Hitsugaya Tōshirō
Watak Bleach | |
---|---|
Hitsugaya Tōshirō | |
Peranan | Kapten shinigami Divisyen ke-10 |
Tarikh lahir | 20 Disember[1] |
Zanpakutō | Hyōrinmaru |
Seiyū | Romi Paku |
Pelakon suara latar | Steve Staley |
Hitsugaya Tōshirō (日番谷 冬獅郎) ialah seorang watak fiksyen dalam siri anime dan manga Bleach yang dicipta oleh Tite Kubo. Dia merupakan kapten Divisyen ke-10 dalam Gotei 13. Leftenannya ialah Matsumoto Rangiku. Dia dipilih sebagai watak Bleach paling popular dalam bancian terkini Shonen Jump, menggantikan Kurosaki Ichigo, yang telah menduduki tempat pertama sebelumnya. Dia telah menerima undian berjumlah 8278, mengalahkan Kuchiki Rukia di tempat kedua dengan jumlah undian berjumlah 383.[2] Dalam filem kedua siri Bleach berjudul The DiamondDust Rebellion, dia merupakan watak utama.
Watak dan perwatakan
[sunting | sunting sumber]Hitsugaya Tōshirō merupakan seorang shinigami yang muda jika dibandingkan dengan piawaian Soul Society. Dilahirkan di Rukongai,[3] Hitsugaya telah menjadi shinigami termuda yang mencapai status "kapten".[3] Hitsugaya mempunyai badan yang kecil dan pendek. Dia memiliki rambut berwarna putih salji (yang seringkali menarik perhatian di dunia manusia) dan mata berwarna hijau kebiru-biruan, yang mewakili kebolehannya mengawal ais dan air. Dia memakai pakaian tradisional seorang kapten, mengecualikan tali hijau di bahunya, dan kadang-kala berjalan memakai tabi.
Hitsugaya secara umumnya bersifat serius dan matang, berlawanan dengan sikap leftenannya, Matsumoto Rangiku. Walaupun personaliti mereka berbeza, Hitsugaya dan Matsumoto mempunyai hubungan yang sangat rapat. Hitsugaya ditunjukkan mudah berasa marah oleh orang lain yang suka membuat kacau atau menarik perhatian yang tidak penting kepada diri mereka, seperti yang dilihat apabila dia membawa sekumpulan shinigami ke sekolah Kurosaki Ichigo. Hitsugaya tidak menyukai apa-apa yang dinyatakannya sebagai "kebudak-budakkan" dan benci jika dirinya dikatakan kelihatan seperti kanak-kanak, seperti yang dilihat dalam episod 132 siri anime Bleach apabila dia berjumpa dengan adik ichigo, Karin. Ini dibuktikan lagi dalam bab-bab omake di mana Hitsugaya dianggap sebagai seorang budak kecil. Dalam babak penutup OVA Sealed Sword Frenzy, Hitsugaya berpakaian seperti seorang budak sekolah dan berada di dunia manusia, dan Hinamori terpaksa membawanya keluar daripada tempat bersembunyinya. Hinamori Momo juga seringkali dilindungi Hitsugaya, kerana mereka merupakan kawan sejak kecil. Bersesuaian dengan sifat zanpakutō miliknya, Hitsugaya tidak menyukai musim panas dan cuaca yang panas secara umumnya.
Hitsugaya berasa agak marah apabila sesiapa merujuk kepadanya dengan nama selain daripada "Kapten Hitsugaya". Hinamori pernah memanggilnya "Toshiro," dan Hinamori bersama-sama Ukitake seringkali menggunakan panggilan "Shiro si kecil" (シロちゃん Shiro-chan) - nama gelaran yang membawa maksud "si putih", merujuk kepada rambutnya. Dalam segmen Lakaran Buku Bergambar Shinigami Emas, (segmen-segmen omake yang terdapat pada akhir episod-episod anime Bleach), Ukitake Jūshirō dalam lakaran yang lucu, memberi Hitsugaya gula-gula dan makanan-makanan lain kerana "Jūshirō" dan "Tōshirō" berbunyi serupa apabila disebut, juga kerana mereka berdua berkongsi warna rambut yang sama, maka mereka berdua boleh digelar sebagai "Shiro-chan." Nama pertama Hitsugaya, iaitu Tōshirō, membawa maksud "musim sejuk," yang bersesuaian dengan rambutnya yang putih dan elemen zanpakutō Hitsugaya iaitu ais. Ichigo juga memanggil Hitsugaya dengan nama pertamanya, dan ini kurang disenangi Hitsugaya sendiri, menjadikannya di antara tiga kapten yang dirujuk Ichigo dengan nama pertama mereka (yang lain termasuklah Kuchiki Byakuya dan Zaraki Kenpachi).
