G
Cari G dalam Wikikamus bahasa Melayu, kamus bebas. |
Abjad Rumi dasar | ||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
|
G ialah huruf Rumi yang ke-7. Namanya ialah gee (IPA: [dʒiː]). Dalam bahasa Melayu, huruf G mewakili konsonan letupan velar bersuara /ɡ/ sepadan huruf Jawi ݢ; huruf G juga digunakan dalam dwilambang "ng" untuk sengauan velar sepadan huruf Jawi ڠ. Dalam bahasa Inggeris pula, huruf G digunakan untuk konsonan plosif velum bersuara dan juga afrikat postalveolar bersuara /dʒ/ sebelum sesetengah bunyi vokal hadapan.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Huruf G diperkenalkan pada zaman Latin lama sebagai satu bentuk kelainan bagi huruf C untuk membezakan konsonan velum bersuara /ɡ/ daripada yang tidak bersuara /k/.
Orang pertama yang diketahui menulis huruf G ialah Spurius Carvilius Ruga, orang Rom pertama yang membuka sekolah beryuran, dan mengajar sekitar 230 SM. Ketika itu, huruf K makin kurang dipakai, manakala huruf C yang mula-mulanya mewakili kedua-dua bunyi /ɡ/ dan /k/ sebelum bunyi vokal terbuka, kemudian hanya mewakili bunyi /k/ dalam apa-apa kedudukan.
Penempatan G oleh Ruga menunjukkan bahawa susunan abjad yang berkaitan dengan nilai-nilai huruf sebagai angka Greek, pun dijadikan isu pada abad ke-3 SM. Sampson (1985) berpendapat bahawa: "Nyata sekali susunan abjad dirasakan sebagai perihal yang begitu konkrit sehingga sesuatu huruf baru bolehditambah di tengah hanya jika terdapat ‘ruangan’ kesan pengguguran huruf lama."[1] Menurut sesetengah catatan, huruf ketujuh yang asal, Z, digugurkan daripada huruf Latin pada awal abad ke-3 SM oleh penapis Rom Appius Claudiusyang mendapati huruf itu asing dan dibenci sekali.[2]
Tidak lama kemudian, kedua-dua konsonan velum /k/ dan /ɡ/ mengalami prosesplatalisasi dan alofon sebelum vokal hadapan; oleh itu, huruf C dan G mempunyai nilai bunyi berbeza dalam pelbagai bahasa Romance, serta juga bahasa Inggeris (akibat pengaruh bahasa Perancis).
Huruf g kecil mempunyai dua bentuk asas yang berlainan: "g berekor terbuka" dan "g berekor gelung" .
Kod-kod pengkomputeran
[sunting | sunting sumber]fonetik NATO | Kod Morse | ||
Golf | |||
Bendera isyarat | Semafora | Panduan ASL | Braille |
Titik kod | Huruf besar G |
Huruf kecil g | |
---|---|---|---|
Unikod | U+0047 | U+0067 | |
ASCII | Perpuluhan | 71 | 103 |
Perduaan | 01000111 | 01100111 | |
EBCDIC | 199 | 135 |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: G. |
|