Haggis
Haggis ialah sejenis makanan seakan puding berlauk diperbuat daripada isi perut biri-biri - termasuk jantung, hati dan peparu - dicincang dan dicampur bersama bawang, oatmeal, suet, rempah ratus dan garam kemudian dimasak dalam balutan atau selongsong (casing) perut haiwan tersebut.[1]
Makanan ini sering dikaitkan dengan orang Scotland, malah ia dijadikan hidangan kebangsaan dalam negeri tersebut[2] serta turut dinikmati golongan imigran yang berhijrah ke negara jauh seperti Amerika Syarikat, Kanada, Australia dan New Zealand. Ia paling utama dimakan pada suatu acara makan yang meraikan Burns Night atau Robert Burns Day ("Hari Robert Burns") iaitu hari lahir Robert Burns, penyajak terkenal dari Scotland pada 25 Januari.
Jenis resipi lain
[sunting | sunting sumber]Isi vegetarian
[sunting | sunting sumber]Terdapat beberapa resipi yang ditulis mengenai memasak suatu Haggis yang sesuai untuk pemakan vegetarian di mana isi daging ia bisa diganti dengan pelbagai kekacang (termasuk kacang dal, kacang merah, kacang pinggang, kacang tanah) dan sayuran (termasuk cendawan, bawang dan lobak merah).[3]
Pengunaan kulit tiruan
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 1971, suatu peraturan dikuatkuasakan di Amerika Syarikat di mana paru-paru sebarang haiwan diharamkan pengunaannya kerana bahagian tersebut boleh dimasuki asid perut dan flegma sewaktu haiwan disembelih;[4] perkara ini turut menyukarkan pengimportan Haggis ke negara tersebut.[5] Oleh sebab itu, Haggis yang dihasilkan dan dijual di Amerika Syarikat dibuat dalam negara tersebut tanpa paru-paru sebagai ramuannya. Malah, balutan yang digunakan juga merupakan selongsong jenis buatan manusia.[6]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Haggis. Oxford English Dictionary (ed. ke-3). Oxford University Press. September 2005.
- ^ "Food and Drink in Scotland – Scottish Cuisine". Scotland.org.
- ^ "How to cook the perfect vegetarian haggis". The Guardian. 22 Januari 2015.
- ^ https://munchies.vice.com/en_us/article/jpawpb/the-usda-doesnt-want-us-to-eat-lungs
- ^ "US not ready to lift ban on Scottish haggis". BBC News. 26 Januari 2010. Dicapai pada 19 Januari 2011.
- ^ "Frequently Asked Questions".