El Puerto de Santa María
El Puerto de Santa María | |
---|---|
Nama panggilan: La ciudad de los 100 palacios (The city of the 100 palaces) | |
Cogan kata: Puerto de Menesteo | |
Country | Sepanyol |
Autonomous Community | Andalusia |
Province | Cádiz |
Comarca | Bay of Cádiz |
Pentadbiran | |
• Jenis | Ayuntamiento |
• Mayor | Enrique Moresco (PP) |
Keluasan | |
• Jumlah | 159.34 km2 (61.52 batu persegi) |
Aras | 0 m (0 ft) |
Penduduk (2009)INE | |
• Jumlah | 87,696 |
• Kepadatan | 550/km2 (1,400/batu persegi) |
Demonim | Portuenses |
Zon waktu | CET (GMT +1) |
• Musim panas (DST) | CEST (GMT +2) |
Post code | 11500 |
Kod kawasan | +34956 |
Laman sesawang | Tapak web rasmi |
El Puerto de Santa María (bahasa Melayu: Pelabuhan Santo Maryam; sering disingkat sebagai El Puerto oleh penduduk tempatan) ialah sebuah perbandaran di wilayah Cádiz, Andalusia, Sepanyol.
Geografi
[sunting | sunting sumber]Terletak di tebing Sungai Guadalete, penduduk bandar ini seramai kira-kira 83,101 orang pada tahun 2006. Dengan keluasan 159 km², bandar ini mencapai kepadatan penduduk seramai 522,6 orang/km². El Puerto de Santa María terletak pada koordinat 36º 36' LU, 6º 13' BB. Ketinggian bandar ini mencapai 6 m dan terletak 21 km dari bandar Cádiz.
El Puerto de Santa María terletak di persisiran Lautan Atlantik, di dalam Teluk Cádiz, selatan Pergunungan San Cristóbal; dibatasi oleh Sanlúcar de Barrameda, Jerez de la Frontera, Rota, Puerto Real, dan Cádiz di seberang teluk. Bandar ini memiliki garis pantai sepanjang 22 km.
Pelancongan
[sunting | sunting sumber]Pelancongan merupakan industri penting di El Puerto de Santa María, terutama disebabkan oleh keindahan landskap pantainya, dan juga pertunjukan matador yang diselenggarakan sepanjang musim panas. Daerah-daerah yang penting di El Puerto de Santa María adalah: Fuenterrabía, Santa Catalina (Los Curas, Las Redes, Vistahermosa-El Buceador), Valdelagrana, La Puntilla-La Colorá), La Calita, El Aculadero, di Levante (wilayah pelancongan berteraskan alam) dan La Muralla. Di bandar ini juga ada Taman Alam Teluk Cádiz.
Bandar kembar
[sunting | sunting sumber]- Brighton, United Kingdom
- Coral Gables, Amerika Syarikat
- Dahira La Güera, Republik Demokratik Arab Sahrawi
- Texcoco, Mexico
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: El Puerto de Santa María. |
- Official webpage
- Cultural Information of the Monuments and Museums of El Puerto de Santa María
- Journal of history of El Puerto
- 360° Panoramic walk of El Puerto de Santa Maria
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan El Puerto de Santa María |