Gerak hati Hitsugaya adalah tajam, dan dia merupakan salah satu daripada kapten yang telah mengesyaki Ichimaru Gin sebagai seorang pembelot, meskipun dia tidak mengesyaki Aizen Sōsuke.
Dalam pertarungannya dengan Ichimaru Gin dalam siri anime, Gin telah mengatakan bahawa Hitsugaya merupakan jelmaan makhluk suci yang dihidupkan semula selepas beberapa abad. Ini dibuktikan juga melalui namanya, yang merupakan homonim untuk istilah bahasa Jepun yang bermaksud "amatur" (藤四郎), mungkin sekali merujuk kepada umur Hitsugaya yang masih muda dan pengalamannya berbanding kapten-kapten lain dalam Gotei 13.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Hitsugaya berasal daripada Junrinan, Daerah 1 Rukongai. Di sana dia tinggal bersama-sama neneknya dan Hinamori Momo. Dia juga merupakan kawan baik Jidanbō, iaitu Penjaga Pintu Barat, dan telah mengajarnya "undang-undang bandar raya."[4]
Semasa kecil, Hitsugaya berkelakuan agak nakal dengan tingkah-laku yang menyendirikan dirinya daripada orang lain, kecuali neneknya dan Hinamori. Hinamori suka memanggilnya "Shiro-chan", dan Hitsugaya menempelak Hinamori dengan memanggilnya "Momo kencing katil." Mereka bertiga berkawan rapat, dan Hitsugaya berasa marah apabila Hinamori meninggalkannya untuk menyertai akademi shinigami. Sepanjang zaman kanak-kanaknya, Hitsugaya selalu merasakan kewujudan sesuatu yang "sejuk" di dalam dirinya, Lima tahun selepas pemergian Hinamori, Hitsugaya bertemu dengan Matsumoto Rangiku, yang hanya merupakan shinigami biasa pada waktu itu, di sebuah pasar. Mereka berdua bergaduh, dan pada saat inilah Rangiku menyedari kekuatan semangat Hitsugaya yang tersembunyi.
Malam tersebut, Hitsugaya telah bermimpi bertemu dengan Hyōrinmaru buat pertama kalinya, meskipun dia gagal mendengar nama roh tersebut. Dia terjaga dan mendapati Rangiku menegurnya kerana dia gagal mengawal kuasanya, yang telah membeku neneknya. Rangiku telah menyakinkan Hitsugaya bahawa kuasa yang dimilikinya hendaklah dikawal dengan betul, dan supaya menjadi seorang shinigami.[5] Dengan bakat semula jadi yang dimiliki oleh Hitsugaya, dia telah menyertai akademi shinigami meskipun masih mentah dan diangkat sebagai budak pintar dan genius, dengan pantas muncul sebagai kapten Divisyen ke-10, dan ironiknya, Rangiku diletakkan sebagai leftenannya.
Hinamori masih memanggil Hitsugaya "Shiro-chan" disebabkan kebiasaan memanggilnya begitu sejak kecil, dan masih berasa ingin melindunginya. DI atas janji yang dilakukannya, Hinamori mula memanggilnya "Hitsugaya-kun" selepas dia mencapai tahap shikai zanpakutōnya, justeru diiktiraf sebagai shinigami. Dengan bakat dan kebolehan yang tinggi, Hitsugaya kekal sebagai kapten yang termuda dalam Gotei 13.
