Pergi ke kandungan

Darjah Mentari Peru

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Darjah Mentari Peru
Nama asliOrden El Sol del Perú (es) Sunting nilai ini di Wikidata
JenisDarjah kebesaran negara Sunting nilai ini di Wikidata
NegaraPeru Sunting nilai ini di Wikidata
StatusSedang dianugerahkan
Kali pertama8 Oktober 1821 Sunting nilai ini di Wikidata
Susunan keutamaan
Lebih rendahOrder of Merit for Distinguished Services (en) Terjemah Sunting nilai ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Darjah Mentari Peru (Sepanyol: Orden El Sol del Perú), dahulunya dikenali sebagai Darjah Mentari, ialah anugerah tertinggi yang diberikan oleh negara Peru untuk menghargai jasa orang awam dan tentera yang terkenal. Anugerah tersebut ialah anugerah awam tertua di benua Amerika, yang pertama kali ditubuhkan pada tahun 1821.

Darjah kebesaran tersebut pada asalnya dimulakan oleh Jeneral José de San Martín pada 8 Oktober 1821 apabila tiba di Lima, untuk mengiktiraf mereka yang telah menonjolkan diri mereka dalam kempen menentang pendukung Empayar Sepanyol. Tiga kelas pelantikan darjah ini telah diwujudkan, dalam urutan keutamaan menurun: Pengasas, Berjasa dan Bersekutu.

Ia telah dihentikan empat tahun kemudian, selepas banyak penerima yang mula menggunakan anugerah itu sebagai gelaran bangsawan, sama seperti gelaran Castile terdahulu yang dianugerahkan oleh kerajaan kolonial. Kongres mewartakan undang-undang yang memansuhkan Darjah Mentari pada 9 Mei 1825.

Pada tahun 1921, darjah kebesaran tersebut ditubuhkan semula untuk memperingati Seratus Tahun Kemerdekaan Peru.

Anugerah ini terdiri daripada kelas berikut:

  1. Darjah Seri Utama (Grand Collar)
  2. Darjah Seri Paduka Intan (Grand Cross with Diamonds)
  3. Darjah Seri Paduka (Grand Cross)
  4. Darjah Seri Setia (Grand Officer)
  5. Darjah Panglima
  6. Darjah Setia
  7. Darjah Pahlawan
Bar reben
Seri Utama
Seri Paduka Intan
Seri Paduka
Seri Setia
Panglima
Setia
Pahlawan

Penerima terkenal

[sunting | sunting sumber]
Sijil yang mengesahkan bahawa Darjah Mentari Peru telah dianugerahkan kepada Ernesto Burzagli atas nama Presiden Republik Peru pada 1924.

Pemerintah beraja

[sunting | sunting sumber]

Penerima lain

[sunting | sunting sumber]
Wanita Pertama AS, Pat Nixon dianugerahkan Darjah Seri Paduka Mentari atas usahanya menghantar bekalan bantuan selepas gempa bumi pada tahun 1970. Di kiri ialah Wanita Pertama Peru, Consuelo Velasco ; di sebelah kanan ialah Duta Peru ke Amerika Syarikat.
  1. ^ "MALAYSIA TO BACK PERU BID TO JOIN APEC" (PDF). 20 November 1996.
  2. ^ "Peru: Order of the Sun of Peru". medals.org.uk. Dicapai pada 19 July 2020.
  3. ^ GRAIN. "Thailand and Peru plan FTA talks". www.bilaterals.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-11-15.
  4. ^ "Peru honours Anwar with prestigious order". www.dailyexpress.com.my (dalam bahasa Inggeris). 2024-11-14. Dicapai pada 2024-11-15.
  5. ^ "Vietnam president honored with 'The Sun of Peru' Order". 13 November 2024.
  6. ^ Media, Kompas Cyber (2024-11-15). "Dapat Penghargaan "Order of The Sun" dari Peru, Prabowo: Ini Kehormatan Luar Biasa". KOMPAS.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2024-11-15.

Templat:Decorations by country