Dominika
Komanwel Dominika کومنويل دومينيکا Commonwealth de la Dominique | |||||
---|---|---|---|---|---|
| |||||
Cogan kata: "Après Bondie, C'est La Ter" (Antillean Creole) "Selepas Tuhan adalah Bumi" "Après le Bon Dieu, c'est la Terre" | |||||
Lagu kebangsaan: Isle of Beauty, Isle of Splendour | |||||
Ibu negara dan bandar terbesar | Roseau | ||||
Bahasa rasmi | Bahasa Inggeris | ||||
vernakular | Bahasa Perancis Kreol Dominika | ||||
Kumpulan etnik | 86.8% kulit hitam, 8.9% kacukan, 2.9% Carib, 0.8% kulit putih, 0.7% lain-lain (2001)[1] | ||||
Demonim | Dominika | ||||
Kerajaan | Republik berparlimen | ||||
• Presiden | Sylvanie Burton | ||||
Roosevelt Skerrit | |||||
Kemerdekaan | |||||
• daripada United Kingdom | 3 November 1978 | ||||
Keluasan | |||||
• Jumlah | 750 km2 (290 bt2) (Ke-184) | ||||
1.6 | |||||
Populasi | |||||
• Perkiraan Julai 2009 | 72,660 (Ke-195) | ||||
• Bancian Penduduk 2003 | 71,727 | ||||
105/km2 (271.9/sq mi) (Ke-95) | |||||
KDNK (PPP) | 2010 | ||||
• Jumlah | $758 juta[2] | ||||
$10,415[2] | |||||
KDNK (nominal) | 2010 | ||||
• Jumlah | $376 juta[2] | ||||
$5,167[2] | |||||
HDI (2007) | ▲0.814 Ralat: Nilai IPM tidak sah · 73rd | ||||
Mata wang | Dolar Caribbean Timur ( XCD ) | ||||
Zon waktu | UTC–4 (Timur Caribbean) | ||||
Arah memandu | left | ||||
Kod panggilan | +1-767 | ||||
DPT internet | .dm | ||||
|
Komanwel Dominika, atau Dominika (Perancis: Dominique ), adalah sebuah negara pulau yang terletak di Laut Caribbean. Dalam bahasa Latin, "Dominica" bermaksud "hari Ahad" iaitu hari di mana Columbus menjumpai pulau tersebut.
Nama pulau Dominika sebelum kedatangan Columbus adalah Wai'tu kubuli, yang bermaksud "Tinggi badannya". Penduduk asal pulau ini, iaitu orang Carib, memiliki wilayah yang sama seperti tanah rizab kaum Pribumi Indian di Amerika Utara. Disebabkan kedudukannya di antara pulau-pulau jajahan Perancis, Guadeloupe dan Martinique, dan juga kerana ia pernah ditakluki Perancis pada suatu ketika, Dominika juga digelar "Dominika Perancis". Namun bahasa rasminya adalah Inggeris walaupun bahasa creole, creole Perancis ditutur secara umum.
Dominika telah diberi nama samaran "Nature Isle of the Caribbean" (Pulau Alam Semula Jadi Caribbean) kerana keindahan semula jadinya yang kelihatan tidak terjejas. Ia merupakan kepulauan yang paling muda dalam Antilles Kecil, dan kini masih dibentuk oleh aktiviti gunung berapi geoterma, sebagaimana dibuktikan oleh tasik didihnya yang kedua terbesar di dunia. Pulau ini menonjolkan hutan hujan bergunung-ganang yang subur, dan merupakan tempat asal kepada banyak spesies tumbuhan, haiwan dan burung yang jarang ditemui. Terdapat kawasan-kawasan xerik di sesetengah kawasan pantai barat Dominika, tetapi hujan lebat boleh didapati di kawasan pedalaman. Burung nuri Sisserou, burung negara Dominika, ditampilkan dalam bendera negara. Ekonomi Dominika sangat bergantung kepada sektor pelancongan dan pertanian.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Galeri
[sunting | sunting sumber]-
Pemandangan Roseau.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Dominica Ethnic groups 2001 Census". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-01-30. Dicapai pada 2011-12-07.
- ^ a b c d "Dominica". International Monetary Fund. Dicapai pada 2011-04-21.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Ketahui lebih lanjut tentang Dominica di Wikipedia: | |
Takrifan dari Wikikamus | |
Imej dan media dari Commons | |
Sumber pembelajaran dari Wikiversity | |
Berita dari Wikiberita | |
Petikan dari Wikipetikan | |
Teks sumber dari Wikisumber | |
Buku teks dari Wikibuku |
Kerajaan
[sunting | sunting sumber]- Laman sesawang rasmi - Kerajaan Komanwel Dominika
- Komanwel Dominika - Pertubuhan Negara Caribbean Timur
- Invest Dominica - Laman rasmi Jabatan Industri, Dominika
- Perkhidmatan Rizab Laut Dominika - Jabatan Perikanan, Dominika
Berita dan media
[sunting | sunting sumber]- Dominica Broadcasting Corporation
- QFM Radio - West Indies Communications Enterprise Limited, Dominica
- Kairi FM Diarkibkan 2015-09-14 di Wayback Machine - Stesen radio Dominika
- The Chronicle - Akhbar mingguan Dominika
- NewsDominica.com - Komuniti berita dalam talian
Pelancongan
[sunting | sunting sumber]Wikikembara memiliki panduan pelancongan bagi Dominica. - Discover Dominica: Nature Island of the Caribbean - Laman sesawang pelancongan kerajaan yang rasmi oleh Discover Dominica Authority
- Tourism Dominica Diarkibkan 2009-02-02 di Wayback Machine - Laman sesawang rasmi Dominica Ministry of Tourism, Industry & Private Sector Relations
- Dominica Hotel & Tourism Association - Laman sesawang rasmi
- Dominican Blog - Menerokai Pulau Alam Semula Jadi Dominika
Pertubuhan dan direktori
[sunting | sunting sumber]- Dominica Association of Industy & Commerce Diarkibkan 2008-06-11 di Wayback Machine
- Dominica's Society for Heritage, Architectural Preservation & Enhancement Diarkibkan 2008-06-19 di Wayback Machine
- Kalinago - Laman sesawang rasmi Kumpulan Kebudayaan Wilayah Karib Dominika
- Sumber tentang sejarah dan kebudayaan Dominika Diarkibkan 2008-06-08 di Wayback Machine - susunan oleh Lennox Edward Honychurch, kurator kepada The Dominica Museum, Bayfront, Roseau
- Dominika dan IMF - Tabung Kewangan Antarabangsa