Esah binti Isa
Esah binti Isa (1934 – 11 Julai 2004) lebih dikenali sebagai S.A. Aisyah ataupun Adik Esah di kalangan orang Johor, merupakan seorang penyanyi Malaysia yang terkenal sekitar 1960-an. Pada 2003, S.A. Aisyah telah dipilih sebagai Anugerah Tokoh Penggerak Budaya Kebangsaan Tahun 2003.
Esah binti Isa | |
---|---|
Kelahiran | 1934 Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) |
Meninggal dunia | 11 Julai 2004 | (umur 69–70)
Nama lain | S.A. Aisyah |
Pekerjaan | Penyanyi |
Tahun aktif | 1948–2004 |
Pasangan | Sheikh Abdullah Omar Banafex (k. 1957; m. 2004) |
Anak-anak | 2 |
S.A. Aisyah mula mencipta nama sebagai seorang penyanyi keroncong pada tahun 1948. Selepas itu, beliau menyertai irama ghazal dibawah pimpinan Allahyarham Kolonel Musa atau Pak Lomak. S.A. Aisyah kemudiannya merakamkan beberapa album piring hitam pada sekitar 1960-an.
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]S.A. Aisyah mendirikan rumah tangga dengan Sheikh Abdullah Omar Banafex pada tahun 1957 dan mempunyai seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan.
Kematian
[sunting | sunting sumber]Beliau meninggal dunia pada 11 Julai 2004 di rumahnya di Taman Bunga Ros, Johor Bahru dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Mahmoodiah pada 12 Julai 2004.