Pergi ke kandungan

Frigat Type 23

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
HMS Somerset
Gambaran keseluruhan kelas
Nama:Kelas Type 23
Pembina:Swan Hunter dan Yarrows
Pengguna:Bendera tentera laut United Kingdom Tentera Laut Diraja
Bendera tentera laut Chile Tentera Laut Chile
Sebelumnya:Frigat Type 22
Selepasnya:Tiada
Ditauliah pada:24 November, 1987
Jumlah disiapkan:16
Jumlah aktif:13 (Tentera Laut Diraja Britain) & 3 (Tentera Laut Chile)
Ciri-ciri umum
Kelas dan jenis: Frigat
Sesaran:

Standard:3500 tan

Full Load:4200tons
Panjang: 133 m (436 kaki 4in)
Lunas: 16.1 m (52 kaki 10in)
Draught: 7.3 m (24 kaki)
Jana kuasa: CODLAG dengan 4 unit penjana elektrik 1510kW (2025-shp) Paxman Valenta 12CM yang menjana dua motor elektrik GEC menghasilkan 2980kW (4000 shp) dan dua Rolls-Royce Spey SM1A menghasilkan 23,190kW (31,100 shp) kepada dua aci
Halaju: 28 knot (HMS Sutherland baru-baru ini mencapai 34.4 knot semasa ujian berkelajuan tinggi pada bulan November 2008)
Jarak: 14,485 km (9000 batu) pada 15 knot
Anak kapal: 181
Persenjataan:

2x pelancar berkembar empat bagi membawa lapan peluru berpandu permukaan ke permukaan Harpoon 2x GWS.26 VLS for 32 Sea Wolf SAMS 1x 4.5in (114mm) meriam Mk 8 DP 2x meriam anti udara DS 30B 30mm

2x tiub berkembar 12.75in (324mm) untuk torpedo peperangan anti-kapal selam Stingray.
Pesawat yang dibawa: 1x helikopter Lynx HMA.Mk3/8 atau Merlin HM.Mk 1

Frigat Type 23 ataupun dikenali juga sebagai Frigat kelas “Duke” adalah satu kelas kapal frigat yang dibina untuk kegunaan Tentera Laut Diraja Britain. Kelas ini dikenali sebagai kelas “Duke” kerana dinamakan mengikut nama gelaran-gelaran “Duke” (satu kumpulan pewarisan orang bangsawan di Britain).

Kapal Type 23 pertama ditauliahkan dalam tahun 1989 dan kapal yang penghabisan dalam kelas ini di ditauliahkan dalam tahun 2002. Sebanyak 16 buah kapal kelas ini telah dibina, tiga buah darinya kini berkhidmat dengan Tentera Laut Chile manakala 13 buah lagi berkhidmat dengan Tentera Laut Diraja Britain.

Reka Bentuk

[sunting | sunting sumber]

Asal usul

[sunting | sunting sumber]
HMS Montrose

Frigat Type 23 pada mulanya diilhamkan sebagai sebuah platform untuk melaksanakan peperangan anti kapal selam dan dilengkapkan dengan sebuah helikopter (Westland Lynx ataupun EHI Merlin) dan sonar jujukan tunda. Kelas frigat ini dibina untuk menggantikan frigat kelas Leander.

Frigat Type 23 dipesan oleh Tentera Laut Diraja Britain untuk memburu kapal selam Kesatuan Soviet di Laut Atlantik Utara. Pada mulanya, pegawai perancang mencadangkan supaya kelas frigat ini tidak diberikan senjata pertahanan diri agar sistem sistem pelancaran menegak peluru berpandu Sea Wolf dapat dipasang pada kapal pengisian minyak kelas Fort Victoria, kerana sebuah kapal kelas Fort Victoria akan menyokong 4 buah kapal frigat Type 23. Cadangan ini dibantah oleh tentera laut.

Kapal kelas Fort Victoria juga menyokong penyelenggaraan dan baik pulih helikopter di frigat Type 23, dan kapal-kapal Type 23 hanya perlu menjalankan kerja pengisian semula senjata dan pengisian semula bahan api.

Pengembangan Reka Bentuk

[sunting | sunting sumber]
HMS Somerset

Daripada pengajaran yang diperolehi semasa Perang Falkland, reka bentuk frigat Type 23 dibesarkan untuk membolehkan pemasangan sebuah meriam kaliber sederhana untuk memberikan bantuan tembakan unit tentera di pantai dan juga untuk serangan sasaran di permukaan laut. Misil Sea Wolf VLS memberikan pertahanan menentang kapal terbang dan juga peluru berpandu anti kapal seperti Exocet.

