Pergi ke kandungan

Haitham bin Tariq Al Said

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Haitham bin Tariq Al Said
KDYMM Sultan Oman
Pemerintahan11 Januari 2020 – kini
Didahului olehQaboos bin Said
Keputeraan (1954-10-13) 13 Oktober 1954 (umur 70)
Muscat, Muscat dan Oman
Ahad bint Abdallah bin Hamad Al Saïd
AnakandaDhiyazan bin Haitham Al-Saïd
Balarab bin Haitham Al-Saïd
Thuraya bint Haitham Al-Saïd
Omaima bint Haitham Al-Saïd
KerabatAl Said
AyahandaTariq bin Taimur
BondaShawana bint Hamud Al-Busa’idiyah
AgamaIslam Ibadi

Haitham bin Tariq Al Said (Arab: هيثم بن طارق آل سعيد, rumi: Haytham bin Ṭāriq Āl Saʿīd; diputerakan 13 Oktober 1954)[1] ialah Sultan Oman yang naik takhta menggantikan sepupunya, Almarhum Sultan Qaboos bin Said pada 11 Januari 2020, sehari selepas Sultan Qaboos mangkat kerana kegeringan tua.[2] Baginda sebelum ini berkhidmat sebagai Menteri Warisan dan Budaya di Kesultanan Oman.[3][4]

Haitham bin Tariq ialah ahli kerabat diraja Oman Al Said dan merupakan graduan 1979 Rancangan Khidmat Asing (FSP) Universiti Oxford (FSP).[5] Paduka ayahanda Haitham ialah Tariq bin Taimur, paduka putera kepada Taimur bin Feisal (sultan 1913–1932). Paduka adindanya Asa'ad bin Tariq bin Taimur al Said ialah Timbalan Perdana Menteri.

Baginda dahulu merupakan ketua Persatuan Bola Sepak Oman yang pertama pada awal 1980-an dan digambarkan sebagai penggemar sukan.[6] Baginda berkhidmat sebagai Setiausaha Rendah Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri bagi Hal Ehwal Politik dari 1986 hingga 1994, dan kemudian dilantik sebagai Setiausaha Agung bagi Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri (1994–2002). [7][8] Baginda kemudian dilantik sebagai Menteri Warisan dan Budaya pada pertengahan 1990-an.[3] Baginda biasanya mewakili Oman di luar negara.[9]

Baginda juga Pengerusi jawatankuasa bagi visi masa depan "Oman 2040″ serta presiden kehormat Persatuan untuk Orang Kurang Upaya Oman dan presiden kehormat "Persatuan Persahabatan Oman-Jepun."[10]

Pewarisan

[sunting | sunting sumber]

Selepas kemangkatan paduka sepupu baginda Sultan Qaboos pada 10 Januari 2020, Haitham bin Tariq menggantikan baginda sebagai Sultan Oman pada hari berikutnya selepas mengangkat sumpah sebelum sesi darurat Majlis Oman di Al-Bustan.[11] TV negara Oman berkata pihak berkuasa telah membuka surat oleh Sultan Qaboos bin Said menamakan penggantinya, mengumumkan tidak lama bahawa Haitham bin Tariq Al Said ialah sultan pemerintah negara.[12]

Keturunan

[sunting | sunting sumber]
8. Faisal bin Turki
4. Taimur bin Feisal
9. Aliya bint Thuwaini Al Said
2. Tariq bin Taimur
10. Ali bin Salim
5. Fatima bint Ali Al Said
11. Aliya bint Barghash Al Said
1. Haitham bin Tariq Al Said
6. Hamud Al-Busa’idiyah
3. Shawana bint Hamud Al-Busa’idiyah
  1. ^ https://www.rulers.org/indexh1.html
  2. ^ "Oman's new ruler Haitham bin Tariq takes oath: newspapers". Reuters (dalam bahasa Inggeris). 11 January 2020. Dicapai pada 11 January 2020.
  3. ^ a b "Cabinet of Ministers". Oman News Agency. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 March 2015. Dicapai pada 31 March 2015.
  4. ^ Appointing a Minister of Heritage and Culture, Royal Decree No11/2002, issued on February 14, 2002, published in issue 713 of the Official Gazette
  5. ^ "Haitham bin Tariq appointed new ruler of Oman". Arab News. 11 January 2020.
  6. ^ "New Oman ruler chosen by agreement, or secret letter". France 24 (dalam bahasa Inggeris). 11 January 2020. Dicapai pada 11 January 2020.
  7. ^ Oman, Ministry of Legal Affairs (1986). Royal Decree No. 2/86. Official Gazette.
  8. ^ Oman, Ministry of Legal Affairs (1994). Royal Decree No. 110/94. Official Gazette.
  9. ^ "Haitham bin Tariq appointed new ruler of Oman". Arab News (dalam bahasa Inggeris). 2020-01-11. Dicapai pada 2020-01-11.[pautan mati kekal]
  10. ^ "The New Sultan of Oman: Haitham Bin Tariq Al Said". gulfnews.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-01-11.
  11. ^ "Sultan Haitham Bin Tariq Al Said succeeds Sultan Qaboos of Oman". gulfnews.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 11 January 2020.
  12. ^ "Oman names culture minister as successor to Sultan Qaboos". AP NEWS. 2020-01-11. Dicapai pada 2020-01-11.
Haitham bin Tariq Al Said
Kerabat Al Said
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Qaboos bin Said al Said
Sultan Oman
2020–
Pemegang jawatan kini

Templat:Sultans of Oman Templat:Leaders of Arab League member states

Templat:Oman-bio-stub