Gam haiwan
Penampilan
Gam haiwan merupakan bahan pelekat yang dihasilkan dengan merebus tisu penghubung haiwan secara berlarutan.
Gam koloid protein ini terbentuk melalui hidrolisis kolagen dari kulit, tulang, tendon dan lain-lain tisu, seperti mana gelatin. Istilah "kolagen" itu sendiri berasal dari bahasa Yunani iaitu κόλλα kolla yang bermaksud "gam". Protein-protein ini membentuk ikatan molekul dengan objek yang direkat.
Gam haiwan sering dikaitkan dengan kuda, kerana bangkai kuda sering dihantar untuk diproses sebagai gam. Antara haiwan lain yang menghasilkan gam adalah arnab dan ikan.[1]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Mayer, Ralph (1991). The Artist's Handbook of Materials and Techniques. New York: Viking. m/s. 437. ISBN 0-670-83701-6.
Isinglass is a superlative grade of fish glue made by washing and drying the inner layers of the sounds (swimming bladders) of fish. The best grade, Russian isinglass, is obtained from the sturgeon.