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Diperkenalkan di samping ahli-ahli Gotei 13 yang lain, deria Hitsugaya Tōshirō yang tajam serta pemerhatiannya yang terperinci telah membawanya untuk mengesyaki Ichimaru Gin, Kapten Divisyen ke-3 sebagai pembelot apabila keadaan tentang penjatuhan hukuman ke atas Kuchiki Rukia menjadi semakin rumit. Hitsugaya telah mengingatkan Hinamori tentang ini, yang telah menyakinkannya untuk menyerang Gin apabila mendapati Aizen dibunuh, seterusnya memaksa Hitsugaya untuk meletakkan Hinamori bersama-sama Kira Izuru dalam penjara. Hitsugya juga telah memberi amaran kepada Gin, jikalau dia mencederakan Hinamori walaupun setitik darahnya, dia akan membunuh Gin, akibatnya, sebuah pertarungan yang singkat di antara mereka telah berlaku. Hitsugaya berjaya membekukan tangan Gin sebelum pertarungan mereka diganggu Matsumoto. Selepas melihat pergaduhan yang telah berlaku disbabakan hukuman yang dijatuhkan kepada Rukia, Hitsugaya telah cuba untuk merayu kepada Bilik Utama 46, lalu mendapati setiap ahlinya telah dibunuh dan Aizen bertanggungjawab ke atas pembunuhan mereka, selepas berjaya mendustai shinigami lain akan kematiannya. Apabila Hitsugaya mendapati Hinamori dicederakan dan menyoal Aizen, dia telah mengatakan bagaimana Hinamori telah berasa bimbang tentangnya dan bagaimana dia telah berkerja dengan keras untuk menjadi leftenannya. Aizen membalas Hitsugaya dengan mengatakan bahawa disebabkan perasaan Hinamori itu, tugasnya untuk memanipulasinya telah menjadi mudah, dan mengatakan "kaguman merupakan tahap yang paling jauh daripada kefahaman". Hitsugaya telah cuba untuk membunuh Aizen menggunakan bankai pedangnya, namun dikalahkan dengan serta-merta lalu jatuh kesakitan seperti Hinamori. Mujurlah Kapten Unohana Retsu bersama-sama Kotetsu Isane, yang juga menyedari akan rancangan Aizen, telah menyelamatkan dan menyembuhkan mereka.
Dalam babak Bount, Hitsugaya menghantar beberapa shinigami untuk menentang golongan Bount di Bandar Karakura. Apabila mereka telah melepasi Soul Society, Hitsugaya, bersama-sama Renji dan Matsumoto, telah menyiasat laporan-laporan berkaitan aktiviti di sebuah hutan di Rukongai. Namun golongan Bount pula, telah menghilangkan diri apabila mereka tiba di hutan tersebut. Hitsugaya kemudian bertarung dengan Bount bernama Koga Gō, yang telah ditewaskannya dengan mudah di atas kelebihan gaya pertarungannya berbanding lawannya. Meskipun dia menganggap Koga telah dibunuh, dia terus hidup.
Hitsugaya kemudian telah mengetuai sekumpulan shinigami yang telah diberikan tugas untuk mempertahankan Bandar Karakura daripada ancaman golongan arrancar. Meskipun tercedera parah, Hitsugaya telah muncul juara setelah diberikan kebenaran untuk menanggalkan pengehad kuasanya. Hitsugaya kemudian telah berbicara dengan Hinamori menerusi perbualan video. Hinamori telah meminta maaf kepada Hitsugaya kerana mengacukan pedang ke arahnya, di mana Hitsugaya menyuruhnya melupakan sahaja kejadian itu. Mereka kemudiannya mula berbincang mengenai Aizen. Hinamori, yang masih bimbang tentang bekas kaptennya itu, telah meminta Hitsugaya menyelamatkan Aizen, menganggap bahawa Ichimaru Gin sedang memanipulasikan minda bekas kaptennya itu. Berasa marah di atas perasaan Hinamori terhadap Aizen yang telah mencederakan leftenannya itu, Hitsugaya ingin memabalas dendam. Dalam serangan kedua pihak arrancar, Hitsugaya telah menentang Luppi, di mana Hitsugaya telah gagal bertahan daripada serangan-serangan Luppi pada awalnya. Luppi yang tidak memberi perhatian setelah Hitsugaya diketepikan daripada pandangannya telah memberi Hitsugaya masa yang mencukupi untuk melengkapkan dirinya dengan satu serangan yang berkuasa. Luppi telah berjaya mengelakkan dirinya daripada maut, dan berjanji untuk mengambil nyawa Hitsugaya dalam masa yang akan datang; namun, Luppi kemudiannya dibunuh oleh Grimmjow Jeagerjaques. Selepas mempelajari bahawa orihime telah dibawa pihak arrancar kembali ke Hueco Mundo, Hitsugaya dan kumpulannya kembali semula ke Soul Society untuk membantu dalam persediaan untuk berperang menentang Aizen.
