Pergi ke kandungan

Honda

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Honda
Nama asli本田技研工業株式会社
Honda Giken Kogyo Kabushiki-gaisha
Jenis/bentuk sahSyarikat awam
Didagangkan sebagaiTYO: 7267
NYSE: HMC
ISINJP3854600008 Sunting ini di Wikidata
IndustriAutomotif
Penerbangan
Telematik
DitubuhkanHamamatsu, Jepun (24 September 1948 (1948-09-24))
PengasasSoichiro Honda
Takeo Fujisawa
Ibu pejabatMinato, Tokyo, Jepun
Kawasan perkhidmatanAntarabangsa
Tokoh pentingTakanobu Ito (Presiden, CEO dan Pengarah Wakil)
KeluaranKereta
Motosikal
Skuters
Penjana elektrik
Pam air
Penyelenggaraan landskap
Tiler
Bot motor
Robot
Pesawat jet
Enjin jets
Sel solar filem nipis
Internavi
Hasil ¥9.877 trillion (2013)[1]
Pendapatan kendalian ¥544.8 billion (2013)[1]
Pendapatan bersih ¥367.1 billion (2013)[1]
Jumlah aset ¥11.780 trillion (2012)[2]
Jumlah ekuiti ¥4.402 trillion (2012)[2]
PemilikJapan Trustee Services Bank, The Master Trust Bank of Japan, Chase Bank, Meiji Yasuda Life, Tokio Marine Sunting ini di Wikidata
Bilangan kakitangan179,060 (2012)[3]
PembahagianHonda
Motosikal Honda
Anak syarikat
Tapak webworld.honda.com
Facebook: HondaJP Twitter: Honda Instagram: honda Youtube: UC74rufV9sOK7FbiOuGAUfBA Youtube: HondaJPPR Pinterest: honda Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Honda Motor Company, Ltd. (Jepun: 本田技研工業株式会社, Hepburn: Honda Giken Kōgyō KK, IPA: [honda]  ( dengar)) (TYO: 7267 ) ialah sebuah syarikat pengeluaran Automotif Jepun yang ditubuhkan oleh Soichiro Honda pada tahun 1946. Pada awalnya, syarikat ini dikenali sebagai "Institut Penyelidikan Teknik Honda" di Hamamatsu, Jepun, dan dua tahun kemudian nama syarikat bertukar kepada Syarikat Honda Motor.

2006 Honda Dream 125cc
Honda Dream EXS

Pada peringkat awal, Honda menumpukan perhatian kepada penyelidikan dan pengeluaran motosikal. Produk awal Honda ialah motosikal 50 cc, dengan setengah kuasa kuda yang dikenali sebagai 'Jenis-A'. Pada waktu itu, penyelidikan Honda sangat dipengaruhi oleh Perang Dunia II di mana petrol sukar diperolehi dan pengangkutan awam sangat tidak efisien akibat peperangan. Honda pernah mengeluarkan bahan bakar sendiri yang diperbuat daripada pokok pinus. Kereta pertama Honda dikeluarkan pada tahun 1963, iaitu kereta dua tempat duduk. Pada masa kini, kenderaan buatan Honda telah menjadi ikon dunia.

Honda Civic

Syarikat ini merupakan pengeluar motosikal terbesar dunia sejak 1959[4][5] dengan capaian pengilangan sebanyak 400 unit hujung tahun 2019,[6] serta pengeluar enjin pembakaran dalam terbesar ikut perkiraan dengan lebih 14 juta unit setahun.[7] Honda tidak sahaja menjadi pengeluar automobil kedua terbesar Jepun dari tahun 2001,[8][9] malah juga pengeluar kelapan terbesar dunia tahun 2015.[10]

Sejak usia muda, Soichiro Honda (本田 宗一郎, Honda Sōichirō) memiliki minat besar dalam kenderaan bermotor. Dia bekerja sebagai mekanik di Art Shokai, di mana dia menyetel kereta dan dimasukkan kedalam balapan. Dia kemudian membuka syarikat sendri bernama Tōkai Seiki (東海精機) membuat reka bentuk omboh dan menjualnya ke Toyota; rancangan pertamanya ditolak, dan Soichiro bekerja keras untuk menyempurnakan reka bentuknya sehingga dia kembali melanjutkan pelajarannya serta menggadaikan perhiasan isterinya sebagai jaminan.

