Glosari teori set
Penampilan
Teori set ialah cabang ilmu matematik yang mengkaji set, unsur-unsurnya, dan hubungan-hubungannya.
B
[sunting | sunting sumber]- Bijeksi (bijection)
- Pemetaan satu dengan satu yang mana setiap unsur dalam set P dipadankan dengan satu unsur unik dalam set Q dan begitu juga sebaliknya. Setiap imej dipetakan daripada satu argumen.
D
[sunting | sunting sumber]- Domain (domain)
- Domain bagi fungsi ialah set .
F
[sunting | sunting sumber]- Fungsi (function)
- Pemetaan daripada satu set asal (domain) kepada satu set sasaran (kodomain). Fungsi dengan domain dan kodomain ditulis .
- Fungsi identiti (identity function)
- Fungsi yang memetakan setiap unsur kepada unsur yang sama.
- Fungsi kosong (empty function)
- Fungsi dengan domain set kosong.
- Fungsi pemalar (constant function)
- Fungsi yang imejnya malar, iaitu tidak berubah. Semua fungsi kosong adalah pemalar.
- Fungsi songsang (inverse function)
- Fungsi songsang bagi fungsi (ditulis ) ialah fungsi dengan syarat jika maka .
G
[sunting | sunting sumber]- Gambar rajah Venn (Venn diagram)
- Gambar rajah ringkas yang diperkenalkan oleh John Venn yang digunakan untuk menggambarkan hubungan antara set.
- Gubahan (composition)
- Gubahan fungsi dan fungsi (ditulis ) ialah fungsi yang memberi argumennya kepada dan memberi nilainya kepada .
H
[sunting | sunting sumber]- Hasil darab (product)
- Hasil darab (juga dipanggil hasil darab Cartes) bagi set dan set (ditulis ) ialah set yang mengandungi semua pasangan di mana komponen pertama merupakan unsur dalam dan komponen kedua merupakan unsur dalam .
I
[sunting | sunting sumber]- Imej (image)
- Imej bagi sebarang objek dalam di bawah fungsi ialah unsur dalam yang dipetakan oleh . Imej bagi keseluruhan domain dikenali sebagai julat.
- Injeksi (injection)
- Fungsi yang memetakan setiap argumen kepada nilai-nilai yang berbeza.
Julat
[sunting | sunting sumber]{{istilah Julat|range|Julat bagi suatu fungsi ialah set bagi semua nilai yang yang dipetakan oleh , dan merupakan subset bagi kodomainnnya.}}
K
[sunting | sunting sumber]- Kekardinalan (cardinality)
- Ukuran bilangan unsur dalam sesuatu set. Kekardinalan bagi set ditulis .
- Kesatuan (union)
- Kesatuan bagi set dan set (ditulis ) ialah set yang mengandugi semua unsur dalam A dan semua unsur dalam B.
- Kesatuan tak bercantum (disjoint union)
- Kesatuan tak bercantum bagi set dan set (ditulis ) ialah set yang mengindeks semua unsur dalam dan semua unsur dalam mengikut set asal mereka.
- Kodomain (codomain)
- Kodomain bagi fungsi ialah set .
P
[sunting | sunting sumber]- Paradoks Russell (Russell's paradox)
- Paradoks yang ditemui oleh Bertrand Russell yang menyatakan bahawa "set yang mengandungi semua set yang bukan unsur bagi dirinya sendiri" membawa kepada percanggahan.
- Pelengkap (complement)
- Pelengkap bagi set dalam set (ditulis ) ialah set yang mengandungi semua unsur dalam tetapi tidak mengandungi sebarang unsur dalam .
- Pelengkap mutlak (absolute complement)
- Pelengkap mutlak bagi set (ditulis ) ialah pelengkap bagi dalam set semesta.
- Persilangan (intersection)
- Persilangan bagi set dan set (ditulis ) ialah set yang mengandungi unsur-unsur yang terdapat dalam kedua-dua set A dan B.
S
[sunting | sunting sumber]- Set (set)
- Koleksi bagi objek yang dipanggil unsur. Set ditulis dengan tatatanda .
- Set kosong (empty set)
- Set yang tidak mengandungi sebarang unsur. Set kosong ditulis atau .
- Set kuasa (power set)
- Set kuasa bagi suatu set (ditulis ) ialah set yang mengandungi semua subset .
- Set semesta (universal set)
- Set yang mengandungi semua set. Set semesta dilambangkan dengan xi ().
- Subset (subset)
- Suatu set ialah subset bagi suatu set (ditulis ) jika semua unsurnya terkandung dalam .
- Surjeksi (surjection)
- Fungsi yang kodomainnya adalah sama dengan julatnya.
U
[sunting | sunting sumber]- Unjuran (projection)
- Unsur (element)
- Ahli set. Keahlian dalam set ditulis .