikuti agama Buddha sebanyak lapan peratus dan agama Kristian sebanyak lebih tujuh peratus. Agama Hindu dan lain-lain serta tidak beragama mencatatkan kurang satu peratus.[3]

Kemudahan

[sunting | sunting sumber]
Sebuah sekolah menengah di daerah Tawau.

Terdapat pelbagai kemudahan awam di daerah Tawau. Di daerah ini terdapat 83 buah sekolah rendah dan sekolah menengah. Satu hospital telah dibina di daerah ini iaitu Hospital Tawau. Di daerah ini juga mempunyai 16 buah balai polis dan sebuah balai bomba.

  1. ^ "Key Findings of Population and Housing Census of Malaysia 2020" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-2000-85-3.
  2. ^ a b "MyCendash-Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020". dosm.gov.my. Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 2023-12-16.
  3. ^ a b "Indikator Utama Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 Pihak Berkuasa Tempatan" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-253-697-0. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2023-07-24. Dicapai pada 2023-07-24.