Honda memasuki industri automotif setelah Perang Dunia Kedua agak lewat daripada syarikat-syarikat seumpama seperti Toyota dan Nissan.

Produk dihasilkan

[sunting | sunting sumber]

Jajaran produk global Honda saat ini terdiri dari Jazz, Civic, Accord, Insight, CR-V, CR-Z, Legend dan 2 versi Odyssey berlainan untuk pasaran benua Amerika dan pasaran antarabangsa lain. Fitur dan kelengkapan untuk tiap kenderaan Honda dapat berbeda tergantung kepada kehendak pasaran negara dan kadang hanya ada di kawasan itu saja. Beberapa di antaranya adalah Honda Odyssey dan Ridgeline di Amerika Utara. Beberapa model eksklusif lainnya adalah hatchback Honda Civic 5 pintu di Eropa.

Honda menonjol dengan sedikit perbedaan terhadap cara pengdari pesaingnya. Produknya yang bertahan lama, seperti Accord dan Civic, selalu menggunakan penggerak roda depan, sehingga menjadi tradisi Honda. Honda selalu memasang teknologi ke dalam produk-produknya, pertamanya sebagai kelengkapan pilihan, kemudian menjadi kelengkapan piawai atau standard. Contohnya adalah rem anti terkunci, power steering sensitif kecepatan, dan injeksi bahan api multi-port awal 1980-an. Honda juga meluncurkan jenama mewah Jepun pertama yaitu Acura tahun 1986, kereta sport berbahan aluminium Honda NSX, dan teknologi pengaturan katup yang disebut VTEC.

Civic adalah salah satu kereta kompak yang dikembangkan dan diproduksi oleh Honda. Di Amerika Utara, Civic nama model kereta Jepun tertua kedua, setelah Toyota Corolla yang diperkenalkan tahun 1968.[11] Civic, bersama dengan Accord dan Prelude, adalah kereta-kereta Honda yang dijual di Amerika Utara sampai 1990-an, sampai kemudian kereta-kereta ini dikembangkan. Melalui beberapa generasi, Civic berukuran semakin besar dan pasaran meningkat dan saat ini menempati tempat di antara Jazz dan Accord. Honda juga memproduksi Honda Civic Hybrid, kenderaan elektrik hibrid untuk bersaing dengan Toyota Prius. Produk hibridanya yang lain adalah Insight dan CR-Z.

Segmen trak pikap pertama Honda Ridgeline memenangkan anugerah Truck of the Year dari majalah Motor Trend tahun 2006. Pada tahun itu juga, Civic memenangkan Car of the Year dari majalah itu juga.

Lima dari sepuluh kereta paling efisien dari 1984–2010 menurut Badan Perlindungan Lingkungan Amerika Serikat adalah kereta-kereta Honda, lebih banyak daripada kilang kereta lainnya. Lima model tersebut adalah Honda Insight 2002–2006 dengan 53 mpg‑US atau 4.4 L/100 km atau 64 mpg‑imp, Honda Civic Coupe HF 1986–1987 dengan 46 mpg‑US atau 5.1 L/100 km atau 55 mpg‑imp, 1994–1995 Honda Civic hatchback VX dengan 43 mpg‑US atau 5.5 L/100 km atau 52 mpg‑imp, 2006– Honda Civic Hybrid dengan 42 mpg‑US atau 5.6 L/100 km atau 50 mpg‑imp, dan 2010– Honda Insight dengan 41 mpg‑US atau 5.7 L/100 km atau 49 mpg‑imp.[12] ACEEE juga menyatakan Civic GX sebagai kereta terhijau di Amerika selama tujuh tahun berturut-turut.[13]

Mesin Honda pada kapal ponton

Meskipun Honda adalah perusahaan yang memproduksi mesin, namun mereka tak pernah memproduksi mesin V8 untuk kenderaan penumpang. Pada akhir 1990-an, Honda mendapat tekanan dari dealernya di Amerika untuk membuat mesin V8.[14] Honda mulai memperhitungkan untuk membuat mesin V8 di pertengahan 2000-an untuk sedan Acura, kereta sport NSX, dan juga truk dan SUV di pasar Amerika. Program ini ternyata dibatalkan akhir 2008 dengan memperhitungkan aspek lingkungan dan kondisi ekonomi global yang memburuk.[15]