Hyōrinmaru
[sunting | sunting sumber]Zanpakutō Hitsugaya digelar Hyōrinmaru (氷輪丸 , makna kasar: "cincin ais", secara kiasan: "bulan penuh"). Dalam bentuk katananya, Hyōrinmaru kelihatan seperti pedang biasa sahaja, kecuali bahagian pemegangnya, yang berbentuk bintang dengan empat penjuru. Hulunya berwarna biru cair manakala penutupnya berwarna biru gelap, yang bersesuaian dengan kebolehan-kebolehan Hyōrinmaru. Arahan pengaktifan tahap shikai Hyōrinmaru ialah "bersemayam di atas syurga yang beku" (霜天に坐せ , sōten ni zase). Hyōrinmaru merupakan zanpakutō berelemen air dan ais yang paling kuat di Soul Society.[6]
Hitsugaya merupakan satu-satunya shinigami yang membawa zanpakutōnya di belakangnya selain daripada Kurosaki Ichigo yang terpaksa membawa pedangnya begitu disebabkan oleh saiznya. Tubuh Hitsugaya yang kecil dan pendek serta panjang bilah pedangnya mungkin sekali merupakan antara faktor yang mengubah gayanya ini. Penutup pedangnya juga larut keluar apabila dia mengeluarkan pedangnya. Selain itu, Hitsugaya juga merupakan antara tiga shinigami yang telah menunjukkan roh sebenar zanpakutō dirinya. Roh Hyōrinmaru dilihat sebagai seekor naga Cina yang gergasi dan bersayap.
Dalam tahap shikainya, Hyōrinmaru kekal seperti biasa, namun mendapat bilah berbentuk bulan sabit yang dirantaikan kepada hulunya. Hyōrinmaru membenarkan Hitsugaya untuk mengawal air dan ais. Serangan yang dilakukan menerusi bilah Hyōrinmaru mengeluarkan kuasa semangat yang tinggi yang melimpah keluar daripada hujung bilahnya, mencipta satu aliran ais yang berbentuk seperti roh naga Hyōrinmaru. Naga ini terbang ke arah musuh dan akan membeku apa-apa yang disentuhnya serta-merta. Bilah yang berantai itu juga membekukan apa-apa sahaja yang diperangkap oleh Hitsugaya menggunakannya.
Tahap bankai Hyōrinmaru's bergelar Daiguren Hyōrinmaru (大紅蓮氷輪丸 , makna kasar: "teratai merah cincin ais agung", di mana "teratai merah agung" merujuk kepada Mahāpadma), mencipta ais yang mengalir daripada Hyōrinmaru ke dalam Hitsugaya, membentuk dua buah sayap besar dan ekor pada tubuhnya. Ais ini juga membentuk kepala seekor naga disekitar tangan yang memegang pedangnya, yang menutupinya sehingga bahagian hulu; yang berbentuk bintang dengan lapa penjuru. Lengan kanannya diliputi ais sehingga bahagian pergelangan tangannya, dan dari sini ia berpecah menjadi bergerigi, membenarkan tangan dan jari-jemarinya bebas daripada kongkongan. Kedua-dua belah kaki Hitsugaya juga diliputi ais seperti tangan kanannya juga. Selain itu, sayap-sayapnya mampu bertindak sebagai perisai dengan melipat diri mereka disekitar tubuhnya. Dalam beberapa judul permainan video Bleach, juga dalam siri animenya, sayapnya boleh digunakannya untuk terbang. Tiga buah ais berbentuk kelopak "bunga", yang hampir sama dengan bentuk bunga teratai pada pemegangnya zanpakutōnya juga dicipta di belakang Hitsugaya dengan empat kolapak untuk setiap satu, yang akan cair apabila Hitsugaya mula menyerang.