Pemasangan peluru berpandu jenis Harpoon pula memberikan sistem senjata serangan yang kredibel kepada frigat Type 23. Dengan itu, frigat Type 23 berubah menjadi sebuah frigat pelbagai guna yang berupaya menjalankan tugasan anti kapal selam, anti pesawat dan anti kapal.

Kapal type 23 juga direka supaya mempunyai keratan rentas radar yang rendah, pengautomatikan sistem persenjataan dan pengurusan untuk membolehkan bilangan anak kapal yang paling minimum, penggunaan sistem pendorong CODLAG yang menggabungkan enjin diesel elektrik dengan sistem turbin gas dan enjin elektrik membolehkan kapal kelas Type 23 menjalani operasi dengan senyap memburu kapal selam, ataupun dipandu laju menggunakan enjin turbin gas.

Sistem peluru berpandu Sea Wolf VLS sebenarnya direka khusus untuk kegunaan frigat Type 23 dan mula digunakan dalam kelas frigat kelas ini. Kejayaan sistem ini menyebabkan sistem Sea Wolf VLS dipilih untuk lain-lain kelas kapal termasuklah frigat kelas Lekiu yang dipesan dan digunakan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia.

HMS Norfolk adalah kapal pertama dalam kelas ini juta. Kapal-kapal berikut berharga £60-96 juta. Kos pengurusan sebuah frigat Type 23 dianggarkan £16 juta. Pada 21 Julai 2004, Setiausaha Pertahanan Britain Geoff Hoon mengumumkan bahawa HMS Norfolk, HMS Marlborough dan HMS Grafton akan dibersarakan sebagai satu langkah penjimatan dan pengurangan kos pertahanan. Tentera Laut Chile membeli ketiga-tiga buah kapal tersebut untuk penghantaran dalam tahun 2008. BAE Systems akan membaik pulih dan menaik taraf tiga buah kapal ini pada kos £134 juta. Kapal pertama untuk Tentera Laut Chile dinamakan Almirante Cochrane.

Spesifikasi

[sunting | sunting sumber]

Sistem Persenjataan

[sunting | sunting sumber]
Aircraft:

Sistem Elektronik

[sunting | sunting sumber]
 Nama   Nombor Pennant   Limbungan Pembina   Tarikh Dilancar   Tarilh Tauliah   Pangkalan   Status 
Norfolk F230 YSL, Glasgow 11 Julai, 1987 24 November, 1989 Devonport Tentera Laut Chile
Argyll F231 YSL 8 April, 1989 30 Mei, 1991 Devonport Aktif
Lancaster F229 YSL 24 Mei, 1990 1 Mei, 1991 Portsmouth Aktif
Marlborough F233 Swan Hunter , Wallsend 21 Januari, 1991 14 Jun, 1991 Portsmouth Tentera Laut Chile
Iron Duke F234 YSL 2 Mac, 1991 30 Mei, 1991 Portsmouth Aktif
Monmouth F235 YSL 23 November, 1991 1993 Devonport Aktif
Montrose F236 YSL 31 Julai, 1992 2 Jun, 1994 Devonport Aktif
Westminster F237 Swan Hunter 9 Februari, 1992 1994 Portsmouth Aktif
Northumberland F238 Swan Hunter April 1992 Mei 1994 Devonport Aktif
Richmond F239 Swan Hunter 6 April, 1993 Oktober 1996 Portsmouth Aktif
Somerset F82 YSL 24 Jun, 1994 20 September, 1996 Devonport Aktif
Grafton F80 YSL 5 November, 1994 Mei 1997 Portsmouth Tentera Laut Chile
Sutherland F81 YSL 9 Mac, 1996 4 Julai, 1997 Devonport Aktif
Kent F78 YSL 28 Mei, 1998 Februari 2000 Portsmouth Aktif
Portland F79 Marconi Marine (YSL) 15 Disember, 2000 3 Mei, 2001 Devonport Aktif
St Albans F83 BAE Systems Marine (YSL) 6 Mei, 2000 November 2001 Portsmouth Aktif
[sunting | sunting sumber]
  • HMS Westminster digunakan dalam penggambaran filem James Bond yang bertajuk Tomorrow Never Dies bagi menggambarkan adegan dalam tiga buah kapal yang berlainan iaitu, HMS Chester, HMS Devonshire dan HMS Bedford. Untuk penggambaran di persekitaran luar, model kapal Type 23 dibina dan digunakan.

Lihat Juga

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]