ASIMO di Expo 2005

ASIMO merupakan sebahagian dari program kajian dan pengembangan bidang robotik Honda. Program ini dimulai pada tahun 1986 dengan Honda E0 yang kemudian dilanjutkan dengan Honda Seri E dan Honda Seri P. Robot ini direka menyerupai seorang angkawasan berbeg galas dengan berat 54 kilogram dan tinggi 130 sm; ia dapat berjalan seperti manusia dengan kelajuan sampai 6 kilometer sejam. ASIMO adalah satu-satunya robot humanoid yang dapat naik dan turun tangga sendiri.[16]

Honda juga memproduksi pesawat dengan produk HA-420 HondaJet melalui salah satu divisinya yaitu Honda Aircraft Company.

Honda juga memproduksi all-terrain vehicle (ATV).

  1. ^ a b c "salinan arkib" (PDF). 2013. Diarkibkan daripada FY13 Financial Results: Honda Motor Company yang asal Check |url= value (bantuan) pada 2013-05-17. Dicapai pada 26 April 2013. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  2. ^ a b "FY2012 FY12 Financial Results: Honda Motor Company". 2011. Dicapai pada 15 June 2011. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  3. ^ "Company Profile for Honda Motor Co Ltd (HMC)". Dicapai pada 29 September 2008.
  4. ^ Grant, Robert M.; Neupert, Kent E. (2003). Cases in contemporary strategy analysis (ed. 3rd). Wiley-Blackwell. ISBN 1-4051-1180-1.
  5. ^ Johnson, Richard Alan (2005). Six men who built the modern auto industry. MotorBooks International. m/s. 52. ISBN 0-7603-1958-8.
  6. ^ "Honda is celebrating the production of 400 million motorcycles". hondanews.eu. Dicapai pada 29 May 2020.
  7. ^ Miller, Edward (18 April 2008). "FIRST MOTORCYCLE AIRBAG EARNS TAKATA AND HONDA 2008 AUTOMOTIVE NEWS PACE INNOVATION PARTNERSHIP AWARD". Honda.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 March 2009. Dicapai pada 28 July 2009.
  8. ^ "Harga Honda Mobilio". Mobilio. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 September 2014. Dicapai pada 22 November 2009.
  9. ^ "The History of Honda". Cars-directory.net. Dicapai pada 22 November 2009.
  10. ^ "World motor vehicle production OICA correspondents survey without double counts world ranking of manufacturers year 2011" (PDF). Dicapai pada 29 May 2020.
  11. ^ "Toyota Corolla History" (PDF). Toyota Motor Corp.
  12. ^ Scott Doggett "EPA Lists Top 10 Most Fuel-Efficient Cars From 1984 to Present" Green car advisor – Edmunds, 10 June 2010. (mpg revised in accordance with 2008 regulation change) Diarkibkan 2010-10-20 di Wayback Machine[meragukan ]
  13. ^ "the greenest vehicles of 2008". greenercars.org. Dicapai pada 1 January 2011.
  14. ^ News, Automotive (17 October 2008). "Green-car era poses test for Honda, The Car Tech blog – CNET Reviews". Reviews.cnet.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-10-20. Dicapai pada 22 November 2009.
  15. ^ Abuelsamid, Sam (6 January 2009). "Honda S2000, CR-Z convertible follow Acura NSX and V8 to scrap heap". Dicapai pada 25 October 2010.[meragukan ]
  16. ^ Frequently asked questions about ASIMO [1]. Retrieved 28 February 2007.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

senarai nama kenderaan

[sunting | sunting sumber]
  • HONDA CITY
  • HONDA CITY HATCHBACK
  • HONDA JAZZ
  • HONDA JAZZ HYBRID
  • HONDA CIVIC
  • HONDA ACCORD
  • HONDA BRV
  • HONDA HRV
  • HONDA CRV
  • HONDA WRV