Bankai Hyōrinmaru mempunyai dua jenis teknik khas. Teknik pertama ialah "naga bingkai hujan batu" (竜霰花 , ryūsenka), yang membekukan sesiapa sahaja yang ditikam oleh Hitsugaya, mengongkong mereka di dalam sebuah penjara ais yang tebal. Apabila mereka dibekukan, Hitsugaya mampu menghancurkan musuh-musuhnya. Teknik yang kedua bergelar "penjara ais seribu tahun" (千年氷牢 , sennen hyōrō),[7] yang membentuk beberapa palang ais menggunakan lembapan pada kawasan sekeliling. Palang-palang ini kemudiannya meliputi pihak musuh.[8] Dalam suatu pertarungan di mana Hitsugaya sedang bertarung di bawah sebuah kuasa yang terhad, arrancar Shawlong meramalkan tahap bankai Hitsugaya akan dikembalikan apabila setiap dua belas kelopak cair sepenuhnya, di mana umurnya yang muda mengakibatkan bankainya yang tidak lengkap. Namun begitu, semasa pertarungannya bersama-sama Luppi, Hitsugaya mengatakan bahawa selagi wujudnya air di kawasan sekelilingnya, tahap bankai Hyōrinmaru boleh menyembuhkan dirinya secara berterusan, di mana semasa kelopaknya tidak kelihatan di sekeliling Hitsugaya.[9]
Kemunculan dalam media lain
[sunting | sunting sumber]Hitsugaya muncul dalam filem kedua Bleach, iaitu Bleach: The DiamondDust Rebellion, sebagai antara dua watak utama. Apabila "Cap Mohor Raja," sejenis artifak purba, dicuri, Hitsugaya telah keluar mencari mereka yang melakukan jenayah tersebut. Selepas terserempak dan bertarung dengan mereka, Hitsugaya telah menghilangkan diri, mengakibatkan Seireitei menganggap Hitsugaya sebagai pembelot. Apabila Kurosaki Ichigo dan yang lain-lain keluar mencari Hitsugaya, Kapten Divisyen 10 itu sendiri telah menjumpai suatu rahsia tentang shinigami yang telah lama meninggal dunia, iaitu Sōjirō Kusaka, yang merupakan rakan dan juga lawan Hitsugaya yang lama semasa dia masih muda. Sebuah bab manga berteraskan sejarah Hitsugaya telah dikeluarkan untuk mempromosikan filem ini.
Hitsugaya juga telahpun menjadi watak kawalan dalam setiap judul permainan video Bleach yang telah diterbitkan sehingga kini, kecuali judul Bleach: Heat the Soul. Selalunya, Hitsugaya boleh dikawal dalam beberapa "bentuk", seperti dalam bentuk tahap shikai dan bankai, mahupun dalam bentuk gigai. Dalam judul-judul Bleach: Heat the Soul 4 dan Bleach: Shattered Blade, Hitsugaya boleh dikawal dalam pakaian seragam sekolah. Dia juga merupakan watak kawalan dalam judul permainan video Nintendo DS iaitu Jump Ultimate Stars.
Dia merupakan satu-satunya watak Bleach yang muncul dalam dua buah album "Bleach Beat Collection" (selain daripada Ichigo sendiri). Album pertama merupakan sebuah kompilasi album bersama-sama Hinamori Momo dan leftenannya, Matsumoto Rangiku. Album kedua juga merupakan sebual kompilasi, kali ini Hitsugaya disertakan bersama-sama protagonis utama Bleach, Kurosaki Ichigo.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Bootleg Rasmi Bleach; halaman 105
- ^ Bancian Manga Bleach; bab 307, halaman 1 dan 2
- ^ a b Buku Rasmi Watak Bleach SOULs; halaman 133 Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama "Asal-usul" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ Temu ramah Weekly Shonen jump, tahun 2004, isu ke-42
- '^ Manga Bleach; bab -15, halaman 20.
- ^ Kubo Tite (2006). Buku Rasmi Watak Bleach SOULs. Tokyo, Jepun: Shueisha, halaman 165.
- ^ Manga Bleach; bab 234, halaman 18
- ^ Manga Bleach; bab 234, halaman 19.
- ^ Manga Bleach bab 234, halaman 17